Entri Terkini :

Mini Novel : Roy VS Aleya ( Bahagian II )


AZRUL berasa tidak selesa, haba dalam biliknya kian menggila. Ini kerana kipas tidak berfungsi. Geram sungguh! Dia terus melangkah ke ruang tamu dan terus saja bersandar di sofa. Tiba-tiba fikirannya diterbangkan angin. Dia terbayangkan raut wajah Rafiq.

‘Apasal nampak lembut semacam?’ gerutu Azrul.

Sekarang Abang Rafiq awal-awal pagi lagi sudah pergi kerja. Tinggal dia seorang sahaja di rumah itu. Rumah milik Rafiq itu tidaklah selesa mana tapi bolehlah untuk dia menumpang berteduh buat seketika sementara dia belum mendapat kerja. Berbekal SPM yang tidak seberapa bagus keputusannya itu telah menghilangkan semangatnya untuk menyambung pelajaran.

Dia tidak menyangka bahawa Rafiq sepupunya itu mampu hidup berdikari di Kuala Lumpur. Telah lama dia tidak bertemu dengan Rafiq semenjak Si Rafiq itu merantau ke bandar raya ini. Dia dijemput di perhentian bas Puduraya malam tadi ketika tiba di kota ini oleh sepupunya itu. Azrul hampir tidak mengenali Rafiq, begitu juga dirinya juga sukar dikenali. Maklumlah sudah 5 tahun mereka tidak bertemu.

Hati Azrul terbuka untuk merasa sendiri pengalaman hidup berdikari di Kuala Lumpur dan menerpa pengalaman yang sangat berharga untuk dirinya nanti.

Azrul diajak minum di kedai mamak. Restoran Pelita namanya di Jalan Ampang. Setelah itu dia dibawa pulang ke Ampang. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Rafiq yang terletak di Sri Nilam itu banyak perkara yang dibualkan. Termasuk perkembangan Rafiq. Azrul agak senang dengan sepupunya itu yang memang periang orangnya. Meskipun jarak usia antara dia dan Rafiq agak jauh namun cara Rafiq itu seperti orang yang sebaya dengannya.

“Abang Rafiq kerja apa kat Kuala Lumpur ni?” soal Azrul di dalam perut kereta.

“Abang kerja sebagai kerani Am aje,” jawab Rafiq yang tidak jujur.

“Kat mana?”

“Dekat-dekat sini jugak,” katanya.

Rafiq tidak mendedahkan lebih mendalam di mana dia bekerja. Tetapi jawapan itu sudah cukup memadai buat Azrul kerana buat masa ini dia tidak perlu tanya lebih-lebih.

“Az duduk je rumah abang dulu, nanti abang tolong carikan kerja yang sesuai untuk Az.” katanya.

Azrul bersyukur kerana dia dapat menumpang di rumah Rafiq. Sesekali dia mencuri pandang wajah Rafiq di sebelahnya itu. Gaya dan lagak Rafiq agak sempoi dan walaupun bekerja sebagai kerani dia mampu memiliki sebuah kereta yang agak selesa. Kereta Honda Accord. Azrul juga teringin dan bercita-cita untuk hidup senang.

Setibanya di rumah Rafiq. Azrul agak terkejut juga kerana Rafiq tinggal di appartment sahaja. Kenapa dia tidak membeli rumah sendiri? Mungkin belum cukup wang agaknya, duga Azrul.

Kenapalah kau slow sangat Azrul? Kau tengoklah lagak dia itu, cara dia berjalan dan cara dia bercakap. Ala-ala cover. Mestilah dia mahu sorotkan identiti dirinya yang sebenar. Rambutnya yang panjang itu diikat dan ada ke kerani berambut panjang? Fikirlah!

“Ini bilik Az, bawa masuk barang-barang tu, maaflah bilik ni agak bersepah sedikit so Az kemaskanlah sendiri,” ujar Rafiq sambil menunjukkan bilik untuk Azrul.

‘Kurang asam, aku jugak yang kena kemas, dahlah aku malas bab-bab mengemas ni! leceh betullah…’ gerutu Azrul dalam hati.

“Ada satu peringatan! Jangan pernah selongkar barang-barang yang ada kat dalam rumah ni, kalau abang tahu siaplah!” tegas Rafiq.

Azrul mengangguk faham biarpun agak keliru.

Azrul nampak sedikit keganjilan pada gaya Rafiq yang awalnya agak macho tetapi tiba-tiba dia nampak jari Rafiq itu agak melentik. Kenapa boleh jadi begitu. Seramnya. Jauh berbeza berbanding 5 tahun dulu.

Itulah, jangan slow sangat. Ligatkan sikit otak itu baru kau akan faham!

Sudah diberi bilik tapi merungut. Bersyukur sajalah Azrul. Kalau tidak ada Rafiq, alamatnya merempat dekat tepi jalan jawabnya atau pun tidur di perhentian bas dengan bau hancing dan segala-galanya. Kuala Lumpur ini bukan bersih sangat pun. Kalau orang yang biasa pergi di Puduraya itu pasti tahu bagaimana keadaan perhentian bas itu yang berdekatan dengan teksi-teksi sedang menagih penumpang untuk naik kereta tambangnya.

Paling yang menyeramkan ada sesetengah pemandu teksi suka cekik darah. Takutnya… Boleh pokai duit nanti. Tapi bukan semualah begitu. Ada juga yang baik hati cuma bilangan agak sedikit nisbahnya.

Pada malam itu dia tidur lena kerana mungkin dia kepenatan. Sehingga pagi baru dia terjaga kerana kipas biliknya itu buat gila. Sekejap pusing sekejap tidak dan akhirnya terus jahaman. Bengang Azrul dibuatnya.

‘Aku nak kerja apa kat kolompo ni, ish! Kerja jadi tukang sapu ke?’ selayaknya sebab orang malas belajar merasalah keadaan itu.

Peringatan, jangan pandang hina pada pekerjaan sebegini, tanpa mereka maka banyaklah tempat-tempat di Kuala Lumpur ini menjadi kotor dan tidak bersih. Ucapkan terima kasih bagi pihak ini. Pesanan penaja.

‘Kerja cuci pinggan?’ lagi susah kerana Azrul ini seorang yang pemalas.

Pinggan nasi yang dia pakai pun tidak dicucinya. Inikan pula hendak cuci pinggan mangkuk yang berlambak-lambak di restoran. Jangan haraplah.

Sedang dia leka membelek akhbar mencari peluang pekerjaan sambil meneguk air masak, tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang.

“Siapa pulaklah yang datang pagi-pagi buta ni,” gerutu Azrul sendiri sambil melangkah ke muka pintu untuk menjengah siapakah gerangan pengacau itu.

Tombol pintu dipulas dan terus terpacak lelaki tampan di depanya yang segak bertopi dan berkaca mata hitam itu.

“Ni rumah Aleya Arisya?” tanya Roy yang tercegat di situ. Di tangannya ada barang yang perlu diberikan.

“Saudara salah rumah, ini bukan rumah Aleya,” jawab Azrul yang menggaru kepalanya sambil melihat atas dan bawah. Di scan body lelaki yang berdiri di depannya.

“Habis tu mana satu rumah Aleya?”

“Manalah saya nak tahu, cuba tanya orang lain,”

“Tapi alamatnya memang kat sini,” Roy menunjukan sekeping kertas pada Azrul.

Azrul melihat alamat itu dan dia sendiri pun tidak pasti alamat rumah yang dia tinggal sekarang. Belum sempat dia mahu hafal.

“Saya pun tak tahu alamat ni,”

“Habis yang awak duduk kat sini tak kan tak tahu kot,” Roy seperti mula naik angin.

“Saya baru aje sampai sini dan setahu saya memang tak ada orang nama Aleya. Jangan-jangan awak salah alamat tak?” duga Azrul.

“Tak mungkin. Erm kalau macam tu tak apalah. Terima kasih aje.” ucap Roy kemudian berlalu.

Dia rasa malas pula untuk mencari alamat sebenar rumah Aleya Arisya. Lantas dengan mudah dan selambanya dia mencampakkan bungkusan tersebut ke dalam tong sampah. Wow! Rakusnya!

“Padan muka! Buat penat aku aje!” katanya.

Azrul masih terpinga-pinga sendiri. Dia menggaru kepalanya melihat gelagat pemuda tadi dengan sengaja mencapakkan bungkusan itu ke dalam tong sampah.

Azrul malas hendak ambil tahu kerana teringatkan pesan Rafiq di restoran malam tadi. Hidup di Kuala Lumpur ini jangan sibuk-sibuk ambil tahu hal orang, bahaya katanya. Maka dia tidak menghiraukan perbuatan itu.

Ditutup kembali pintu rumah dan dia melangkah masuk menghadap ke kaca televisyen. Ditenung dalam-dalam kaca televisyen yang belum terpasang itu. Sekilas dia terfikir.

‘Apa salahnya kalau aku ambil bungkusan itu, aku pun nak tahu jugak apa yang kat dalam tu, mana tahu ada emas ke, boleh aku gadai,’ bisik hati kecilnya itu.

Beruntunglah kalau ada emas di dalam itu. Bagaimana kalau dadah? Niaya dibuatnya. Tapi Azrul memang teruk juga orangnya. Suka ambil tahu hal orang biarpun kadangkala telinga kebas dipiat mak dan ayahnya kerana kedegilannya itu. Dapat diramalkan dia memang tidak mahu mendengar pesan Rafiq. Lantaklah apa akan jadi.

Dia terus meluru keluar lantas dicapai bungkusan yang tersemat di dalam tong sampah itu. Diambil dan dibaca nama yang tertera di bungkusan itu.

‘Aleya Arisya’ dia menyebutnya.

“Sedap juga nama ni, adakah orangnya sesedap namanya?” Azrul medugannya.

Azrul tidak sabar membukanya lantas dia menoleh kiri dan kanan untuk melihat adakah gerak gerinya sedang diperhatikan.

“Line clear,” katanya.

Budak muda memang penuh dengan rasa ingin tahu jadi sebab itu Azrul jadi begitu. Halanglah dia supaya jangan ambil tahu, pasti dia mahu tahu juga. Memang bebal telinga Azrul. Tidak makan dek saman. Patutlah dia kurang pandai dan memperohi keputusan yang kurang memuaskan sewaktu SPM hati itu. Kasihan. Lebih kasihan lagi mak dan ayah dia merangkap mak dan ayah saudara Rafiq. Malang kau Rafiq dapat sepupu yang bengap macam itu.

“Wahhhhhhhhhh!” Azrul sungguh teruja melihat isi di dalamnya.

Bungkusan tersebut akhirnya dibuka tanpa rasa belas. Hakikatnya itu bukan miliknya dan dia memang tega membuka bungkusan orang lain. Kalau Rafiq tahu habislah dia. Sudah dipesan awal-awal tapi masih berdegil. Namun bukan salah Azrul kerana dia sendiri tidak tahu keadaan yang sebenarnya.

***

RAFIQ balik kerja awal. Dia rasa tidak sedap badan. Mahu demam agaknya. Dia rebahkan gemalai tubuhnya ke atas sofa. Di panggil nama seseorang.

“Azrul…” panggilnya.

Panggilannya tidak disahut. Ini menimbulkan syak wasangka di dalam diri Rafiq lelaki kurus yang tinggi lampai berkulit cerah itu untuk meninjau keadaan di dalam bilik Azrul. Dia terus bangun dan meluru ke arah bilik itu.

Ekor matanya memandang kiri dan kanan tapi Azrul tiada di situ. Hatinya mula bimbang kerana Azrul bukan biasa keadaan di sini. Tambah pula ini adalah Kuala Lumpur, macam-macam hal boleh berlaku. Kes budak hilang, kena bunuh dan segala-galanya amat merisaukan Rafiq sekiranya perkara itu berlaku ke atas diri sepupunya.

‘Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan, berdua jalan kaki saat turun hujan…’ tiba-tiba lagu dangdut Memori Daun Pisang nyanyian Amelina dan Iwan itu kedengaran dari telefon bimbit Rafiq.

Fuyoo! Rafiq layan dangut. Pelik saja bunyinya.

Cepat-cepat dia mencapainya.

“Hello Ainum,” terus sahaja ayu suara Rafiq menyapa panggil itu.

“Hai sayang.. kau apa khabar? Semenjak pindah rumah baru dan ada salon sendiri, kau tak pernah nak jenguk aku kan?” Ainum melafazkan apa yang terbuku.

“Aku kurang sihat, kepala aku pening sangat. Erm Kau jangan kecil hati Ainum, aku selalu ingat pada kau, tanpa kau, aku tak akan berjaya sampai sekarang ni, kaulah sahabat aku dunia akhirat.” balas Rafiq.

“Bawa-bawalah berehat kalau kau tak sihat, aku tak kecil hati pun aku cuma rindukan kawan baik aku aje, maklumlah lepas peristiwa tu hati aku berat nak lepaskan kau pergi tinggal sendiri. Sekarang kau dah boleh bina hidup kau. Aku cukup bahagia. So bila kau lapang? Boleh aku datang jumpa kau?” Ainum meminta kebenaran.

Habislah kalau Ainum datang rumah. Pecah tembelang kerana Rafiq belum mendedahkan siapakah dirinya pada Azrul. Silap hari bulan orang tua dia di kampung akan mendapat tahu sekiranya Azrul membuka mulut. Kepala Rafiq pasti kena pancung.

“Ermm.. ermm.. free nanti kita jumpa kat luar ajelah,” kata Rafiq menggelabah.

“Okey,” balas Ainum.

Usai itu talian dimatikan dan Rafiq terus berpaling untuk kembali semula ke sofa. Tiba-tiba dia tergamam dengan matanya membulat besar. Azrul tercegat di belakangnya. Mungkin sejak tadi dia mencuri dengar. Matilah kau Rafiq. Azrul mungkin sudah tahu.

Cara Azrul memandang Rafiq sungguh mencurigakan. Keningnya terangkat dengan mulutnya segaja dicemikkan. Kemudian dia mengangkat jari telunjuknya dan terus diayun-ayunkan.

“Ha…haaa” kata Azrul bermelodi.

Sebentar tadi dia pergi melepas dan usai itu dia terpacak di belakang Rafiq lantas mencuri dengar meskipun dia sebenarnya tidak berniat begitu.

Darah Rafiq turun naik. Nafasnya cepat sekali. Lagaknya seperti nampak hantu sahaja.

***

“SUDAH lama ke Abang Rafiq jadi macam ni?”

“Semenjak abang dikecewakan,” balas Rafiq.

Kala ini Rafiq bermain dengan jari-jemarinya. Dia tunduk menyembunyikan perasaannya ketika ini. Azrul mungkin tidak dapat memahami apa yang Rafiq alami selama ini. Episod cinta lukanya bersama Farah amat memilukan hatinya dan yang paling berbisa adalah perpisahan dengan lelaki yang dia cintai iaitu Zack. Melupakan Zack tidak semudah dia melupakan Farah.

“Az tak terkejut bang, kalau boleh Az pun nak jadi macam abang jugak,” kata Azrul yang mempamerkan minat untuk mengikut jejak langkah Rafiq.

“Jangan! Az jangan sesekali nak jadi macam abang, kalau Az cuba-cuba jugak Az boleh keluar dari sini,” larang Rafiq.

“Habis abang boleh! Kenapa Az tak boleh pulak?!” gerutu Azrul dengan mempamerkan wajah kecewa.

Rafiq mengangkat keningnya. Dia bengang betul dengan Azrul. Cuma satu yang menjadi kebimbangan buat dirinya. Bagaimana kalau orang tuanya mendapat tahu prihal dirinya nanti. Ini amat menyukarkan Rafiq sekiranya itu yang terjadi. Perasaan Rafiq tatkala ini bersimpang siur. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Nampak gayanya Azrul mempunya naluri yang sama. Tidak di duganya sama sekali.

“Az pun suka warna pink sebagaimana abang suka, tengok semua barang-barang yanga da dalam rumah abang kebanyakkannya warna pink, Az suka sangat.” Sesuatu sangat Si Azrul ini.

Mungkin nalurinya sejak azali lagi barangkali. Atau dia sengaja mahu ambil hati Rafiq. Sukar untuk ditafsirkan oleh otak Rafiq tatkala ini. Dia boleh pitam mengenangkan ucapan Azrul itu. Namun lekas-lekas dia sedarkan diri dan menghela nafas dalam-dalam.

Peliklah Kau Azrul mengada-ngada mahu jadi perempuan. Ingat cantik sangat ke kalau dia jadi perempuan. Bersyukur saja dengan apa yang ada.

***

“WAH! Cantiknya saya ni bang, pandai abang solekkan.” Azrul memuji diri sendiri di depan cermin.
Sudah tidak ada kerja lain. Kala ini Rafiq ‘touch up’ wajah Azrul biarpun sebenarnya Rafiq serba salah untuk berbuat sedemikian. Kemahiran menyolek digunakan sepenuhnya untuk mengubah wajah Azrul. Ini adalah kerana dia takut rahsianya terbongkar. Terpaksalah dia menurut kemahuan Azrul yang memang mengada-ngada itu.

“Az tidak akan cantik kalau gedempol macam tu,” sinis Rafiq.

“Baiklah, Az akan kurus, Erm.. nama perempuan abang apa ya?”

“Kenapa nak tahu?”

“Saya je nak tahu sebab Az nak dapatkan ilham untuk nama Az ni,”

“Az jangan nak mengada-ngada. Guna aje nama A-Z-R-U-L tu! Buat apa nak jadi perempuan!” marah Rafiq dengan berkecak pinggang.

“Bencilah… Kalau tak…” Azrul mengugut.

“Kalau tak apa?”

“Az call Mak Dah, kata Abang Rafiq jadi pon…pon…pon..”

‘Binawe (bertuah) punya budak! Main ugut-ugut aku pulak! Aku cekik gak budak ni karang baru puas hati aku!’ gumam hati Rafiq.

“Cepatlah! Nama perempuan Abang Rafiq apa?”

“Aleya Arisya.” balas Rafiq deras.

“Aleya Arisya?!” tiba Azrul mengulangi nama itu dengan kaget sekali.

‘Habislah aku kali ni! Aku dah bukak bungkusan yang orang kirimkan tu, atau aku harus diamkan saja?’ kata hati Azrul.

“Kenapa?” soal Rafiq setelah melihat Azrul terjegil biji mata.

“Tak ada apa-apa, best nama tu,” Azrul cepat-cepat berdalih menyembunyikan hakikatnya.

***

PEMBERITAHUAN, kenali Rafiq dengan nama Aleya kerana sekarang dia sudah ‘touch up’ dan berpakain seperti perempuan. Dia bawa Azrul pusing-pusing Kuala Lumpur biarpun dia sakit kepala. Dia bertambah pening lagi dengan perangai Azrul yang mahu menjadi sepertinya. Azrul tidak sedar diri. Badan gemuk tapi ada hati mahu jadi perempuan. Ops! Pemberitahuan sekali lagi, bukan Azrul tapi Anita. Itulah nama perempuan yang dipilihnya. Tiada komersil langsung.

“Cantiknya bandar Kuala Lumpur ni pada waktu malam,” Anita memuji-muji panorama itu.

Anita umpama tarzan yang baru kenal dunia. Kasihan sungguh.

“Yes miss jumbo, memang cantik pun.” sinis Aleya.

Anita yang berada di sebelah tempat duduk pemandu itu menoleh kiri dan kanan. Sungguh teruja melihatnya. Begitulah jadinya kalau orang kampung turun ke bandar besar. Daif sekali.

Aleya membawa Anita pusing-pusing ke kawasan Bukit Bintang., melihat pemandangan di situ. Hanya dilihat dari dalam perut kereta dan dia tidak berhasrat untuk parkir kereta di kawasan kelab malam. Biarlah dulu. Anita tidak perlu mengenali tempat sebegitu. Dia mahu anak muda itu tidak merendah-rendahkan martabatnya semata-mata untuk mencari jantan di situ.

Usai itu dia bergerak pula ke tempat biasa dia tenangkan dirinya. Di mana lagi kalau bukan Dataran Merdeka itu. Malam minggu begini ramai sahaja yang berkunjung ke situ.

Anita tidak sabar-sabar mahu menjejak kaki ke Dataran Merdeka. Sebelum ini dia hanya melihat di kaca televisyen sahaja.

“Inilah dia Dataran Merdeka, dan itu pula bangunan Sultan Abdul Samad. Tempat bersejarah di mana Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj melaungkan kemerdekaan pertama Malaysia ni,” ucap Aleya seperti guru Sejarah.

Kereta diparkir di bahu jalan. Suasana amat menyenangkan kerana laluan di situ tidaklah terlalu sibuk dengan kenderaan lain.

Anita terus memijak jalan tar itu sebaik pintu kereta dibuka. Dia mahu menghirup udara di situ. Sungguh mengujakan. Aleya juga turut melangkah keluar dari perut kereta.

Anita bergerak menghampiri Aleya. Lantas Aleya menegurnya.

“Kalau nak jadi perempuan jangan berjalan macam tu, mesti catwalk. Anggap je kita berjalan macam nak tahan kencing. Terkepit-kepit.” pesan Aleya setelah melihat cara Anita berjalan seperti kera sumbang.

“Baiklah Abang Rafiq,” akur Anita.

“Kau jangan panggil akak macam tu kalau depan orang, siap nanti akak kerjakan.”

“Yelah Kak Rafiq.”

“Kak Aleya!” marah Aleya sambil menjegilkan matanya.

Anita menahan gelak. Hampir terburai tawanya melihat reaksi wajah Aleya itu. Tiba-tiba mata Anita terpandang sesusuk tubuh yang sedang menungkat dagu duduk di atas tangga dekat dengan tiang bendera. Lelaki itu nampak gusar sahaja. Dan dia seperti mengenali lelaki itu.

“Kak Rafiq..”

“Berapa kali akak nak pesan! Kak Aleya! Panggil K-A-K A-L-E-Y-A! Faham?! Nanti akak ketuk kepala kau dengan hand beg akak ni baru tau.” pesan Aleya sekali lagi.

***

ANITA mendekati lelaki tampan itu secara tiba-tiba. Orang yang didekati oleh Anita itu sedang menangis sebak. Mungkin dia sedang melepaskan rasa untuk bersendiri. Namun Anita tidak menghiraukan tentang itu. Lalu dia menyapa.

“Hai,” ucap Anita dengan suara sengaja dikepit-kepitkan namun tetap juga nampak plastik.

“Hai,” balas lelaki itu sebaik sahaja mengangkat dagunya dan memandang Anita.

Sekilas itu Anita agak terkejut. Dia seperti pernah lihat orang itu sebelum ini tapi di mana agaknya. Dia cuba ingat semula.

Aleya memerhatikan dari jauh. Dia juga seperti mengenali orang itu. Akhirnya ingatan Aleya tertumpu pada seseorang yang pernah menyakitkan hatinya di sini sewaktu ketika dulu dan pernah melanggar bahunya.

Baru sahaja Anita hendak memulakan bicara dan bertanyakan kenapa lelaki itu menangis. Terus tangannya direntap oleh seseorang. Anita menoleh dia melihat Aleya menarik tangannya.

“Anita, jom kita balik, kau jangan layan mamat poyo ni,” cetus Aleya.

Roy menjegilkan matanya. Dia tidak dapat menerima perkataan itu yang disemburkan terhadap dirinya. Dia terus bangun sambil meludah ke sisi.

“Wei! Kalau kau rasa bagus sangat jom kita race motor!”

Race kepala hotak kau, you ingat I ni mat rempit macam you ke?” bentak Aleya.

Anita terpinga-pinga melihat perang mulut yang sedang berlangsung. Dia tidak mengerti apakah yang sebenarnya.

“Aku tak peduli, aku cabar kau!” tiba-tiba Roy jadi mereng ajak Aleya berlumba.

Sungguh dia bengang kerana fikirannya yang terawang-awang diterbangkan angin sebentar tadi telah diganggu dengan kehadiran mereka berdua. Dia sedang meratapi kisah silamnya dan sekali gus bersedih hati dengan hubungannya. Dia putus dengan Eina. Gadis itu telah pergi meninggalkannya ikut orang lain. Sedih sungguh!

Kala ini baru Anita ingat. Lelaki itu telah mencampakkan bungkusan milik Aleya ke dalam tong sampah. Tapi silap dirinya juga sebab dia belum mengetahui siapakah Aleya Arisya itu.

“Apa ni?” Anita mencelah.

“Kau diam!” balas Aleya dan Roy serentak.

Anita pula yang kena sergah. Sabar sajalah Anita. Sudah nasib kau.

“Kalau Anita nak tahu, dia ni memang kurang ajar. Suka sakitkan hati orang.”

“Anita? Haha! Patutlah muka macam mangkuk jamban je, suara pulak macam katak puru panggil hujan. Kau pondan kan? haha” Roy melepaskan tawanya.

Anita mula meluat. Tidak disangka dirinya turut diejak. Apakah dirinya tidak cantik seperti Aleya? ‘Amboi! Mentang-mentang aku gemuk kau perli aku ya!’ Anita sedikit kecil hati tapi dia tidak mudah melenting seperti Aleya.

“Kalau dia pondan sekalipun apa you kisah? You tu muka macam jambatan tak siap, belagak macho konon, porahhh,” marah Aleya.

Roy menjuih bibirnya tanda mengejek. Aleya terus menjelir lidahnya.

“Sudahlah! What the hell gaduh-gaduh ni, macam budak keciklah,” Anita mencelah.

“Kau tu besar sangat ke? Oh lupa dah terlebih besar..kah kah kah kah!” terburai tawa Roy tatkala dia melihat tubuh Anita pondan tidak siap.

Ini boleh mendatangkan marah. Sekali ngap baru tahu kau Roy.

“Kau berani sahut cabaran aku ke tak? Kita race, aku tak kisah kau naik apa pun, kereta kuda ke, formula one ke atau kereta control sekalipun aku memang tak kisah, jom race dengan kereta pun aku berani,” petah Roy lagaknya seperti mahu meniru aksi Impak Meksima VS Mat Rempit.

Rasa terbakar jiwa raga Aleya. Walaupun dia seperti wanita, kadangkala perasaannya itu rasa tercabar juga.

“Kak, dia ni yang buang bungkusan untuk akak dalam tong sampah kelmarin.” Anita mengadu.

“Bungkusan?” soal Aleya dan Roy serentak.

Keadaan reda seketika. Otak diperahkan bagi mengingati ucapan itu. Roy dengan lagak mengetap bibirnya. Aleya pula bermain hujung rambutnya. Anita terkedu dengan tiba-tiba.

“Ahh.. bungkusan ke.. hantu bungkus ke, I don’t care, sekarang aku nak kau sahut cabaran aku tu. Ada berani?” ujar Roy.

“Tapi betul ke dia ni yang buang bungkusan untuk akak tu?”

Anita mengangguk.

“So mana bungkusan tu?”

“Anita dah ambil semula, erm Kak Aleya tak payah layanlah dia ni, jomlah balik.. tak sangka pulak Anita salah tegur. Rupanya dia ni tak waras.” Anita mengajak Aleya beredar.

Aleya mengikut nasihat Anita itu maka dia dengan muka selamba terus berpaling dan angkat kaki meninggalkan mamat poyo itu.

Roy cepat-cepat menghalangnya.

“Nanti..nanti..nanti… kau dah ganggu privacy aku so sekarang nak blah macam tu aje? Belanja aku makan KFC!”

“Wei gila! Kenal engkau pun tidak, tiba-tiba minta belanja KFC. Jomlah Anita, sah-sah dia ni tak betul.” kata Aleya sambil menarik perlahan tangan Anita.

‘Sekarang aku dah dapat detect kau! Ooo nama kau Aleya ya.. dan aku rasa aku dah kenal rumah kau. Tunggu!’ desis hati Roy.

Nampak gayanya Roy mahu mengatur strategi untuk kenakan Aleya. Dan dia baru teringat bahawa bungkusan yang dihantar untuknya itu telah dia buang dalam tong sampah.

‘Bukan salah aku, salah budak gemuk tu, eh tapi budak gemuk tu memang terserlah pondannya. Aleya pulak sebiji macam perempuan.. atau dia pun pondan jugak? Eh tak mungkin pondan boleh jadi secantik dia… jatuh hati aku dibuatnya.’ kata hatinya.

Roy memandang Aleya dengan ekor matanya sehinggalah hilang dari pandangan.

***

ROY memijak-mijak lipas yang berkeliaran di dalam biliknya. Dia geli sungguh dengan lipas-lipas itu. 

‘Kenapa tiba-tiba banyak lipas pula ni,’ gerutu hatinya.

Lantas dia mengambil satu objek yang dikenali sebagai nama Ridsect itu terus sahaja disembur ke arah lipas tersebut.

‘Nah! Rasakan!’ suka hatinya melihat segala lipas itu meronta-ronta kelemasan lalu mati.

“Pandan muka kau!” seronoknya dia.

Rongga Roy sendiri tidak tahan dengan bau semburan itu. Hampir pitam dibuatnya maka dia terus meluru keluar dan duduk di sofa bagi membiarkan bau dalam biliknya itu hilang.

“Eh Roy, apa kata kita cari kerja lain, boringlah kerja hantar barang dan surat aje, apa kata kita kerja di fast food pulak, nak? Kerja Pizza Hut ke KFC ke? Atau pun Mc Donalds?” soal Zam dengan tiba-tiba.

Roy merenung wajah Zam yang mempamerkan wajah bosan dengan kerja itu. Mungkin Zam mahu ubah angin dan dia sudah mula rasa tidak selesa melakukan perkerjaan itu lagi.

“Aku rasa biar dulu sebab aku ada agenda ni,”

“Apa pulak agenda kau tu?”

“Kau ingat lagi tak cerita aku pasal perempuan cantik yang marah-marah aku masa aku tengah dating bersama Eina dulu,”

Zam mengangguk.

“So?”

“Aku dah jumpa dia..”

“Cepat betul kau dapat pengganti Eina..” ujar Zam sambil menyisip kopi panas.

Roy mengetap lembut bibirnya.

Agaknya Roy sudah mula jatuh hati pada si cantik manis itu. Atau dia sudah mula ubah selera. Dia sudah mula meminati wanita-wanita seksi seperti Aleya itu. Namun adakah dia akan mendekati Aleya itu tatkala dia masih kebingungan dalam menelaah sama ada Aleya itu lelaki? Sungguh pun begitu Aleya itu memang cantik dalam versi wanita hingga membuatkan Roy terpaut hati.


p/s : tak tahulah best ke tak ni... but penulis still cuba dan cuba lagi ni.. komen pls klu ada yg x kena....... berharap sgt ni...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.