DIA cuba meluahkan apa yang terbuku di hati namun masih ada yg tidak mengerti. Walau bagaimanapun Alhamdulillah masih ada juga yg menyokongnya. Ini membuktikan ALLAH SWT itu Maha Adil. Abang Jaman bersendirian di anjung rumahnya tatkala hatinya ditempiaskan dengan sisa-sisa kata yang masih melekat di minda.
"Termenung jauh nampaknya... abang teringatkan siapa?" tiba-tiba Ijat menyapa. Lamunan Abang Jaman berkecai.
Ijat yang masih lagi enak mengunyah ayam itu dengan tiba-tiba memeluk bahu Abang Jaman dengan sisa-sisa bekas ayam melekat di tangan. Selamba saja nampaknya. Abang Jaman hanya membiarkan sahaja dengan penuh pasrah seraya dia menoleh ke arah Ijat.
Ijat duduk di sebelah Abang Jaman sambil menguntum senyum.
"Abang teringatkan insan yang telah mengecewakan abang di dalam FB..." luah Abang Jaman.
"Sampai macam tu sekali ke? Siapa? Ceritalah pada Ijat... abang dengan Ijat bukan orang lain... adik beradik angkat... kalau abang tak luahkan pada Ijat, kat siapa lagi abang nak luahkan?" Ijat cuba mencungkil rahsia apakah puncanya Abang Jaman bermuncung panjang sedepa.
Tiba-tiba kedengaran suara aneh.
"errrrkkkk.....Alhamdulillah..." ucap Ijat sendawa puas balun Ayam goreng KFC yang di tapau tadi. Samapi rumah dia terus makan sampai tak ingat yang ayam dia balun itu adalah ayam kepunyaan Abang Jaman. Tapi Abang Jaman tak kisah. Bukan orang lain, adik angkat sendiri.
"Ijat pergi berus gigi dulu ya, dah bau macam loji najis dah..." seloroh Abang Jaman.
Ijat malu-malu. Dia sedar diri jadi dia terus melangkah menuju ke bilik air untuk gosok gigi sebelum masuk tidur. Dia tetap berharap Abang Jaman menceritakan siapakah orang yang buat Abang Jaman macam kera tak dapat bunga itu.
'Apalah nasib aku... menyakat orang...orang pula mudah terasa... hurmm...' gumam Abang Jaman di hati.
***
INSAN yang hampa hatinya ini tidak dapat lelapkan matanya. Pusing kanan dan pusing kiri keadaan masih juga sama. Tilam empuk dirasakan pejal sahaja. Sukarnya untuk dia melupakan apa yang berlaku pada dirinya hari ini. Walaupun dis suka menyakat orang namun hatinya juga kadangkala sedih dengan dirinya sendiri.
'Kenapa aku suka sakat orang?' dia bertanya pada dirinya sendiri tatkala dia sedang merenung kosong pada siling rumahnya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia terus bangun dari katilnya dan terus mencapai telefon itu sekilas dia menoleh pada jam dinding. Sudah pukul 2 pagi. 'Apahal mamat ni call aku pepagi buta? dia nak apa?' soalnya lagi di hati.
Butang hijau ditekan.
"Hello..." katanya.
"Hello Man... Assalamualaikum..." ucap insan di hujung talian.
Abang Jaman terus menjawab salam itu. Lelaki itu bising-bising sebab sudah dua hari Abang Jaman ponteng kerja. Bukan dia tidak mahu masuk studio tapi hatinya tidak tenang. Amat bercelaru sekali.
"Esok aku nak kau datang! kalau kau tak datang kerja lebih baik kau berhenti sahaja," tegas Adrian bos kepada Abang Jaman.
Belum sempat Abang Jaman membalas kata-kata itu, Adrian terus memutuskan talian. Mengeluh berat nampaknya. Saat ini kedengaran pula pintu biliknya diketuk. Namanya dipanggil.
"Abang Jaman! Abang Jaman!" panggil seseorang.
Jaman terus bangun dan melangkah ke pintu biliknya. Dikuak perlahan-lahan daun pintu itu. Terbeliak biji mata Abang Jaman melihat Ijat yang berlumuran darah. Abang Jaman terus panik. dia melihat Ijat seperti ditikam dengan pisau.
"Tolong abang... tolong..." rayu Ijat.
"Ijat! sabar Ijat! sabar! abang bantu..." Abang Jaman terus merangkul tubuh Ijat dengan tergesa-gesa.
Dia rangkul tubuh itu ke pintu keretanya. Niatnya untuk membawa Ijat terus ke hospital. Ijat meronta-ronta kesakitan.
"Abang... Ijat minta maaf abang... kalau Ijat ada buat salah dengan abang..." ucap Ijat yang tercungap-cungap seperti kehilangan nafas.
Abang Jaman mula risau. Dahinya berkerut. 'Binatang manakah yang buat begini pada Ijat! kalau aku tahu siapa aku akan balas dendam!' detik hati Abang Jaman yang terus meluru naik semula ke atas untuk mengambil kunci kereta.
Usai itu dia kembali semula. Ijat sudah pengsan di belakang tempat duduk kereta Abang Jaman. Tanpa berlengah lagi dia terus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju membelah angin malam yang pekat itu.
Berkali-kali dia menoleh ke arah Ijat. Dia bimbang kalau apa-apa terjadi pada Ijat adik angkat kesayangannya yang kuat makan itu. Kalau Ijat tak ada siapa lagi yang dapat habiskan makanan di dapur? Siapa lagi yang mampu ceriakan hidupnya selepas kematian isterinya dua tahun lalu.
Tiba di simpang tiga tidak semena-mena kereta Hyundai miliknya dipancung oleh sebuah kereta Honda CR-V. Kelihatan tiga orang lelaki keluar dari kereta itu meluru rapat ke arahnya. Ketiga-tiga mereka bertubuh sasa. Selalu debik tumbang Abang Jaman. Dia perlu segera hantar Ijat ke hospital. Nyawa Ijat dalam bahaya.
"Keluar!! Keluar!!' arah mereka.
Abang Jaman tidak mahu keluar. Dia berada takut hendak keluar namun dia tiada pilihan. Kerana kedegilannya itu salah seorang dari mereka memecahkan cermin kita. Abang Jamam terpejam seketika. Tergamam dan segala rasa merusuh di jiwannya.
"Aku kata keluar kau degil!" katanya lagi lalu membuka selak kereta Abang Jaman.
Leher baju Abang Jamal ditarik keluar dari perut kereta. Nampaknya kini nyawa Abang Jaman pula dalam bahaya.
"Apa ni?" tanya Abang Jamal terpisat-pisat di situ.
Keadaan jalan itu sungguh sunyi. Tiada kereta yang lalu lalang. Pelik sungguh.
"Bila kau nak bayar hutang?!" lelaki berkenaan memintang hutang.
"Bila aku ada hutang?" kata Abang Jaman yang kecut perut melihat pisau terhunus.
"Aku tanya bila kau nak bayar!! Sudah lima bulan kau tak bayar! kau ni cari nahas betul!" kata lelaki ke dua.
Ketiga-tiga mereka tidak bertopeng namun Abang Jaman tidak mengenali siapa mereka yang tiba-tiba sahaja meminta hutang. Nyawa Ijat perlu diselamatkan.
"Tolonglah tolong saya... kalau benar saya ada hutang tolonglah lepaskan saya dulu sebab saya mahu hantar adik saya ke hospital, dia dalam bahaya..." rayu Abang Jaman.
"Tolong? habis kami ni siapa nak tolong? kalau kami balik pejabat nanti dan duit tak ada, kami pula kena bantai! siapa nak jawab? kau?" kata lelaki yang menghunus pisau.
Leher Abang Jaman dicekak. Sesak nafas Abang Jaman. Dia merayu demi kasih dan sayangnya pada adik angkatnya yang tidak sedarkan diri berlumuran darah.
***
MEMANG perkara yang menyakitkan hati. Matanya merenung tajam pada video. Sudah empat kali dia tengok video itu. Rasa geram pula.
"Itulah abang... suka sangat menyakat orang... sekali kena batang hidung sendiri baru padan muka..." sindir Ijat sambil makan popcorn yang dibeli tepi jalan tadi.
"Kau pun sama... bersubahat dengan dia!" kata Abang Jaman dengan penuh geram.
"Dia bayar lebih... siapa tak nak? maklumlah lakonan menjadi..." ujar Ijat.
Abang Jaman mengumam berat. Malam itu dia dipermainkan. Sampai sekarang tetap segar di dalam ingatannya betapa menyakat orang memang sesuatu yang memedihkan. Dia kesal sebelum ini dia pernah menyakat seorang kawannya yang yang jauh berada di Brune sewaktu ketika dului. Dia kenakan Ekal sebaik sahaja Ekal sampai ke Malaysia.
Ekal itu lelaki lemah semangat,dia pengsan tatkala Abang Jaman usik dia dengan menjadi hantu pocong di dalam rumah yang belum siap dia dengan Ijat juga berpakat. Kali ini tiba gilirannya pula. Ekal membalas dendam. Dia juga tidak sangka Ijat boleh bersubahat dengan Ekal. Lebih ekstrem lagi apabila mengupah orang memecahkan cermen kereta.
Walau bagaimanapun dia menyesal sangat. Ekal yang terkejut pada waktu itu pengsan sampai masuk wad seminggu. Mujur tidak diserang strok. Kalau tidak habislah.
Di situ dapat dilihat betapa sayangnya Abang Jaman terhadap Ijat. Kasih sayang abang terhadap adiknya walaupun hanya adik beradik angkat.
"Assalamualaikum..." tiba ada suara orang bagi salam.
"Waalaikumussalam..." balas Abang Jaman dan Ijat serentak.
Lelaki yang beri salam tadi terpacul depan pintu tersengih-sengih.
Pandangan Abang Jaman tertumpu pada Ekal. Ijat menguntum senyum. Ekal membawa bungkusan hadiah. Namun tiba-tiba sahaja Ekal jatuh dan rebah pengsan.
Abang Jaman dan Ijat buat selamba.
"Lakonan saja tu... jangan layan... nanti terkena pulak," kata Abang Jaman.
Wajah Ekal pucat. Dia diserang jantung dengan tiba-tiba namun sikit pun tidak diendahkan. Bagi Abang Jaman dan Ijat, Ekal berlakon lagi.
Dahsyat sungguh permainan ini. 'wakenabeb' katanya di hati yang sedang meronta kesakitan. Nafasnya tersekat-sekat dan sedang meronta-ronta di anjung itu.
Tidak lama selepas itu Ekal mati tanpa dihiraukan oleh Abang Jaman dan Ijat yang kembali menonton video yang sengaja dirakamkan Ekal di masa hari kejadian dulu.