Entri Terkini :

Cerpen : Tsunami Cinta


 
TSUNAMI CINTA

BERMULA dengan cerita ini adalah satu kisah emosi aku. Aku tidak tahu kenapa dan bagaimana harus aku hadapi kenyataan ini. Apa yang aku tahu, aku sedang menghadap komputer dan terus sahaja aku menulis di Microsoft Word. Ditaip apa saja yang terbuku di dalam hatiku saat ini untuk diterjemahkan ke dalam bentuk perkataan. Ia adalah luahan rasa tanpa bicara.

Entah kenapalah hati aku tidak begitu tenang. Ia sungguh bergelora bagai tsunami datang melanda. Diriku bukan seperti karang diriku yang kuat menahan arus deras tetapi aku bagaikan kapas yang bisa diterbangkan angin. Jiwaku juga bagaikan dedaun kering yang keguguran mereput dimamah usia.

Tidak terdetik di hatiku untuk memperkecilkan diriku sendiri. Ia salah dan tetap salah kerana Tuhan memang tidak sukakan hamba-hambaNYA yang menyalahkan diri sendiri atau juga menyalahkan Takdir-Nya.

Aku masih di sini menulis dan terus menulis dari patah perkataan hingga patah perkataan. Ingin aku karangi kisah hidupku sendiri. Mungkin ia sebagai diari yang akan aku baca lagi dan aku akan tangisi berulang kali. Ia sebuah kenangan yang terindah dan cukup aku sayang dan kagumi. Tetapi kenangan dalam cintaku bukan cinta biasa malah ia adalah cinta luar biasa.

Aku kini aku sudah berusia 35 tahun dan belum lagi mendirikan rumah tangga. Sememangnya aku mahu juga mahu berumah tangga seperti kawan-kawanku yang lain namun rasanya ia bukanlah sesuatu yang enteng kerana ada satu perkara yang menjadi rahsia besar buat diriku.

Aku rimas dan aku bosan hidup seperti ini yang diselimuti dengan keresahan sepanjang masa. Fikiran aku tiba-tiba terbang melayang dibawa angin yang entah ke mana. Aku sendiri menyendiri lagi hidupku sepi tidak berarah lagi. Panahan rasa menusuk jiwaku.

Ingatanku kembali kepada 8 tahun dulu. Selama lapan tahun lalu aku berasa hidup ini tiada maknanya. Aku punya kekasih hati, aku tidak berapa kenal dengan cinta bagi aku cinta itu hanyalah merugikan masa. Kenapa aku rasa begitu? Ya aku kenal dengan seseorang ini. Ia memang amat aku kasihani berbanding diriku sendiri. Siapa? Dia adalah teman wanitaku sendiri yang seperti kekasih yang tidak dianggap kekasih.

‘Liya, maafkan aku Liya kerana aku tidak dapat membahagiakan hidupmu kerana aku terpaksa pergi darimu..’ bisik hatiku melafazkan ucapan yang luhur seperti ini.

Saat aku mengenali dirinya ketika ia sedang bermain pasir di pantai. Aku juga berada di situ saat ini. Aku melepaskan secebis rasa yang teramat luka. Aku tidak tahu sampai bila dilema ini bakal berakhir.

Cerita lapan tahun dulu, inilah kisah aku dan dia. Kisah di mana aku sedang ketandusan mencari ruang untuk menjadi seorang yang bersemangat kental.

Liya seorang gadis yang cukup sempurna. Matanya cantik bulu matanya yang lentik sungguh mempersonakan kebanyakkan lelaki yang memandang. Ia menawan hingga bisa memaut hati si teruna yang mendambarkan cintanya. Tapi sayang, ia bukanlah aku.

Aku mengutip batu-batu yang ada di pesisiran pantai lantas aku lontarkan sekuat hatiku. Aku mahu batu itu pergi jauh sekali. Kemudian aku ulangi lagi bersama jeritan melepaskan rasa pedih. Saat itu aku berasa diriku sedang diperhatikan.

Bila aku menoleh ada seorang gadis iaitu Liya. Ketika itu aku belum mengenalinya. Aku tidak tahu siapa dia. Dia juga tidak tahu siapa aku di kala itu kerana aku dan dia belum saling mengenali.

Namun takdir penentu segala. Dia juga ada masalah. Dia sendiri di situ dia juga menjerit seperti aku melepaskan rasa. Aku juga pelik dengan dirinya. Kala itu dia menanggalkan sepatunya dan berjalan di persisiran pantai tidak jauh dariku. Kenapa dengan dia? Terdetik hatiku ingin tahu.

Tiba-tiba aku lihat dia terduduk mengerang kesakitan. Kenapa? Aku terus meluru ke arahnya.

“Saudari tak apa-apa?” tanyaku padanya yang kala itu berkerut dahi menhan kesakitan.

Aku mengherat pandanganku melihat tapak kakinya yang berlumuran darah terpijak kaca di situ. Kasihan padanya.

“Saudari telah luka, biar saya bantu,” ucapku dengan pantas aku terus membuang kaca yang tertusuk di tapak kakinya.

Sungguh sakit dia ketika itu kerana darah tidak henti-henti mengalir keluar. Dia mengadu kesakitan. Lantas aku keluarkan sapu tanganku dan membaluti luka itu.

Aku memaut tangannya untuk membantu dia bangun. Dia sudi dibantu kerana itu dia tidak membantah. Aku merangkul dirinya dan meluru pantas membawanya masuk ke dalam keretaku. Tanpa membuang waktu aku membawanya ke klinik berdekatan.

“Terima kasih kerana menolong saya, nama saya Liya dan nama awak?” katanya memberikan ucapan penghargaan padaku.

Ia aku sudi membantu kerana aku berasa aku patut memberikan yang terbaik terhadap insan yang lain yang memerlukan. Bagiku itu adalah pertolongan cemas. Aku ikhlas terhadapnya.

“Nama saya Tengku Hairul Hisham anak pada Tengku Moktar Muzaffar,” kataku dengan jujur.

“Oo awak keturunan Tengku nama yang sungguh indah, saya ni orang biasa-biasa saja, anak kampung saja.”

“Kita sama sahaja tidak ada bezanya. Saya juga orang biasa tidak punya kelebihan,” balasku bersahaja.

Dia tidak henti-henti merenung aku. Apa yang dilihatnya pada diriku ini. Bagiku bersandar gelaran Tengku itu tiada apa-apa yang istimewa. Ia sekadar nama, bukan cerita zaman dahulu yang menginggikan darjat mereka yang bergelar Tengku. Ia Cuma biasa sahaj bagi diriku ini. Memang aku akui bahawa aku anak orang senang. Aku hanya menumpang kesenangan papa dan mama aku tapi sampai bila.

“Boleh saya hantar awak balik?”

“Tak apalah, awak hantar saya kembali ke pantai itu. Kereta saya ada di situ dan saya boleh balik sendiri,” pintanya.

Aku cepat-cepat membalas kata-katanya memandang keadaan dirinya yang belum stabil.

“Tapi awak sakit, mana mungkin saya akan biarkan awak pulang sendiri,” kataku dengan mempamerkan kerisauan.

“Jangan bimbang, saya boleh balik sendiri, lagipun luka ini tidak teruk sangat…”

Dengan deras aku membalas kata-kata itu.

“Boleh awak kata tak teruk, tengok jalan pun terhincut-hincut, tak apalah biar saya hantar awak balik,”

Dia mesti beralah. Aku harap dia mendengarnya. Ya! Dia ikut. Maka aku terus menghantarnya pulang ke rumah.

“Ini no telefon saya, kalau awak senang awak boleh hubungi saya, Tengku Hairul Hisham,”

“Jangan panggil saya Tengku Hairul, panggil sahaja Hairul,” balasku kerana tidak mahu orang memanggil namaku berpangkalkan Tengku.

“Baiklah Hairul,” katanya sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis nombor telefon bimbitnya.

Aku pasti akan menghubunginya bila senang. Usai itu aku terus berlalu dari situ. Rumahnya memang tidak jauh dari pantai yang aku berada awal-awal tadi. Katanya padaku fasal keretanya jangan bimbing, dia akan meminta bantuan dari abangnya untuk mengambil kereta itu kembali. Jadi aku tidak kisahkannya.

Dan bila tiba malamnya aku telah menghubunginya. Suaranya menambat sukmaku. Getaran rasa mengolah segala-galanya. Apabila ditanya mengenai masalahnya, dia menceritakan padaku. Ibunya memaksa dia kahwin dengan orang yang dia tidak cintai. Orang tuanya tetap juga memaksa tetapi dia tidak mahu. Lantaran itu dia ke pantai mencari ketenangan.

***

PERASAAN aku tidak menentu. Tatkala aku mahu melupakan bayangannya yang sering hadir. Puas aku mengusirnya namun tidak henti-henti ia datang kembali! Aku geram betul-betul geram dan sakit hati. Entah kenapa aku jadi begini. Tidak senang duduk aku dibuatnya. Adakah aku rindu? Atau mungkin aku perlukan seseorang?

Rasanya bukan rindu dan ternyata ia adalah sekalung resah dan luka di lubuk hati yang kian membara api kealpaannya. Rentetan itu aku merengus geram sambil mengenggam jari-jemariku membentuk satu penumbuk yang bakal aku lepaskan pada meja rak cermin dibilikku.

Sungguh! Memang aku lepaskan tumbukan geram itu. Aku mahu resah itu hilang namun tetap dan masih di situ. Ya ALLAH kenapa dengan aku. Kenapa perisitwa pahit itu mencengkam jiwaku.

‘Tuhan, kasihanilah aku, hilangkah rasa ini dari dalam jiwaku, kenapa aku selalu teringatkan Firdaus? Kenapa? Kenapa?’ bentak hatiku.

INI adalah kisah sebelum aku mengenali Liya. Kisah aku dan Firdaus, Di antara hatiku dan hatinya yang saling bertaut.

Firdaus adalah orang yang paling aku sayangi. Boleha ku katakan aku cintakannya! Aku tahu itu adalah satu dosa besar yang tidak terampun melainkan dengan taubat nasuhah. Nabi tidak akan mengaku umat. Ya aku tahu selok belok tentang hal-hal agama tapi mengapa aku daif? Aku tetap bergelumang dengan dosa ketika hidup bersamanya.

Mengapa aku jadi begini? Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku sangsi dengan naluriku sendiri.

Ketika aku mengenali Firdaus, dia selalu mengambil peduli tentang aku. Sikap ambil beratnya terhadap diriku tidak dapat dipertikaikan lagi. Seorang yang berwajah kacak dan tampan seperti dirinya memang amat aku kagumi. Ya, aku kagum dengan caranya. Aku suka dia yang manja-manja, menguis daguku tatkala aku rasa geram.

Firdaus pandai memujuk. Kala dia pula yang merajuk sungguh mudah untukku memujuknya iaitu dengan menarik lembut hidungnya sahaja pasti bisa buatnya tersenyum. Cepatnya hati dia sejuk. Aku tahu dia sayangkan aku dan cintakan aku. Tanpanya aku resah dan tidak mendengar celotehnya aku pasti sepi. Aku dan dia bagaikan suami isteri. Apa yang penting aku seperti suaminya.

Firdaus lelaki tegap dan macho, dia tidak lembut begitu juga aku. Kami berdua seperti biasa dan pada dasarnya mempunyai hubungan hati yang begitu akrab.

“Abang, hari ni kita makan di luar ya?” Firdaus menyoal tatkala aku lagut membelek-belek majalah hiburan.

Abang? Kenapa abang? Sudah tentu aku berpangkat abang darinya yang lebih tua 3 tahun waktu itu.

“Lepas makan kita tengok wayang, nak?” soalku semula menanda aku berstuju makan di luar tetapi mahu pula menonton wayang.

“Pasti, kalau dengan abang…saya mestilah mahu,” katanya.

Aku tenang bila melihat senyumanya yang sungguh manis. Lesung pipit yang tersergam indah itu membuatkan aku selesa bersamanya.

“Malam ni sayang tak nak abang pakai topi! Nampak tak hensem tau dan sayang suka sangat kalau abang pakai cermin mata, nampak seksi,” katnya lagi.

“Abang sebenarnya tak suka pakai cermin mata, apa bestnya pakai cermin mata sayang oii..lebih baik pakai contact lens,” kataku dengan memegang dagunya.

Dia buat muka. Aku tahu dia tidak suka aku pakai topi dan contact lens, dia suka aku nampak sempoi sahaja. Memanglah pakai topi pada waktu malam nampak macam orang tidak betul sahaja. Mahu lindungi wajah dari kepanasa hanya di siang hari. Tapi waktu pejabat mana orang pakai topi. Sudah tentu aku berpakain formal. Aku suka pakai contact lens berbanding cermin mata namun ketika Firdaus mengenali aku, dia melihat aku berkaca mata.

“Abang ni kan selalu tak nak ikut apa kata saya, semua kata abang saja sayang mesti ikut,”

“Sayang ni merajuk pulak, yelah abang ikut, tapi sekali ini saja tau,”

“Yes!” balasnya yang menceriakan wajah dan melemparkan seulas senyuman menawan. Boleh gugur jantung aku.

***

Aku dan dia kini di panggung wayang. Menonton movie pilihan Firdaus itu. Cerita English! Aduhai aku kurang suka cerita aksi! Bosan sangat.

Firdaus suka. Dia gemarkan movie-movie yang memaparkan aksi-aksi stylo. Suka benar. DVD di rumah penuh dengan cerita-cerita begitu. Aku pula klasik suka menonton filem-filem Melayu, dan yang paling best dan lucu adalah cerita P.Ramlee. Tidak kering gusi dengan lawak-lawanya yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Hebat sungguh cerita legenda itu membuatkan hati aku terpegun sejenak.

Selepas menonton aku diminta ke kedai Seven Eleven sekejap. Kenapa pula dia mahu ke premis itu? Mahu beli apa? Jarang aku disuruh berhenti ke premis itu melainkan dia hendak beli gula-gula. Aku sangsi kerana gula-gulanya masih banyak.

Kemudian dia kembali semula.

“Sayang beli apa?”

“Rokok…”

“Rokok?! Sejak bila awak pandai merokok?”

Firsaus diam.

Aku mula naik angin kerana dia berani tayangkan sekotak rokok di depan mata aku walaupun ia belum menghisapnya. Kalau dia cuba-cuba hisap depan aku, nahas! Aku lempang dia! Kenapa perlu merokok! Bukan bagus untuk kesihatan malah ia adalah satu pembaziran.

Aku terus merampasnya dari tangan Firdaus. Pantas Firdaus menjegilkan matanya.

“Biarlah saya nak hisap rokok! Abang hendak marah ni kenapa?” soalnya.

Sudah tiadalah lagi panggilan sayang yang terpacul dari mulutnya. Begitu juga aku dengan aku.

“Biar?!!! Kenapa abang perlu biarkan?” aku marah dia cukup-cukup di dalam perut kereta.

Tanpa teragak-agak lagi aku terus membuang rokok itu. Dia buat muka melihat aku membuangnya.

“Abang ni kenapa?! Abang hendak buat apa pun saya tak pernah nak larang, tapi biarlah saya nak buat apa yang saya suka!” balasnya dengan meninggikan nadanya lantas berpaling wajah.

Aku mula berasa tidak senang dengan sikapnya. Kenapa tiba-tiba dia begitu. Selama ini dia tidak pernah bersikap kurang ajar.

Tanpa membalas kata-katanya, aku terus memecut laju keretaku untuk balik ke rumah walaupun malam ini adalah malam minggu. Kebiasaanya aku dan dia akan singgah ke restoran di mana-mana sebelum pulang dari menonton tetapi tidak malam ini. Aku betul-betul marah, bengang dan sebagainya.

Dia menarik muncung panjang sedepa setelah tiba di rumah. Tidak mahu memandang wajahku. Aku cuma inginkan penjelasan. Sejak bila dia mula merokok dan aku tidak tahu.

Selama ini aku jaga dia. Aku beri segala-galanya untuk dia. Tapi ini balasannya terhadap aku. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan sikapnya berubah sebegini dengan tiba-tiba.

“Sayang…” panggilku lembut yang cuba mengawal emosiku sendiri.

Aku betul-betul sayangkan dia dan tidak mahu kehilangannya tapi kenapa dia begini? Itulah yang menjadi tanda tanya.

Lantas aku melabuh punggungku di sofa bersebelahannya. Sebaik saja aku duduk, dia pula bangun sambil menyilangkan tangannya. Dengan lantang dia berkata-kata,

“Siapa Nafzul Ikwhan?!”

Nafzul Ikhwan? Dari mana dia kutip nama itu? Kenapa dia melibatkan nama insan yang tidak aku kenali? Adakah itu menjadi puncanya? Kenapa tidak awal-awal dia bertanya. Sedari awal sebelum menonton wayang, dia berpura-pura bahagia?

“Siapa?” aku bertanya semula.

“Saya tanya abang! Siapa Nafzul Ikhwan?! Apa hubungan abang dengan dia!” bentaknya!

“Abang tak tahu! Bagaimana abang hendak terangkan sedangkan abang tidak kenal orang yang sayang sebutkan tadi!”

“Jangan nak sayang-sayang lagi! Abang tahu tak! Saya dah lama pendamkan rasa tidak puas hati. Saya syak abang curang dengan saya! Curang!!! abang tipu saya!” pekiknya.

Apa yang aku tipu! Aku sendiri tidak tahu. Kenapa Firdaus bersikap begini?

“Kenapa awak macam ni?”

“Macam ni apa? Abang yang buatkan saya macam ni,”

“Kalau kita bertekak ia tidak akan dapat diselesaikan!” tiba-tiba aku melenting.

“Abang marah saya pulak?! Selama ni abang tak pernah marah saya, tapi bila sebut sahaja nama itu abang berani marah saya! Oo! Mesti orang itu bermakna pada Abang,” sinisnya.

“Firdaus!!! Aku betul-betul panas sekarang! Aku tak kenal dia! Dari mana kau dapat nama dia pun aku tak tahu! Arghh sudahlah! Kau memang saja nak naikkan darah aku!” tanpa aku sedar kata-kata itu terpacul deras dari mulutku. Ia terlalu kasar bunyinya.

Dengan pantas aku mencapai semula konci kereta Honda Sivicku itu dan melangkah deras membawa diri ke mana-mana saja untuk tenangkan fikiran. Aku tinggalkan dia sendirian di rumah. Malam itu aku tidak balik, aku tidur di hotel sahaja.

***

SEMALAMAN aku tidak lena tidur mengenangkan sikapnya. Aku menelaah dan mencari hakikat sebenar, adakah Nafzul Ikhwan itu wujud atau sengaja diciptakan oleh Firdaus yang mahu menguji aku? Tapi kenapa dia mahu menguji kesabaran aku dengan cara begini? Aku buntu.

Pagi ini telefon aku berkali-kali menjerit, Firdaus menghubungi aku dan aku tidak menjawab panggilannya.

‘Untuk apa kau telefon aku? Untuk minta maaf? Ah!’ aku memarahinya dalam hati.

Usai itu dia menghantar pesanan ringkas. Dia mengugut aku dalam pesanannya yang aku baca.

‘Kalau abang tak balik sekarang, abang akan menyesal seumur hidup abang,’ katanya.

Menyesal? Apa maksudnya? Dia mahu pergi dari aku hanya sebab benda bodoh itu? Aku mesti selidik siapa Nafzul Ikhwan yang Firdaus jatakan itu. Ia hanya sekerat jalan sahaja ceritakannya dan tidak mahu menerangkan selebihnya. Aku memang tidak puas hati bertengang leher hanya sebaris nama yang aku sendiri tidak kenal.

Mahu atau pun tidak aku mesti balik ke rumah. Aku ingin tahu apa yang bakal berlaku. Dengan pantas aku pulang. Alangkah terkejutnya aku sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku di depan mata sebaik sahaja pintu rumah aku buka. Tubuh Firdaus terbaring kaku dengan pergelangan tangannya luka ditores dengan pisau.

“Awakkkkkkk! Apa awak buat ni?” pekik aku yang sungguh kaget sekali.

“Maafkan saya a…abang…” ucapnya dengan nafas yang tersekat-sekat.

Tindakan bodoh tanpa berfikir panjang! Firdaus membuat cubaan membunuh diri. Aku tahu itu masih baru kerana dia masih bernafas! Dengan cepat aku membawanya ke hospital.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh! Kenapa kau jadi bodoh Firdaus! Kenapa sanggup mahu membunuh diri?" Aku memarahinya dalam kembimbangan. Aku harap dia selamat.

Aku berdebar-debar sekali. Jantungku berdetak pantas. Aku harapkan Firdaus dapat diselamatnya.

Aku tidak senang duduk. Aku mundar-mandir di situ. Keluh dan kesah melingkari relung hatiku. Tidak henti-henti aku berdoa dan aku harap Tuhan memakbulkan doaku.

Aku tidak menjangkakan bahawa tindakan Firdaus boleh pergi sejauh itu. Apa yang telah menganggu fikirannya? Aku tidak pasti namun adakah disebabkan nama Nafzul Ikhwan? Ahhh!!! Bodoh bodoh!! Siapa dia yang sanggup membuatkan Firdaus jadi begini? Aku harus mencari orang yang bernama seperti itu agar segala-galanya terjawab.

Tidak berapa lama kemudian, doktor keluar dari wad kecemasan. Dia mahu aku berjumpa dengannya.

“Awak ahli keluarganya?”

“Tidak, saya adalah kawan baiknya,” balasku menyembunyikan hakikat sebenarnya.

“Adakah awak tinggal serumah dengannya?”

Aku mengangguk perlahan.

“Encik Firdaus Sanusi telah dapat diselamatkan cuma saya harap awak bersabar mendengar apa yang hendak saya katakan, setelah pemeriksaan darah dijalankan, Saudara Firdaus Sanusi didapati telah dijangkiti kuman HIV positif,” kata doktor lelaki berkenaan.

“Apa???!!” Aku berjegil mata, jantungkan berdetak kencang.

Dunia ini aku rasakan sungguh gelap. Mengapa semua ini perlu berlaku? Bagimana dengan aku? Aku yang hidup bersamanya? Ya ALLAH ya Tuhanku, apakah semua ini? Aku menyalahkan diriku sendiri.

“Saya tak percaya, doktor tipu!” aku tidak dapat menerima hakikat itu.

“Tidak mungkin pihak kami silap membuat analisa. Pihak hospital juga mahu menjalankan ujian darah terhadap encik, kami khuatir encik mungkin telah dijangkiti kuman tersebut,” kata doktor itu.

Aku mengurut dahiku sendiri. Aku tidak dapat berkata-kata lagi. Lidahku kelu sekali. Apa yang bakal aku hadapi ini adalah sebuah penyiksaan. Hanya saat kematian yang aku gambarkan tatkala ini.

***

FIKIRAN aku kusut dan bersimpang siur. Tidak keruan dan aku benar-benar tidak terurus memikirkan keadaan Firdaus yang sedang menerima rawatan di hospital. Aku fikir mungkin dia belum mengetahuinya. Aku bersandar di sofa mengenangkan diriku juga telah dijangkit wabak yang tiada penawar itu!

Diriku lemah tidak bermaya, wajahku terasa pucat. Tiba-tiba tiba aku terdetik untuk bertanya padanya nanti. Aku mesti tanya dia meskipun kehidupan ini tidak seceria dulu. Aku menghela nafasku dan cuba bertenang walaupun sukar.

Hidup sebagai seorang pengidap HIV positif memang tiada tempat di dalam masyarakat. Stigma masyarakat akan beronak rakus membelit jiwanya.

***

AKU kembali ke hospital melihat keadaan Firdaus yang sudah stabil. Sebaik matanya dibuka akulah orang pertama yang dilihatnya berada dibirai katil. Dia telah tersedar dari mimpi lenanya setelah koma selama dua hari.

“Abang… maafkan saya bang…” ucapnya perlahan.

Demi kerana sayang meskipun aku dan dia tiada harapan maka aku sembunyikan apa yang aku rasa di dalam jiwaku. Aku meramas tangannya perlahan-lahan.

Wajah Firdaus pucat lesi. Matanya layu dan bibirnya juga pucat. Dahinya sungguh berkerut.

“Walau apa pun, Abang tetap sayang awak tapi abang ingin tahu apa yang sebenarnya, tolong jelaskan pada abang, tolonglah beritahu abang mengenai Nafzul Ikhwan, bagaimana awak boleh menyebut naman dia?” Aku merayu ingin tahu meskipun perasaan aku tidak menentu di kala ini.

Kekeruhan dalam jiwaku ini kian meruncing dan bakal menghilangkan warna hidupku. Sungguh daif sekali.

“Abang…” sebutnya tatkala terbaring lemah.

Aku masih mengusap-usap tangannya.

“Ya…” balasku yang memalsukan senyuman memberi harapan buatnya untuk meneruskan penjelasan.

“Dulu ada seorang lelaki datang ke rumah dan mencari awak dan dia mendakwa awak berhubungan dengan dia, saya sedih abang, saya sembunyikan perkara ini dari pengetahuan abang dan saya pendamkannya namun ia memakan diri saya. Semakin saya memikirinya saya semakin sakit walaupun saya berpura-pura bahagia dengan abang. Oleh sebab itu saya…”

“Saya apa.. teruskan…”

“Saya telah berhubungan dengan orang lain, semata-mata ingin hilangkan tekanan,”

Aku jadi terkejut! Ternyata dia yang curangi aku. Sekarang aku tahu sebabnya. Selama ini dia kata dia jujur tidak berhubungan dengan mana-mana lelaki selain aku tapi malangnya dia sendiri menangguk di air yang keruh kini bahana tsunami cinta meledak jiwa aku.

Tiba-tiba aku kehilangan kata-kata. Aku tidak boleh terus memarahinya. Dan aku yakin sebenarnya itu adalah helah orang yang ingin hancurkan hubungan aku dan dia serta sekali gus meninggalkan kesan yang amat pahit. Kesannya aku kini membela menyakit dalam tubuh aku.

Bagai sepi seperti hilang punca. Kemaruk tsunami cinta memakan diri. Aku tidak berdaya melawan takdir. Ia satu penyesalan buat aku. Selama-lamanya aku menyesal.

Aku tidak pernah berhubungan dengan mana-mana lelaki selain Firdaus. Aku tahu Firdaus telah memberikan penyakit ini pada aku. Namun ia telah pun terjadi, aku tidak dapat mengelaknya lagi.

***

AKU membawa diri jauh dari situ. Aku terpaksa tinggalkan Firdaus di atas permintaannya setelah dia juga mengetahui prihal penyakit itu. Aku tahu dia kecewa tapi realiti hidup ini memang begini. Aku tidak dapat menyembuhkan penyakit ini melainkan ALLAH sendiri menyembuhkannya memandangkan ia tiada ubat.

Ia kekal menjadi rahsia aku. Rahsia yang pedih, sakit dan menyiksakan aku. Sesungguhnya aku kini menyesal dengan apa yang berlaku. Firdaus memang benar-benar sayangkan aku tapi tindakannya itu adalah perkara bodoh. Mungkin itulah kehendakknya. Aku dan dia pernah berjanji sehidup semati. Tapi setakat itu sahaja. Aku dan dia terpaksa melepaskan janji masing-masing.

Ya ALLAH, aku takut dengan siksaanMu. Aku takut Ya ALLAH. Ampunkanlah aku Ya Tuhan. Aku tidak henti-henti memohon ke ampunan dan keredaan daripada ALLAH yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui.

Selama 8 tahun aku menderita dengan panyakit ini yang meragut nyawaku sedikit demi sedikit. Liya adalah insan yang mencintai aku, namun aku berdosa kalau aku terus menipunya. Memang dialah satu-satunya wanita yang dianugerahkan Tuhan untuk diriku.

Kata Liya, “Walau apa pun yang berlaku, Liya tetap sayang abang, Liya tetap rindu abang dan Liya akan tunggu abang sampai bila-bila” sukar untuk aku gambarkan perasaannya yang begitu ikhlas.

Aku memberikan sendikit cinta buatnya dan dia membalasnya dengan kejujuran dan ketulusan. Hanya setakat itu sahaja kerana maut selalu terbayang di mata. Aku tidak dapat lari jauh. Merangkak dan berjalan pun payah.

Biarlah dia tidak menantiku. Dia lebih layak mendapat lelaki yang lebih sempurna dariku yang tidak ada masalah yang jauh dari kemelut resah.

Sehingga sekarang aku tidak dapat lagi menghubungi Firdaus. Dia juga menghilang entah ke mana. Puas aku mencarinya tetapi tidak jumpa-jumpa. Mungkin inilah takdir hidupku.

Apa yang aku harapkan adalah keampunan dari tsunami cinta lampauku. Cinta yang tidak sepatutnya aku dambarkan ketika dulu. Pada waktu itu aku jahil aku terkutuk. Aku insan yang lemah dan tunduk pada hawa nafsu. Bila aku sudah kena penyakit ini baru aku mahu menyesal. Sesalan yang tiada berpenghujung. Pengajaran yang pahit telah tercipta dalam hidupku.

Aku pun tidak tahu aku bisa hidup berapa lama lagi memandangkan lama kelamaan diriku sudah mula tidak bermaya. Langkah kakiku mula lemah. Aku hidup hanya semangat an tawakalku pada Tuhan.

Dihamparan sejadah aku bertafakur, berzikir mohon petunjuk dan hidayahNYA. Aku menadah tangan memohon doa. Aku harapkan doa yang kupohon itu meniti sisa-sisa hidupku.

Sebelum Tuhan mengambilku kembali biarkan aku mengamati keindahan dunia ini buat sementara. Semoga ALLAH menerima taubatku. Amin…

-TAMAT-

PERSOALAN : Mampukah hati mengotakan janji untuk setia? Adakah musibah yang melanda akan menjadi seseorang itu lebih kuat? Siapa yang perlu dipersalahkan apabila bela menimpa? Dan bagaimana untuk memilih apabila diterjah dengan kesangsian?

p/s:  susah nak cakap... hmmmm..

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.