Entri Terkini :

Mini Novel : Roy VS Aleya ( Bahagian VII )


SETELAH mengalami kepeningan tahap gaban maka Anita tidak lagi bergelar Anita dan dia mahu dikenali sebagai Azrul oleh Aleya! Harap maklum, kenali Aleya dengan nama Rafiq! Katanya mahu insaflah. Boleh diterima tapi adakah dia mampu bertahan? Tuhan sahaja yang tahu.

Agak emosi sejenak tatkala Rafiq mahu memujuk Azrul untuk turut serta dalam misi tergempar yang bakal mengegarkan flat Penara di Bandar Sri Permaisuri Cheras itu. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, Rafiq tutup kedai kerana semangat kental dan semangat waja itu mahu menumpaskan Roy keparat itu membuak-buak. Aktiviti balas dendam akan berlangsung hebat setelah perancangan rapi sudah dibuat.

Rafiq memandang Azrul yang lengkap berpakaian ala-ala penyiasat Detaktif Conan manakala Rafiq selesa dengan jeans dan jaket hitam. Mereka berdua kembali ke bentuk asal mereka iaitu menampilkan diri mereka sebagai lelaki maskulin bukan lagi faminin. Sempurna? Sebab itulah Rafiq pakai jaket! Faham-faham sajalah kenapa.

Kereta yang pernah dipancitkan oleh Roy tempoh hari dipandu oleh Rafiq dengan begitu tenang. Saja mahu menonjalkan reaksi yang cukup-cukup baik meskipun dalam hatinya menggelegak lava-lava kepanasan dari gunung berapi.

“Akak..”

“Woi! Apa akak-akak?! Panggil abang! Aku debik kau karang!” Rafiq marah.

“Lupa! Itu pun nak marah!” ujar Azrul.

Rafiq menjeling sambil mencemikkan bibirnya tanda protes. Suka hati mak ayah tiri dia saja panggil Rafiq ini kakak.!Sudah banyak kali Rafiq bagi peringatan masih juga berulang. Azrul mesti mahu telan batu bata juga karang!

Azrul buat tidak kisah dan tetap mempamerkan ekspresi wajah tidak bersalahnya itu pada Rafiq. Berjanji beratus kali tapi tetap juga tersasul. Kalau pegang rahsia kerajaan sudah pasti cepat bocorlah jawabnya.

Memang Rafiq marah. Kalau rahsia terbongkar nanti macam mana? Siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka (macam biasa dengar saja ayat ini).

“Mestilah marah! Kalau kau tersasul panggil aku akak macam mana? Kantoilah!” Rafiq kalau bab menggerutu serah saja pada dia.

Itu dia! Azrul buat muka sposen sambil menggaru ketiaknya. Mungkin tidak cukur bulu agaknya. Dia terus mengerling Rafiq yang melagut gaya pemanduannya. Sekejap-sekejap mendengus.

“Tak ada maknanya, kalau jalan-jalan pun dari jarak sepuluh batu lagi orang dah tau abang ni pons!” memamg mulut Azrul mulut mengalahkan perempuan. Pot pet pot pet selalu. Ada saja alasannya. Tidak pernah mahu mengalah.

“Mulut kau ni memang tak ada insuran,” cakap Rafiq yang hampir-hampir naik berang.

“Pulak! Habis tu bagaimana pula dengan mulut abang? Ada insurans ke? Kat mana nak mendaftar? Nak jugak!” petah Azrul dengan selamba jayanya.

Sabar sajalah Rafiq dengan perangai sepupu kau itu yang poyo tahan cipan. Sudah nasib badan. Kalau kau tidak tahan sangat kau turunkan saja dia di tepi jalan, atau pun kau taruk dia tepi lorong mana-aman tengok dia laku atau pun tidak.

“Rilekslah akak, sikit-sikit nak marah, nanti cepat tua. Kalau sudah tua wajah berkedut sudah tak cantik lagi. Siapa yang susah? Az juga sebabnya kena jaga akak yang keuzuran,” main-main sungguh Azrul. Kalau kena lempang ada orang kisah?

Ya ALLAH! Dia sebut perkataan ‘akak’ lagi. Muka Rafiq merah padam. Dalam hati dia sumpah seranah di atas kejahilan Azrul yang telah mendidihkan darahnya.

“Aku kata jangan panggil AKAK!!!! FAHAM!” bentak Rafiq dengan aura berkuasa tinggi yang bakal menerbangkan bumbung keretanya pada bila-bila masa sahaja. (Tak logik!)

“Ishhhhh!!” Azrul menarik muka sambil menghentak-hentakkan kakinya di dalam perut kereta itu. 

Menggeletis sungguh lagak Azrul ini. Naik gaban Rafiq dibuatnya. Budak-budak pramatang memang begitu. Lebih bagus budak sekolah tadika boleh diajar. Azrul ini sudah terlebih ajar bukan lagi kurang ajar.

“Apa-apa pun abang nak kau ikut arahan. Az mesti dengar cakap abang, kalau tak abang tak akan belanja Az makan sedap-sedap lagi. Az nak makan di hotel tak?”

“Masih mahu tanya ka? Haiyaa! Sudah tentu mahu maa,” ucap Azrul dalam nada ala-ala Cina sikit.

Kalau sebut fasal makan sudah tentu! Semua benda jadi.

“Arghhh!!” pekik Rafiq!

“Kenapa?” soal Azrul tiba-tiba.

“Kau ni memang tak habis-habis mencemarkan udara dalam kereta! Kalah bau ambi pur abang dalam kereta ni!” Rafiq mengipas-ngipas dengan tangan depan hidungnya. Lantas dia membuka tingkap keretanya agar udara dari luar dapat melarikan bau kentut Azrul.

Azrul tetap dengan muka tidak bersalahnya. Mengeluarkan angin sepoi-sepoi bahasa tapi tidak diduganya akan mengeluarkan bau sebegitu hebat! Berdarah hidung!

“Sekali lagi kau kentut dalam kereta aku siap kau! Aku hantar kau balik kampung! Baru tau!” ugut Rafiq.

Azrul sikit pun tidak hairan. Tiada pun signboard yang mengatakan dilarang kentut dalam kereta, kalau ‘sticker’ dilarang merokok dan utamakan keselamatan memang ada tertampal di dalam kereta Rafiq.

***

AKHIRNYA mereka sampai ke destinasi yang dituju.

“Kat sini ke rumah dia?” Azrul menyoal.

“Ya, cepat turun tapi hat-hati,”

“Okey! Jangan risau, wonder pets datang membantu,”

“Bukan membantulah! Tapi menjahanam!”

“Okey! Wonder pets datang menjaham!” ujar Azrul sambil ikut-ikut tema lagu cerita kartun itu yang menjadi kegilaan ramai. (Ingat lawak sangatlah tu!!)

Rafiq juga sama. Budak pramatang. Perangai macam budak-budak. Lebih budak dari budak. Macam manakah itu?

Dengan berbekalkan kebijaksanaan yang agak tipis sahaja. Azrul dengan selamba sahaja jalan mengangkang ala-ala orang tumbuh bisul celah kangkang. Berlakon tempang. Hebat-hebat! Dia terus terus berdiri di tiang menghadap ke lif. Rafiq hanya menunggu ketika.

Azrul melihat cotengan di tapak tangannya yang tertulis, ‘EX5 Dreams warna hitam, plat CAN 19 termasuk nombor rumah Roy. Usai itu matanya tercari-cari di manakah kedudukan motor berkenaan.

Dalam masa yang sama, Rafiq menunggu untuk ‘coverline’. Rafiq tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang diperhatikan. Siapakah dia? Haa! Orang itu adalah seorang lelaki yang sedang duduk di dalam perut kereta. Rafiq tidak perasan kerana waktu malam begini baginya keadaan sekarang lebih selamat menjalankan aktiviti yang sungguh berfaedah itu.

‘Cepatlahhhh,’ gerutu Rafiq sendiri dan tidak lama selepas itu Azrul kembali semula.

Rafiq lihat wajah Azrul berkerut. Terpancar rasa hampa mungkin niatnya tidak kesampaian.

“Macam mana?” Rafiq menyoal dengan bersungguh-sungguh.

“Motor dia tak adalah bang,” jawab Azrul.

Habislah rancangannya tertangguh lagi. Kecewa sungguh. Rafiq ajak Azrul duduk di bawah pokok sambil menelaah keadaan sekeliling. Boleh juga cuci mata. 

Sempat lagi! Kata hendak insaf!

“Apa ni duduk sini! Banyak kerenggalah bang! Alahai habis merayap masuk dalam seluar! Sakitnya,” Azrul mengadu tidak senang duduk dengan tergaru-garu akibat kegatalan pada kulit.

Rafiq tidak perasan bahawa tempat itu ada banyak kerengga. Rafiq tersengih sendiri melihat Azrul tergaru-garu. Dia pula tidak sedar tempat dia pijak kaki itu ada sarang semut merah.

“Aduh!!!! Gatalnya!” Rafiq tergaru-garu, semut merah menggigit-gigit kakinya hingga merayap sampai ke betis.

Malang sungguh! Itulah niat hajatmu tidak kesampaian malah menjadi mangsa kerengga dan semut. Cepat-cepat mereka beralih tempat. Tidak disangkanya nasib menjadi malang sebegitu rupa.

***

PELAN A tidak berjaya! Pulang dengan kekecewaan yang teramat dalam. Sugul wajah Rafiq dan Azrul. Bukan sedih kerana tidak dapat balas dendam tapi sedih dan pilu mengenangkan kulitnya kemerahan akibat gigitan semut dan kerengga. Rasakan!

Sedang mereka berjalan alpa selepas keluar dari perut kereta, Rafiq dan Azrul merasakan mereka sedang diekori Memang ada orang sedang mengikutnya dari belakang namun orang yang sedang mengikut mereka dari belakang itu tiba-tiba direntap oleh dua orang yang lain.

“Cepat!! Keluarkan semua wang kamu!” kata lelaki bertopeng.

Nampak gayanya lelaki yang sedang ikut Rafiq dan Azrul sedang dirompak. Aik! Apa kes pula? Kes rompak dan samun rupanya.

“Kau dengar tak? Dia kata keluarkan semua wang kamu, nak mati ke? Kau nampak ni?” kata seorang lelaki lain yang juga bertopeng sambil mengacu pistol.

“Jangan cuba jerit, kalau tidak nahas kamu,” ugut lelaki berkenaan sambil menghunus pisau.

Seorang yang lain sedang memegang sepucuk pistol mainan. Wah! Rompak pakai pistol mainankah? Berani sungguh.

Sungguh kasihan pada lelaki yang kena rompak itu dan mungkin inilah dia ‘cobaan’ bak kata dalam filem pendekar bujang lapok. 

Harap badan saja besar tapi penakut sampai terkencing dalam seluar. Sedihnya sikit pun dia tidak melawan malah menurut sahaja apa kata mereka. Lantas dompet diberi dan wang habis dilesapkan. Nasibnya malang dan kena terima hakikat.

Tiba-tiba Rafiq tertinggal kunci pintu rumah di dalam kereta, dia kembali semula ke tempat parkir kereta untuk mengambil kunci yang tertinggal di situ. Sebaik hampir tiba dia terlihat ada orang kena rompak. 

Dengan pantas dan beraninya Rafiq meluru pantas dengan tanpa diduga oleh mereka akan kehadirannya bagaikan superhero datang membantu. Satu tendangan maut tepat mengena sasaran. Jatuh tergolek lelaki satu dan lelaki dua pula terpisat-pisat melihat gengnya terpelanting ‘gedebuk’ jatuh.

Rafiq beraksi seperti hero filem hindustan yang berlawan tidak mati-mati. Biarpun ditangan mereka ada senjata berbahaya.

“Lari Roy lari!” ucap lelaki dua.

Roy? Alamak! Roy buat rompakkan bersiri ke selapas tiada kerja hendak buat? Tahulah sudah kena buang kerja! Kenapa perlu buat kerja bodoh itu? Lelaki dua itu sudah semestinya Zam. Dengan siapalah dia hendak buat kerja itu kalau bukan Zam.

Hah! Pencak Silat Tok Guru! Habis semuanya tewas tapi sayang! Mereka sempat melarikan diri bersama habuan. Zack juga terpisat-pisat di situ melihat aksi ganas serangan balas. Nampak gayanya tae kwan do Roy tidak dapat melawan ketangkasan seni silat Rafiq.

Daripada dia melawan lebih baik dia cabut lari. Kalau tidak nahas. Masuk lokap kalau sudah kena bantai habis-habisan.

“Awak tidak apa-apa?” Rafiq bertanya sambil ekor matanya melihat ke bawah.

Zack ternganga membayangkan kematian hampir tiba. Nyawa bakal melayang sebentar tadi.

Habis basah seluar Zack sebab terkencing manakala lututnya terketar-ketar. Gemuruh satu badan. Memalukan kaum! Penakut rupanya. Sudahlah orang yang rompak dia itu adalah perempuan. Nasib baik topeng si perompak itu tidak terdedah. Kalau tidak, pasti identiti akan terbongkar.

“Kenapa awak masih ikut saya? Eee tak malu terkencing dalam seluar! Ni nak buat report polis ke tak nak?” tanya Rafiq.

“Saya cuma nak tahu ustaz mana yang dah bagi ceramah pada awak. Awak tolonglah temankan saya pergi balai…” pinta Zack.

“Tak ada ustaz mana-mana pun. Sudah! Pergi tukar seluar dulu!” ujar Rafiq.

Zack masih mahukan Rafiq meskipun orang yang dilihatnya itu telah menampilkan diri sebagai lelaki walaupun masih nampak lembut.

***

LAPORAN polis telah dibuat maka tunggu sajalah apa akan jadi selepas ini. Saat ini Rafiq tidak henti-henti membebel. Dia marah dengan Zack yang masih mahu mengejar dirinya. Tekanan Rafiq dibuatnya. Dia mahu insaf pun nampak tidak seenteng yang disangkakan malah nampak menjadi-jadi pula cubaan.

Zack menjanjikan segala-galanya. Malah sanggup bercerai dengan isterinya demi Rafiq. Gila! Penangan apakah itu sampai Zack tidak boleh lupakan Rafiq. Adakah Rafiq bagi ubat guna-guna pada Zack! Tolonglah Rafiq tidak sejahil itu. 

Kerja-kerja khurafat namanya. Hati Zack sudah cacat agaknya. Tidak mengambil kira rupa Rafiq sekarang yang mahu nampak maskulin.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?” Rafiq menyoal Zack tatkala dia sedang memandu.

“Saya tak yakin awak mampu mengubahnya,” kata Zack ala-ala mencuri sedikit ayat iklan penaja ‘Anda Mampu Mengubahnya’ kena dengan mereka yang sedang memandu tapi Rafiq tidak suka ayat itu.

“Awak sepatutnya menyokong! Bukan merendah-rendahkan saya,”

“Saya tahu awak masih sayakan saya,”

Excuse me! Sayang sebagai kawan sahaja! Tidak lebih dari itu!” marah Rafiq.

“Saya memang tak boleh lupakan awak dan awak mesti hidup dengan saya…” kata Zack bersungguh-sungguh.

Zack ini memang sudah gila tahap gaban! Orang macam dia layak ke hendak jaga Rafiq lagi? Sudahlah terkencing dalam seluar! Tidak pernah-pernah Rafiq lihat lelaki macho dan tampan terkencing dalam seluar. Sudahlah! Rafiq tak hingin.

Tiba-tiba Rafiq memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia marah benar sekarang.

“Awak turun sekarang!!!” arah Rafiq.

Zack menggelabah. Muka Rafiq merah padam.

“Takkan awak nak turunkan saya kat sini? Kereta saya ada kat rumah awak…” ujar Zack perlahan yang terpisat-pisat sendiri setelah Rafiq menyuruhnya keluar dari perut kereta.

Macam mana ini? Keadaan sudah semakin tragis. Emosi sungguh Rafiq dengan keadaan ini. Sabar Rafiq! Hendak berubah perlukan kesabaran yang tinggi. Sabar ya!

Susah benar cakap dengan orang gila talak! Pembetulan gila meroyang! Gila dengan kasih sayang Rafiq. Zack rindukan cintanya bersama Rafiq. Dia menyesal kerana mendirikan rumah tangga seawal itu memandangkan hatinya masih ada ruang untuk Rafiq tetapi tidak di dalam hati Rafiq! Ruang untuk Zack sudah tidak ada! Get lose!

Terus sahaja lagu di dalam radio terpasang dengan lagu Matahariku dari Agnes Monica. Tetiba!

‘Tertutup sudah pintu-pintu hatiku, yang pernah dibuka waktu hanya untukmu, kini kau pergi dari hidupku, ku harus relakanmu walau aku tak mahu…’ itulah lagu yang menjadi tema hidupnya setelah Zack menduakan cintanya dahulu.

Kelas kau Rafiq! Gantlemen sungguh main halau-halau bekas kekasih. Mungkin dia mahu bagi pengajaran pada Zack. Rafiq juga patut sedar itu semua ada hikmahnya.

***

RAFIQ tiba di rumahnya. Nasib baik Rafiq masih luhur. Kalau tidak, balik naik teksilah Si Zack itu jawabnya. Sumpah! Rafiq sudah tidak mahu pada Zack lagi! Dia lebih utamakan dendam kesumatnya terhadap Roy! Dia mahu buang nama Zack dari hidupnya. Tiada gunanya dia tangisi sampai sebaldi air mata. Bernanah tubir mata pun tidak ada maknanya lagi. Zack suami dan ayah orang!

Tanpa bercakap banyak, Rafiq suruh Zack balik saja dan jangan pernah jejakkan kakinya lagi ke situ. Tapi mungkin Zack akan kembali lagi untuk pulangkan seluar yang dipinjamkan itu. Saja cari sebab hendak datang jenguk Rafiq nanti. Alasan sungguh!

Berkecak pinggang Rafiq sambil memadang Zack berlalu pergi. Dia terpaksa membiarkannay. Pedih dah lukanya sekeping hati tiada sesiapapun yang mengerti. Dengan perasaan hampa dan kecewa, Zack meninggalkan tempat itu.

Sampai sini dulu kisah Rafiq. Lensa akan beralih mengintai Roy dan Zam yang melarikan diri kerana telah merompak bekas kekasih orang! Mereka sendiri tidak tahu siapakah orang yang dirompaknya. Kebetulan hendak buat kerja itu. Alasan poket sudah kering. Syaitan yang suruh jadi dia ikut saja. Ceh! Kerja Syaitan kau nak ikut! Sama-sama jadi Syaitan!

Patutlah Azrul tidak dapat kesan kedudukan motor Roy di flat sana tadi! Rupanya Roy dan Zam datang ke kawasan rumah Rafiq pula. Keji sungguh!

“Aduh! Sakitnya pinggang aku, bedebah punya jantan!” Zam mengadu sakit.

Roy pula rebahkan tubuhnya di sofa. Dia juga menahan sakit. Pecah bibirnya. Sungguh tidak diduga bahawa tumbukkan itu kuat sekali. Tidak sempat dia hendak elak. Tangkas sungguh pergerakan lelaki itu.

“Kau jangan bising boleh tak? Tahulah sakit, aku pun. Tapi tak apa, kita dah dapat dompet dia,” ucap Roy dengan bangganya.

Di tangannya terdapat dompet Zack yang belum dilihat isinya.

“Cepatlah kita bahagia-bahagikan,” kata Zam.

Roy mengerling matanya.

“Sabarlah,” katanya sambil membuka dompet ini.

Terjegil matanya. Penat-penat rompak ada 50 hengget saja? Orang yang dirompaknya nampak macam orang kaya tapi..?!!

Padan muka kau!

Orang kaya pun tidak dungu sampai hendak letak beribu-ribu duit dalam dompet. Nasib kaulah Roy!

“Kenapa?” Zam menyoal setelah melihat Roy berkerut dahi.

“Kau tengok ni! dompet bukan main tebal tapi ada banyak ni je, yang lain kad kredit je, macam aku boleh pakai kad ni nombor pin pun aku tak tahu. Geram pulak rasanya. Ni lagi, resit-resit pun dia simpan dalam dompet! Patutlah nampak tebal!” Roy menggerutu.

“Apa? Jadi tak ada banyak duitlah ya?”

“Aku dah kata tak ada, tengok ni hah!” balas Roy.

Zam mengusap-ngusap dagunya penuh curiga.

“Atau kau dah bantai awal-awal?” duga Zam.

Serta-merta wajah Roy berubah. Dia bengang dengan telahan Zam yang melulu. Serkap jarang sungguh Zam ini. Kang kena debik baru tahu! Dia ingat Roy ini suka makan sorang ke? Silaplah geng! Dia masih ingat kawan. Susah sama-sama, senang sorang-sorang, ha ha ha. Tapi sungguh, Roy memang tidak ambil. Memang ciput  (sikit) saja wang dalam dompet itu.

“Sumpah! Aku tak ambil! Memang banyak ni je,” beria-ia Roy bersumpah untuk meyakinkan Zam.

Zam menjeling kemudian mengetap lembut bibirnya. Terus terang saja. Sebenarnya Zam masih sangsi. Bukan dia tidak percaya tapi memang kurang yakin. Mana boleh orang yang lagak macam orang kaya hanya bawa wang sebanyak itu sahaja. Macam tidak logik saja.

Logiklah! Sebabnya untuk apa perlu bawa wang banyak-banyak, pembayaran pun sudah pakai kad kredit sahaja. Tidak perlu bawa wang banyak. Kalau hendak selamat simpanlah wang anda di bank, kata iklan penaja di dalam televisyen.

Sungguh tidak berbaloi hasil rompakan bersenjatakan pistol mainan dan pisau lipat harga 20sen itu. Entahlah sekarang sudah berapa harganya di kedai. Duit yang kau dapat itu duit haramlah Roy! Tidak berkat! Kerja halal banyak yang kau boleh buat! Kerja kutip barang terpakai lebih mulia dari kau yang telah menyampun!

“Macam manalah kita boleh pergi menyamun kat area sana! Lepas ini kita tukar target! Kita pergi Damansara pulak, amacam?” Roy memberikan idea yang kurang enak didengar oleh Zam.

“Kau gila! Sana ramai gengsterz! Tak fasal kita pula kena rompak,”

“Ya tak ya juga, apa kata esok kita ke Batu Caves? Okey?”

“Deyy! Mahu kapla potong ka? Kalau kena tangkap macam mana? Aku tak mahu terlibat dengan idea bodoh kau ni lagi! Sudahlah aku malas nak layan!” balas Zam.

“Habis tu kalau kita tak buat kerja ni kita nak makan apa? Kau sanggup ke jual diri kat tepi jalan hah?! Kau tak sanggupkan, kerja itu lagi bangang tau tak..!”

“Cukuplah Roy! Kau ni dah jauh menyeleweng! Dulu kau tak macam ni! aku pun pening dengan sikap kau tahu tak. Kadang-kadang aku rasa kau bukan Roy yang aku kenal dulu, Roy yang segan dan berfikir panjang,” kata Zam yang agak kurang senang dengan cara Roy sekarang.

See.. sekarang kau nak bagi ceramah kat aku pulak? Bro! aku rasa elok kau pergi mandilah! Bau badan kau dah bau minyak tanah daa,”

“Poooraahhh! Aku cakap sikit mesti kau nak mengelak! tapi kau fikir-fikirkanlah tentang dosa pahala jugak, sampai bila kita nak macam ni,” leter Zam.

“Hah! Kau nak bertaubat ke? Wah! Sukanya aku dengar…dulu bukan main kau ubah aku itu dan ini sekarang dah nak kembali ke pangkal jalanlah ya? Selama ni kita sesat? Begitu?”

“Roy! Janganlah biadap sangat ucapan kau tu, hal-hal agama kau jangan buat main-main, kang bumi tak terima jasad kita ni kang kau nak jawab apa? Aku cakap ni benda betul, aku kadang-kadang rasa menyesal jugak jadi macam ni,” Zam mula meluahkan apa yang terbuku di lubuk hatinya.

Alahai! Bagus sungguh Zam pula tergerak hati untuk berubah. Dia sedaya upaya memujuk Roy kembali semula kepada keadaan asal. Entah Roy mahu endahkannya atau tidak kerana sekarang dia sengaja pekakkan telinga siap korek-korek lubang telinga dengan jari lagi selepas mengorek lubang hidungnya. Eee! Gelilah.

‘Dengan duit sebanyak ini cukup ke aku nak beli gincu, alat make up dan sebagainya jika aku jadi feminin? Pleaselah Zam… aku enjoy dengan keadaan sekarang,”

“Otak kau! Enjoy-enjoy! Tak habis dengan enjoy! Kena buang kerja pun enjoy jugak! Tu aku dengar bekas bos kita buat laporan polis pasal kes kau spray kereta dia,”beritahu Zam.

Roy buat muka sambil menjuih bibirnya tanda mengejek.

“Tapi dia tak tahu siapa buat kan?” balas Roy.

“Polis tengah siasat! Kau tak takut ke? Sekali dengan aku pun berangkut sebab bersubahat dengan kau! Matilah kali ini! Aku tak nak masuk lokap nanti dapat sial,” gerutu Zam.

“Tengok! Kau sendiri sesat! Percaya dengan benda-benda karut! Siallah apalah, kau ingat lokap tu tak best ke? Dapat makan free! Tak payah masak, senang kan?” kata Roy dengan lagak poyonya yang berleluasa.

Selagi Zam layan Si Roy yang kepalanya sudah masuk air itu lebih baik dia mendiamkan diri saja. Buat sakit hati melayan minah sewel sorang ini. 

Zam buat tidak tahu dan dengan selambanya dia menjeling sebelum menguis hidungnya sendiri. Entah apa maksudnya dia buat begitu pun Roy tidak tahu. Mungkin sengaja hendak hilangkan rasa bengang atau pun mengawal sentap.

Roy pun sudah mula rasa mengantuk. Dia hendak masuk tidur. Dengan perlahan-lahan dia bingkas bangun dan terus meluru masuk ke dalam biliknya.

Tidak berapa lama kemudian terdengar suara Roy menjerit. Hah?! Apa sudah jadi? Macam kau sudah terkena saja Roy! Nasib kaulah labu… (Labu? Konfius sekejap)

“Arghhhh! Ini boleh mendatangkan marah! Cilakak punya …. (break)”

BERSAMBUNG…

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.