Entri Terkini :

Mini Novel : Roy VS Aleya ( Bahagian III )

ROY berlagu riang di dalam bilik air. Lagu dari Ratu, Teman Tapi Mesra sedang rancak diperdendangkannya. Suara macam katak puru sedang ‘hot’ memanggil hujan. Suara macam itu pun masih ada hati buat ‘audition’ sendiri! Kalau dia masih menyimpan hasrat untuk masuk pertandingan program realiti TV, baik batalkan saja niatnya itu kerana belum sempat hendak buat ‘auditon’ borangnya sudah ada dalam tong sampah. Suara dia memang tidak sedap! Sungguh!

“la la la la la la,” dia senang hati sambil bershampoo di rambutnya.

‘tup!’ tiba-tiba air tidak keluar.

“Woi!!! Kau memain ke Zam? Aku tengah mandi ni,” pekik Roy yang menduga Zam telah mengenakan dirinya.

“Aduh! Pedihnya!” gerutu Roy.

Habislah, dia belum selesai mandi lagi tiba-tiba air tidak ada. Bil air bulan ini sudah dibayar tapi kenapa air kehabisan pula. Dia tetap menduga Zam kenakan dirinya.

Lantas dia keluar dari bilik air sambil mata terpejam. Dia terlupa untuk mentutup tubuhnya terlebih dahulu.

“Arghhhhhh,” tiba-tiba ada satu suara perempuan menjerit.

Roy cepat-cepat membuka matanya biarpun masih terasa pedih. Serta-merta Roy juga menjerit. Dia lihat Aleya memerhatikan dirinya yang tidak berpakaian itu. Dia betul-betul takut.

Habislah.

Pecah lobang. Aleya pasti tahu siapakah Roy yang sebenarnya. Aduhai, kantoi ke?

‘Zappppp!’ segelas air disiramkan ke wajahnya.

Cepat-cepat Roy membuka mata dan melihat Zam tercegat di depannya.

“Ambik kau! Mengingau sesiang hari.” seloroh Zam.

Kali ini Roy terus bangun dari sofa di mana tempat dia berbaring tadi. Sofa berkenaan kebasahan akibat disiram dengan air oleh Zam.

Roy terpinga-pinga dengan membulatkan matanya sambil menoleh kiri dan kanan. Biasa terjadi kalau seseorang itu mengelamun hingga membawa lena dan terus lena diulit mimpi pada orang yang dipuja.

“Cepat siap!! Pergi kerja!” pekik Zam sambil berkecak pinggang lalu membetulkan topi yang dipakainya.

“Baik bos!” balas Roy.

Mungkin Roy masih mempertimbangkan cadangan Zam untuk mencari kerja lain tapi tidak untuk waktu ini. Dia masih mahu menyelongkar hidup Aleya. Masih membara rasa ingin tahu. Masih dalam rasa mahu menyakiti hati Aleya. Dia tidak sabar-sabar mahu mengikuti perkembangan hidup Aleya. Perang pasti tercetus lagi.

Roy masih merahsiakan identitinya pada umum. Begitu juga dengan Aleya. Apakah kesudahan episod mereka kali ini. Sama-sama diterjah.

Sekejap! Saat ini Aleya sedang buat apa? Jom buka tingkap hidup Aleya buat sekarang ini. Lensa terus menghala ke arah rumah Aleya. Action!

Pagi yang indah disinari mentari menerangi alam ini. Agungnya ciptaan Tuhan. Yes! Aleya bangun awal hari ini. Dia buat sarapan. Untuk siapa? Untuk Miss Jambo itulah.

“Anita! Bangun! Kau membuta aje, matahari dah tinggi tu.. mari ikut akak pergi salon.” Kerja di salon lagi rupanya Si Aleya ini.

Salon sendiri.

“Apalah akak ni, orang nak tidur pun tak senang,” kata Anita si gemuk itu.

Peringatan! Kenali mereka dengan panggilan itu. Sila biasakan diri mengenalinya. Anita! Bukan Azrul. Dia sudah suka jadi perempuan. Kala ini Aleya sedang bangunkan Anita supaya ikut dia ke salon. Dia mahu didik anak muda itu bekerja dengannya. Sama seperti dia awal-awal dulu. Kerja dengan Ainum. Ainum banyak berjasa.

“Bangun!!!” sergah Aleya sambil menarik selimut.

Mereka berlawan menarik selimut.

‘Crekkkk!’ koyak sudah.

Kuat sungguh mereka beradu kekuatan menarik selimut.

Anita terus bangun dan dengan nafas yang berat dia membuka kelopak matanya.

Oh my God! Selimut dari kampung ni!” gerutu Anita setelah melihat selimut kesayangannya sudah rabak (koyak).

“Beli aje yang baru! Selimut buruk macam tu pun masih nak simpan lagi. Busuklah!” sinis Aleya.

Hello, busuk-busuk pun masih elok lagi tau, tapi sekarang hmmm akak punya pasallah ni…” gumam Anita.

“Cepat bangun! Tapi sebelum tu cepat tunjukkan akak mana bungkusan tu!” Aleya ingatkan Anita di mana bungkusan yang dikatakan kelmarin oleh Anita.

“Ada kat bawah katil ni,” balas Anita yang masih bersandar di bahu katil.

Aleya terus melutut di birai katil lalu mencapai tangannya untuk mengambil bungkusan itu.

“Kenapa kau bukak bungkusan akak ni?!” marah Aleya kerana Anita pandai-pandai membukanya tanpa kebenaran.

“Manalah saya nak tahu, sudah dibuang dalam tong sampah, jadi..”

“Jadi kau bukaklah ek?!” marah Aleya lagi.

Anita masih bermalas-malasan di atas tilam. Dengan marah dan penuh emosi Aleya terus bangun dan bercakak pinggang lantas dilingkupkan katil Anita dengan sepenuh hatinya. Katil perseorangan amat mudah baginya. Tenaga kejantanannya terselah. Aduhai Anita terus tergolek jatuh.

“Aduh!” Anita mengadu.

“Padan muka!”

“Akak ni kejamlah, kang saya dah cakap saya mulanya tak tahu…” ucap Anita selepas bangun terpacak.

Anita yang gemuk itu pun boleh terjatuh gara-gara katil telah dilingkupkan oleh Aleya sebentar tadi. Kiranya Aleya memang kuat jugalah.

Mesti!

Aleya terus membelek bungkusan itu. Dia terbeliak biji mata melihat objek yang terdapat di dalamnya.

“Akak jangan marah! Saya cuma usik barang tu aje, tapi kad kat dalam tu saya tak baca.” cepat-cepat Anita membela dirinya.

Tiba-tiba saja Aleya tersenyum lalu meninggalkan Anita terkulat-kulat di situ. Dia terus meluru masuk ke dalam biliknya.

Apa agaknya yang dibuat oleh Aleya itu? Berehat sekejap selepas iklan penaja.

***

HARI ini sungguh meletihkan Roy. Terdapat banyak kerja untukkan. Dan ada kerja tambahan untuk dirinya. Dia disuruh cuci jamban atas bosnya kerana lambat datang kerja. Zam pula merengus geram.

“Ni semua kau punya pasal!” Zam menyalahkan Roy.

“Aku pulak?!”

“Kau selalu lambat, aku pun terkena tempiasnya.” Zam menggerutu.

“Rilekslah, be cool bebeh!”

“Bebeh tengorak kau! Aku kejap lagi ada date! Terpaksa balik lambat. Geram sungguh!” geram Zam.

Roy mempercapatkan tugas mencuci jamban itu. Fikirannya masih terbayangkan apa akan jadi selepas ini. Tidak sabar rasanya dia mahu menunggu serangan balas oleh pihak Aleya. Serangan apakah itu?

Zam masih merungut sendiri. Walaupun mereka lasak namun bebelan tetap sebati dalam diri wanita. Maka itulah ciri-ciri wanita memang suka membebel saja.

Biasalah.

Coollah bro! dari tadi membebel je tak letih ke?” tegur Roy.

“Geram tau tak! Menyirap (mendidih) darah aku ni. Kalau aku tak sabar dah lama aku empuk kepala bos kita tu dengan penyeduk ni.” Zam mengekalkan kemaharahannya di tahap yang terkawal.

“Haha! Kalau kau empuk kepala dia dan masuk ICU, siapa nak bayar gaji kita?”

“Pergi jahanamlah dengan dia!” bentak Zam.

“Jadi sebab tulah kau ajak aku berhenti kerja? Kau memang dah lama geramkan bos sebab dia tak layan kau?”

“Tak kuasalah!” balas Zam.

Roy menjuih bibirnya ke arah Zam. Silap hari bulan Roy pula yang diketuknya. Dia ada temu janji dengan awek dia, maka dia tidak henti-henti merungut. Dia takut lambat sebab dia sayang benar pada aweknya itu.

“Zam, kau kena bersabar, awek kau tak lari punya, aku tau dia sayang gila kat kau.. tapi apa kata kau join aku,”

Join kau? Join apa pulak ni?” tanya Zam.

Nampaknya Roy mencari sekutu. Mungkin Zam boleh diharapkan. Kalau Aleya ada Anita, Roy pula ada Zam. Baru kena buku dengan ruas. Perang jantina ke? Aduhai pelik saja bunyinya.

Tapi tiba-tiba.

“Kau kentut ke?” soal Roy setelah terhidu sesuatu yang kurang menyenangkan menusuk rongganya.

“Sudah kena dengan tempatnya, sorry bro! jangan marah sebab ni kan jamban! Kalau nak wangi-wangi kau pergi je taman bunga.” seloroh Zam selamba.

‘Kejinya,’ kata hati Roy.

Begitulah keadaan Roy dan Zam. Memang gila-gila sikit orangnya tapi mereka berdua tetap gembira mengharungi hidup ini. Segala suka duka dikongsi bersama. Roy ada Zam yang memahami dirinya. Zam tidak akan membiarkan sahabatnya itu tertindas maka dia bersetuju membantu Roy semampu yang boleh.

***

PERTAMA kali Anita menapak di salon Aleya sungguh membosankan dirinya. Satu hari suntuk dia diajar dengan ilmu mekap wajah oleh Aleya. Bagi Aleya Si Anita ini bengap sikit. Lain yang disuruh lain pula yang dibuat. Dia minta pakaikan ‘blusher’ di pipi tapi dia pakaikan di bibir. Anita tidak serius. Sempat lagi dia mencukur bulu ketiaknya. Belum diceritakan lagi bagaimana dia pakai maskara, memang bengap sungguh. Maskara dipakainya sampai nampak lebam biji mata.

Aleya tidak perlu marah kerana Anita belum tahu apa-apa. Tidak hairanlah kalau semua itu terjadi. Seperti dia dahulu kala pun begitu juga. Bukan bagus sangat pun. Sekarang ini sahaja dia berkepakaran berbanding dulu.

Keletihan itu memang dirasai oleh Anita. Aleya sekejap-sekejap menoleh ke arah Anita tatkala dia memandu.

“Teringatkan kampung ke?” duga Aleya kerana dia memerhatikan Anita asyik mengelamun saja.

Anita menoleh dengan perlahan dengan mempamerkan wajah kendurnya itu.

“Tak adalah kak, belum terfikirkan kampung lagi kerana saya seronok kat sini, tapi entah esok lusa tak tahulah, mungkin rindu kot,” balas Anita.

“Biasalah tu, akak dulu pun macam tu jugak tapi akak kuatkan semangat. Hidup di Kuala Lumpur macam nilah, kena pandai cari makan.” kata Aleya.

“Baju yang akak pakai ni sungguh cantik, boleh ke kak saya nak tahu siapa yang bagi? Masa saya tengok kelmarin tu saya teringin nak pakai tapi rasanya tak muat.” desis Anita.

Dia memuji baju yang dipakai oleh Aleya. Dia tertarik walaupun awalnya dia mahu mencuba tapi memandangkan saiz badannya yang seperti beruang itu telah menjadi batu penghalang.

Sabar sajalah.

“Ohh, baju ni ex akak yang bagi, dia masih sayangkan akak cuma akak je yang tak layan dia,” kata Aleya dengan bangganya.

Walaupun dia cuba melupakan Zack namun lelaki itu masih mahu bersamanya biarpun telah beristeri. Dia tahu Zack sukar untuk berjauhan darinya. Sehingga dia berpindah pun, Zack tetap cari dirinya.

Aleya cintakan Zack dan baju yang diberikan oleh Zack tetap dipakai olehnya.

Ex? Wah! Akak pernah bercouple. Seronoknya. Dengan siapa?”

“Adalah…dan sebenarnya dia mintak akak pakai baju untuk makan malam bersamanya malam ni tapi akak buat pakai untuk digayakan di waktu kerja? Boleh macam tu? Hahaha!” tawa Aleya.

“Tak baik akak ni tau,” ucap Anita.

“Anita takkan faham.” kata Aleya.

Dia tidak mahu bertemu dengan Zack meskipun dihatinya meronta-ronta. Tidak berapa lama kemudian telefonnya berbunyi namun dia tidak menjawabnya. Zack telah menghubunginya.

“Siapa yang call tu,”

Ex akak,”

“Kenapa tak jawab?”

“Malas.”

Anita menggeleng perlahan.

Akhirnya mereka tiba di muka pintu rumah. Anita terlihat satu bungkusan di depan pintu itu.

“Akak dapat bungkusan lagi, wah! ramai betul peminat akak ye, siap ada bunga lagi.” Anita memuji sambil mengambil bungusan tersebut untuk diberikan pada Aleya.

Aleya melebarkan senyuman di atas pujian itu. Ada kotak kecil yang dibungkus cantik dan terdapat sekeping kad tertempek di atasnya bersama sejambak bunga ros.

‘Istimewa buat Aleya Arisya’ tulisan yang tertera di kad ucapan itu.

Aleya masih tertanya-tanya siapakah pengirimya. ‘Mungkin Zack’ duga hatinya.

Kalau benar telahan yang dibuat maka Zack pasti mahu memujuk Aleya supaya kembali kepadanya. Tapi mustahil bagi Aleya untuk berbuat sedemikian.

***

SUASANA di rumah Roy dan Zam agak gamat dengan hilai tawa mereka yang memecah kesunyian malam. Seorang tergolek-golek dan seorang lagi berguling-guling. Kalau dibiarkan boleh terburai segala isi perut kerana ketawa terbahak-bahak. Apalah yang diketawakan mereka sampai tidak ingat dunia lagaknya.

“Aku rasa dia pasti terkejut beruk,” kata Zam.

“Itu sudah pasti!” balas Roy dengan penuh keyakinan.

“Kau ni memang kejamlah Roy,” ucap Zam.

“Kau pun kejam jugak,” ujar Roy lalu melepaskan tawanya lagi.

Mereka terus menyambung gelak membayangkan wajah-wajah yang sedang ligat mencari akal bagaimana perkara ini boleh terjadi ke atas mereka.

***

“SIAPA punya kerja ni!!!!!” bentak Aleya sekuat hatinya.

Anita pekup telinga. Sungguh luar biasa pekikan itu.

“Sabar kak sabar. Saya yakin ni mesti kerja lelaki tu,” Anita cuba menenangkan emosi Aleya yang terganggu kala ini.

“Lelaki mana?” soal Aleya dengan deras.

Anita mengingatkan semula kepada Aleya tentang lelaki yang ditemui di Dataran Merdeka tempohari.

“Memang kurang asam si bedebah itu. Nanti kau. Nahas aku kerjakan!”

“Buanglah kak! Busuklah!” suruh Anita.

Anita memang geli tengok najis lembu yang agak cair itu bersemadi di dalam bekas yang indah lagi cantik. Apatah lagi Aleya yang telah menghidunya terlebih dahulu. Memang tega orang yang melakukan perkara yang sungguh mengaibkan diva-diva Malaya itu.

“Akak nak Nita tolong akak. Kita siasat sama-sama kat mana lokasi rumah dia. Kita pergi serang hendap malam ni jugak!”

“Bertenang dulu, kita tunggu esok aja. Malam-malam buta ni susah nak kesan, lagipun kita dah letih sangat ni,” Anita mahu mengelak kerana dia sekarang tidak sedap badan.

“Akak tak kira!!! Malam ni jugak!” bentak Aleya bersungguh.

“Tapi kak, kak mana kita nak cari? Kuala Lumpur ni kan besar jugak lagipun kita pun tak tahu di mana nak mulakan dulu,” ujar Anita yang sedang berkerut dahi.

Nampak gayanya Aleya terpaksa bersabar. Dia perlu tunggu esok pagi barulah segala-galanya diaturkan.

***

LENSA beralih ke posisi rumah Roy. Mereka bersandar keletihan gara-gara ketawa terbahak-bahak. Zam mengurut perutnya setelah puas ketawa. Roy tercungap-cungap dengan nafasnya turun naik dengan deras disamping air mata gembira meleleh di jalur pipinya. Sungguh mencuit hati.

Tidak cukup dengan itu, masih banyak lagi idea di benakknya untuk dipersembahkan kepada musuhnya. Perang telah diisytiharkan oleh mereka. Episod tragis akan bermula lagi. Kali ini mereka hanya menuggu serang balas.

“Macam mana kalau mereka tahu siapa yang buat?”

“Aku yakin mereka akan tahu, jadi kita tunggu saja apa mereka nak buat lepas ni,”

“Kau rasa dia tahu ke lokai rumah kita ni?”

“Itu kau jangan risau, aku sudah pelan baik punya,” kata Roy dengan penuh keyakinan.

Roy mengikut kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, tapi kali ini dia lebih dari bersedia. Bagaimanakah keadaanya nanti. Kuala Lumpur bakal meletup dengan ledakan gunung berapi antara kedua-duanya.

Roy sungguh berani menjolok sarang tebuan. Namun kalau sudah sakit hati apa-apa pun jadi.

“Berani sungguh kau Roy, erm kau tak takut ke?”

“Nak takut apa?”

“Kalau dia report polis macam mana?”

“Kalau dia report kat polis, aku pulak report kat dukun,” seloroh Roy.

“Apa je yang tok ketua boleh buat?”

“Kau tak tahu lagi, dia boleh santau aje si minah tu, sekali hembus terus rebah,” balas Roy.

Zam menggeleng tatkala dia menahan gelak dengan lawak bodoh Roy.

“Aku dapat rasakan yang kau sebenarnya suka kat perempuan tu,” duga Zam.

“Tolong sikit bro, aku tak ingin okey,” Roy berselindung.

Kata orang benci tanda sayang. Silap! Kata orang benci bertukar sayang dan dendam menjadi rindu. Rindu pula akan jadikan seseorang itu hidup dalam angan-angan. Tapi cepat benar Roy jatuh cinta. Hairan sungguh!

***

ALEYA memang tidak dapat melelapkan matanya. Rasa geram beronak dalam jiwanya. Sungguh tidak disangka bahawa ada insan yang dengki dengannya. ‘Durjana sungguh si bedebah itu,’ gumam hati Aleya.

“Kalau aku dapat alamat rumah kau wahai si malaun, siaplah kau, tapi aku yakin kau pasti ada banyak helah. Jadi aku perlu berhati-hati.” Aleya bercakap sendiri.

Sekejap dia pusing ke kanan dan sekejap dia pusing ke kiri. Garis-garis gusar terpancar di wajahnya. Tidak senang duduk dibuatnya. Bau busuk seakan ada sahaja menusuk rongganya. Kasihan.

Fikirannya diterbangkan angin dalam mencari akal bagaimana mahu uruskan si bedebah itu yang tidak diketahui namanya. Perkara pertama yangd ia perlu lakukan adalah mencari tempat tinggal lelaki itu dan sekali gus merencanakan agenda seterusnya.

Kala ini telefonya sibuk menjerit. Rasa bosan pula rasanya. Dia menduga itu pasti Zack yang menelefonnya. Hatinya sungguh berat sekali untuk menjawab panggilan itu.

‘Untuk apa lagi dia telefon aku ni? Kau dah ada bini so jaga sajalah bini kau tu, soal aku ni kau lupakanlah. Dia ni saja cari nahas dengan bini dia. Kalau bini dia tahu dia call aku, niaya aku nanti.’ gerutu hati Aleya.

Dia terus 'off' telefonnya agar tidak diganggu lagi. Sudah berkali-kali dia tukar nombor telefon tapi Zack berjaya mendapatkan nombor telefonnya. Kali ini dia pasrah untuk tidak menukar nombor lagi. Biarlah saja.

***

TANGAN kanannya di atas dahi, mulut pula sedang mencemik-cemik. Nafasnya dihela sedalam-dalamnya. Direnung gambar Aswad yang dipegang oleh tangan kirinya. Meskipun dia sebenarnya membenci lelaki itu tapi gambarnya masih tersimpan. Dia merindui belaian manja Aswad insan pertama yang dicintainya dan lelaki itu juga yang pertama melukainya. Mana mungkin dia dapat melupakan Aswad. Saban hari wajah itu sering menghantui dirinya. Betapa dia menyesal dan sungguh terkilan dengan apa yang berlaku.

Kalau bukan kerana Aswad, sudah pasti dia tidak akan menjadi seperti ini. Aswad patut bertanggungjawab. Lelaki itu tidak boleh membiarkan dirinya terus begini. Sampai hati Aswad.

Sabar Roy! Suatu hari nanti Aswad pasti akan terima pembalasan yang setimpal di atas perbuatannya itu. Roy perlu tinggikan kesabarannya dan jangan mudah mengalah. Seorang wanita yang sudah menjadi lasak dan keras itu perlu meneruskan perjuangan untuk terus hidup.

BERSAMBUNG…

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.