SELEPAS Ardila pulang ke rumahnya aku pula meneruskan pula langkahku. Aku berasa agak letih sedikit maklumlah sakit pinggang aku masih lagi terasa akibat tergelincir dalam jamban semalam. Sakit itu bukan kepalang dan aku rahsiakannya. Depan ibu aku buat-buat biasa sahaja.
Aku melihat seseorang sedang bercangkung di bahu jalan lengkap berpakaian sekolah sambil basikalnya statik di situ. Di bawah pohon itu aku nampak seorang budak hitam itu dan aku kenal siapa dia.
Naqiblah orangnya yang sedang mencoteng sesuatu di atas tanah merah itu dengan menggunakan ranting kayu. Dia bermain-main dengan ranting itu. Sebaik kelibat aku hampir dengannya, dia terus menoleh dengan wajah yang berkerut. Dia seperti sedang menunggu seseorang. Adakah aku orangnya?
Jangan-jangan dia ada rancangan hendak kenakan aku. Aku menelaah segala-galanya dan mungkin telahan aku tepat yang dia ada muslihat namun perlu ke aku berburuk sangka? Sewaktu dia mohon maaf denganku tadi dia nampak ikhlas. Adakah keihlasan boleh dipalsukan? Mungkin juga.
Dia pandang aku. Matanya dikecilkan. Dia nampak serba salah. Apa yang dia takutkan? Aku tertanya-tanya.
“Adam…” dia menyebut namaku dengan perlahan.
“Kau tunggu siapa Naqib?” tanyaku pula setelah langkah kakiku terhenti di depannya yang telah pun menegakkan badannya.
“Tunggu kau,”
“Kenapa?”
“Aku mahu minta maaf..”
“Bukan ke tadi kau sudah minta maaf?”
“Kali ini aku betul-betul nak minta maaf,” katanya.
“Tadi kau olok-oloklah ya?” aku menduganya.
“tadi aku takut..”
“Kenapa perlu takut?”
“Sebab Joe ada bersama aku, mereka mahu kenakan kau tapi aku tidak tergamak nak join mereka. Adam, diorang hendak bogelkan kau dan tambat kau pada pagar reban itik Pak Wahab,” balasnya.
Aku terkejut besar mendengarnya. Sampai hati mereka mahu bertindak begitu. Kata-katanya itu membuatkan aku membulatkan mata. Aku hairan dengan gayanya. Kenapa Naqib berpaling tadah dari mereka? Bukankah Naqib begitu setia berkawan dengan Ejam dan menurut segala kata Ejam itu. Pelik aku rasakan namun aku perlu bersyukur kerana Tuhan membuka pintu hati Naqib dan memberitahu aku segala-galanya.
“Idea siapa?” tanyaku lagi.
“Ejam.” jawabnya sepatah dengan menyebut nama Ejam bedebah itu.
Aku sudah boleh agak itu adalah idea dia. Memandangkan dia yang lebih-lebih bencikan aku. Kenapa dia bencikan aku sampai begitu. Aku terus terbungkam dengan berkerut dahi. Aku tidak menduga sampai ke tahap itu mereka merencanakan plot jahat ke atas diriku. Nampaknya aku perlu lebih berhati-hati. Pedih hulu hatiku ini.
Perbuatan sekeji itu mampu terlintas di fikiran mereka. Naqib kecut perut melihat aku merengus geram dengan tiba-tiba.
“Adam, jangan marah aku, aku ikhlas meminta maaf dari kau, Adam. Tolong maafkan semua yang aku lakukan sebelum ini terhadap kau, aku berjanji tidak akan ikut cakap Ejam lagi. Percayalah dan aku hendak berkawan dengan kau Adam tapi kalau tidak suka tidak mengapalah. Aku tidak akan kacau kau lagi..” ucap Naqib dengan bersungguh.
Setelah mendengar kata-kata Naqib itu hati aku menjadi terlalu lembut. Selembut sutera membuai jiwa kerana aku nampak raut wajah Naqib memang nampak betul-betul dia mahu berkawan dengan aku dan menyesali perbuatannya sebelum ini. Tapi apakah sebab dia boleh terbuka hati untuk berubah? Tuhan lebih mengetahuinya.
“Naqib, aku kenal kau sejak kecil lagi, kau bukan nakal tapi kau dipengaruhi oleh Ejam. Aku tahu kau budak baik Qib dan aku yakin kau boleh jadi kawan yang baik buat aku,” ucapku dengan tiba-tiba.
Setelah itu aku nampak Naqib tersenyum. Wajahnya yang hitam manis itu bertambah manis. Bersama rambutnya yang lurus dan tubuhnya yang tinggi itu membuatkan teruja melihatnya.
Aku dan Naqib bertentang mata. Sorotan mata Naqib sungguh bersinar. Aku nampak wajahlu di dalam matanya. Sepasang mata Naqib yang jernih itu membuatkan aku terpesona. Cantiknya mata itu. Baru sekarang aku nampak dengan jelas mata Naqib. Sinar matanya istimewa. Kala itu aku cuba alihkan padanganku namun aku terpaku. Tapak kakiku pula sepeti tertempek dengan jam gajah. Sukar untuk berganjak.
“Betul ke kau sudi menerima aku sebagai kawan kau, Adam?” tutur Naqib.
Gerak bibirnya ketika menutur kata itu sungguh lembut sekali. Mahu sahaja aku menyentuh bibir itu. Adakah bibir itu selembut bibirku? Perasaan aku menerawang jauh. Mataku memang memandang Naqib tapi perasaan aku sudah lama diterbangkan sang angin entah ke mana.
“Adam..” panggil Naqib lagi.
Aku tersedar kerana lambaian tangannya menjegah di depan mataku.
“Apa yang kau renungkan? Kau terkejut setelah dengar rancangan itu ke?” soal Naqib.
Apa yang paling mengejutkan aku adalah Naqib. Kenapa dia mudah berubah? Tapi tidak mengapa aku boleh menerimanya.
“Tak ada-apa..okeylah aku nak balik ni..” ujarku.
“Mari aku hantar kau balik,” ucap Naqib sambil memegang pergelangan tanganku.
Eh! Naqib pegang tangan aku? Eh! Kenapa?! Kenapa?! Arghhh! Batal wudhuk aku. Eh! Salah! Mana batal. Aduhai pelik betul perasaan aku saat ini. Banyak kerenah pula.
Hendak aku menolaknya rasa serba salah juga. Perlu ke aku jual mahal tatkala pinggang aku memang terasa sakit ini? Aku pernah dengar dialog dalam drama yang mengatakan ‘Gunakanlah kesempatan yang ada,” jadi tidak salah demi sebuah kebaikan. Maka dengan itu aku menurut sahaja.
Seronoknya dapat naik basikal orang memandangkan basikal aku tersadai di birai rumah. Naqib meminta aku tanggalkan beg dan berikan padanya untuk diletakkan ke dalam raga. Romantiknya. Rupa-rupanya Naqib seorang lelaki yang romantik. Susah hendak jumpa lelaki sebegitu. Tapi.. Irwandi lagi romantik.
Mudah sungguh aku memaafkan kesalahan Naqib dan aku harap dia tidak akan mengulanginya lagi.
Kala membonceng basikal Naqib, dari tadi lagi aku dengar dia bersiul. Melodi lagu itu seperti aku pernah dengar tapi aku kurang minat sangat lagu yang menjadi siulannya itu kerana aku lebih suka lagu dari Kak Siti dan Kak Ziana. Suara mereka lunak.
Tiba-tiba dia berhenti bersiul.
“Adam..” Naqib memanggil namaku tatkala dia sedang mengayuh basikal.
“Ya kenapa?” balasku.
“Ooh ada rupanya,” katanya.
“Kenapa?” tanyaku dengan rasa hairan.
Adakah aku menyepi dan tidak berkata-kata maka dia memanggilku? Telahan aku membiak pesat kerana bari sekarang aku dan dia berbaik. Agak janggal namun aku memberikan ruang itu untuk berterima kasih padanya.
“Yalah sebab tidak terasa berat pun,” selorohnya.
Sempat lagi dia mengejak padahal tadi baru minta maaf. Aku sedarlah aku ini kurus. Kalau timbang pun jarum tidak bergerak. Tipu! Aku tipu. Aku tidak mahu menyatakan berapa kilogram beratku ini. Biarlahlah Rahsia kata Kak Siti.
“Amboi! Sampai hati!” rajukku.
“Olololol, merajuk pula. Aku bergurau saja. Kau tambahlah berat badan kau itu sikit, kalau ditolak angin nanti kau tidaklah bergoyang sangat, Adam.” candanya.
Aku mencebik tapi dia tidak nampak.
Pandai juga Naqib bergurau. Walaupun sedikit pedas guruannya itu namun aku masih dapat memalsukan tawaku ini. Dari situ aku lihat Naqib seakan mengambil berat tentang diriku. Apakah selama ini dia berselindung. Dia suka aku ke ? Oh tidak! Mana mungkin dia suka aku. Please.. Aku suka Irwandi saja. Suka berkawan dengan si gemuk itu. Si hitam ini pula seperti baru sahaja memulakan perkenalan. Jahatnya aku panggil mereka begitu.
Bila teringatkan Irwandi. Entah bagaimanalah khabarnya sekarang. Hmmm, aku mengumam sendiri.
“Adam…” Naqib panggil aku lagi.
“Ada apa?”
“Aku hendak minta maaf lagi..”
“Untuk apa?”
“Sebenarnya aku tusuk paku picit pada tayar basikal kau itu dan aku juga yang telah melepaskan katak pisang di dalam rumah kau,” akuan jujurnya.
“Apa?!” bentakku terkejut.
“Aku ikut arahan Ejam,” katanya.
Arghhhh!!! Tensionnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Aduhai, basikal kesayangan aku turut menjadi mangsa. Nasib badan. Memang merah padam muka aku. Tapi aku helakan nafas sedalam-dalamnya dan aku sabarkan diri aku. Bertenang Adam bertenang, pujukku sendiri.
Hebat budak-budak nakal ini. Idea terlalu banyak untuk membuatkan hidup aku haru biru. Tapi Naqib sudah jelaskan segala-galanya. Aku harus maafkan dia. Tapi Ejam! Aku tidak akan maafkan dia! Melampau-lampau! Bencinya!