Entri Terkini :

Mini Novel : Roy VS Aleya ( Bahagian VI )


Roy Vs Aleya
(Hentam Lagi)

JIKA sebelum ini kita tahu bahawa Aleya selalu dikenakan tapi kali ini kita teruskan lagi kisah Aleya mencari idea untuk kenakan Roy semula. Apakah agaknya yang bakal dia lakukan? Adakah Anita akan join sekali? Atau berapa banyak kali dia nak join? Sesuka hati mak ayah tiri dia aje kan? Ingat kisah legenda Ahmad Albab tak? Ada satu dialog tu masa kat dalam gua, bunyinya macam ni….

“Harta ini bukan kau yang punya tapi harta ini Ahmad Albab yang punya.. hahahaha” kata jin yang berpakaian tidak cukup benang itu. Kita tukar, “Cerita ini bukan kau yang punya tapi cerita ini Miqael Arshad yang punya, hahaha!” kata akulah. ( Ketawa mengekek) nampak tak? Lain kali pakai teropong! Hehe…

Kamera! Ready? (Action!)

Sorry tuan director, saya nak ke jamban sekejap!” kata salah seorang jurukamera aku!

Rehat kejap. Aku nak cari idea ni macam mana aku nak kasi Aleya ni jadi hero pulak dalam mini Novel Roy VS Aleya. Haaa! Okey dapat! Nasib baik jurukamera aku datang cepat!

“Makeup artis!! Kau tacap sikit muka si Aleya tu, kau kasi nampak wajah dia tu macam lesu sikit,” Aku arah make up artis aku yang comel dan lemah lembut persis Aleya itu.

“Okey tuan director,” patuh sungguh dia.

Kamera!!!

Yes!!”

Ready?! Action!

(Sekadar iklan)

PAGI yang indah dan dingin itu membuatkan sepasang mata tertancap dari jendela terus menjengah pada serumpun pohon buluh. Tatkala ini hati Aleya terserampang dengan keperitan sebuah perpisahan yang mengheret jiwanya ke kancah kebodohan. Rentetan itu menjadikan hatinya bingar pada jerat percintaan dulu sewaktu dia hangat bercinta dengan si anak dara yang begitu bersopan-santun di awalnya. Namun manusia mudah berubah, si dara itu rupanya hanya mementingkan harta semata-mata.

Berapa kali hendak ulang?

Sengaja diingati kembali apa yang telah berlaku. Kenangan silam mana mungkin dilupakan. Sesiapa saja pun payah hendak lupakan apa yang telah dilalui sebelum ini. Kalau betul ada yang dapat lupakannya seratus peratus maka orang itu memang sungguh hebat! Tapi memang ada orang begitu iaitu orang yang sudah hilang daya ingatan atau pendek kata ‘gila’.

“Termenung jauh nampaknya akakku seorang ni,” Anita menyapa Aleya.

Kala ini Anita selesa berkembam lagak persis wanitalah kononnya. Tetap plastik! Kain batik menjadi pilihan. Batik Terengganu lagi. Negeri itu memang terkenal dengan batik, apatah lagi dengan keropok lekornya yang boleh di dapati di Pasar Payang atau di mana-mana sahaja di kawasan itu. Memang sedap! (Promosilah pulak).

Tambah lagi, pada sesiapa yang mahu tengok penyu bertelur boleh saja pergi ke Rantau Abang, tapi sekarang ini banyak penyu yang sudah monopos (putus haid). Oleh sebab itu, meraka jadi agak malu- malu untuk lepak dan bersantai di tepi pantai itu ? Ke mana mereka pergi? Entahlah susah hendak diceritakan lagi kerana zaman sekarang adalah zaman pencemaran. (Tiba-tiba aje story pasal penyu. Al-kisahnya)

“Kenapa senyap aje?” Anita menyoal lagi kerana Aleya buat tidak tahu sahaja.

Aleya masih lagi berdiri di jendela. Pandangan yang cukup kosong lagi berbaur sepi dilemparkan ke luar sana. Suara Anita sebentar tadi seperti sahaja tidak melekat di cuping telinganya. Pasti ada perisai yang menghalang getaran suara Anita terus masuk ke dalam. Memanglah! Fikirannya menerawang jauh sampai ke Flat Sri Penara! Apa yang membuatkan fikirannya sampai ke situ? Hanya Aleya sahaja yang tahu.

Anita yang sedari tadi menyirap (panas) sebab dirinya tidak dilayan. Maka dengan itu dia terus sahaja mendekati Aleya lalu mencuit pinggang Aleya yang saat ini masih berbaju tidur.

“Booommm!!!” terpacul suara dari mulutnya.

“Boom! Kau! Yeahhhh!!!” Dushhh!!! Sebiji! Melekat di mata Anita.

Nah! Lebam biji mata kau Anita! Padan muka!

Anita terus memekup matanya dengan tapak tangan.

“Aduhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!” panjang saja bunyinya.

“Arghh! Tidak!! Maaf tak sengaja,” ucap Aleya memohon maaf.

“Apa akak ni?!” gerutu Anita.

Aleya jadi serba salah. Dia tidak menduga bahawa begitu drastik tindakannya menumbuk muka Anita sampai lebam biji mata dan begitu juga sebaliknya. Biru Mata Hitamku nyanyian kumpulan Wings menjadi lagu tema yang tersangat malang buat Anita.

Berbintang kepala Anita!

Aleya terus mengewapkan haba pada kain lantas diterap pada mata Anita supaya tidak meninggalkan kesan lebam yang ketara.

“Sudahlah! Malaslah macam ni!” rajuk Anita yang masih menahan sakit.

Tangan Aleya ditepis. Satu pandangan tajam diketatkan di tubir mata Anita yang sengaja dikecilkan sambil bulu keningnya terangkat. Seperti mahu bertukar ganas sahaja reaksi wajah itu.

Aleya terkulat-kulat ditinggalkan begitu sahaja. Satu masalah pula bagi Aleya untuk memujuk Anita yang merajuk mengalahkan anak dara tua. Anita terus meluru masuk ke biliknya dan mengunci pintu rapat-rapat. Amboi! Sensitif sangat nampaknya.

Salah siapa? Salah Anita yang terlebih bergurau. Kalaulah jatuh Si Aleya terus menjunam ke tingkat bawah melalui tingkap itu tadi, siapa mahu jawab? Aleya itu memang pantang terkejut dengan sergahan, pasti ada sahaja adengan yang akan dipersembahkan tanpa sedar, termasuklah menumbuk muka Anita tadi.

Bersabarlah Aleya, suatu masa nanti kau akan dapat kebahagiaan yang kau idamkan. (tiba-tiba) Aleya memang mengharapkannya tapi janganlah gopoh sangat sehinggakan muka Anita jadi sasaran gara-gara terkejut. Itu bukan kebahagiaan namanya, itu adalah azab seksaan.

‘Soal Anita biarkan dulu, aku nak bereskan si jahanam tu, sebelum aku insaf lebih baik aku balas dendam terlebih dahulu. Baru puas hati aku,’ getus hatinya.

Tidak baik sungguh niat Aleya ini. Sampai hati hendak balas semula perbuatan Roy terhadapnya. Bukannya si Roy itu cabul dia! Cuma salah faham sahaja tapi masih mahu bikin kecoh. Ingat seronok sangatkah hendak baca kisah seperti anjing dengan kucing ini? Orang hendak tahu kisah Drakula dengan Puntianaklah!

Kalau begitu kita anggap sahaja Aleya akan jadi drakula dan Roy jadi puntianak. Terbaliklah pula, tukar-tukar. Aleya yang cantik jadi puntianak manakala Roy yang tampan jadi drakula. Boleh?

Paling tidak pun jadilah seperi Romeo dan Juliet, baru seronok baca kisah romantik. Ini tidak! Berkelahi sahaja kerjanya.

Bosan!

Al-kisahnya memang kekeliruan identiti, jadi kaedah yang boleh diguna pakai adalah dengan meminta bantuan lensa ‘jurukamera’ untuk membantu kita melihat dengan lebih dekat lagi aksi-aksi seram ganas mereka ‘Roy dan Aleya’ selepas ini.

****

PANAS-panas suam, lama-lama sejuk juga. Anita telah pun diajak keluar. Susah benar bagi Aleya ketika memujuk Anita itu. Macam-macamlah yang Anita suruh Aleya buat termasuklah jalan itik dan lompat katak. Boleh bayangkan betapa tidak mumayiznya Anita ini sehingga sanggup kenakan Aleya menyuruh itu dan ini serta meminta Aleya mencukur bulu ketiaknya sekali. Namun, demi sebuah kemaafan maka Aleya sanggup diperbudakkan.

Sabar sajalah.

Selepas dipersetujui rencana barunya oleh Anita yang bakal berlangsung itu, Aleya terpaksa membuat tawaran istimewa untuk Anita, iaitu belanja Anita makan di restoran yang sungguh lazat sekali hidangannya. Maka Anita pun di bawa ke Restoran Alaf Maju. Di situ Anita mengerling makanan yang terhidang di situ. Waktu makan tengah hari memang berbaloi kalau pekena nasi berlauk. Boleh gosok perut beb!

Anita si perut boroi itu kalau bab melatak (makan) dia memang suka sangat. Pantang diajak, laju saja dia ikut. Malumlah dia memang tidak pernah makan makanan yang sebegitu sedap dan enak sebelum ini. Nasi Kerabu lauk budu bersama separuh telur masin dan ayam goreng berserta ikan panggang menjadi pilihan. Tapi kalau makanan sebegitu di kampung dia pun ada tersedia.

Sebenarnya tiada istilah ‘tidak sedap’ dalam kamus hidup Anita tatkala dipersoalkan tentang makanan. Baginya, hidup biar sedap bak kata salah satu iklan di kaca televisyen itu.

Sebut saja masakkan Melayu, roti canai, silap itu Mamak punya. Spagetti, lagilah itu barat punya. Hah! Nasi lemak! Sudah biasa dengar. Apa ya? Yes! Pulut kuning yang senonim dengan hantu raya yang kelaparan. Samalah dengan Anita itu semua dia bedal (sapu). Peringatan, hanya yang halal sahaja.

Mengenai Aleya pula, dia dah jadi ala-ala barat, hidup makan roti, bijirin dan lain-lain yang kurang mengenyangkan sebab nak jaga badanlah kononnya. Kalau makan banyak-banyak nanti perut jadi boroi seperti Anita itu siapa mahu jawab? Dia sendirilah yang akan menjawabnya kalau ditanya oleh kawan-kawan. 

Kenapa badan kau seperti ikan buntal aje aku tengok? Mungkin ini yang akan ditanya oleh kawan-kawannya nanti. Aleya takut kegemukkan.

Tapi bagi orang kaya-kaya pula, boroi itu adalah merupakan sebuah lambang kemewahan. Bila makanan sudah sedap maka perut pun senang hati. Cuba bayangkan anak-anak kecil yang berada di bumi Pakistan atau Afghanistan, Iraq dan lain-lain negera yang diancam kemiskinan itu, mereka tidak dapat makan dan pakai yang secukupnya. Kita beruntung kerana berada di bumi Malaysia yang tercinta ini. Aman dan damai sahaja tapi selagi Roy dan Aleya belum berdamai maka tiada istilah kemasyuran dapat diperdebatkan.

Kala ini Aleya mengelap bibirnya setelah selesai makan tengah hari. Dia memandang wajah Anita yang masih lagi melatah saki baki isi ayam yang melekat di tulang. Sungguh rakus sekali Anita memang tidak ingat dunia kalau sedang mengunyah makanan.

“Anita, abang nak cakap sikit,”

“Abang?!” soal Anita deras sambil tulang ayam masih dimulut.

Aleya mengerling.

“Kenapa kena panggil abang? Nak termuntah pulak,”

“Jangan nak muntah kat sini, aku debik kau nanti,”

“Amboi bahasa ganti diri sudah beruba! Beraku aku pulak! Sekarang sudah main kasar nampaknya. Setelah semalam gaduh dengan pakwe, hari ini terus nak bising-bising, periodkah?”

“Kita ni mana ada period! Asal bongok sangat ni?”

“Wah! Lagi kurang ajar kata kita bongok! Kak Aleya tak sekolah dan belajar bagaimana nak gunakan bahasa dengan betulkah? Tahukah bahawasanya bahasa itu adalah jiwa bangsa? Dan lagi satu, kerajaan sekarang merwar-warkan tentang penggunaan bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu? Tak tengokkah iklan di TV tu? Budi bahasa budaya kita!”

“Abang tak layan siaran free macam tu, abang layan movie di astro saja dan Az jangan nak pandai nasihatkan abang.”

“Abang lagi! Tak kira nak panggil akak akak akak akak jugak! Kak Aleya! Jangan panggil nama Azrul! Panggil Anita sebab saya suka dengan nama Anita.” Aleya berkecak pinggang dengan tangan yang tidak basuh. Dia tidak ingatlah itu.

Aleya mengeluh sahaja. Dia sebenarnya tidak mahu dikenali dengan nama Aleya lagi tapi bagaimana pula dengan penampilannya? Adakah dia perlu berkeadaan begitu. Mungkin sementara kerana untuk berubah memang memerlukan masa. Cuma satu sahaja masalahnya. Untuk mengecilkan semula payudaranya itu adalah agak sukar, dia perlu buang silikon itu.

Nasib baik dia tidak buang ‘tut’ (ditapis). Kalau tidak dia pasti akan menyesal seumur hidupnya. Teramat getirnya hidup mereka yang telah membuang alat sulit demi melihat diri mereka menjadi wanita. Siapa yang dapat memahami perasaan mereka? Hanya mereka sahaja yang tahu, jadi tolonglah jangan mudah melemparkan stigma tanpa mengkaji terlebih dahulu.

“Azrul…” Aleya memanggil Anita dengan nama sedemikian tetapi bernada lembut.

Aleya masih kepit-kepitkan suara. Tidak sesuai langsung.

“Abang? Tapi suara masih kepit-kepit. Nampak macam poyo aje,”

“Bukan poyo tapi belum terbiasa, take time.” balas Aleya.

“Maksudnya? Kak Aleya nak berubah?” Anita menduga sambil mengelapkan tangannya dengan tisu.

Lantas Aleya menggaguk. Dia tidak ragu-ragu lagi. Selepas itu Anita gelak sepuas hati. Ketawa mengekek lagi seperti mengejek.

“Kenapa?” Aleya menyoal deras dan wajhnya kemerehan menahan bengang.

“Akak nak berubahkah? Wargh kah kah kah! Betul ni nak berubah? Kah kah kah kah!” tawa Anita lagi.

“Kau ni gelak aje, abang sumbat dengan kepala ikan kat dalam mulut kau tu baru tahu rasa,” Aleya mengacah.

“Tak sesuai langsung nak panggil ‘abang’. Kak Aleya ingat mudah ke nak ubahkan kebiasaan? Ia akan menjadi lebih hangat daripada biasa,” ujar Anita.

“Sebelum kau jadi pondan, adakah kau seorang perempuan? Actually kita yang pilih jadi pondan dan ia bukannya sebuah takdir kita untuk jadi pondan! Wah! dah macam e-novel Takdir Atau Pilihan pulak,” kata Aleya yang menyengat cuping telinga Anita.

“Jangan nak samakan Anita dengan Adam Mursyid di dalam cerita tu. Dia kurus dan cantik lagi, tapi Anita ni pulak sudahlah gemuk tak cantik pulak,” ujar Anita.

“Tapi tetap berangankan?” tempelak Aleya.

“Kalau akak cakap macam tu lagi, Anita tak nak tolong akak, lebam biji mata ni pun belum hilang lagi tau!”

“Jangan panggil akak, panggil abang, berapa kali abang nak ingatkan Az? Dan Anita mesti tolong abang,tak boleh tarik janji! Jangan disebabkan benda macam ni dendam abang tak terbalas pulak,” kata Aleya.

Mereka bertengang leher.

Anita terus membulatkan matanya. Padangan yang dilemparkannya itu sungguh menampakkan dirinya tidak berpuas hati sama sekali. Sekejap-sekejap dia merengus geram lantas dia berkata,

“Tak kiralah abang ke kakak ke! Kalau Anita tak nak tolong akak macam mana? Dan satu lagi! Benci benar kalau akak panggil saya dengan nama Azrul! Saya Anita,” dasar pondan tidak sedar diri. Berangan cantik.

“Baiklah! Abang akan lakukan sendiri!” Aleya merajuk lantas dia menarik muka.

“Kata nak jadi lelaki sejati tapi perangai mengalahkan pondan jugak!”

“Lantaklah! Semua ni Azrul bayar okey?! Abang nak balik dulu dan Az baliklah jalan kaki ya,” Aleya membuat cubaan mengugut. Manalah tahu boleh berjaya.

Muka Anita berubah serta-merta. Dia tunduk kerana dia tidak cukup wang untuk membayar harga makanan yang tersangatlah mahal seperti makan di hotel apatah lagi untuk balik ke rumah dengan menambang teksi. Hanya Aleya yang mampu. (ala-ala tajuk lagu Aizat, Hanya kau yang mampu).

Satu kes penganiayaan telah berlaku ke atas diri Anita. Ia bagaikan pencabulan hak asasi yang termaktub di dalam elemen perjanjian yang telah dibuat pada pagi tadi. Anita mesti menerima hakikat bahawa dia mesti tolong Aleya. Seandainya ia tidak membantu maka dirinya akan terabai buat selamanya dan dia akan tiada tempat untuk beradu. Apa yang penting adalah Aleya boleh menanggungnya buat sementara ini.

***

“SEKARANG macam mana? Dah puas berfikir?” soal Aleya saat meronda-ronda di kaki lima di Jalan Chow Kit.

“Belum puas lagi, bagilah beberapa minit lagi,” pinta Anita.

Dengan penampilan bagaikan seorang puteri itu, ramai jejaka-jejaka tampan sibuk memuncungkan mulut sambil mengeluarkan bunyi seperti tikus mondok yang kelaparan. Tidak kurang hebatnya jejaka jejaka yang muka pecah rumah turut bersiul-siulan.

Anita dengan bangganya merasakan dirinya juga mendapat pujiaan. Hakikatnya lelaki-lelaki yang ada di tepi-tepi kedai langsung tidak memandangnya. Kasihan sungguh! Lebih bagus kalau dia menginsafi diri dan kembali ke pangkal jalan bersama-sama dengan Aleya. Namun Anita masih belum berpuas hati. Dia ingin kelihatan cantik seperti Aleya. Kemaruk apakah ini?

“Berhenti kejap,” arah Aleya setelah melihat pakai-pakaian terpakai di situ.

Dia cuma tertarik dengan topi yang dijual di pasar ‘bundle’ itu. Tiba-tiba dia ada idea. Yes! Katanya.
Anita melihat sahaja Aleya sedang sibuk memilih topi yang sesuai untuk dipakai. Kemudian dia mencari jaket pula. Anita menggaru kepala kehairanan.

‘Adakah benar dia mahu berubah jadi lelaki?” soal hati Anita.

Usai itu mereka beralih ke kedai Mamak pula sengaja duduk minum-minum menghabiskan sisa-sisa waktu petang.

Anita memesan teh o ais limau manakala Aleya pula memesan nescafe o panas. Aleya memandang wajah Anita sambil mengecilkan matanya.

“Alang-alang akak dah pandang Anita macam tu, baik Anita tanya, kenapa akak beli semua ni? Untuk siapa sebenarnya? Adakah akak nak pakai pakaian macam ni? Orang berduit macam akak ni hanya beli pakaian terpakai?” getus Anita.

“Untuk seseorang,” balas Aleya.

“Tapi abang harap sangat lepas ni tolong panggil abang bila abang sudah jadi lelaki, paling-paling pun panggil Rafiq pun dah okey” pesannya lagi.

Pleaselah, jangan paksa-paksa, ANITA tak suka lah,” balas Anita.

“Ingat cantik sangat ke nama Anita tu? Nama Azrul lagi best! Harap lepas ni tidak akan ada lagi nama A-N-I-T-A!” ujar Aleya sambil mengeja nama Anita.

Anita memuncungkan mulutnya. Nampak gayanya dia dipaksa berubah. Boleh ke sebuah perubahan itu perlukan paksaan? Ia sebenarnya memerlukan kerelaan hati bukan di paksa-paksa. Bila rela menjadi pondan maka perlu rela untuk kembali ke pangkal jalan. Itu kata mereka tapi bagaimana untuk kembali ke pangkal jalan kalau tiada dorongan? Mustahil juga itu. Mungkin Aleya boleh mendorong Anita balik ke pangkal jalan sebelum terlambat.

“Abang beli ni untuk Az,” katanya.

“Untuk Ani.. ahh! Untuk Az?” dia kena biasakan semua dengan panggilan yang mahu dibuang jauh itu. Tapi dalam kad pengenalannya jelas tertera Azrul Zikri Ahmad Tajuddin, berjantina lelaki dan beragama Islam. Boleh ditukar-tukar ke?

Jangan!

“Ya untuk Az,”

“Eee tak nak pakai pakaian macam ni, sebab Az selalu dengar, pakai pakaian macam ni mudah kena penyakit, sebab kita tak tahu pemilik asal pakaian ini mengidap penyakit apa..” gerutu Anita.

“Tengok!!! Ini yang abang tak suka, soal penyakit atau apa sahaja semuanya adalah datang dari Tuhan. Bukan dari baju, kalau Tuhan tak izinkan kita kena penyakit, maka kita tak akan kena sebarang penyakit,” bicara Aleya bagaikan seorang ustazah.

Siapa kata Aleya cetek hal-hal ilmu agama? Cuma kurang amal saja.

“Tapi abang cari penyakit!”

“Okey, kita settle elok-elok, dengar apa abang hendak cakap ni,” ujar Aleya.

“Kejap kak,” potong Anita setelah melihat pesanan mereka pun sampai.

‘Lembab betullah orang kedai Mamak ni hantar air!’ gerutu Anita di hati yang kehausan sebenarnya.

Selepas itu Anita menyedut minumannya sampai habis dan tidak bersisa. Orang gemuk memang mudah haus. Lantas dia memesan lagi. Kali ini jus epal pula.

Aleya mengerling sahaja melihat gelagak Anita yang gelojoh menyedut minuman itu.

Tiba-tiba datang seekor haiwan yang berstatus najis paling berat itu cuba mendekati mereka. Padangan mata mereka tertumpu pada haiwan berkenaan.

‘Jangan hampiri aku!’ tegas Anita di hati.

“Alamak” ucap Aleya pula sambil menepuk dahi.

“Kak macam mana ni kak?”

“Macam mana apa, halaulah,” arah Aleya.

“Akaklah halau,” suruh Anita pula.

Hendak tidak hendak Aleya dengan sopan sekali menghalau anjing berkenaan yang memang tragis keadaannya. Berkurap dan busuk pula baunya. Air liur anjing itu meleleh-leleh. Kalau terkena titisan air liur itu maka mereka terpaksa bersuci dengan satu basuhan air bercampur tanah dan kemudiannya enam kali basuhan air bersih.

Cuci sehingga hilang bau, warna dan rasa. Sekiranya masih lagi tidak suci, maka ulang kembali sehinggalah semuanya hilang dengan penuh yakin tanpa was-was.

“Syuuh,” Aleya menghalau dengan lembut sekali sambil menoleh kanan dan kiri takut ada orang tahu dia adalah pondan.

Anjing kurap itu buat ‘derk’ saja. Sempat lagi merenung Aleya sambil menjelirkan lidah. Anjing pun sukakan Aleya. Habislah.

Nampak gayanya anjing itu terpesona mendengar suara Aleya. Sikit pun haiwan itu tidak takut. Aleya tiada tiada pilihan dia terpaksa mengorbankan kelunakan suaranya dan digantikan dengan dentuman suara guruh kerana anjing itu semakin dekat. Hanya beberapa langkah lagi.

“SYOOOOUUUHHH!!!” Hah! Terkeluar suara jantan.

‘Jate ke tino?’ mungkin anjing tersebut pun terkejut.

Dengan lagak yang penuh kekeliruan anjing itu terperanjat besar. Lantas lari lintang pukang tidak cukup tanah. Tapi malangnya kerana perasaan yang teramat terkejut itu membuatkan dirinya melintas jalan tanpa menoleh kanan dan kiri lagi. Akibatnya anjing kurap itu mati sia-sia tanpa sempat memberitahu geng-gengnya akan apa yang dilihatnya tadi. Mati dilanggar lori. Dasyat dan tragis sekali.

Maka dengan itu rahsia Aleya belum terbongkar dikalangan anjing tapi tidak pada kalangan pelanggan yang lain yang terus menoleh ke arah suara itu yang menjantan dengan tiba-tiba. Aleya pekup mulut. Anita buat selamba. Dia menahan tawa.

Aleya dan Anita tidak tahu akan nasib malang yang menimpa haiwan berkenaan kerana ia terselindung. Perginya haiwan tersebut membawa rahsia. Biarlah Rahsia bak kata lagu Dato` Siti Nurhaliza.

***

“ESOK mesti jadi!” tegas Aleya dengan penuh bersemangat waja.

Anita bersetuju untuk kali kedua. Dia mengangguk faham.

“Dan ingat, tiada akak-akak! Panggil Abang Rafiq, dan tiada juga nama Anita!” pesan Aleya lagi.

“Yelah! Azrul…” kata Azrul.

“Bagus, sekarang pergilah masuk tidur, esok awal-awal pagi kita kena bangun jalankan misi,”

“Jangan sampai tayar kereta tu dibuangkan angin sudahlah,” Anita mengingati Aleya.

“Harap-harap tidak.” kata Aleya.

Badan mereka terasa penat setelah melepak sahaja pada petang tadi untuk tenangkan fikiran. Aleya bersyukur kerana hari ini dia tidak bertemu dengan Roy tetapi esok akan menceritakan segala-galanya. Tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku kerana hari ini Aleya telah pelan baik punya. Anita juga bersetuju dengan idea yang tersangat bagus pilihan bernas.

Lamanya hendak tunggu sampai esok. Maka mereka terus sahaja melangkah tidur ke bilik tidur masing-masing.

Aleya yakin Anita mampu lakukan apa yang disuruh.

‘Aku harap esok segala-galanya berjalan baik, kau tunggulah pembalasan dari aku wahai budak hingusan’ Aleya bermonolog sendiri.

Di bilik Anita pula, kelihatan dia sedang menungkat dagunya sendiri di birai katil.

‘Habislah aku kali ni, kenapa mesti aku? Kalau boleh aku tidak mahu semua ini berterusan, aduhai parah macam ni, nampak kejam sangat idea itu. Tak sanggup rasanya, tapi aku terpaksa. Malang sungguhlah nasib lelaki itu nanti, atau aku yang akan dirundung malang sekiranya tidak berjaya?’ gerutu hati Anita yang sungguh tidak keruan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.