Entri Terkini :

Cerpen : JANGAN GANGGU ANAK DARA ORANG!

SETIAP pagi Maimum ( Bukan nama sebenar ) menjaja kuih tepi jalan berhampiran stesen LRT Star Masjid Jamek di Kotaraya itu. Bepusu-pusu orang membeli kuihnya untuk dijadikan sarapan tatkala pergi kerja. Tidak kurang hebatnya orang-orang yang suka lepak di pagi hari. Macam suda tidak ada kerja hendak buat. Cari kerja di kota ini bukan susah sangat. Ada saja yang boleh kutip barang-barang terbuang seperti kotak, tin-tin minuman yang boleh dikitar semula. Tapi mereka tidak mahu.

Buang masa melepak saja. Kalaulah mereka rajin maka 1Malaysia ini pasti bertambah bersih. Indah mata memandang. Ini tidak, sampah sana, sampah sini. Hendka cuci mata pun rasa menjengkelkan bila ternampak saja sampah-sampah merata-rata tempat. Tong sampah hanya sebagai perhiasan. Kasihan DBKL.

Lain pula bagi Maimum. Dia pembersih orangnya. Kalau buat kuih dia memang menitik beratkan soal kebersihan. Bermula dari dalam bilik hinggalah ke ruang dapur. Di dalam rumahnya memang tidak boleh nampak sampah. Mulut dia pasti bising.

“Esha!!!! Kenapa tak kemas tempat tidur ni?” Maimum berkecak pinggang melihat tilam,cadar dan selimut yang tidak dikemaskan oleh anak daranya.

Begitulah lagak si ibu kalau melihat anaknya bermalas-malasan.

Pagi-pagi memang suka menjerit. Kalah pasukan sorak dalam team renang kebangsaan. Walau apa pun Maimum memang sayang pada anak tunggalnya Si Esha ( Bukan nama sebenar ) itu. Maimum janda anak satu. Dialah ibu dan dialah bapa pada budak itu.

“Jangan lambat pergi sekolah! Kalau tidak nanti mak hentam kamu dengan sodek ni tau!” Maimum menunjukkan sodek di tangan pada Esha yang terbungkam bawah katil.

Memang Esha seorang yang kurang sopan bab tidur. Orang tidur atas tilam tapi dia tidur bawah katil.

What happen mummy?” balas Esha separa sedar sambil menggosok-gosok kelopak matanya.

What happen tengkoraknya, dah Subuh ni! Bangun Solat, lepas tu bersiap pergi sekolah,” arah Maimum yang memang pantang melihat anaknya liat mahu bangun.

Marah sungguh dia kalau anaknya cakap orang putih. Berkali-kali dia ajar anaknya mengutamakan bahasa ibuanda. Cintailah bahasa kita bak kata iklan penaja. Bahasa jiwa bangsa, moto propaganda untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sungguh!

Today is Sunday, yesterday is Saturday… Mum.. public holidaylah mum,” Maimum menggaru kepala mendengar jawapan anaknya itu.

Boleh berkecai otak Maimum layan anaknya yang agak kurang siuman lagaknya. Apa boleh buat, anak dia cuma seorang saja maka dijagalah si Esha ini bagai menatang minyak yang penuh. Tumpah melarut-larut jadinya.

“Kalau macam tu kemas rumah, mak balik nanti tak nak tengok bersepah. Termasuk seluar dalam mak tu sekali! Tolong cuci! Mak nak pergi berniaga ni kang kebulur pelanggan mak tu yang merindui kuih-kuih mak ni,” kata Maimum dengan bangganya.

Don’t worry mum, I can do it,” balas Esha anak dara berumur 15 tahun itu kononnyalah.

Mata yang kecil itu dibesarkan dan dibuka luas-luas. Digosok dengan perlahan-lahan dan akhirnya dia nampak jelas wajah ibunya di depan muka pintu yang kemas berseluar jeans biru dan berbaju kemeja berkolar warna hitam serta bertopi lagi di atas kepala.

“Wow! Hadsomenya mummy,” Esha memuji ibunya.

Well,” Maimum berjongket bahu sambil mencemikkan bibirnya.

Bukan main seronok Maimum bila anaknya memuji dirinya sebagai orang yang tampan. Dengan angkuhnya dia meninggikan hidung dan terus melangkah untuk pergi jual kuih. Esha tersengih saja melihat gelagat ibunya.

Semenjak ayahnya menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan lagi sepuluh tahun dulu, maka ibunya tidak cari pengganti ayahnya. Esha membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Ibunyalah yang menyara hidupnya. Kasih sayang ibunya itu memang tidak berbelah bahagi lagi.

Esha bangun dan mengemas tempat tidurnya walaupun dia sebenarnya malas mahu lakukan kerja-kerja tersebut. Kalau hari-hari kena buat kerja seperti itu, rasanya lebih baik dia berhenti sekolah saja dan terus minta kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu. Tapi dia belum cukup umur lagi untuk berbuat sedemikian.

Di awal pagi itu dia ada tetamu, Dina ( Bukan nama sebenar ) namanya. Dia datang bawa dengan bergaya sekali. Berbaju merah jambu dan skirt pendek. Rambutnya panjang mengurai. Tapi satu saja yang tidak bagus tentang Dina ini. Dia malas sekolah. Esha berkawan dengan budak malas sekolah. Tapi baginya Dinalah sahabat sejatinya dunia akhirat.

“Eshaaaa! Are you there?” soal Dina dengan bahasa yang amat sukar difahami oleh Rakyat Malaysia.

Esha yang sedang berbaju tidur berbunga-bunga itu dengan lekas meluru ke muka pintu rumah flat. Dia mahu melihat orang yang memanggilnya sebentar tadi. Suara yang biasa dia dengar.

Hello my best friend, what you want?” soal Esha yang tersenyum manis setelah melihat kelibat Dina yang sungguh ayu dan cantik itu.

“Aku mahu kamu ikut aku, yuk,” alahai! Minah Indon rupanya. Anak siapalah ini?

Waitlah, aku belum mandi. Apa kata kau naik dulu,” kata Esha.

“Okey, but don’t late, kerana aku tidak bisa menunggu kamu terlalu lama,” pesannya sambil melabuhkan punggung di kerusi luar rumah Esha yang memang tersangatlah bersih berbanding dengan rumah jiran mereka yang memang busuk hingga menusuk rongga.

Mereka? Dina hanya tinggal di sebelah rumah Esha sahaja. Ini bermakna rumah Si Dinalah yang busuk itu.

Selepas mandi dan berpakaian indah lagi cantik. Esha berpakaian sendat (ketat) hingga menampakkan susuk tubuhnya serta pusatnya juga tersembur keluar. Pusat yang sungguh cantik untuk ditatap. Hebatnya anak dara seorang ini dengan berseluar jeans parah lutut itu menampakkan betisnya yang putih dan gebu. Lumayan sungguh cara berpakaian si anak dara itu.

Zaman moden dan serba canggih. Semua itu menjadi kebiasaan bagi Esha dan Dina.

“Okey, lets go,” kata Esha yang sudah bersiap sedia.

“Cantik bangat lho,” Dina memuji Esha.

Bibir yang merah bak delima merekah, pinggangnya yang ramping bagai kerengga serta memiliki hidung yang mancung itu sungguh cantik sekali. Ditambah lagi dengan cara dia berpakaian ala-ala tidak cukup benang.

Thanks a lot. Kau pun cantik juga,” Esha memuji kembali.

Dina tersipu-sipu dan pipinya mula kemerahan. Sungguh seronok kalau mendapat pujian yang menggunung.

Perjalanan diteruskan. Dina mahu ajak Esha pergi ke kedai mamak pekena roti canai sahaja. Sengaja lepak di situ untuk isi perut yang kekosongan. Tapi kedai mamak yang di maksudkannya itu bukan berhampiran rumah mereka tapi di Central Market atau lebih di kenali Pasar Seni di kota itu.

Maka mereka berdua pun pergilah naik LRT dengan lenggang lenggoknya bak penari inang yang sungguh cantik lagaknya. Lemah lembut sekali gaya yang dipersembahkan. Tutut kata mereka memamg dramatik, ada bahasa Indonesia, ada Melayu dan juga bercampur bahasa orang putih. Mujur tidak jawa sahaja kerana Esha memang tidak akan faham sepatah haram pun seandainya Dina bercakap dalam bahasa Jawa. Sesekali terpacul juga kalau Dina mahu mengejek. Biar Esha tidak faham. Teruk juga Dina ini ya.

Tidak berapa lama kemudian mereka pun sampailah kat kedai Mamak yang dimaksudkan itu.

“Roti telur empat, kari ayam satu,” pesan Esha.

“Roti telur enam, kari kepala ikan, kalau bisa saya mahu kepala ikan itu sekali, mahu dua ya kepalanya,” Dina membuat pesanan.

Anak jin ke? Makan bukan main banyak. Seperti sebulan tidak makan. Kasihan sungguh.

“Minum?” tanya pelayan tersebut.

“Teh tarik,” balas Esha dan Dina serentak.

Usai membuat pesanan, mereka pun tunggu sambil melihat orang-orang lalu lalang. Hampir sepuluh minit berlalu maka pesanan mereka pun sampai. Dengan lahap sekali mereka menjamah roti telur itu.

Dina makan sekeping, Esha makan sekeping. Yang selebihnya ditinggalkan. Sungguh membazir sekali. Mengapa buat pesanan sebanyak itu kalau hanya makan sedikit sahaja. Memang kurang ajar jugalah gaya mereka. Syaitan selalu mengamalkan pembaziran maka mereka pun ikut-ikut sekali.

“Kamu punya wang?” Dina menyoal Esha sambil mengerling matanya.

“Tak,” balas Esha.

Tiba-tiba Dina mengenyit mata pada seorang lelaki yang kacak bergaya. Dengan pantas dia bangun dan mendekati lelaki terbabit. Esha faham apa yang perlu di lakukan.

Dina terus sahaja mendekati sorang pelanggan yang duduk berseorangan itu. Dia pura-pura tersadung di kerusi tempat lelaki kacak dan macho itu sedang bersarapan. Melihat Dina yang jatuh itu, lelaki yang berasa tersangatlah budiman itu terus memaut Dina untuk berdiri semula.

Esha yang di belakang lelaki itu terus menyeluk saku tanpa disedari oleh pelanggan tersebut. Betapa liciknya mereka.

“Sorry ya,” ucap Dina.

“Kamu okey ke?”

Dina mengangguk dan terus berlalu dari situ. Esha pula melangkah dari arah yang berlainan dan mereka akan bertemu semula selepas itu di belakang bangunan Centra Market itu dan seterusnya melarikan diri.

Nasib mereka sungguh baik kerana wang yang terdapat dalam dompet tersebut sungguh banyak.
Dengan lagak yang hebat dan bangganya dia melangkah ke tempat ibunya berniaga. Belum pun sempat mereka berdua sampai ke situ. Datang sekumpulan lelaki menerpa ke arah mereka.

“Ikut kami!” arah mereka.

Mahu atau pun tidak, Esha dan Dina terpaksa menurut demi keselamatan. Kalau membantah silap hari bulan mereka pasti kena pukul di situ. Saiz badannya yang kecil mudah dibuli. Maka perasaan takut menguasai diri.
Mereka berdua dibawa ke sebuah lorong. Dengan pisau di leher mereka mengugut.

“Serahkan wang kamu!” arah salah seorang dari mereka.

Esah mengira jumlah mereka. Lima orang ke semuanya. Berbadan tegap dan da sungguh sasa amat menggerunkan hati dan perasaan Esha. Dina pula sudah berpeluh-peluh.

Setelah menyerahkan dompet berisi wang yang dicurinya dari seorang pelanggan di kedai Mamak itu tadi. Mereka berdua di terajang sampai terpelanting.

Kejam sungguh. Selepas itu mereka berdua dibogelkan di situ juga. Habis segala pakaian mereka dikoyak-koyakkan. Sekarang mereka tidak berpakaian dan alat kelakian mereka tersembur. Cepat-cepat Esha memekup dengan tangan. Dina juga.

Tidak berapa lama kemudian, salah seorang dari pada mereka dihempuk dengan sebatang kayu di atas kepala.

“Jangan ganggu anak dara orang!” tiba-tiba Maimum membuka langkah silatnya.

Sejak tadi dia merasa curiga apabila terlihat anak mereka dibawa pergi maka dia mengekorinya sehingga sanggup meninggalkan tempat dia berniaga tadi.

Habis lelaki-lelaki tadi dikerjakan oleh Maimum. Sampai berdarah-darah. Ada yang pecah kepala dan ada yang pecah bibir. Lebam biji mata.

Begitulah sayangnya ibu pada anaknya biarpun tidak berjaya mendapat anak perempuan tapi dia menerima keadaan anaknya yang mahu jadi perempuan. Sampai sekarang dia tidak tahu anaknya sebelum ini memang suka mencuri.

Kalau dia tahu anaknya itu suka mencuri, alamatnya mati kena ganyanglah. Patutlah ayahnya lari jauh meninggalkan mereka. Hari-hari kena pukul dengan Mimum. Mana boleh tahan. Nasib laki dia juga sebab malas bekerja. Kalau mahu tahu, ayah Esha itu adalah pak sanggup yang betul bendul, Esha bukan anaknya tapi kena paksa dengan Maimum supaya berkahwin dengannya. Kiranya Esha anak luar nikah.

Maimum sebenarnya dirogol dan ditinggalkan di tepi jalan. Ilmu persilatannya tidak dapat dikeluarkan kerana sudah diberi pil khayal.

Tragis sungguh kes ini sampai menjadi titik hitam yang sukar dilupakan dalam hidup Mimum yang mahu insaf. Parah juga. Tapi begitulah realitinya hidup di kota ini. Banyak yang kita tidak tahu sebenarnya apa yang telah berlaku. Kebanyakkan stigma masyarakat memang cepat membuat telahan sedangkan punca sebenarnya mereka tidak menelaahnya terlebih dahulu.

Susah hendak kita temui seorang yang optimis dan berfikiran terbuka dan cuba untuk mencari punca dan penyelesaian yang terbaik. Masalah negara ketika ini adalah dari segi sosial. Kalau segi ekonomi memang agak stabil walaupun sebenarnya kurang memuaskan namun perlu di titik beratkan adalah sosial. Kalau boleh biarlah seimbang.

Sekian sahaja untuk kali ini. Harap menjadi iktibar buat kita semua. Insya-ALLAH. (macam tak logik aje kan? ha ha ha)


Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.