Entri Terkini :

Cerpen : Andainya Kau Kembali

AKU masih ingat pada waktu itu kau kucup dahiku, kau berikan aku kasih sayang yang tidak terbatas. Segala memori indah aku abadikan di dalam hatiku. Setiap tutur katamu akan aku jadikan teladan dan segala yang buruk akan aku jadikan sempadan. 

Hidupmu penuh dengan penderitaan, tidak sanggup lagi aku melihatnya. Aku mahu dirimu tersenyum bahagia. Hidup seperti insan-insan yang lain. Aku tidak akan pernah melupakan pengorbananmu itu. Tapi malangnya kau telah pergi dulu, kebahagiaan buat diriku seakan diragut.

Terlalu lama aku meratapi kesedihan itu. Apabila aku rindu padamu, aku selalu menatapi potretmu di bilik tidurku dan akan aku hadiahkan bacaan yasin buatmu. Aku mohon pada ILAHI mencucuri rahmatnya ke atas rohmu itu.

Aku terkenang lagi saat indah bersama mu itu yang membuai tidurku meskipun aku belum menerti apa-apa lagi. Suara merdumu melenakan lelapku. Kini hanya tinggal memori luka kerana kau pergi buat selamanya hingga mencalitkan sebuah rasa yang sangat berbisa di relung hatiku.

LANGKAH kakiku menapak perlahan di tepian pantai. Deruan sang ombak yang menghempas itu membuatkan pantai berubah namun hatiku masih kekal begini. Rinduku pada mu tidak pernah sedikit pun berubah.

Nescaya ku heretkan kata ini dalam setiap langkah kakiku bersama perasaan serba salahku ini walau ke mana pun aku pergi. Gemersik ucapan mu masih terngiang-ngiang ditelingaku bahawa kau mahukan aku berubah. Berubah menjadi seorang insan yang tidak seperti dulu.

Fikiranku kini diterbangkan sang angin saat punggungku berlabuh di pasir pantai. Mataku merenung jauh nun jauh di seberang lautan mengingatkan kisah silam.

“AKU hairan dengan kaulah Harith, mana kau dapat duit beli telefon mahal-mahal macam ni?” Danish menghujani benakku dengan pertanyaan yang tidak bisa aku jawab.

Maka aku memberikan alasan untuk melindunginya. Berselindung disebalik kebenaran. Kala ini dia merenung tajam ke dalam mataku. 

Sungguh berbisa sekali pandangan itu. Tidak dapat aku mengalihkannya. Matanya yang bersinar itu membuatkan aku terpaku.

“Aku kumpul duit, kau pun tahu aku suka sangat dengan telefon ni, ada kamera video lagi, jadi bolehlah aku rakam gambar kau buat kenangan,” aku memberi alasan yang nampak tidak kukuh.

“Kenangan? Macam kau akan pergi jauh aje,” ujarnya.

Danish memaut bahu aku. Dia membisikkan sesuatu di telingaku.

“Kau curi ya?” Danish menduga aku sebegitu rupa.

Lantas aku menolak tangannya dengan deras sekali. Perasaanku benar-benar tersentap. Sampai hati dia mengatakan aku mencuri. Kenapa kata-kata itu tega terpacul dari mulutnya? Danish! Aku tak curi! Mahu saja aku menjerit seperti itu.

“Aku beli! Kenapa perlu mencuri pula?!” Aku mula naik angin sambil mengecilkan mataku bagi merenung sedalam yang boleh ke arah mata Danish yang berwarna coklat itu.

Keadaan itu mungkin akan bertambah buruk kalau Danish masih terus menerus menekankan perkataan ‘curi’. Sekali lagi perkataan itu meniti dibibirnya maka aku menghidari diriku darinya. Aku tidak mahu dituduh sebagai pencuri. Aku sedar aku seorang yang miskin harta. Aku berasal dari keluarga yang susah.

Dapat menyambung pelajaran di kolej ini dan ditakdir pula berkawan dengan Danish adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya yang diberikan Tuhan tapi itu pula ucapan Danish terhadapku.

Salahkah aku memiliki sebuah telefon yang canggih? Aku teringin juga untuk menggunakan telefon serupa Danish. Cantik sungguh. Aku berkenan jadi aku kumpul duit dan sanggup mengikat perut sendiri semata-mata untuk memiliki sebuah telefon bimbit. Orang lain semua ada telefon melainkan aku seorang sahaja. Malulah aku.

Danish anak orang berada, berbeza sekali dengan diriku anak desa yang tidak punya apa-apa. Datang ke bandar untuk menuntut ilmu semampu yang boleh demi masa depanku dan masa depan keluargaku di kampung yang bergantung harap denganku. Aku anak sulung dan menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adikku.

Sekali lagi Danish mengalihkan pandangannya dan dia meluru ke arahku yang sengaja berundur. Dia memaut bahuku lagi.

“Maafkan aku kawan, aku tak berniat menuduh kau sebarangan tapi mustahil sungguh kau dapat paai telefon semahal ini, dari mana kau dapat duit? Selalunya aku nampak kau senang tidak ada telefon,” kata Danish.

“Sungguh Danish! Aku beli, aku bukan pencuri, kenapa kau tidak percayakan aku? Muka aku ini nampak seperti muka pencurikah?” Aku berusaha meyakinkan dirinya bahawa aku bukan kaki pencuri.

Danish mengerling matanya. Aku tahu dia meragui aku. Harus bagaimana lagi untuk aku berterus terang?

“Susah aku hendak percayakannya,” balas Danish.

“Kenapa? Orang miskin macam aku tidak mampu beli telefon ini,” balasku sambil menunjukkan telefon berkenaan.

Danish mengangguk pun tidak menggeleng pun tidak. Dia mengejal sahaja walhal dia patut tahu bahawa aku seorang yang suka berusaha. Kalau aku mahu dapat sesuatu aku akan bersusah payah untuk mendapatkannya juga.

Tolonglah percayakan aku Danish! Rayu hatiku.

Tiada tutur bicara darinya selepas itu. Dia kehilangan kata-kata. Puas aku memberitahunya hakikat itu tapi dia seperti mahu menolak kenyataan. Adakah aku patut beralah? Nanti telahannya akan disangka benar walaupun kenyataannya adalah tidak.

Danish sahabat baikku. Aku dan dia berada pada tahun akhir tapi kenapa dia seperti tidak membuka hatinya mahu mempercayai kata-kataku? Kenapa Danish kau begini?

Biarlah dia mahu menuduh aku yang bukan-bukan, nampak gayanya aku terpaksa akur jua. Aku harus harungi juga. Pahit untukku menelannya namun sungguh keterpaksaan aku menangunggnya sendiri setelah dia mengindari diriku. Sejujur mana pun kata-kata ku ini seperti mencurahkan air di daun keladi. Tidak langsung difikirkannya.

Hanya disebabkan sebuah telefon sahaja dia renggang denganku. Apakah jahilnya aku menumpahkan kesetiaan dalam persahabatan dalam keraguan dirinya menyami benih-benih kepercayaan yang terabadi sekian lama? Seketika sahaja dimusnahkan dengan pandangan mata yang jelek? Apa pula kata hati?

Mataku terpekur ke arah Danish yang buat tidak tahu saja. Tidak tahukah dia kenapa aku memiliki telefon? Untuk apa aku membeli telefon itu? Aku mahu sentiasa tahu khabarnya. Mahu berhubung dengannya tatkala dia sendirian atau di saat dia meninggalkan buat seketika tatkala aku tidak berteman.

Fahamkah dia tentang rasa yang terpendam dijiwa luka ini?

“Danish, boleh kau ceritakan padaku kenapa kau beranggapan aku sedemikian? Ada sesiapakah yang meracuni fikiran kau?” aku menyoalnya.

“Tidak Harith, sesuatu yang indah bukan tercipta dengan sebuah kebendaan. Kalau kau mahu tahu, sebenarnya aku mahu persahabatan yang suci. Persahabatan yang sejati adalah impianku. Berkawan denganmu sekali gus menjadikan kau sahabat baikku adalah amat aku kagumi kerana kebolehan kau dalam pelajaran menjadi pemangkin buatku. Akan tetapi aku tetap meragauinya,” ucap Danish padaku.

Kala ini aku tidak langsung memahami kata-katanya yang agak berbelit itu. Aku mahu dia berterus terang sahaja. Tapi mengapa dia berselindung di sebalik batu? Kata-katanya menjerat hatiku lantas terheret bersama sebuah persoalan yang tiada penghujungnya.

“Apa yang kau ragui tentang diriku ini Danish? Katakan padaku? Jika aku pernah salah maafkan aku. Bintang di langit tidak akan berubah kedudukkannya melainkan kedudukan hati kau padaku. Maksud aku kepercayaan k au padaku,” balasku sambil bermain dengan jari-jemariku sendiri.

Sudah pasti relung hatiku ditikam keresahan tatkala kata-kata tidak percaya sering meniti di bibir Danish.

Mana mungkin aku bisa jauh dari Danish seorang yang selalu mengambil berat tentang diriku. Sakit aku, kenyanag atau pun tidak perut ini, dia selalu mencaknakan aku. Katakan padaku, bisakan aku melupakan sikapnya yang suka mengambil tahu diriku? Aku tidak akan mempersia-siakan pengorbanannya terhadapku.

“Satu pintaku, aku mahu kau jujur dengan ku, katakan yang benar Harith. Aku berkawan denganmu sudah lama, aku kenal siapa kamu tapi apa yang menjadi kejutan buatku, dari mana kau mendapatkan duit? Beritahu aku Harith? Pakaian kau, duit belanja kau, siapa yang beri? Aku nampak sejak akhir-akhir ini kau nampak mewah,” Danish tidak henti-henti menduga diriku.

Aku kehilangan kata-kata. Benda yang sama berulang-ulang. Aku tidak betah menjawabnya lagi. Cukup! Sudah puas aku katakan aku tidak seperti apa yang kau sangkakan Danish! Merayu-rayu hatiku meronta untuk dipercayai.

Kenyataannya aku mengumpul duit sendiri. Dia tidak mempercayai aku. Dia tetap merasakan aku mendustainya.

Hari berikutnya dia seakan jauh dari hati. Hidup tanpa perhatian memang terasa sungguh kosong. Teman sebilikku tidak mahu bercakap denganku.

Aku meminta hanya sekelumit cubaan percaya, bukan dinodai resah dan kekeliruan dalam diri Danish. Dia tidak meyakini aku. Berikan akus atau nafas aagar aku bisa menghirup udara yang bersih dari kekotoran ucapan lalu. Demikianlah keluh hatiku yang berpajangan. Tekakku kering umpama di padang pasir melafazkan khalimah yang sama. Ungkapan yang serupa. Bicara yang tiada beza.

Ketulan rasa yang kedaifan meminta satu pengorbanan dari hati dan perasaan. Danish tidak nampak hatiku berbunga sayang terhadapnya. Sekian lama aku pendamkannya yang tidak terucap.

Lelehan air mata berderaian juga jatuh ke pipi dari derasan beningan itu. Tubir mata ini membengkak tatkala mencium penafianku sendiri. Keratan hati yang dicalar dengan tajam mata kata-kata meruncing dalam benakku sendiri. Tiada benteng yang dapat aku agungkan. Tiada perjanjian yang termaktub dalam persahabatan melainkan sebuah kejujuran. Ya Ampun aku bodoh! Mensia-siakan kepercayaan Danish.

Aku menapak lemah menuju ke kafe tanpa Danish di sisi. Selalunya dia sentiasa teman aku walau ke mana sahaja. Aku dan dia seperti belangkas. Ya! Belangkas yang tidak bisa berenggang. Danish sering kali mempertahankan aku. Bila ada salahku dia marah aku, bila bukan salahku orang lain dimarahinya.

Rentung jelur kasih kerana tiada kepekaan, tiada ketulusan dan tiada keihlasan. Tapi aku ikhlas dengan Danish. Cuma Danish sahaja tidak tahu perasaan aku ini.

“Danish..!” aku memanggil dirinya yang sedang duduk minum bersama dengan rakan yang lain.

Sebaik melihat aku, lekas benar dia mengatur langkah menjauhi aku. Perasaanku di saat itu bagaikan terdampar di persisiran pantai setelah dilambung dengan gulungan ombak besar di tengah lautan yang sungguh menyiksakan naluriku.

Fikiranku cepat diterbangkan angin hanyut dibawa pergi bersama sebuah luka. Danish tidak menghiraukan aku lagi. Kala ini entah kenapa aku terduduk dibangku yang terdapat di dalam kafe. Entah bila pula Elyna berada di depanku sedang mengunyah sesuatu. Mungkin gula-gula getah.

“Harith! Kenapa nampak muran saja? Kau ada masalah?” Elyna menyoalku.

Dengan pantas aku menggeleng menafikannya.

“Dari raut wajah kau itu tidak usahlah kau membohongi diriku, Harith. Katakan saja apa masalah kau itu, mungkin aku dapat membantu. Kalau kau kawan aku lebih baik kau ceritakan masalah kau padaku.” Elyna bersungguh mahu membantu namun dapatkah dia mengerti perasaanku ini?

Seharusnya aku perlu punya teman untuk mengadu. Mungkin Elyna adalah orangnya. Sebelum ini dia pernah mengadu halnya yang selalu putus cinta dengan kekasihnya. Elyna seorang tomboy dan aku yakin dia mampu menyelami hati dan perasaanku ini. Aku menarik nafas dalam-dalam dan bersedia untuk meluahkannya. Biarlah Elyna tahu siapa aku yang sebenarnya.

“Ely, kalau aku menceritakan kebenaranya diriku, adakah kau akan menghindari aku?” Aku takut-takut.

“Katakan sahaja kebenarannya kerana aku suka orang yang berterus terang. Aku benci orang yang hipokrit.”

“Aku memang hipokrit!” bentakku.

“Harith, jangan bersikap seperti budak kecil. Tolong rasional dan jangan cepat melenting,” nasihat Elyna.

“Maafkan aku Ely.” pintaku.

Mungkin ada benarnya kata Elyna. Aku perlu rasional dan patut bertenang. Kalau aku berterusan begini, masalah aku tidak akan dapat diselesaikan.

“Sekarang ceritakan padaku dan jangan kau risau apa-apa kerana rahsiamu rahsiaku juga,” pinta Elyna yang begitu meyakinkan aku.

Dari raut wajah Elyna yang bersungguh itu aku jadi yakin. Begitu berharap dia menjadi rahsia antara aku dan dia. Aku mahu meluahkannya juga kerana aku tidak mampu memendamkan rasa ini terlalu lama.

“Ely sebenarnya Danish telah membenci aku, dia sudah salah sangka terhadap diriku. Aku tidak tahu kenapa Danish tidak mempercayai kata-kataku lagi. Dia menuduh aku pencuri dan tidak berterus terang. Tapi aku yakin maksudnya lebih dari itu.” Ceritaku.

Elyna mengangkat keningnya.

“Aku tidak dapat memahaminya Harith. Cuba kau cerita dalam bentuk yang lain,” kata Elyna.

Sewaktu aku mahu menyambung bicara aku nampak Danish kembali lagi ke kafe tersebut. Dia bersama dengan seseorang. Entah kenapa timbu satu rasa yang aku sendiri tidak dapat mengertikannya. Rasa yang aku takutkan selama ini terbukti didepan mata. Aku tidak boleh melihat dia dengan orang lain. Aku jadi cemburu.

Ekor mataku tidak kalih dari terus melihat kelibatnya bersama Hafizan. Aku melihat keakraban itu. Dia boleh bergelak ketawa dengan Hafizan tatkala aku di sini sedang keluh dan kesah. Elyna menyapa aku untuk kembalikan perhatiaanku terhadap ucapan aku tadi.

Tiba-tiba tanganku berasa ringan sekali. Begitu deras sekali menumbuk meja lantas aku mengangkat punggungku meninggalkan kafe tersebut. Aku dapat rasakan bahawa Elyna membuntutiku.

Aku mahu alihkan pandanganku ini. Aku jadi meluat tengok Danish bersama Hafizan lama-lama! Geram sungguh rasanya. Aku meluru pantas tanpa menoleh kiri dan kanan lagi sambil tanganku digenggam kemas.

“Harith! Tunggu!” pekik Elyna.

Tiba-tiba bahuku direntap kuat oleh Elyna. Dia mengangkat keningnya dan membulatkan matanya sebesar-besar yang boleh.

“Sekarang baru aku faham kenapa jadi macam ini! Kau sebenarnya sukakan Danish?! Katakan kebenarannya pada aku sekarang juga. Aku mahu dengar dari mulut kau sendiri Harith. Kau jangan takut kerana aku sudah lama mengsyakinya. Yakinlah bahawa aku tidak akan membocorkanya pada sesiapapun. Aku tidak mahu kau memendamkannya. Aku tahu betapa sakitnya kalau kita memendam rasa. Jadi luahkanlah padaku Harith kalau kau menganggap aku sebagai kawan baik kau,” Elyna memohon padaku.

Aku membisu, lidahku mengejal kaku. Tiada lafaz yang dapat aku tuturkan. Hati dan perasaan aku remuk. Ya! Memang benar aku sukakan Danish! Sudah lama aku sukakan dia. Dia tidak akan pernah tahu. Sampai bila-bila pun dia tidak akan tahu. Aku cukup sedar siapa diriku ini.

“Harith! Jangan macam ini!” Elyna seakan memaksaku.

Aku masih menundukkan wajah. Malu untuk menyatakan kebenarannya. Saat ini hatiku yang remuk itu bersimpang siur. Terpanah rasa resah. Dibunuh kejam dengan rasa cemburu habis mati ucapanku. Kekoknya aku untuk memberitahu Elyna bahawa aku sayangkan Danish. Tapi aku tidak mahu hancurkan hati dan perasaannya apabila dia tahu hakikat diriku.

Dari awal aku berbohong dan dari awal juga aku menipu. Aku sebenarnya menipu diriku sendiri. Bagaimana harus aku memulakannya. Elyna! Aku tidak dapat meluahkannya pada kau!

Maafkan aku Elyna dan tolong jangan paksa aku lagi. Mohonku di hati.

“Ely, aku balik dulu, bye,” ucapku dan terus meluru pantas balik ke rumah sewa.

Berat sungguh rahsia ini. Terlalu kusut untuk aku huraikan satu persatu. Sakitnya dari dalam. Sekiranya Danish tahu hakikatnya pasti hancur diriku. Pasti aku dibunuhnya.

***

AKU termanggu sendiri. Otakku kusut. Aku tinggal sendiri di bilik. Danish berpindah ke bilik sebelah. Tidak mahu bersama denganku di dalam bilik ini. Akhirnya malam-malamku tidur sendirian tidak berteman. Sedih sungguh. Sampai begitu sekali. Aku pasti Hafizan punca dia jadi begitu. Hafizan memang cemburukan keakraban aku dengan Danish selama ini. Jahanam!

Aku tidak henti-henti menyalahkan Hafizan. Lelaki itu tidak kurang tampannya. Tapi semenjak dia rapat dengan Danish, aku lihat perubahan sikap Danish terhadapku sungguh drastik sekali. Entah apa Hafizan telah katakan pada Danish. Ah! Emosiku terganggu.

Aku harus memberitahu Danish tentang perasaanku ini namun adakah aku perlu berbincnag terlebih dahulu dengan Elyna? Rasa tidak adil buat diriku kerana segala hal tentang Elyna itu aku mengetahuinya. Rasa aku perlu berjumpa dengan Elyna. Lantas aku menghubungi Elyna.

“Aku perlu jumpa kau,” kataku.

“Bila dan di mana?” soalnya.

“Sekarang, di restoran Mamak Corner,” balasku.

“Okey,” Elyna bersetuju.

Tidak berapa lama kemudian aku pun tiba di tempat yang dijanjikan. Aku lihat Elyna setia menugguku. Elyna yang berjaket biru dan bertopi serta memakai kasut jenama converst itu terus menoleh ke arahku. Dia lebih dulu sampai ke situ sebelum aku. Laju sungguh dia bergerak.

“Kenapa kau beria-ia sangat hendak berjumpa dengan aku? Adakah kau sudah berubah fikiran untuk menceritakan kisah kau?” duga Elyna yang memang tepat mengenai sasaran.

“Ya Ely, aku rasa aku patut ceritakan pada kau,”

“Terus terang saja, aku sedia mendengarnya,” balas Elyna.

“Aku sukakan Danish,” aku berani mengatakan kebenarannya juga.

Tapi malangnya Elyna sedikit pun tidak terkejut. Ini bermakna selama ini Elyna memang benar-benar yakin aku sukakan Danish.

“Aku tahu, tapi apa yang kau takutkan sangat untuk ceritakan pada aku? Tempoh hari aku sudah menduganya tapi kau pergi macam itu saja,” soalnya.

Aku tahu Elyna bengang dengan cara aku yang pengecut.

“Benda seperti ini aku memang takut untuk ceritakan pada sesiapa melainkan kau. Sekarang hanya kau sahaja yang aku percaya.” balasku.

“Jadi, apa masalahnya?”

“Erm..” aku mengumam resah.

“Tadi kau kata kau percayakan aku tapi masih teragak-agak,” kata Elyna sambil membetulkan topi yang dipakainya.

“Memanglah tapi berat untuk aku ceritakan perkara yang satu ini,”

“Perkara apa?” Elyna berminat ingin tahu.

“Sebenarnya… aku memang sayangkan Danish, aku rasa rasa ini sungguh aneh tapi aku tidak jujur dengannya. Aku mengkhianatinya.”

“Maksud kau?”

“Aku…aku…” kenapa lidahku berat sangat untuk menceritakan perkara yang sebenarnya.

Elyna menanti lagi dan saat ini dia mengangkat keningnya menunggu dengan penuh debaran. Jantungku berdetak kencang. Semakin lama semakin deras. Kenapa aku tiba-tiba resah di saat ingin aku suarakan hakikatnya.

“Teruskan Harith. Aku menunggu cerita kau,” Elyna meminta aku menyambungnya.

Aku menundukkan wajah. Aku pasti garis-garis gusar pada wajahku ini jelas terlihat oleh Elyna. Aku mahu dia fahamkan sesuatu. Aku kurang yakin sama ada Elyna mempercayainya atau pun tidak tapi ini adalah realiti bukan rekaan aku sendiri.

“Ely, berjanji dengan aku bahawa kau tidak akan menceritakannya pada sesiapa sekalipun termasuk Danish sendiri,”

“Untuk apa aku menceritakan hal kau pada orang lain. Aku sudah berjanji dengan kau bahawa rahsia kau adalah rahsiaku juga.” ungkap Elyna.

Aku merenung ke dalam mata Elyna dalam-dalam selepas aku menghela nafas dan melepaskannya perlahan-lahan.

“Sebenarnya… apa yang aku dapat sekarang ni adalah hasil pemberian dari papa Danish,”

“Apa?!” Elyna terkejut besar.

“Papa Danish perhubungan dengan aku,” akhirnya aku jujur dengan Elyna tapi tidak pada Danish.

Elyna tergamam. Mulutnya melompong. Aku sudah agak bahawa perkara ini pasti mengejutkan Elyna. Aku harap ia tidak diceritakan pada Danish. Aku berharap sangat. Bukan aku mahu buka mulut tapi aku sebenarnya lebih sukakan Danish dari papanya itu. Ya Ampun! Apa yang telah aku lakukan ini.

“Kenapa kau boleh berhubungan dengan papa dia?” soal Elyna setelah terdiam dalam seminti dua tadi.

“Aku tidak tahu Ely. Papa Danish itu yang mahukan aku! Papa Danishlah punca sebenarnya aku jadi begini. Dia yang telah rosakkan hidupku. Dato` Harman adalah orang yang meragut kesucian aku. Ely, setiap hari aku dihantui rasa serba salahku. Bila aku lihat wajah Danish, aku mula rasa tidak keruan. Aku bersalah Ely.” ucapku dengan penuh emosi.

Tanpa di duga, tubir mataku bergenang menanti waktu untuk menitis. Cepat-cepat aku menyekanya dari terus berguguran. Kemewahan yang aku dapat, duit yang banyak adalah pemberian dari Dato` Harman kerana aku dapat memuaskan nafsunya. Tiap kali dia mahukannya maka aku terpaksa mengorbankan diriku.

Aku melakukan kerja terkutuk itu demi satu tujuan. Ya ALLAH! Kenapa denganku? Kenapa aku memilih jalan ini?

“Ely, aku berdosa… aku berdosa pada Danish dan aku paling berdosa dengan Tuhan, sebenarnya aku lakukan semua ini adalah demi seseorang, demi ibuku Ely…” ucapku tanpa ragu lagi.

“Kenapa dengan ibu kau Harith?” Elyna menyoal.

Aku melihat Elyna menyeka sesuatu ditubir matanya. Aku menduga Elyna sudah mengalirkan air matanya. Mungkin dia dapat mengagaknya.

“Ibu aku perlu menjalani pembedahan bagi membuat ketumbuhan di dalam kepalanya secepat mungkin. Aku tidak tega membiarkan ibu aku menderita. Keluarga aku miskin Ely, aku sudah tidak ada ayah, aku hanya ada ibu dan adik-adik aku sahaja. Aku terpaksa buat kerja jijik ini. Aku terpaksa menggadaikan maruah aku demi meminta pertolongan Dato` Harman.” terangku tatkala air mataku ini mengalir deras tidak terseka lagi.
Elyna terdiam.

“Aku terpaksa merahsiakannya, Dato` Harman bersetuju menolong aku tanpa pengetahuan Danish. Dia juga mohon aku rahsiakan perkara ini. Kalau aku beritahu sesiapa tentang hubungan itu. Dia tidak akan membantu aku dan tidak akan teragak-agak menghapuskan aku. Aku jadi takut Ely,” ucapku dengan penuh sebak.
Aku mengharapkan Elyna memahami apa yang aku rasakan ini. Aku bersungguh.

***

SEMENJAK aku meluahkan pada Elyna, aku berasa sedikit lega namun dosaku tidak akan terhapus. Kadang-kadang aku terfikir juga, adakah wang yang aku dapat itu mendapat berkat? Tapi aku terpaksa. Kos pembedahan memerlukan jumlah wang yang banyak. Aku sayang ibu aku. Aku cinta ibu aku.

Sebaik saja selesai peperiksaan akhir maka ini bermakna tamatlah sudah pengajianku di kolej ini. Minggu depan pula ibuku akan menjalani pembedahan. Dato` Harman membantu membiayai kos pembedahan itu. Aku berterima kasih kerana Dato` Harman mengotakan janji-janjinya dan aku mengharapkan sebuah keajaiban akan berlaku.

Tiba hari pembedahan aku menanti dengan penuh debaran. Doktor berpesan bahawa pembedahan ini tiada jaminan, 50-50 sahaja.

Dunia ini terasa gelap! Selepas 8 jam ibuku bertarung nyawa ternyata pembedahan itu gagal. Aku seperti mahu pitam mendengar khabar itu. Aku teriak menangis tidak berlagu. Ibu aku pergi juga. Ibu!!!!!

Andainya kau kembali aku mahu memohon ampun padamu ibu! Ampunkan anakmu ibu! Anakmu ini berdosa!

Aku sungguh berdosa besar padaMu Ya Tuhan. Tatkala itu aku bersujud lemah kerana kebodohanku sendiri. Aku tersungkur daif, hampa dan pilu. Penyesalan yang tiada kesudahan. Tergamaknya aku memperjudikan harga diriku demi pencarian yang hitam. Allah Maha Agung, Dia penentu segala-galanya.

Semua ini telah berlalu. Aku bertaubat padaMu Ya Tuhan. Terimalah taubatku ini Ya ALLAH. Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aku bersyukur padaMu kerana telah membuka seluas-luasnya pintu hatiku untuk aku mendekatiMu.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.