Roy VS Aleya
BAHAGIAN 9
GAYA yang tampan, macho bergaya persis supermodel lelaki terkenal tanah air. Entah lupa namanya. Tapi begitulah Rafiq yang menunggu terlalu lama bagi buah dadanya mengecil. Untuk kembali normal bukanlan sesuatu yang enteng kerana sebelum ini dia hidup mengambil pil hormon. Sekarang dia perlu dengar nasihat doktor untuk dirinya menjadi lelaki tulen. Masih tulen?
Dia berharap begitulah. Dengan berkat kesungguhannya dia berjaya menambahkan berat badan. Demi menampakkan dirinya tidak sepondan dulu maka dia menjual salon kecantikkannya dan membuka perniagaan yang baru, jual beli barangan terpakai komputer dan pusat internet. Itulah taraf pendidikannya sebelum ini. Kepakaran dalam bidang komputer yang telah lama ditinggalkan.
Saat itu Ainum kawan lamanya menyokong perubahan Rafiq. Bukan seperti Roy yang tahu menghentam Zam yang ingin berubah itu. Ainum memang memahami apa yang Rafiq mahu meskipun masih tercalit rasa bersalah kerana mempengaruhi Rafiq dulu mengubahkannya menjadi perempuan.
Rafiq tidak pernah marahkan Ainum. Dalam kes Roy pula, orang yang ubahnya mahu berubah tapi tidak disokong oleh orang yang diubah. Pelik saja.
Berbalik pada kes Rafiq, fail pondan kebangsaan dibuka dan dia mahu padamkan namanya dalam senarai pondan-ponda terlaris di pasaran. Biarkan dirinya menjadi lelaki kacak bergaya dengan penampilan yang baru.
Hebat! Bukan senang hendak jadi lelaki sejati. Rafiq kena kuat.
“Ha ha ha!” Azrul gelakkan Rafiq.
“Apa kau gelak-gelak?”
“Kata nak jadi lelaki sejati tapi cincin belah rotan tak ingat! Abang oih, perempuan aje yang pakai cincin bentuk macam tu, atau masih ingat pada Abang Zack yang terkencing dalam seluar tu lagi? Buat malu saja. Muka jantan gila tapi bila kena hunus dengan pisau lipat 20 sen boleh terkencing.”
Azrul masih mengungkitkan kisah lepas Rafiq. Azrul tidak sedarkah yang perompak itu ada pistol? Rafiq sudah beritahu yang Zack gerun tengok pistol. Hakikatnya pistol menan (mainan) saja. Kalau Rafiq dapat kesan perompak itu lagi yang bernama Roy pasti dia mahu ganyang. Benci-benci pun masih berbaki rasa sayang pada Zack. Sayang sebagai sahabat.
“Yelah! Abang tanggalkan, banyak bunyi betullah Az ni,” ucap Rafiq dengan kadar segera menanggalkan cincin pemberian Zack.
Hajat mahu buang dalam longkang tapi mengenangkan harganya mahal lebih baik dia pulangkan sahaja. Murni sungguh hati Rafiq semurni minyak masak seri murni. Kalau Si Azrul pula memang dah digadaikan saja.
“Sudah tentulah, lembu dipegang dengan talinya, manusia dipegang pada janji-janjinya,” Nah! Azrul beri perumpamaan yang biasa didengar pula.
“Amboi banyak cantik perumpaan kau ye Az. Mana janji manismu pula? Mahu kurangkan balas dendam bersamaku?” ucap Rafiq memperingati semula apa yang pernah Azrul katakan tempoh hari.
Azrul mana pernah lupa. Dia tunggu masa sahaja. Strategi untuk malam ini sudah pun diaturkan. Rafiq tidak perlu risau.
“Adoi!!!! Sakit!” tiba-tiba telinga Azrul dipulas.
“Ini yang abang naik rimas!”
“Kenapa pula ni?!”
Ingat Rafiq hendak marah pasal apa? Mahu marah pada satu benda sahaja. Itu salah Azrul. Dan dia patut bertanggungjawab. Itu dia!!
“Tu!!” Rafiq tunjuk arah sinki dengan muncung bibirnya.
Menyeringai Azrul jadinya.
“Yelah! Az lupa nak cuci pinggan,” kata Azrul sebaik sahaja telinganya dilepaskan.
Tahu sarapan sahaja tapi malas hendak mencuci pinggan. Rafiq tidak kuasa mahu jadi abdi Azrul sepanjang masa. Bukan budak kecil lagi semua hendak disuruh baru jalan. Pandai makan pandailah simpan. Cukuplah dia umpama gundik pada Zack selama ini.
Azrul menapak perlahan ke arah sinki untuk mencuci pinggan. Nasiblah! Siapa suruh jadi pemalas. Itu baru sikit. Kalau diminta cuci baju? Bukan baju siapa-siapa. Baju Azrul juga terperap lama dalam besen tepi mesin basuh. Geram pula Rafiq lihat sikap pemalas itu. Kalau pemalas, pemalas juga.
Azrul mengasari kerja-kerja mencuci pinggan. Macam tidak ikhlas saja. Ini mesti mahu tunjuk perasaan. Rafiq mengecilkan matanya sambil melihat Azrul. Bercekak pinggang nampaknya.
“Tengok tu, orang suruh cuci pinggan buat muka sposen! Abang nak suruh supaya kau lebih rajin. Kalau kau jadi lelaki sudah begini malas apatah lagi kau ingin jadi perempuan. Buat malu kerabat perempuan sahaja kalau kau nak jadi perempuan. Tak payah emosionallah Az. Abang tidak suka,”
“Siapa emo? Orang geram ni!,”
“Samalah tu,”
“Mana sama?!” Azrul marah-marah.
Suruh cuci pinggan pun hendak tunjuk perasaan. Apa kenalah Si Azrul ini. Rafiq ajar benda baik. Bukan benda yang tidak elok. Kalau jadi lelaki pun tidak harus malas-malas. Nanti kalau sudah berumah tangga nanti macam mana?
“Eh! Melawan pula dia, nak kena hantar balik kampung jugak dia ni,”
“Hantarlah! Lagi senang! Tak payah jadi orang bodoh duduk kat KL ni,” mudahnya Azrul memanculkan kata-katanya.
Rafiq terasa hati dengan sikap Azrul pamerkan. Kenapa tiba-tiba berperangai macam kurang siuman sahaja lagaknya.
Tidak berapa lama selepas itu dia menghempas pinggan kaca pula.
‘Pinggg’ sengaja dipecahkan.
Tidak boleh dibiarkan. Nanti habis semua pinggan dipecahkan oleh Azrul. Budak itu bukan boleh berkira sangat.
“Azrul!!! Kau kenapa?! Kau jangan nak buat perangai! Apa kena dengan kau ni hah?” Rafiq naik angin satu badan.
Azrul menoleh lalu dipecahkan satu lagi pinggan. Pandangan matanya sungguh tajam dilemparkan pada Rafiq.
“Abang Rafiq! Az nak tanya abang! Apa yang abang nak Azrul lakukan sebenarnya? Hendak Azrul ikut setiap telunjuk abang? Macam tu ke?! Sampai bila?!” Azrul berubah wajah.
Rafiq harus bersabar. Kalau tidak mahu saja dia hempuk kelapa Azrul dengan penyapu. Tunjuk perangailah itu.
“Hei Azrul! Kalau kau tak suka tinggal di sini kau boleh pergi!” tiba-tiba terpacul kata-kata itu dari mulut Rafiq.
“Abang halau Az?”
“Memang! Sebab kau biadap sangat! Tunjuk perasaan. Nak mengamuk tak tentu fasal! Apa hal?! Kalau kau ada masalah kau cakap! Aku memang tak suka orang buat perangai bodoh macam apa yang telah kau buat ni!”
“Masalah Az adalah abang! Abang sebenarnya tidak pernah fikirkan perasaan Az, abang tahu tak yang Az teringin jadi perempuan, tapi abang paksa Az ikut cara abang!”
“Kau ni dah bodoh ke apa? Kau tu lelaki! Aku pun lelaki! Asal biol sangat ni? Nak aku gegarkan otak kau dengan penyapu ni biar kau sedar sikit,” marah Rafiq.
Azrul tetap tidak puas hati. Dia mahu jadi cantik! Bukan jadi tampan. Kenapalah dengan kau ni Azrul? Bawa-bawalah bersabar. Hakikat tetap hakikat.
“Abang suka-suka hati berubah jadi lelaki tu kenapa? Lepas tu paksa Az ikut pulak!”
“Habis kau nak jadi pondan macam aku dulu? Begitu? Lantak kau lah Az! Kalau kau nak pilih jalan hidup kau macam itu aku tak paksa kau! Kau boleh pilih cara kau sendiri! Tapi ingat Az, sekali kau terlajak kau susah hendak berpatah balik! Kalau dapat, kau kira bertuah tapi kalau sebaliknya yang berlaku kau akan menyesal seumur hidup kau! Aku bersyukur sebab Tuhan bukakan hati aku untuk berubah,” ucap Rafiq meluahkan isi hatinya.
Azrul masih keras kepala dan masih mahu memang. Ada akal tapi tidak gunakan akal untuk berfikir. Dia patut menelaah kata-kata Rafiq itu. Dia lebih makan garam dulu sebelum Azrul.
Dengarlah sikit nasihat orang yang lebih berusia dari kau Azrul. Jangan jadi bodoh! Guna akal waras itu.
“Az tengok abang hidup senang dengan cara begini! Az pun nak jadi senang macam ni,”
“Aku lempang gak kau karang! Kau ingat kesenangan boleh menjamin kebahagiaan? Atau boleh berikan kau ketenangan? Aku suruh cuci pinggan kau merebak bawa masalah. Itu pun jadi hal juga ke ? Suruh jadi rajin mahu bising-bising. Lepas itu ungkit sana ungkit sini macam orang tak sekolah!” tempelak Rafiq.
Azrul meninggalkan sinki. Dia terus duduk di kerusi sambil memegang kepalanya. Mental agaknya.
Rafiq tengok keadaan Azrul yang tertekan itu terus mendekati Azrul. Tanpa sedar dia terpijak pula serpihan kaca.
“Aduh!”
Tapak kakinya berdarah. Azrul yang terlihat Rafiq sedang menilik luka itu. Cepat-cepat Azrul bangun dan mencapai kain lalu membalut luka itu.
“Abang, maafkan Az sebab buat abang jadi macam ni,” ucap Azrul dengan penuh penyesalan.
Dengan wajah Rafiq yang berkerut menahan kesakitan, dia sempat menguis dagu Azrul diminta bertentangan mata.
“Abang tidak pernah salahkan Az, apa yang abang mahu sekarang ni Az kena fikir apa akan jadi sekiranya kita terus berkeadaan begitu. Sampai masa nanti kita kena berubah juga, bagaimana andai kata kita tidak sempat berubah? Az fikirlah,” kata Rafiq.
Azrul terbungkam.
Ada kebenarannya kata-kata Rafiq di itu. Azrul mesti renungkannya dan mesti gunakan akal yang waras. Ilmu yang ada perlu diguna pakai dan jangan menyombongkan diri semata-mata mahu menunjukkan kelebih diri sedangkan kelemahan yang ada belum lagi diperbaiki.
Sesuatu yang baik dan terpuji wajar dipraktikkan. Seperti pemberian ILAHI, rupa paras yang dianugerahkanNya serta apa yang kita milikki sekarang ini adalah wajib untuk kita mensyukurinya.
Tiba-tiba keadaan jadi sedih. Lain macam saja perasaan ini. Inilah dinamakan kesedaran. Rafiq benar-benar nekad mahu berubah. Azrul perlu menyokong dan harus ikut jejak langkah Rafiq.
***
DI rumah Roy lain pula kisahnya. Roy nampak sugul sahaja. Kenapa? Masih mengalami kemurungan terlampaukah? Mungkin juga agaknya. Apa yang membuatkan dia menungkat dagu di birai katilnya? Fikirannya diterbangkan angin. Jauh mengelamun.
“Ani cintakan abang?”
“Cinta…”
“Berapa dalam?”
“Sedalam-dalam lautan, dalam lagi cinta Ani pada abang,”
“Benarkah?”
“Wajah Ani nampak macam wajah penipu ke?”
“Tidak, wajah Ani sungguh cantik, abang juga cintakan Ani, tapi bolehkah Ani buktikan cinta Ani pada abang?”
Sungguh manis sekali Aswad menggoda jiwa Rohani kala itu. Tidak akan pernah luput di ingatan. Sampai mati pun dia akan ingat. Dia lemah dalam pelukan lelaki seperti Aswad. Dia cintakan Aswad sepenuh hatinya. Ibarat tidur tidak lena, mandipun tidak basah. Siang dan malam wajah Aswad di rindui.
“Abang harap Ani tidak hebohkan perkara ini pada sesiapa, ini tentang kita. Abang cintakan Ani. Sekarang abang dah dapat buktinya bahawa Ani memang cintakan abang,” ucap Aswad sambil membetulkan seluarnya.
Rohani mengangguk kesal tetapi dia betul-betul yakin bahawa Aswad mencintainya.
“Mari sayang…abang hantarkan Ani balik,” kata Aswad.
Mahkota kesucian Rohani diragut oleh Aswad pada malam itu. Pada mulanya memang Aswad mengambil berat tentang dirinya. Tapi sejak kebelakangan itu Aswad mula berubah sikap. Dia main kayu tiga. Intan kawan baik sendiri telah menikamnya dari belakang. Intan sanggup merampas Aswad dari dirinya.
Betapa cinta Aswad tidak teguh. Sungguh kesal dia pada waktu itu. Sehinggalah dia menyedari dirinya mengandung dua bulan dari alat pengesan kehamilan setelah dia merasakan loya tekak dan muntah-muntah.
“Abang.. Ani mengandung bang,” ujar Rohani bersama tubir matanya bergenangan.
“Mengandung? Tak mungkinlah,” Aswadi seperti kaget sahaja.
“Ya Ani mengandungkan anak abang,” balas Rohani.
Aswad berpeluk tubuh dan berpaling.
“Anak abang? Tolong sikit, entah dengan jantan mana kau tidur lepas tu nak mengaku yang anak itu anak aku,” katanya.
“Kenapa abang cakap macam ni?” tanya Rohani berkerut dahi.
“Intan sudah ceritakan segala-galanya pada aku, kau tidur dengan jantan lain sebab itu aku sudah tidak mahukan kau. Aku fikir kau setia dengan aku tapi ternyata kau curang,” kata Aswad
Biadap sungguh Aswad sengaja mencari alasan untuk meninggalkan Rohani yang memang mengandungkan anak Aswad.
Rohani jadi marah dengan tindakan Aswad yang menafikannya. Malah intan juga menabur fitnah. Sungguh tidak disangka-sangka begini jadinya.
Rohani terus merapati diri Aswad lalu menarik tangan Aswad sepenuh hatinya. Dia menyuruh Aswad bertanggungjawab ke atas dirinya serta anak yang di dalam perutnya.
“Pergi! Itu bukan anak aku!”
“Ini anak abang! Sumpah ini anak abang! Ani tidak pernah tidur dengan mana-mana lelaki selain abang!” Rohani mempertahankan kebenaran.
“Ah!! Kau tu penipu! Muka saja lawa tapi perangai macam setan!” sungguh kesat kata-kata Aswad lemparkan pada Rohani.
“Abang!”
“Arghhh!” geram Aswad.
Lalu Aswad menolak Rohani sepenuh hati dari tepi jalan tempat Rohani bertemu dengan Aswad. Dia meninggalkan Rohani yang rebah di situ menangis teresak-esak. Rohani benar-benar cintakan Aswad tapi malangnya ini pula balasan Aswad terhadap dirinya.
Mahu sahaja dia menuntut keadilan untuk dirinya. Dengan perasaan hiba dia bangun tapi tiba-tiba darah meleh keluar dari celah kelangkangnya. Rohani keguguran. Tiada apa bukti lagi untuk dia tunjukkan bahawa itu adalah anak Aswad.
“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!” pekiknya.
Dengan pantas Zam terus ke bilik Roy apabila mendengar Roy terpekik-pekik dengan penuh emosi sekali.
“Roy! Kenapa ni? kau masih ingat benda lama lagi ke? Sudah Roy! Benda sudah lepas!” ucap Zam memberikan keyakinan buat Roy.
Roy terus mendakap erat tubuh Zam sambil menangis. Memori hitamnya menghantui dirinya. Dia tidak lagi menahan hiba itu. Sungguh tragis hidupnya bila titik hitam itu tercalit di relung hatinya.
Sabar Roy, Tuhan lebih mengetahui. Kau patut berterima kasih padaNYA kerana menguji diri kau begitu. Ini bermakna Tuhan Maha Pengasih. Roy beruntung ada Zam yang memahami kelukaan hati Zam Cuma kesilapan Zam adalah mebawa Roy ke dunia begitu. Namun di relung hatinya mahu berubah. Dia juga pernah dikecewakan lelaki dan lelaki yang mengecewakannya kini mahu menjadi suaminya.
Cerita Zam, sebetulnya Zam masih mencintai lelaki yang mengecewakannya. Kini dia hadir semula dan mahu meminang Zarina binti Alias selepas bertahun lamanya menghilangkan diri. Dia juga dalam dilema namun Tuhan Maha Berkuasa, Dia bisa membuka hati sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA. Kita mesti yakin sebenar-benar yakin padanya.
Rohani binti Razali juga perlu menginsafi segala-galanya. Jangan biarkan titik hitam itu menjadi penghalang untuk dirinya jatuh cinta lagi. Berikan peluang hatimu itu Rohani. Kamu tidak layak menjadi Roy. Kau perempuan yang cukup bersapan santun ketika dulu. Sungguh luhur dan murni hatimu.
Roy seorang yang lemah lembut. Dia perlu ke situ. Perlu menjadi Rohani yang dulu bukan Roy yang sekarang. Jangan mengalah Roy. Berubahlah bersama-sama dengan Zam.
***
AIR mata bercurah-curah menitis. Kalau dihimpunkan sebaldi kali. Tapi keadaan itu tidak dibiarkan oleh Zam yang menyeka air mata Roy. Bertambah perit jadinya bila Roy mengenangkan tepat pada pukul dua belas satu saat nanti adalah merupakan hari lahirnya yang ke 25.
Jam berdetik. Zam mengetahui hari ini adalah hari lahir Roy. Dia meraikan dengan ucapan dan kek yang dinyalakan lilin di atasnya. Istimewa buat Roy.
“Selamat hari lahir Roy,” ucap Zam.
Roy memalsukan senyumannya. Terharu sejuta rasa. Zam meminta Roy meniup lilin itu. Usai itu diminta pula Roy memotong kek. Hanya mereka berdua sahaja meraikannya.
Roy menahan sebak. Biasanya dulu kalau tiba hari lahirnya, Aswad akan selalu meraikannya. Kini bertemankan kehancuran dan kemusnahan jiwa raganya sendiri.
“Terima kasih Zam kerana ingat hari lahirku,” ucap Roy.
“Aku sentiasa ingat cuma kau aje yang tak pernah ingat hari lahir aku. Tapi tak apalah aku tidak kisah sangat yang penting aku nak tengok kau gembira,” balas Zam.
Mereka berdua memang mengerti antara satu sama lain. Kadang-kadang sahaja gaduh manja-manja. Zam seperti ada sesuatu ingin dibincangkan pada Roy, tapi buat masa ini biarkan dulu. Dia mahu raikan hari kelahiran Roy.
Sedang Roy leka menyuap kek ke dalam mulutnya. Tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk di tengah malam itu. Zam terus bangun dan meluru ke pintu. Lalu dipulas tombol pintu. Tiada sesiapa. Hadiah ada di depan pintu. Sekeping kad tertulis di atas kotak hadiah yang tidak kecil dan tidak terlalu besar saiznya. Sedan-sedan sahaja.
‘Selamat hari lahir buat Rohani Razali. Teramat Istimewa buatmu,’ kata kad itu yang dibacakan oleh Zam.
Zam tersengih. Nampak gayanya ada ‘sicret admire’ mengirimkan hadiah tersebut. Siap nama penuh lagi. Siapalah agaknya yang mengetahui si pengirimnya.
Zam kembali semua ke sofa. Roy mengerling sahaja.
“Hadiah siapa tu?” soal Roy.
“Untuk kau, dia pun tahu hari lahir kau tapi tak ada nama pengirimnya,” kata Zam sambil menghulurkan kotak hadiah itu.
“Pelik, siap nama penuh aku lagi ni…” gerutu Roy yang rasa lain macam saja.
Hadiah tersebut terasa berat juga. Dia juga ingin tahu apakah isi dalamnya. Adalah berlian? Permata? Atau emas? Banyaklah! Siapa hendak bagi semua itu pada dia.
“Bukalah, aku pun tak sabar apa bendanya,” kata Zam yang terlebih teruja.
“Aku rasa elok kita tak payah buka. Ini mesti ada orang nak niaya kita,”
“Niaya? Adakah orang yang sama?”
“Ya! Memang tak ada orang lain lagi. Aku dapat hidu ini mesti kes balas dendam,”
“Ish! Tak baik kau kata macam tu Roy, bukankan kita dah lama tak kena ganggu. Kita pun tangguhkan juga niat kita nak balas dendam. Tak mungkin kita kena serang lagi kot,” duga Zam.
Roy mengangkat keningnya. Dia benar-benar curiga hadiah hari lahirnya ini. Semacam sahaja. Hendak buka atau pun tidak. Antara dua, sukar untuk buat pilihan. Kena-kena najis lembu lagi. Seperti dia lakukan pada minah itu dulu.
“Cuba kau fikir, kalau benar dia meraikan hari lahir aku, takkan main tinggal-tinggal hadiah depan pintu, itukan pelik namnya,” kata Roy.
“Mana tahu mungkin dia malu,”
“Malu? Kenapa hendak malu? Kalau dia lelaki mestilah dia akan ingat aku adalah lelaki juga. Mustahil! Mana ada orang tahu nama betul aku,”
“Aku tahu,”
“Kau memanglah! Maksud aku selain kau,”
“Bekas bos kita,”
“Kau ni bongok jugakkan, bos kita tukan dah benci kita. Mana ada masa dia nak kirim-kirim hadiah ni,”
“Sedap mulut kau kata aku bongokkan?”
“Tak kiralah yang penting sekarang aku tak nak bukak hadiah ini. Aku betul-betul mencurigainya.” kata Roy.
Zam menggeleng sahaja.
“Kalau kau tak nak biar aku buka,” ujar Zam.
Dia memang mahu tahu apa isinya.
“Jangan! Lebih baik kita buang, aku tak yakin ini betul!” Roy tetap curiga.
“Sayanglah kalau kau buang-buang. Inikan hari lahir kau, mana tahu orang yang kirim ini berniat baik. Betul-betul ikhlas,” Zam mula optimis walhal dia memang ingin tahu sangat.
Nampak gayanya hadiah tersebut memang tidak dibuka. Roy jadi takut diperdajalkan pula. Kucing rumah Mak Bedah saja jadi saksi. Dia tahu siapakah orang yang meletakkan hadiah tersebut di depan pintu rumah Roy. Tapi dia mana reti bercakap untuk beritahu pula.
Hadiah di dalamnya masih menjadi misteri. Mungkin esok pagi Roy buka agaknya. Mungkin saja tapi belum pasti lagi sama ada dia ingin buka atau pun mahu membuangkannya saja tanpa mengetahui apa isi dalamnya. Tunggu dan lihat sahaja apa akan jadi.