Entri Terkini :

Mini Novel : Roy VS Aleya ( Bahagian IV )


ALEYA VS ROY membuka tirainya semula, kali ini rencana bisa berjalan baik jika mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Aleya mahu membalas dendam. Dendam kesumat katanya. Aleya panas hati dan kepanasannya itu berada di tahap kritikal, sungguh membimbangkan. Orang kata sudah limit. Detik hatinya kuat mengatakan memang itu adalah kerja lelaki itu (Roy) yang telah mendajalkan (kenakan) dirinya. Tiada maaf baginya.

Roy mesti menyediakan perisai yang betul-betul bagus. Silap hari bulan mati kena tembak nanti. Tapi jangan risau, Roy ada meriam buluh manakala Aleya hanya ada senapang cicak saja. Itu pun cicak jelir lidah saja bila tengok senapang Aleya itu. Dan meriam buluh Si Roy ni pula mengeluarkan bunyi ala kadar saja. Umpama seseorang melepaskan angin dalam seluar. Chait!

Kala ini lensa menghala ke rumah Aleya terlebih dahulu. Tinjauan semasa perlu dibuat demi mengikuti perkembangan Aleya selanjutnya.

“Jom Anita,” panggil Aleya.

“Jom!” sahutnya.

Are you ready bebeh?”

“Yes! I ready, how are about you sister?” tanya Anita pula.

Me too, lets go!” jawab Aleya.

Hari ini dia sanggup tutup kedai gara-gara ingin menyiasat si bedebah itu. Mereka berdua meluru ke arah kereta untuk memulakan penyiasatan. Berbekalkan kesungguhan yang ada maka Aleya bersiap sedia menjalan operasi berikutnya. Untuk melakukan serangan balas mestilah mencari alamat si bedebah itu terlebih itu. Agak mencabar tugasan ini. Anita pula perlu memikul satu tanggungjawan yang sungguh penting. Sebagai pembantu dia harus peka dengan keadaan.

Nampak dia sudah mula peka pada satu keadaan ini. Maka dia menjalankan kewajipannya dengan segera setelah tiba di kereta Honda Accord milik Aleya itu.

Oh my God!” kata Anita kemudian mulutnya melompong.

Pekanya dia.

Aleya menoleh ke arah Anita yang yang sedang kaget.

“Kenapa Anita?” tanya Aleya deras.

Tanpa sebarang bicara dituturkan Anita. Dia terus mengangkat jari telunjuknya menghala ke arah kereta Aleya yang terparkir di situ.

Aleya hampir pitam. Matanya terjegil dan tersangat besar bulat matanya itu. Kalau dilebihkan sedikit lagi pasti mahu terkeluar bola matanya.

“Tidakkkk!!!” jerit Aleya.

Suspen!

***

LENSA beralih ke arah Roy pula. Tinjauan semasa perlu dibuat untuk memastikan tindak tanduknya tidak terlepas dari pandangan.

Kelihatan Roy duduk gaya ‘cool’ bersama Zam di restoran Mamak Jalan Raja Laut. Apalah yang best sangat tentang restoran Mamak ini hingga pelanggan berpusu-pusu mengunjungi restoran berkenaan? Hendak dikatakan sedap, nampak macam biasa saja. Pakai guna-guna ke? Tidak mungkinlah. Kebanyakkan restoran Mamak di Kuala Lumpur ini memang sentiasa penuh. Hebat dengan tebaran roti canainya yang beraneka rasa serta layanan yang diberikan oleh pelayannya sungguh memuaskan. Kaedahnya memang rata-rata penghuni kota ini jarang masak sendiri. Maka dengan mudah, lebih baik beli saja.

Kala ini mereka berdua mengisi perut dengan bersarapan terlebih dahulu. Hari ini mereka berdua bangun awal supaya tidak didenda lagi. Air muka Roy berseri-seri di pagi ini. Apa rahsianya? Mungkin dia berasa tersangatlah bahagia agaknya.

Zam dengan lahap sekali menelan roti canai yang tidak dikunyah lunyai itu terus masuk ke perut. Roy pula dengan aksi poyonya melelehkan air liur depan Zam. Sengaja mahu hilangkan selera makan kawannya itu. Selepas itu pula dikorek lubang hidung sendiri mencari sesuatu yang berharga di dalamnya. Ia susah hendak cari tapi senang-senang pula mencalitnya di meja makan selepas dia dapatkan sebutir mutiara hitam itu. Kotornya.

Tidak bermoral langsung. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak atau mak cik pak cik, jangan tiru aksi itu. Hina! Menjatuhkan martabat dan rendah pula nilai-nilai murni bangsa kita. Cewah!

Roy memang pengotor! Sengaja sungguh! Mentang-mentang dia sudah habis makan, jadi kesempatan itu digunakan sebaik mungkin untuk mengenakan Zam, kawan baiknya sendiri. Roy memang tidak pilih bulu. Sesiapa sahaja dia kenakan cuma agak terbatas sikit melainkan kalau betul-betul dia benci. Habislah.

Sikap Roy memang sudah jauh berubah, dari seorang perempuan yang lemah lembut dan berbudi bahasa terus jadi ganas dan kasar serta kurang ajar. Pendek kata Roy egois orangnya. Tidak padan dengan ‘despetch’. Tapi kadang-kadang dia dapat dijinakkan dengan pujuk rayu. Siapalah yang berani berenang di sungai yang ada buaya?

***

“BENCI! Benci! Aku benci!” diulang-ulangnya perkataan itu.

Aleya menghentak-hentak kakinya di depan kereta Honda Accord miliknya. Wajahnya berkerut manakala beg tangannya sudah dicampakkan ke tepi. Dia merengus geram. Wajahnya sebiji macam puntianak kena rasuk. Matanya merah hampir bergenangan. Mulutnya pula tidak henti-henti memaki hamun orang yang mengempiskan keempat-empat biji tayar keretanya.

Akhirnya dia terduduk di situ. Memekup muka sendiri. Aleya menangis teresak-esak. Manjanya dia. Anita cuba menenteramkan jiwa Aleya yang sedang bergelora namun tangannya ditepis sebaik saja mahu memaut bahu Aleya.

Hati Aleya berkecamuk. Betul-betul sakit hati. Ledakan rasa tidak puas hati terus melebarkan keinginannya mahu menuntut bela di atas tayar keretanya yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak berhati perut itu.

“Akak yakin! Memang tak ada orang lain dah! Malaun tu jugak!”

“Pasti kak! Kita kena cepat-cepat ni kak, nanti apa pulak dia buat lepas ni. Nampak gayanya dia bertindak dulu dari kita, tak boleh dibiarkan.” ujar Anita.

“Betul! Makin menjadi-jadi. Parah hatiku!” balas Aleya.

“Mari ikut akak,” ajak Aleya selepas dia bangun semula dan mencapai kembali beg tangannya itu.

“Ke mana?” soal Anita.

“Kita naik teksi aje,” ujar Aleya dengan tergesa-gesa meluru keluar ke pintu gate utama.

Anita membututi Aleya dengan pantas kerana Aleya melangkah sudah tidak berkepit lagi. Gayanya seperti mahu menerkam sesiapa saja yang menghalangnya. Dalam hatinya menggerutu hebat,

‘Kenapalah appartment ni tak pasang CCTV! Bayar mahal tapi sistem keselamatan tak lengkap! Macam mana aku nak kesan siapa yang telah aniaya aku yang cantik ni! sahsah (pasti) dengki dengan aku bekas miss universt tiga tahun lepas agaknya,’ kata Aleya dalam hati.

Mereka berdua kala ini telah naik kereta tambang. Mahu ke mana agaknya? Mungkin ke kandang harimau di zoo negara! Lantaklah.

“Abang, tolong hantar kami ke Taman Teratai, Setapak Jaya.” Pinta Aleya.

Pemandu itu menoleh ke sisi.

“Tolong saja tak boleh cik adik manis, mesti kena bayar,” seloroh pemandu teksi itu.

Anita yang berada di kerusi belakang mendengar saja tapi di dalam hatinya berkata pasti kejap lagi pemandu tua yang tidak sedar diri itu kena ganyang sebab dia nampak tangan lelaki tua itu menjalar ke peha gebu Aleya yang sedang pakai skirt pendek.

‘Dushhh!’ lebam biji mata!

“Anita jom keluar! Orang tua ganyut ni memang tempah maut betullah,” arah Aleya selepas melepaskan satu tumbukan padu tepat mengenai biji mata pemandu tua itu.

“Padan muka! Gatal sangat!” tempelak Anita.

Aleya sempat keluar, tapi Anita baru sahaja menapak satu kaki tiba-tiba terjatuh. Pemandu teksi itu dengan yang boleh dikatakan agak kurang ajar jugalah kerana terus menekan pedal minyaknya dan memecut laju meninggalkan mereka.

‘Gedebuk,’ bunyi seperti buah kelapa gugur.

“Aduh!!! Sakitnya pinggang aku!” Anita mengadu sakit.

Aleya cepat-cepat membantu. Malang sungguh nasib mereka hari ini. Anita pula jadi mangsa.

“Kurang asam punya driver teksi!” marah Anita.

Dalam keadaan yang kacau bilau itu, tiba-tiba datang sebuah kereta BMW kelabu berkilat betul-betul berhenti di depan mereka. Selepas itu keluarlah seorang lelaki tampan kacak bergaya dengan kot serta kaca mata hitam dari perut kereta itu dan kemudiannya meluru ke arah mereka berdua.

Lelaki itu mengukir senyum manis tatkala menghampiri Aleya dengan langkah yang deras tapi malangnya kakinya tersadung pada batu yang sedang lepak di bahu jalan itu. Lelaki itu tidak perasaan akan kuwujudan tunggul batu itu. Maka demikian itu jatuh tersungkurlah lelaki berkenaan di depan mata mereka.

Aleya menahan gelak dengan memekup mulutnya manakala Anita yang sudah berdekeh-dekeh. Kesakitkan yang dialami oleh Anita terasa hilang seketika.

***

“KAMU berdua dipecat!!” tengking bos besar.

“Bos! Dengarlah dulu penjelasan kami!” soal Roy.

No excuse! Sekarang aku tak mahu tengok muka kamu berdua lagi kat sini! Faham?!” marah majikan Roy dan Zam.

Mereka berdua terpaksa akur.

Dengan langkah yang hambar dan wajah yang kendur mereka terus berpaling meninggalkan perkarangan pejabat mereka.

Sudah nasib mereka kurang baik kerana tidak jujur dalam membuat kerja. Ada ke patut kalau barang atau surat yang tidak kena dengan alamat rumah maka barang atau surat berkenaan boleh dibuang-buang. Sekarang sudah kantoi. Terimalah padahnya.

Zam mempamerkan wajah yang tidak puas hati. Roy pula berkerut dahi menyesali apa yang telah terjadi. Terkedu hatinya. Perkerjaan yang membuatkan dirinya enjoy selama ini tidak dapat diteruskan lagi. Zam pula sudah lama ajak Roy berhenti kerja tapi bermacam-macam alasan yang Roy beri. Sekarang tengok apa sudah jadi. Malangnya.

“Kau tunggu sekejap ya,” pesan Roy.

“Kau nak ke mana,”

“Ala… tunggu ajelah kat sini, cover line..” ucap Roy.

Zam menggaru kepalanya. Apa pula yang mahu dilakukan Si Roy itu. Tidak beberapa lama kemudian Roy muncul semula. Zam melihat Roy membuang sesuatu ke dalam tong sampah.

“Kau buat apa?”

“Nanti aku cerita, jom kita lepak kat Midvalley, tengok wayang! Yahuuuu!”

Roy nampak biasa saja setelah dibuang kerja. Kebiasaanya kalau orang dibuang kerja mesti nampak ‘frust’ menonggeng tapi dia ‘cool’ saja.

Kala ini Zam menjeling mata ke arah Roy yang tersengih-sengih.

“Kenapa jauh sangat, Times Square lagi lebih dekat? Jimat minyak motor kita tu.” usul Zam.

Sit kat panggung Times Square tu tak bestlah,” alasan Roy.

“Dulu okey je kau pergi tengok wayang dengan Si Eina kat situ. Selalu jugak kan?”

“Jangan disebut lagi nama Si Eina tu, nanti bernanah telinga aku ni!”

Roy mengerling matanya sambil mengangkat jari telunjuknya.

“Kecewa sangat nampaknya,” ujar Zam sambil tersengih macam kerang busuk. Dia tengok Roy bercekak pingganglah pula sambil mendengus.

Of courselah dan selepas ini aku tak nak bercinta lagi! Lantaklah,” nekad Roy.

Kerana kekekcewaan yang dialaminya, dia mula rasa meluat hendak bercinta sama ada dengan lelaki mahu ‘tut’ (ditapis).

Zam membetul topi yang dipakainya.

Zam tidak membalas ucapan Roy, baginya itu adalah pilihan hidup Roy sendiri. Malas dia hendak mengaturkannya untuk Roy. Biarlah dia.

***

MEREKA berdua tiba di Midvalley, Bangsar. Mahu menonton wayang bagi menghilang stress akibat dibuang kerja. Menonton filem aksi merupakan satu kemestian, filem V3 lakonan Farid Kamil, hero pujaan hatinya menjadi pilihan. Kenapa pula Farid Kamil tidak pada Lisa? Ikut suka hati dialah.

Filem itu akan ditayangkan pukul 11.15 pagi nanti, sekarang masih awal lagi. Baru pukul 10.30 pagi. Lebih baik mereka pergi hilangkan haus dulu lepak di KFC. Set jimat menjadi pilihan. Spicy Hot Chiken dan kentang goreng bersama minuman Pepsi adalah menu yang dipilih oleh Roy. Zam pula hanya memilih Chiken Burger bersama Pepsi juga.

“Cunlah bro awek yang sediakan menu untuk kita kat dalam tu,” ucap Zam.

“Cun melecun ke mercun ke, aku memang tak nak ambil kisah langsung, sekarang aku nak mencekik (makan) dulu,” balas Roy yang selesa bertopi dan berjaket.

Mata Roy meliar mencari sudut yang sesuai untuk dia duduk. Zam hanya membututi langkah Roy ke mana mahunya Roy melabuhkan punggung.

Tatkala ini Zam mengyedut minumannya sampai habis setelah sebiji burger juga habis ditelannya. Dia mahu bertanyakan tentang hal pagi tadi. Apa yang telah Roy lakukan.

“Roy,” panggilnya.

Roy yang masih lagi mengunyah saki baki ayam goreng itu terus mengangkat dagunya.

“Ya,” balasnya.

“Apa yang kat buat kat tempat parkir tadi masa kita nak tinggalkan pejabat tu?” soal Zam kerana dia masih menanti jawapan Roy.

“Ooh! Aku spray cat kat kereta bos kita tu,silap! Bekas bos kita. Baru padan muka dia,” Roy memberikan jawapannya.

Zam menjegilkan matanya terkejut juga dengan keberanian Roy tanpa mengenal batas itu.

Beberapa detik selepas itu Zam melepaskan tawanya. Begitu juga dengan Roy. Terbahak-bahak sampaikan orang-orang yang berada di dalam restoran ‘fast food’ menoleh ke arah mereka yang sedang berderai tawa itu.

Tahap cipan sungguh lawak bodoh Roy. Habislah kalau bekas bos dia buat laporan polis. Kalau jumpa bukti niayalah jawabnya. Tapi tidak apa, strategi baik punya mana boleh kantoi. ‘Harap-harap tidak ada saksi,’ mohonnya.

Sekarang perut yang lapar sudah diisi dan selepas ini mereka tidak perlu lagi makan di KFC mahupun restoran-restoran yang lain. Ini kerana wang perlu dijimatkan sementara mendapat kerja yang lain.

“Agak-agak kerja apa ya kita nak buat lepas ni?”

“Cuci jamban!”

“Seriuslah,”

“Entahlah…” Roy meleretkan sedikit nadanya sambil berjongket bahu. Hampa sahaja bunyinya.

Roy malas hendak fikirkan lagi. Lebih baik dia bersiap sedia bergegas ke panggung. Filem sudah hendak memulakan tayangannya. Zam hanya mengikut sahaja. Tidak banyak yang dapat dia bualkan mengenai soal kerja memandangkan Roy tidak menunjukkan minat.

***

TAKDIR atau kebetulan? Lelaki yang tersadung itu telah membawa Aleya dan Anita ke Midvalley. Percaya atau tidak? Harus percaya kerana Zack, telah tahu Aleya tutup kedai hari ini jadi dia datang ke rumah Aleya semata-mata mahu mengajak Aleya tengok wayang di siang hari. Memang tidak romantik langsung.

Zack memang mahu bersua dengan Aleya demi sebuah kerinduan yang mendalam. Kala malam dia terpaksa melupakan Aleya buat seketika kerana dia bersama dengan isterinya. Aleya pada mulanya menolak kerana sebuah misi yang tergendala tetapi akhirnya dia kalah juga dengan pujuk rayu Si Zack. Dia tidak menceritakan pada Zack tentang misinya. Biarkan dirinya saja yang menguruskan si bedebah itu. Kalau Zack tahu mesti kecoh kerana Zack memang panas baran juga orangnya.

Aleya tidak mahu melibatkan Zack dalam prihal itu walaupun di hatinya masih ada sayang cuma tidak dapat diluahkan lagi selepas segala-galanya telah berlalu. Aleya tidak mahu bercinta lagi dan biarlah dia dengan dirinya yang sekarang ini.

“Jalan cepat sikit, tayangan dah nak mula tu..” pesan Zack meminta Aleya mempercepatkan langkahnya.

Zack begitu teruja mahu menonton filem V3. Zack penyokong setia filem-filem tanah air. Katanya kalau rakyat Malaysia sendiri tidak menyokong industri perfileman ini, siapa lagi? Tapi kadangkala ada filem-filem di Malaysia ini membosankan. Ops! (Jangan jadi kontroversi sudah).

“Macam mana nak cepat, abang nak tengok cerita yang Aleya tak minat..” gerutu Aleya.

Zack mematikan langkahnya lalu menoleh ke arah Aleya dengan pandangan yang cukup hambar.

“Ala kak, layan ajelah lagipun saya suka cerita tu..” Anita mencelah.

“Kalau macam tu Anita ajelah yang masuk ke dalam tu, akak tunggu kat luar. Hirup udara kat luar lagi bagus dari tengok cerita macam tu. Tak habis-habis cerita pasal rempit, rempit! Bosanlah.” Aleya menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Fine! Kalau awak tak nak tak apa. Jom Anita kita masuk, sebelum tu kita beli popcorn dan Nescafe panas dulu ya, baru seronok menonton.” Zack menarik tangan Anita.

Bye akak, jangan merayau-rayau ye, nanti kena culik,” perli Anita.

‘Baru dapat tengok wayang dah nak berlagak!’ getus hati Aleya.

Aleya makan hati, dia ingatkan Zack mahu memujuknya. Tapi ternyata Zack lebih mementingkan filem itu dari dirinya. Mengapalah lidah Zack mudah melantunkan kata sayang sedangkan minatnya sungguh berbeza dengan Aleya. Kasihan sungguh.

“Tadi beria-ia ajak aku tengok wayang! Sanggup tinggalkan aku terpinga-pinga kat sini, tak guna punya jantan!” Aleya memaki Zack biarpun di hatinya memang sayangkan lelaki itu.

Tiba-tiba Zack menoleh semula dari jauh dia bersuara.

“Sayang.. marilah, tak seronok kalau awak tak duduk kat sebelah abang,” Zack sempat memujuk.

Aleya tarik muka sambil menyilangkan tangannya. Dia jual mahal pula.

Kemudian Zack mendekati Aleya lantas menarik lembut tangan Aleya seraya dia berkata.

“Kalau masih sayang, jangan biarkan abang sepi tanpa bicara,” desis Zack.

Lentur sudah rasa amarah dalam diri Aleya kerana lafaz itu. Zack benar-benar matang dalam berkata-kata. Aleya terpaku dan terpesona. Nampak gayanya hati Aleya mula cair meleleh-leleh. Zack menguis dagu belah Aleya itu dengan manja sekali. Perbuatan Zack telah membuatkan Aleya tersenyum lebar.

“Abang Zack.. cepatlah..” panggil Anita yang sedari tadi berdiri di depan pintu masuk.

Anita tidak dapat masuk kerana tiket tersebut ada dengan Zack.

***

“SHHHH,” larang seorang penonton yang duduk di sebelah Roy.

Roy tidak pedulikan orang. Dia gelak puas-puas sambil makan ‘popcorn’ dengan lahap sekali. Tersembur-sembur semuanya kala dia gelak. Penonton yang duduk di kerusi depan pun menoleh dengan pandangan yang tidak puas hati. Namun Roy dengan aksi rakusnya hanya menjelirkan lidahnya sahaja.

“Shhhh,” dirinya dilarang lagi.

Roy mudah meledak. Dia cepat-cepat bersuara pada mamat yang berada di sebelahnya.

“Apa shhh shhh? Aku tak nak kencing kat sinilah!”

“Amboi! garangnya, diamlah sikit, ni kan panggung wayang…” tegur lelaki kepala botak.

“Kau tu diam! Kau nampak ni?” Roy menunjukkan penumbuknya pada lelaki itu.

Nampak gayanya Roy memang sengaja cari pasal. Tidak senang duduk lelaki itu dibuatnya. Oleh sebab dirinya berada di dalam panggung wayang maka lelaki itu hanya buat ‘derk’ sahaja meskipun tumpuannya telahpun terganggu dek Roy yang gelak pada adengan yang tidak melucukan langsung dalam filem itu.

Zam menarik tangan Roy dan dia mendekatkan bibirnya pada telinga Roy. Dia mahu bisikkan sesuatu.

“Jangan buat hal dalam panggung, rileks sudah,” pesan Zam.

“Biasalah! Aku bayar masuk dalam ni, suka hatilah,”

“Orang lain pun bayar juga untuk harga sekeping tiket tu, timbang rasalah sikit,” kata Zam.

Roy mula meluat kerana dirinya dinasihati. Dia malas untuk meneruskan tontonan. Moodnya sudah hilang secara tiba-tiba. Sekejap dia menoleh ke kiri dan sekejap dia menoleh ke kanan. Kemudian dia membuat pembaziran yang memang menyakitkan hati Zam melihatnya. Dengan sengaja menumpahkan ‘popcorn’ ke lantai. Memang tidak beradab langsung.

“Zam! aku tunggu kau kat luar,” ujar Roy.

Dia terus mengangkat punggungnya dan terus meluru keluar biarpun cerita belum lagi habis. Dia rasa panas semacam sahaja. Panas dari dalam agaknya.

Lensa beralih pula pada Aleya di penjuru sana. Mereka tidak mengetahui akan kelibat Roy yang telah keluar kerana dia hanya pejamkan mata sahaja. Cerita itu sungguh membosankan dirinya.

Tiba-tiba matanya terbuka dan lantas mencuit bahu Zack yang berada di sebelahnya. Zack memberi tumpuan sepenuhnya pada tayangan itu. Gara-gara telah dicuit maka dia terpaksa melayani kerenah Aleya.

“Aleya nak keluar dulu,” bisik Aleya di telinga Zack.

Anita memerhatikan sahaja apa yang sedang diucapkan oleh Aleya itu. Anita duduk di bahagian tepi sekali manakala Aleya duduk di tengah-tengah antara mereka.

Zack mengangguk sahaja kerana tidak mahu hilang tumpuan.

Kemudian Aleya menoleh ke arah Anita pula.

“Akak nak ambil angin kat luar je, cerita ni bosan gila,” kata Aleya.

Anita mengangguk.

Usai itu Aleya terus berlalu.

p/s : Apakah yang akan berlaku seandainya mereka bertembung? Macam anjing dan kucing. Mungkin hati Aleya panas semacam saja bila tenung Roy nanti, tapi adakah mereka akan bertemu? Kita tunggu apa agaknya yang berlaku nanti? Mungkin anda sudah dapat menekanya cuma bagaimana pula keadaanya? Sama-samalah kita nantikan Roy VS Aleya bahagian 5. Tak sabar rasanya nak tengok Aleya hentam Roy! Geram pulak dengan mereka ni! Ahaks!

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.