Entri Terkini :

E-Novel : Takdir Atau Pilihan (Bab 17)


AKU merasakan alam ini tidak mengendahkan diriku. Bagaikan tercampak di tengah lautan yang tidak berketepian. Maka aku terus hanyut dibawa arus deras itu. Aku lelah dan tersangat penat kerana sering ditalu dengan masalah. Karenah manusia yang selalu menghentam diriku ini memang tiada belas kasihan lagi.

Ingin ku tenangkan diri dengan menghela nafas sedalam-dalamnya agar aku perasaan ini bisa diterbangkan sang angin. Biarkan aku bebas buat seketika dan aku tidak mahu terus begini untuk waktu yang panjang. Aku mahu dadaku menjadi lapang tanpa beban. Namun tidak semudah itu kerana selagi aku bersabar selagi itu banyak dugaannya. Mengapa harus aku menjadi korban keadaan?

Langkah ini sungguh berat sekali. Membawa beban dengan muatan yang bertan-tan rasanya. Hatiku sarat dengan kekecewaan. Kecewa dengan sikap kawan-kawan yang mengambil ringan soal hatiku. Saat ini aku berpuitis dan mengalun bicaraku sendiri tatkala hati ini sedang menangis entah siapa yang sudi mendengarnya.

Aku bosan! Benar-benar bosan. Kala ini aku melangkah dan terus melangkah asalkan aku tidak merangkak kerana akan lambat tiba di rumah nanti. Biarkan langkah ini berat tetapi masih boleh terus berayun perlahan.
Kecelaruan di kotak fikiran sedang robek dan renyuk. Masih berlubang serta bocor sana dan sini. Mencari jawapan pada setiap persoalan adalah perkara yang paling menjengkelkan.

Apa yang aku merepek ini? Erh! Aduh sakitnya!

Chait! Di sini juga kamu mahu lepak ya?” aku memarahi sang batu.

Kakiku tersepak batu gara-gara mengelamun teringatkan peristiwa tadi. Payung yang aku kepit di celah ketiak ini terlucut lalu terjatuh. Lantasku mengambilnya semula dan dikepit lagi di celah ketiak dan meneruskan perjalanan.

Aku berpura-pura bahagia dengan melemparkan senyuman kepada sang angin biarpun sebenarnya aku sedang bersedih. Sedih kerana barangku sudah dirampas termasuk aku telah dianiaya. Diriku ingin menyembunyi rasa kecewa itu. Mahu ku lontar jauh-jauh dan jangan datang lagi.

Kalau betul kau yang lakukan perkara itu pada aku Ejam, nampaknya kau sungguh tega Ejam. Tergamaknya hatimu. Sudah banyak yang telah kau berikan padaku. Sudah banyak kau khianati aku. Kau carik-carikan kertas hatiku yang nipis ini sehingga luka berdarah.

“Kau buat solat hajat, semoga Tuhan tunjukkan siapakah orangnya,” usul Ardila sebentar tadi sebelum aku dan dia berpisah di separuh jalan untuk dia pulang ke rumahnya.

Dia mahu aku buat solat hajat. Mungkin cara yang terbaik dan memang itu perlu aku lakukan. Namun aku perlu redha dengan kehendakNYA. Ada iktibar di sini yang mesti aku ambil. Aku harus menelaah segala yang terjadi. Ia satu pengalaman yang sangat berharga meskipun pahit untuk ditelan.

Kala ini aku teringatkan Naqib. Kata Ardila, Naqib ke sungai ingin buat perhitungan dengan Ejam. Apa sudah jadi agaknya. Aku ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh mereka sekarang ini.

Aku melencong ke kiri jalan. Sepatutnya aku perlu belok ke kanan dan terus balik ke rumah. Memandang perasaan ingin tahuku ini begitu membuak-buak maka aku ayunkan langkah ini menuju ke tempat lepak mereka itu.

Perhitungan apakah yang Naqib ingin lakukan? Menjadi tanda tanya untuk diriku. Ah! Ardila tidak jelas kalau bercerita. Tidak menerangkan dengan lebih terperinci aku juga yang terkulat-kulat menelaahnya. Bila ditanya dia berjongket bahu pula. Bagaimanakah ini? Aku tidak tahu dan dia pun tidak tahu! Ardila oh Ardila. Kau buat aku suspen sahaja.

Ardila sengaja suruh aku pergi sendiri. Ini bermakna aku harus jadi penyiasat persendirian. Kes aku pun belum diselesaikan lagi ditambah pula dengan perkara ini. Runsing betul jadinya.

Pening lalat dibuatnya tapi lalat pun tidak sepening aku sekarang ini.

Aku mengeluh sendiri mengenangkan apa yang sudah berlaku pada diriku. Penyesalan yang tiada berperhunjung. Kadang-kadang aku keliru dengan kehidupan ini. Bagi diriku ia bukanlah perkara yang mudah namun mengapakah masyarakat selalu memandang serong terhadapku? Salahkah aku berkeadaan seperti ini? 

Sungguh aku tertekan mengenangkan ada insan yang tidak senang dengan diriku seperti Ejam dan kawan-kawannya.

Kalaulah Irwandi ada pasti aku rasa cukup selamat sekarang. Cikgu Hasrudi pun akan yakin denganku apabila aku berhujah mempertahankan diriku sendiri. Mungkin Irwandi akan datang membantu. Cuma kali ini Ardila yang hadir membela diriku namun ia seperti tidak berhasil.

Jarang benar ada insan yang sanggup menolongku seperti Irwandi mahupun Ardila. Mereka berdua sering saja menjadi dinding buatku. Terharu sejuta rasa dihatiku ini. Mereka mungkin tidak tahu betapa sayangnya aku terhadap diri mereka. Hati aku sungguh dekat dengannya. Semenjak perkara dulu, Naqib pula mendekatkan dirinya denganku. Tuhan telah memberikan aku seorang dan demi seorang kawan pada diriku. Aku bersyukur.

“Huh!” aku mengeluh lagi. Panas betul rasanya. Waktu menjelang senja pun masih terasa bahang terik matahari. Aku masih lagi melangkah dan dalam masa yang sama aku mahu membuka payungku. Sebaik sahaja payung dibuka tiba-tiba sang angin bertiup deras. Pegangan yang tidak seberapa kuat itu mengakibatkan payungku terlucut dan terus diterbangkan sang angin.

Aku mengejar arah payungku yang diseret angin itu. Akhirnya payung itu tersangkut pada dahan pokok yang rendang. Tidaklah terlalu tinggi dan aku masih boleh mencapainya. Aku merasakan ia sungguh pelik kenapa angin tiba-tiba sahaja bertiup kencang dan terus lenyap. Desiran dedaun yang dituip angin terus bercakap-cakap seperti sedang menyampai sesuatu pada diriku. Tentang apa? Mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Ah! Lantaklah sekarang aku hendak melihat Naqib.

Sebelum aku meneruskan perjalanan aku mesti mengambil semula payung itu. Payung kesayanganku. Aku berharap ia tidak rosak. Setibanya di situ, aku terus menggapai tangan untuk mengambil payungku semula. Bunyi decitan sang anak burung yang kelaparan sungguh menarik perhatianku. Sarangnya pula sangat rendah sekali. Kalau ada haiwan pemangsa lalu di situ pasti dengan begitu mudah ia dibaham. Namun anak burung itu begitu comel sekali.

Anak burung itu terus melompat ke tanganku selepas letih mengangakan mulutnya minta disuap makanan. Mana ada makanan dalam beg aku ini untuk diberikan padanya. Ke mana pula ibunya pergi masih tidak pulang ke sarang hingga membiarkan anaknya kelaparan. 

Eh! Mungkin aku mendekati sarangnya maka ibunya tidak datang dekat. Tapi aku dapat merasakan bahawa aku sedang diperhatikan. Mungkin ibunya memerhatikan aku sedang bermain dengan anaknya. Itulah telahan yang aku buat.

Anak burung itu jatuh! Kesiannya. Dia jatuh tidaklah begitu kuat tapi bagi anak kecil seperti itu mungkin terasa sakit. Aduhai! Aku cuba mengambilnya semula tapi dia terus turun ke bawah gaung. Alamak! Kenapa dia turun ke bawah itu? Anak burung itu masih belum bisa terbang. Aku mesti mengambilnya semula dan diletakkan ke dalam sarang. Ibunya mesti risau nanti.

“Comel.. mari sini jangan turun bawah itu,” Aku melarang anak burung itu tapi mana mungkin dia memahami ucapanku itu. Dia hanya seekor haiwan.

Anak burung itu terus juga turun. Aduhai! Aku harus menyelamatkannya. Tapi bagaimana pula kalau ada ular? Dalam semak begitu pasti ada haiwan yang berbisa. Serangga-serangga yang suka menggigit pasti dahagakan darahku. Ah! Habislah macam ini tapi anak burung itu mesti diselamatkan juga.

“Wahai anak burung, jangan turun ke bawah. Aku takut kau akan dimakan oleh haiwan lain.” Aku masih melarangnya walaupun anak burung itu tidak pernah mendengar kata.

Degil sungguh anak burung itu.

Aku beranikan diriku ini. Aku melepaskan lelahku setelah melarang. Aku letakkan begku di situ dan terus berpaut pada dahan-dahan dalam cubaan turun ke bawah. Tiba-tiba aku tergelincir dan terduduk.

“Aduh! Sakitnya,” aku mengadu.

Lantas aku gosok-gosok punggungku dan terus berpaut semula. Sekali lagi aku tergelincir kerana tanahnya cukup licin. Anak mataku tidak kalih dari memerhatikan anak burung itu. Aku takut ia akan hilang dari pandangan dan akan menyukarkan diriku untuk mencarinya. Anak burung yang sekecil itu seandainya telah bersembunyi di celah-celah daun sudah pasti aku tidak dapat mengesannya lagi.

Sekali lagi aku berasa malang. Ada habuk masuk ke dalam mataku. Mengapalah dugaan seperti ini aku terima. Pedihnya mataku ini. Lantas aku tenyeh-tenyehkan mataku sendiri untuk melegakannya. Selepas itu pandangan mataku berasa sedikit samar dan kelam sahaja kerana tubir mataku sedang bergenangan.
Setelah penglihatan aku kembali normal aku bersin pula.

‘Aiiichummmm,” banyaknya habuk.

Ketika aku bersin, secara automatik aku tertoleh ke sebelah kiri. Di situ aku ternampak sebuah motosikal. Aku memerhatikan motosikal itu. Adakah ia sebuah motosikal curi yang sengaja disembunyi di bawah itu? Kalaulah telahan aku tepat ini bermakna kes kecurian motosikal selama ini akan dihumban ke sini.

Perhatianku kini tertumpu pada motosikal itu. Ia tidak berapa jelas kerana ditutupi dengan dedaun. Hal anak burung aku lupakan seketika kerana ada perkara yang lagi penting. Nyawa anak burung itu juga penting tetapi ia hanyalah subjektifnya sahaja.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.