Entri Terkini :

E-Novel : Takdir Atau Pilihan (Bab 10)


LANGKAH kaki ku diheret berat bersama sekeping hati yang masih tertanya-tanya. Kenapa Naqib tiba-tiba nampak pelik ketika dia dan Joe memohon maaf sebentar tadi? Aku cuba dan terus cuba menelaah mencari sebab. Aku menoleh ke arah Ardila yang sedang beriringan denganku ketika ini. Mungkin Ardila ada jawapannya.

Ramai orang tidak tahu tentang diriku. Maksud aku tentang hati dan perasaanku ini. Dari segi luaran aku memang mereka nampak. Aku seorang yang lembut. Mereka harus tahu aku bukan inginkannya. Perasaan ini wujud sekejap kecil lagi. Betapa payah untuk aku mengusirnya. Pernahkah mereka fikir kepayahanku ini?

Setakat ini aku masih mampu bertahan. Entah berapa lama lagi aku perlu menanggung semua ini. Fikiran aku diterbangkan angin tatkala mataku memandang Ardila. Teringakan segala perilaku Ejam terhadapku. Semuanya mengguris jiwaku. Merobek segenap rasa ini hingga mencalit luka. Bodohnya aku membiarkan diriku dianaiya begitu. Aku rahsiakannya dari ibu kerana tidak mahu dia bimbang. Aku mahu berdikari membuat segala-galanya termasuk menyelesaikan masalahku ini.

Untuk berdepan dengan ibu dan menceritakan segala-galanya adalah perkara yang amat sukar aku lakukan. Lidahku pasti mengejal dengan tiba-tiba ditambah pula dengan perasaan yang gugup. Sekiranya aku meluahkannya juga maka jelas terlihat aku tidak dapat menguruskannya sendiri. Memang makan dan pakaian aku pandai uruskan sendiri termasuk mengemas rumah dan segala isi di dalamnya. Cuma aku kena yakin dengan hal ini. Hal diriku sendiri di mana aku sudah boleh atasinya.

“Dila..” panggilku.

Ardila mengerling.

“Ya kenapa?” tanya dengan berkerut dahi.

Aku duga Ardila pasti tertanya-tanya juga kenapa aku selalu menjadi mangsa. Mangsa kenakalan budak-budak itu. Bukan setakat mereka malah orang-orang kampung juga sibuk mengata aku. Hei! Aku manusia juga! Hati aku memberontak. Mungkin sarat menaggung bebanan ini. Emosi sungguh saat ini. Mahu saja aku mengangkang kaki ini dan berjalan dengan gaya seorang lelaki macho. Hakikatnya aku memang lelaki. Aku selesa dengan cara aku jalan.

Aku masih ingat lagi waktu si bedebah itu mengutuk cara aku berjalan ketika masuk ke dalam kelas.

“Ke tepi semua, tolong beri laluan pada ratu yang hendak catwalk depan tu, tepiii..” jerit Ejam.

Motif sangat!

“Beri laluan, nanti tak dapat dia nak beraksi,” katanya lagi.

Bedebah itu memang selalu sakitkan hati aku. Biasalah dia tu memang dengki dengan aku agaknya.

Cara aku berjalan pun dia hendak ambil kisah. Dia ingat aku mahu berjalan seperti perempuan? Memang susah untukaku mengubahnya. Aku terbiasa dana ku senang dengan caraku. Kenapa dia sibuk-sibuk. Waktu itu aku buat tidak tahu. Hanya aku dan Tuhan sahaja tahu akan perasaan aku ketika itu.

Kalau aku ada kuasa sehebat hero-hero kartun mahu sahaja aku terbangkan kerusi dan meja ke arah Ejam dan kawan-kawannya. Biar mati dihempapnya. Aku tiada pilihan aku hanya membiarkan sahaja. Hendak melawan dengan kudrat memang aku tidak sekuat dia. Memang dia berani kutuk aku sebab waktu itu Irwandi tidak datang ke sekolah. Aku risau sangat akan dirinya yang tidak hadir. Rupanya demam. Patutlah.

“Adam!” tiba-tiba suara Ardila menjengah di telingaku dan mengakibatkan lamunanku terhenti di situ.

“Ye Ye..” balasku kaget.

“Aku tanya kau kenapa? Tiba-tiba melongo je.. apasal?” soal Ardila lagi.

Bibirku terasa kekeringan lalu aku keluarkan lipsglossku itu dan mencapai alat melembab bibir. Usai itu baru terasa selesa dan boleh meneruskan bicara. Rambut aku sedikit kusut dan terus aku menyikatnya semula. Langkahku terhenti seketika tatkala menilik wajah di depan cermin kecil. Ardila hanya memerhatikan sahaja gelagatku itu. Dia sudah terbiasa dengan caraku. Oleh itu aku tidak ambil kisah dengan semuanya. Melainkan si bedebah-bedebah itu.

Entah kenapa aku terlupa untuk membalas ucapan Ardila kerana sibuk dengan bersolek. Waktu balik sekolah pun aku sempat bersolek tepi jalan. Bukan ada siapa-siapa pun kerana laluan yang aku lalui bersama Ardila itu agak sepi.

“Esok kita pergi ke sekolah naik basikal jelah..” usul Ardila.

“Tak boleh.. basikal aku pancitlah..”

“Tukarlah tiub baru..”

“Nanti kang bocor lagi,”

“Takdenya nak bocor-bocornya. Kalau bimbang bocor lagi tukar dengan tayarnya sekali…” cadang Ardila.

“Hmmm,” aku mengumam sahaja sambil memasukan lipsglossku ke dalam beg semula.

“Okey tak apa, petang nanti kita ke bengkel basikal, aku temankan kau ya?” ujar Ardila.

Aku mengangguk sahaja.

“Err Adam, kenapa ya tiba-tiba Joe dan Naqib mintak maaf dari kau?” soal Ardila seterusnya.

“Memang itu yang aku nak tanya kau.. kenapa?” Aku menyoalnya semula.

Boleh pula persoalan yang sama ditanya. Aku ingat Ardila tahu tetapi ternyata telahan aku meleset.

“Aku rasa mereka ada niat tak baiklah. Aku tak yakin semudah itu mereka mintak maaf. Mesti ada muslihat tu..” duga Ardila dan selepas itu dia mengetap lembut bibirnya.

“Kau tak pelik ke kenapa mereka tiba-tiba mintak maaf?” soalku pula.

“Sudah tentu aku rasa pelik dan kau pun tahu kan yang geng-geng Si Ejam tu macam mana? Dari dulu sampai sekarang asyik nak kenakan kau je.” balas Ardila.

Tidak lama kemudian aku dan Ardila memulakan perjalanan selepas seminit dua terhenti. Keadaan Naqib yang kelam kabut itu membuat aku dibuai persoalan. Aku tidak tahu niat yang tersembunyi tapi keikhlasan terpamer diwajahnya. Adakah si budak hitam itu membuat pengakuan jujur? Ah! Biarkan masa yang menentukannya. Sekarang aku sudah malas hendak kusutkan otak aku dengan memikirkan apa yang bakal berlaku.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.