AGAK-agaknya ada ke peminat cerpen ni? Macam tak ada respon aje? Tapi tak apalah biarlah penulis syok sendiri. HaHa! Well Aleya mesti suka kalau Roy berjaya dikenakan. Apa-apa pun memang nak tahu juga kesudahan cerita ni. Penulis nak ucapkan terima kasihlah kalau ada yang benci Roy tu, tapi janganlah benci melampau-lampau sangat sebab Roy pun ada hati dan perasaan juga dan janganlah pula terlampau kasihankan Aleya tu sebab dia pun bukannya baik sangat pun, muka saja lawa, ops! Lawa ke? Maybelah sebab dia ala-ala women gitu. Baiklah, kita teruskan saja kisah selanjutnya dalam Roy VS Aleya bahagian 5. Kamera!! Okey! Action!
MATA terpejam dan kaki terkinja-kinja perlahan seperti beruk Mak Yeh sahaja lagaknya. Dia sedang berjoget sendiri di tepi tangga tempat parkir kereta. Walkmen yang digunakannya masih melekat di pinggang. Headphone dipekup ke telinga dan kepala pula bergoyang-goyang macam orang sedang khayal sahaja.
‘Jemu… masa... menyinta… resahku meronta… aku telah sumpah setia, namun sia,’ mulutnya ikut-ikut menyanyikan lagu itu.
Wow! Punyalah rock jiwang Si Roy ini layan lagu May judul Jemu. Dulu fanatik sangat dengan lagu Tomok New Boyz itu. Sudah tukar selera agaknya. Opss! Penyanyi itu sudah terkenal sekarang semenjak menjuarai One In A Millionair. Kelas.
Bukan mahu mengata tapi hakikatnya Roy memang nampak plastik gayanya. Walaupun sudah lama menjadi lelaki gara-gara terpengaruh dengan Zam, dia tetap juga terlupa satu benda, anting-anting yang dipakainya itu adalah anting-anting pemberian Aswad. Nampak sangat dia masih sayangkan Aswad walaupun sebenci-benci mana pun dia pada Aswad itu.
Lelaki pertama yang dicintainya tidak mungkin bisa dilupakan. Pelik sungguh! Kata lelaki tapi anting-anting itu rekaan untuk wanita. Tapi apa kejadahnya dia hendak pedulikan orang lain. Asalkan dia tetap gembira walaupuun kadangkala dia sering menangis di dalam bilik tidur.
Bagaimanakah perasaannya ini? Siapa yang faham? Ada ke yang dapat memahaminya? Mungkin ada dan mungkin tidak ada. Semua ini adalah dari kekecewaan yang dialaminya. ‘Menatang Aswad tu baik mati aje!’ bentaknya.
Walkmen ditutupnya dan tiada lagi lagu yang terpasang. Kebanyakkan lagu-lagu itu pasti akan mengingatkannya pada Aswad. Dalam lagu pasti ada kenangan. ‘Pergi jahanamlah!’ bentaknya lagi.
Tiba-tiba walkemnya dihempas dengan penuh emosi. Beranilah dia buat macam itu kerana walkmen pasar malam berharga sepuluh hengget (ringgit) saja. Bukan original tapi ‘cerom’ (cetak rompak) punya barang.
Kala ini dia tidak selesa. Dia mahu lepas hajat pula. Terkebil-kebil biji matanya menahan senak perut. Dia terus bergegas mencari tandas. Cepat-cepat dia meluru masuk ke tandas. Jelas tertera di situ adalah tandas perempuan dan memang tidak salah lagi.
Sudah kata, dia tetap anggap diri dia perempuan. Masuk ke tandas pun memilih tandas perempuan. Hakikatnya mana boleh hipokrit. Setampan mana pun wajahnya atau sekacak Aaron Aziz sekalipun dia tidak boleh kencing berdiri sebagaimana lelaki normal yang lain. Al-kisahnya.
Betul kan? Haha! (Enter frame)
Sungguh asyik sekali dia mengerang dan mengerahkan segala tenaganya. Wajahnya berkerut dan perpeluh-peluh sekali. Azabnya orang sakit perut seperti Roy di saat ini.
‘Binawe punya jeruk pelam! Sembelit aku jadinya!’ dia maki-maki jeruk pelam yang dimakan pagi tadi.
Padan muka!
Orang tidak makan jeruk di pagi hari! Sekarang rasakan sendiri.
Tidak berapa lama kemudian tiba pula seorang wanita yang bukan feminin aslinya. Dengan gaya lemah lembut dan sopan santunnya dia melangkah perlahan masuk ke dalam tandas perempuan bersama kasut tumit tingginya tanpa rasa segan silu. Wajah ayunya ditatap di depan cermin lantas dikeluarkan lip glossnya itu dan kemudiannya digilap bibirnya lalu diketap lembut supaya nampak sekata.
Terserlahlah keayuan Aleya yang tiada tolak bandingnya persis super model itu. Tiba-tiba telinga Aleya mendengar suara orang mengerang kenikmatan. Pelik saja bunyinya. Tiada kenikmatan tetapi kesakitan yang teramat sangat. Dalam masa yang sama ada tiga orang gadis masuk serentak ke dalam tandas yang wangi itu. Tetapi wangian itu bertukar busuk yang mencengkam rongga. Busuknya Nauzubillah…
Aleya melihat ketiga-tiga gadis itu menutup hidung lantas keluar semula. Tidak jadi agaknya untuk melepaskan hajat di situ. Maka mereka mengubah niat untuk ke tandas yang lain. Aleya pula memang sudah tidak tertahan lagi. Boleh berdarah hidungnya nanti kalau tunggu lama-lama.
Aleya tiba-tiba kaget. Bunyi bom meletup bersahut-sahutan. Ya Rabbi, Roy di dalam sudah macam orang hendak mati rupanya. Urat-urat di dahi muncul. Sembelit itu sungguh menyiksakan dirinya. Dihela nafas dalam-dalam bersama bau sendiri dan dilepaskan perlahan-lahan. Sakitnya seperti orang hendak beranak.
Akhirnya satu tangga seksaan sudah terlepas. Dia menarik nafas lega. Saat ini Aleya pula rasa hendak terkencing. Dia terus memilih pintu jamban yang tiada orang. Oleh sebab dia memang tidak dapat menahan laser mulutnya sendiri maka dia terpacul kata,
“Busuknya! Busuknya! Busuknya! Busuknya!” diulang-ulang.
Aleya dengan berhati-hati mengawal nada suara ayunya.
“Woi orang sebelah, kalau nak wangi-wangi pergi kencing kat taman bungalah,” kata Roy dengan kasar sekali nada suaranya.
‘Aik! Lelaki atau perempuan yang masuk jamban ni?’ soal hati Aleya.
Dia kaget sendiri tapi dia sendiri lupa bahawa dia juga lelaki yang menyerupai perempuan. Salah siapa? Salah dirinya sendiri.
“Kalau aku pi kencing kat taman bunga siapa nak tolong cuci? Kau ke?”
‘Kurang asam punya jiran sebelah jamban ni, dah melampau!’ kata hati Roy.
Cepat-cepat dia menyucikan dirinya.
Roy mendiamkan diri buat seketika dan tidak membalas kata-kata orang di bilik sebelah itu.
Tiba-tiba Roy terdengar pancuran air yang agak panjang saja bunyinya.
‘Orang sebelah ni kencing berdiri ke? Pelik aje! Tak kan ada lelaki salah jamban kot?’ Roy menduga sendiri.
Tidak berapa lama selepas itu mujurlah Aleya sempat keluar dari tandas itu terlebih dahulu sebelum Roy. Seandainya mereka bertembung di situ. maka sudah pasti pecah lubang.
***
KELIHATAN orang ramai berpusu-pusu keluar dari panggung setelah selesai menonton. Mata Aleya tercari-cari kelibat Zack dan Anita. Lantas dia menghubungi Zack dengan telefon bimbitnya untuk memberitahu padanya bahawa dia akan menunggu di Mc Donalds sahaja. Usai itu Aleya melangkah ke Mc Donalds sendiri.
Dia tidak membuat apa-apa pesanan kerana setia menunggu Zack dan Anita di situ. Dia menungkat dagu. Tatkala ini fikirannya sempat diterbang sang angin. Jauh menerawang hingga ke desa tercinta. Wajah Farah terbayang-bayang di mata. Tapi lamunan itu terhenti kerana dia dikejutkan dengan jembalang berjaket hitam dan bertopi merah sedang berjalan bersama dengan seorang lelaki berjaket jeans biru dan berseluar jeans labuh berwarna biru juga. Tangan lelaki itu sedang meramas-ramas perut sendiri.
‘pap!’ dia menepuk mejanya.
‘Itu dia! Rupanya dia pun ada kat sini!’ bisik hati panas Aleya.
Aleya segera mengangkat punggungnya kerana mahu mengekori lelaki itu. Dia mengikut dari jarak yang agak kurang jauh. Aleya sungguh berhati-hati.
“Aku rasa kita macam diekorilah,” tiba-tiba Roy merasakan sedemikian.
“Eina kot!”
“Kan aku dah kata jangan sebut nama Eina lagi!”
“Eina Eina Eina Eina Eina,” sebut Zam.
Terus baru Zam kena debik dengan Roy.
“Kalau kau sebut lagi aku terajang kau,” ugut Roy.
“Alahai kau ni, bergurau pun tak boleh, eh! aku pun rasa seperti diekorilah.” ujar Zam.
Mereka berdua terus berpaling untuk melihat sekitar belakang mereka. Tiada siapa yang mengekorinya.
“Memanglah kita rasa macam tu kot maklumlah kita kan kat tempat orang ramai ni,” kata Zam bagi meyakinkan Roy bahawa tiada siapa yang mengekori mereka.
Aleya sempat menyorot di dalam kedai buku. Mujurlah mereka tidak perasan. Aleya terus mengekori mereka sampai ke tempat parkir motor tapi setibanya di situ dia melihat ada empat orang lelaki sedang meghampiri mereka.
“Kau budak yang angkat penumbuk kat aku tadi kan?” kata lelaki botak itu.
“Apa tunggu lagi Malik! Hentam je muka dia tu, macam bagus sangat,” kata kawannya.
Si Botak itu nama Malik, dia bawa geng. Malik adalah orang yang berada di sebelah Roy dalam panggung tadi.
“Kalau berani teruskan saja..” cabar Roy.
“Mereka berempat, Roy. Kita pulak cuma berdua je ni mana padan.” gerutu Zam yang agak ketakutan.
Motor Roy dan Zam diterajang orang mereka sampai terjatuh.
“Angkat balik motor aku! Kurang ajar betul main tendang-tendang motor orang,” tengking Roy.
“Kami peduli apa, motor orang ke, motor lembu ke, asal dapat kami terajang maka kami akan terajang je,” kata seorang lagi geng mereka.
“Loyar buruk pulak, ini dah lebih, kau nampak ni” cetus Roy yang sudah siap berkuda-kuda sambil menunjukkan buku limanya.
“Alahai… badan kurus kering macam cicak tak cukup makan ada hati nak belasah kami,” perli Malik.
Setelah itu salah seorang dari mereka menangkap Roy, dipeluk kuat-kuat. Roy yang kurus kering itu mahu dibuli oleh mereka bagi membalas dendam di atas setiap kata-kata Roy di dalam panggung tadi. Kasihannya Roy, pasti kena ganyang dengan mereka.
“Lepaslah, apa ni main peluk-peluk,” Roy meronta-ronta.
Zam yang mahu menolong Roy tidak sempat berbuat sedemikian kerana dirinya juga ditangkap. Habislah Roy kali ini.
Malik datang dekat dan terus menumbuk perut Roy.
"Aduh!" Roy senak perut.
"Aduh!" Roy senak perut.
‘Ini dah memang betul-betul kurang garam! Siaplah, dah lama aku simpan aura kekuatan aku. Sekarang rasakan,’ kata Roy dalam hati.
Tiba-tiba sahaja kaki Roy menerjah satu target yang amat berbahaya sekali. Silap-silap Malik boleh mandul seumur hidup atau juga mati pucuk.
“Arghhh! Adui!!” jerit Malik sambil memegang ‘tut’ (ditapis)
Lelaki botak itu meronta-ronta kesakitan. Zam terkejut melihat tindakan Roy dan dia juga cuba lakukan yang sedemikan tapi tidak berjaya, balik-balik dia pula kena luku atas kepala dengan salah seorang dari mereka.
“Adeh!” Zam menggosok-gosok kepalanya selepas dilepaskan dari pelukan arah belakang itu.
Usai itu Zam ditolak sampai jatuh. Kasihan Zam, tersembam muka ke lantai.
Aksi kategori 18SG bakal bermula. Roy melibas kepala orang yang sedang memaut tubuhnya itu terkulai jatuh ke depan. Tanpa belas kasihan lagi Roy mengeluarkan segala ilmu di dada yang dipelajarinya dalam kelab tae kwan do masa di sekolah tidak lama dulu.
Fuh! Hebat sungguh! Seorang demi seorang kena tibai sampai lembik oleh Roy seorang. Zam terpegun sungguh dramatik sekali Roy membelasah mereka. Jika Zam terpegun Aleya pula yang sedari tadi memerhatikan dari jauh terbeliak biji mata. Terkejut sungguh dia melihat lelaki-lelaki yang dipukul oleh Roy terpelanting jatuh sana dan sini.
Aleya masih mampu tersengih. Dia tidak takut dengan ilmu tae kwan do yang dimiliki oleh Roy itu yang macam tidak cukup rasa. Suatu hari nanti dia akan berdepan dengan Roy untuk menghitung tinggi atau rendah langit itu. Tapi sebelum itu dia mahu balas segala perbuatan Roy yang agak kurang ajar itu.
Lebam-lebam biji mata lelaki-lelaki yang dipukul oleh Roy. Tidak terbangun mereka. Lembik sudah. Roy membelasah mereka tanpa belas.
Roy membetulkan pakaiannya yang agak berserabut sedikit setelah aksi ganas dipersembahkan. Zam masih melompong kerana selama ini dia tidak tahu bahawa Roy memiliki kekuatan yang agak luar biasa.
“Jom Zam kita balik, biarlah ambulans datang ambil mereka. Padan muka! Siapa suruh kacau anak gadis orang,” kata Roy.
“Anak terunalah Roy,” ujar Zam.
“Oh silap! Anak teruna orang,” Roy membetulkan semula ayatnya.
Roy dan Zam terus mencapai motor masing-masing untuk berangkat pulang. Dia tidak lagi menghiraukan jantan-jantan keparat yang tidak sedar diri itu. Berdarah-darah kena pukul dengan Roy yang rakus itu.
‘Mereka ingat cicak tak cukup makan macam aku ni boleh dipermainkan, silap besarlah,’ kata hatinya yang begitu bangga sekali.
Setakat empat orang mamat lembik macam mereka itu dengan mudah sahaja ditewaskan. Sebelum ini masa di sekolah dulu bukan empat tapi sepuluh orang sekali gus. Pemegang black belt dan pernah menjuarai pertandingan tae kwan do peringkat kebangsaan. Apa dia kisah.
***
‘KAU tinggal kat flat ini rupanya, siaplah kau nanti,’ bisik hati Aleya yang mengekori mereka sampai ke rumah itu dengan menumpang teksi pak cik yang beruban satu kepala.
Pak cik itu sungguh baik, dia sanggup bawa laju-laju demi mengejar motor Roy dan Zam yang merempit dengan kelajuan yang sungguh maksimum itu.
“Pak cik tunggu kat sini sekejap ya, sekejap aje, pak cik jangan pergi lagi, nanti saya tak bayar tambang teksi pak cik ni,”
“Bayarlah dulu, lepas tu nak keluar pun keluarlah pak cik tak halang dan pak cik akan tunggu,” kata pak cik itu yang agak takut kalau penumpang pergi begitu sahaja dan tidak membayarnya.
“Yelah, tapi tunggu tau.. kalau pak cik tak tunggu alamatnya rugilah pak cik, sebab saya sanggup bayar lebih kalau pak cik setia tunggu,” Aleya membuat tawaran hebat untuk pak cik uban satu kepala itu.
Pak cik itu mengangguk.
Aleya cepat-cepat turun dan mengekori mana satu agaknya pintu rumah Roy yang menjadi musuh ketatnya itu. Dia masih mengekori jejak Roy dan Zam yang sedang menaiki tangga. Aleya melihatnya dari jauh agar mereka tidak perasan akan kehadirannya.
‘Oo, kau tinggal di tingkat tiga dan itu ya rumah kau, okey siap! Aku dah set dalam kepala, tunggulah pembalasan dari aku wahai jantan tak guna!’ katanya di dalam hati.
Aleya kembali semula ke arah pak cik itu. Dia ingat pak cik itu akan setia menunggunya tapi pak cik awal-awal dah blah (pergi).
“Ampeh punya pak cik uban! Aku suruh tunggu tapi boleh pulak dia blah macam tu aje! Tak pasal-pasal aku kena tunggu teksi lain. Kejilah orang tua tu! Ingat aku kebulur sangat ke nak naik teksi dia tu! Dah buruk! Dia pulak tak handsome!” Aleya memaki hamun pak cik teksi itu.
Akhirnya Aleya menahan sebuah teksi di tepi jalan.
“Abang, boleh hantar saya ke Ampang?” ucap Aleya.
“Ah! Kau lagi?! Tidak! Bye!” kata abang teksi itu.
Teksi tersebut terus pergi. Baru Aleya ingat, pemandu itu adalah orang yang dia tumbuk sampai lebam biji mata. Dengan fobianya teksi itu terus berlalu. Kecil sungguh dunia ini. Pusing-pusing Kuala Lumpur pun boleh juga jumpa orang yang sama. Tapi susah betul dia hendak bersua dengan mamat sekor itu dan sekarang baru dia tahu di mana lokasi rumah si bedebah itu.
Tidak berapa lama kemudian tiba lagi satu teksi. Lama juga Aleya tunggu barulah dia dapat balik ke rumahnya. Bekas ratu cantik hanya naik teksi sahaja. Mana kawan-kawan dia yang lain? Dia tidak mahu susahkan kawan-kawannya jadi biarlah dia sendiri.
***
SETELAH tiba di rumahnya, kelihatan Zack sedang duduk di sofa sambil mengelus-elus misai. Raut wajah yang dipamerkan Zack seperti mahu marah. Mungkin pasal hal tadi. Dia menunggu lama di Mc Donalds tapi kelibat Aleya tidak ada di situ. Bila dihubungi Aleya sengaja tidak menjawab panggilannya. Hati boleh panas dan ini boleh mendatangkan marah.
Anita pula berkerut dahi. Dia rasa tidak seronok kerana Aleya tidak ada bersama ketika menikmati burger di restoran itu. Anita memang kuat makan tapi tidak terasa kenyang. Mahu pesan lagi tapi malu. Malu dengan Zack.
“Mana awak pergi?” soal Zack.
“Saya ada hal tadi, marah-marah ni kenapa?” Aleya mengerling matanya.
“Mahu tak marah, orang tunggu dua jam kat situ. Abang ingatkan awak dah kena culik ke apa ke,” balas Zack.
“Saya tahulah jaga diri, yang abang nak sibuk-sibuk ni kenapa? Lebih baik abang risaukan isteri abang tu dari ambil tahu hal saya,” pesan Aleya.
“Abang sayangkan awak, Aleya.” Zack melirik manja tapi sedikit pun Aleya tidak termakan.
“Sayang?” soal Aleya.
Zack terus mengangguk deras.
“Ya!” katanya.
Aleya berjongket bahu mendengar pengakuan Zack itu yang sungguh membosankan dirinya.
Sudah puas dia mendengar ungkapan itu. Sayang! Sayang! Sayang! Entah apa yanga da dengan sayang seperti itu. Sayang dan sayang dan sayang dan sayang tapi hati Aleya juga yang merana. Zack kena fikir seratus kali untuk menyebutnya lagi.
“Kalau abang sayangkan Aleya abang tak akan kahwin dengan perempuan lain,” kata Aleya.
Ops! Nampak gayanya Anita tidak perlu ada di situ.
“Minta diri dulu ya, nak masuk bilik,” Anita mencelah lalu mengangkat punggungnya masuk ke dalam bilik.
Selepas kelibat Anita tidak ada di situ, tangan Aleya terus ditarik oleh Zack. Aleya terduduk di sofa di sebelah Zack.
Aleya menyilangkan tangannya dan berpaling ke arah lain. Tidak mahu rasanya dia menatap wajah Zack. Baginya Zack adalah orang yang tidak guna.
Zack cuba memujuk. Dia memaut perlahan bahu Aleya dan tangan yang satu lagi dikuiskan pada dagu Aleya lantas dia menyorong wajah Aleya untuk menatap matanya.
Dengan perlahan Aleya menurut saja. Dia seperti lemas dalam gelora lagak romantik Zack yang sukar untuk dia lupakan.
Zack merapatkan bibirnya ke bibir Aleya sambil matanya terpejam. Belum sempat bibir Zack bersentuh dengan bibir Aleya. Tiba-tiba Zack terkentut. Kuat sungguh bunyinya. Saat romantik yang telah dicemari dengan bau busuk. Zack cuba mengawal situasi dengan cuba melindungkan perasaan malunya. Aleya terus menutup hidungnya dan berganjak ke belakang.
“Busuknya! Pergilah buang dulu! Eeee!” Aleya mengibas-ngibas dengan tangannya untuk mengusir aroma busuk yang menusuk rongga.
Cepat-cepat Aleya bangun dan mendapatkan Ambi Pur lalu disemburkan pada muka sofa yang telah Zack duduk tadi. Bimbang benar dia kalau bau itu melekat pada sofanya. Dia sendiri pun kentut dalam jamban. (HaHaHa).
Aleya sengaja mahu buat Zack malu. Padan muka.
Zack dengan selambanya terus bangun dan beralih ke tampat sebelah.
“Eh!! Jangan duduk situ, pergi basuh dulu! Entah-entah abang ni ceret beret,” sengaja sungguh Aleya main-main.
Zack merah pipi.
“Ah! Awak buat abang malu!”
“Kalau boleh Aleya nak buat Abang mereng terus, sebab abang sanggup khianti cinta Aleya pada abang, so rasanya abang boleh keluar ya dan jangan datang lagi, pintu hati Aleya sebenarnya dah tertutup untuk abang dan lebih baik abang balik beri tumpuan pada rumah tangga abang tu. Aleya harap sangat-sangat jangan datang cari Aleya lagi.” ucap Aleya
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi lagi dah… Aleya pun nak kahwin tapi bukan dengan abang sebab Aleya dah nak jadi lelaki sejati, tak nak bergelumang dengan dosa lagi,” Aleya memotong ucapan Zack.
“Maksudnya Aleya nak bertaubat? Betul ke apa yang abang dengar ni?” Zack mengerling matanya.
“Haah, betul. Ingat Aleya main-main ke?” Aleya juga mengerlingkan matanya.
“Lawaklah, ingat senang ke nak jadi lelaki sejati? Tak sesuai langsung,” Zack tersengih dan menawan tawanya.
Aleya mencebik.
“Habis abang tu apa? Lagilah tak sesuai! Dah kahwin pun tapi masih cari pondan!” tempelak Aleya.
Dia berharap kata-katanya itu juga dapat menyedarkan Zack. Dia mahu Zack berfikir.
“Bagi abang awak bukan pondan, awak nampak betul-betul macam perempuan,” Zack tetap memujuk Aleya supaya kembali kepadanya.
“Sudahlah bang, hakikatnya Aleya ni memang seorang lelaki, Aleya tak boleh beranak dan tak boleh jadi isteri walaupun setinggi mana pun angan-angan Aleya ni hakikat tetap hakikat dan Aleya tak boleh lawan takdir,” Aleya kini mengerti segala-galanya.
Aleya mengusap pipinya sendiri. Dia sebenarnya mahu mengalirkan air mata tapi dia mesti tabah meskipun dia masih sayangkan Zack. Untuk membenci Zack mungkin jauh dari sudut hatinya. Memang tidak terdetik langsung di relung hati itu.
Zack mengecilkan matanya. Pandangan yang penuh curiga dilemparkan ke arah Aleya.
“Ustaz mana yang awak jumpa tadi? Tiba-tiba jadi macam ni atau Aleya dah ada pengganti abang? Terus terang sajalah Aleya,”
“Tak abang, Aleya tak jumpa mana-mana ustaz pun. Memang dari awal lagi Aleya nak berubah… sampai bila Aleya nak macam ni, bang. Apa-apa pun Aleya nak ucapkan terima kasih kerana sudi jaga Aleya selama ni. Rasanya cukup sampai sini,” balas Aleya yang tidak mampu untuk mengukir senyum lagi.
“Baiklah kalau itu keputusan Aleya, abang tak boleh buat apa-apa tapi Aleya harus ingat, kasih sayang dan cinta abang pada Aleya tidak akan pernah berubah.” ujar Zack.
“Abang, tolonglah jangan bermain dengan kata-kata nanti terjerut diri sendiri.” Pesan Aleya.
“Okey, tapi…”
“Nak tapi apa lagi? Tak cukup lagi ke dengan penjelasan yang Aleya beri?” potong Aleya.
Zack mengeluh panjang. Dia perlu pasrah. Zack juga perlu berfikir, sampai bila dia harus melakukan hubungan terlarang itu bersama Aleya. Dia sudah punya isteri dan seorang cahaya mata. Apa lagi yang dia cari sedangkan kebahagiaan buat dirinya sudah ada di depan mata. Usah hancurkan rumah tangganya semata-mata untuk kepuasan hati sendiri.
Zack beruntung kerana bertemu dengan Aleya yang tidak suka kecoh atau pun membuat kacau apatah lagi berniat untuk meruntuhkan rumah tangga Zack meskipun hati Aleya sudah ramuk sebelum ini. Aleya seorang yang dapat membuat keputusan yang rasional cuma dalam masa tertentu sahaja dia jadi gila dan betapa emosionalnya dia bila melihat Si Roy itu.
P/s: Syukur Alhamdulillah, Aleya tergerak hati untuk berubah. Tapi adakah benar dia hendak berubah? Sekiranya benar, pintu taubat buatnya masih terbuka. Namun adakah dia akan melepas Roy? Dendam kesumatnya belum terbalas lagi. Sama-sama kita tunggu bahagian seterusnya. Adoi lambatnya nak habis cerpen ni, macam nak jadi novel pulak. Tolong tinggalkan komen kat bawah ni plzzz……