BILA hati sudah tidak suka maka semua benda jadi tidak kena di mata. Geletek ketiak pun sudah tidak boleh ketawa lagi. Apa sudah jadi? Masa bercinta dulu bukan main, kentut pun bau Ambi Pur, tapi bila sudah kecewa kentut boleh bau loji. Dasyat sungguh bahana cinta ini hingga memberi kesan yang amat mendalam sekali pada seseorang yang begitu obses dalam percintaan. Kalau sudah terluka, Ya Ampun sampai tidak lalu makan dibuatnya. Kata orang seperti mandi tidak basah, makan pun tidak kenyang.
Hebat ya bukan? Kerana cinta badan binasa, begitulah yang terjadi pada Roy yang telah jenuh memperjuangkan cintanya suatu ketika dulu bersama Aswad. Roy begitu mencintai Aswad sepenuh jiwa raganya tetapi Aswad langsung tidak mengendahkan dirinya lagi setelah bertemu dengan kekasih baru bernama Intan. Kehadiran Intan adalah punca utama keretakan hubungan cinta Roy bersama Aswad.
Kesian Roy tinggalkan begitu sahaja setelah segala-galanya diberikan. Aswad seorang yang boleh dikatakan durjana di dalam hatinya kerana telah meragut kesucian dirinya. Roy terpaksa menyerahkan itu demi cinta dan harapan tetapi Aswad membalasnya dengan ketidakjujuran dan tidak ikhlas.
Kerana terlalu kecewa yang teramat dalam dia akhirnya mengalah walaupun hatinya begitu terguris dan terhiris. Apa akan jadi pada Roy selepas ini setelah dia merantau jauh meninggalkan desa tercinta? Dia mahu meninggalkan kenangan-kenangan yang telah menyiksa batinnya. Dia perlu membenci Aswad sepenuh hati agar dapat melupakan lelaki yang tidak setia itu. Kekasihnya curang dan dia begitu bengang. Namun rasa bengang itu diganti dengan sikap mahu melarikan diri.
“Kurang ajar kau Aswad!! Kau memang tidak guna! Kau buat aku macam sampah! Suatu hari nanti Tuhan akan balas apa yang telah kau buat pada aku!” kata Roy marah-marah.
Roy merantau jauh hingga ke Kuala Lumpur. Dia mahu memulakan hidup baru agar tiada siapa pun yang tahu sejarah silamnya lagi. Dia mahu kuburkan semuanya agar terus lenyap dan tidak mahu mengunkapkannya lagi.
Roy sungguh berani dan keberaniannya itu telah membuatkan dia terus hidup di ibu kota itu dengan sendiri. Tiada siapa yang menemani perjalanannya itu. Dia mampu berdikari sendiri. Dia boleh!
DALAM waktu yang sama ada seorang insan juga yang kecewa kerana cinta! Aleya begitu tersentap sekali dengan kisah cintanya yang tidak kesampaian bersama Farah. Kerana kecewa dengan cinta itu yang tidak kesampaian maka dia juga membawa diri. Farah gadis yang sungguh cantik dan sopan. Namun disebalik kecantikkanya itu terdapat nilai tidak setia. Dia telah mencurangi Aleya demi mendapatkan cinta orang yang berharta dan juga berpangkat besar, Asraf. Demi Asraf, Farah sanggup mengkhianti cintanya bersama Aleya. Kata Farah, sampai bila dia perlu hidup miskin bersama Aleya yang tidak punya apa-apa itu.
“Tak apa Farah! Kau ingat kau akan bahagia dengan harta orang! Dasar kaki kikis. Habis pokai duit aku dikikis kau! Pisau cukur ya! Tuhan akan balas apa yang telah kau buat!” kata Aleya marah-marah.
Aleya membawa dirinya jauh sekali, dia meninggalkan kampung halamannya dan memulakan hidup yang baru bebas dari cengkaman cintanya itu. Kesian Aleya.
Begitulah gelagat mereka yang kecewa dalam cinta. Sampai bawa diri. Nasib baik bawa diri jauh-jauh dari bunuh diri. Tidak kuasa melayan sikap pasangan masing-masing maka mereka pergi. Pergi dengan membawa sekeping hati yang sarat dengan rasa terhiris dan terguris hingga merobek-robek dinding hati masing-masing.
Merawat luka bukan sesuatu yang enteng kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Setinggi manakah kesabaran yang akan diciptakan oleh Roy dan Aleya? Adakah setinggi bangunan KLCC? Atau hanya setinggi KL Tower? Paling-paling pun biarlah setinggi pokok kelapa saja kalau sudah tidak mampu.
Bermula dari situ maka kedua-duanya berhijrah. Roy bekerja sebagai budak penghantar surat. Aleya pula bekerja sebagai juruwang di salah sebuah pasar raya. Mereka sebenarnya tidak biasa dengan kerja-kerja itu tapi demi belajar untuk melupakan seseorang maka mereka perlu melakukan kerja yang agak luar biasa.
Bukan senang untuk Roy menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur tapi semenjak berkenalan dengan Zam dia rasa lebih bersemangat kerana mempunyai seorang kawan yang mengerti dengan dirinya. Zam mengajar dirinya supaya lebih bersikap tegas dan keras. Dari situ Roy mula belajar banyak perkara yang baru.
“Kau suka awek tak?” Zam menyoal dengan selamba.
“Sorry ar aku tak minat awek,” balas Roy berkerut dahi.
Zam mengangkat keningnya.
“Kau handsome apa, rugi ar kau tak layan awek, takkan kau nak layan balak yang kurang asam.” Zam memuji.
Sudah banyak kali Roy kata dia memang tidak minat perempuan tapi memandangkan kekecewaan yang lalu, apa salahnya dia mencuba kerana lelaki seperti Aswad kekasih lamanya dulu banyak menyakitkan hati jadi mulai sekarang dia belajar untuk membenci lelaki.
Kisah yang berlaku pada Aleya pula hampir serupa cuma keadaannya sedikit berbeza. Dia sedang asyik mengira wang di dalam ‘drawer box’nya lantas datang seorang pelanggan untuk berkenalan dengannya. Ainum namanya. Lantas mereka berkenalan dan perkenalan itu bertukar mesra. Lama-kelamaan mereka menjadi sahabat baik.
Ainum sungguh baik hati. Dia mempelawa Aleya tinggal dirumahnya dan hanya mengenakan sewa yang murah pada Aleya. Oleh itu Aleya tidak perlu lagi tinggal di hostel yang sungguh tidak selesa itu.
“Sekarang kau nampak cantik,” kata Ainum.
Aimun memuji Aleya selepas disolek.
“Kenapa aku perlu nampak cantik?” Aleya bertanya.
“Supaya kau dapat mengorat balak-balak cun dan kaya, kau boleh dapat banyak duit dengan pakej yang kau ada,” balas Ainum.
“Begitu ke?”
“Yelah sebab kau pernah kata yang kau nak lupakan perempuankan, so inilah cara yang paling menyeronokkan hidup di Kuala Lumpur ni, jadi seperti aku,” ujar Ainum.
Maka bermulalah kehidupan mereka dengan penampilan yang baru kerana perasaan mereka yang sebelum ini pernah dikecewakan lalu mereka terus hanyut dalam pesonaliti yang berbeza.
Mesti pelik ya bukan? Pelik dengan nama mereka sendiri. Nama yang sengaja diberikan oleh kawan-kawan mereka. Gelaran yang agak janggal pada mulanya namun perlu dibiasakan. Nampak lagak Roy sudah mula lasak begitu juga dengan Aleya sudah mula melenggok lembut. Roy belajar berjalan dengan mengangkang sedikit kakinya manakala Aleya pula sedang berusaha jalan berkepit lagak ‘catwalk’.
Hari demi hari hati mereka mula senang dengan cara baru mereka. Penampilan yang baru serta watak yang baru. Roy sudah mula kumpul kawan dan mengumpul jumlah awek-awek cun bagi menghilangkan stress sebelum ini. Roy semakin tampan dengan gaya rambutnya mencodak manakala Aleya pula selesa berpakaian seksi dengan rambut yang panjang mengurai. Dia tidak lagi bekerja sebegai juruwang malah diambil bekerja sebagai pembantu di salon kecantikan milik Ainum. Dia diajar cara-cara ‘touch up’ wajah pelanggan. Semakin lama Aleya semakin mahir.
“Cantiknya awak, boleh abang berkenalan,” sapa seorang lelaki yang berbadan tegap sengaja datang ke meja makan Aleya yang sedang enak menjamu selera di kedai mamak bersama Ainum.
Aleya dan Ainum berehat untuk makan tengah hari di situ. Apabila ditegur maka dia mengawal nadanya sebagaimana Ainum mengajarnya. Dikepitkan suara sehalus-halusnya bagi mempersonakan lelaki berkenaan yang sungguh tampan dan kacak itu.
“Duduklah abang, minum-minum dengan we all,” ucap Aleya dengan lemah lembut.
“Sudah lama abang perhatikan you all berdua, abang nak kenal sangat, cantik you all ni, bibir merekah bak delima, susuk badan yang ramping dan tinggi lampai, abang suka tengok. Macam model.” Pujian yang melambung tinggi diberikan oleh lelaki berkenaan yang begitu meminati penampilan Aleya dan juga Ainum.
“Abang tak kisah ke we all ni macam mana?” Ainum mencelah sebaik sahaja lelaki berkenaan duduk.
“Sebab abang tak kisahlah maka abang datang,” balas lelaki berkenaan.
“Nama I Ainum, ini kawan I namanya Aleya,” Ainum memperkenalkan Aleya.
Lantas Aleya menghulurkan tangannya.
“Nama I Zack, nak panggil Abang Zack pun boleh. Lembutnya tangan you, sukalah.” ucap Zack yang agak miang setelah menyelami Aleya.
Aleya terus melirik manja ala-ala ratu lagaknya. Dalam hatinya memuji-muji ketampanan Zack. Kalaulah dia setampan dan sekaya Zack sewaktu ketika dulu pasti Farah tidak akan meninggalkan dirinya. Tapi dia nekad untuk melupakan semuanya. Baginya kegagalan cinta lampaunya adalah satu titik hitam yang sukar untuk dipadamkan.
Zack jatuh hati dengan Aleya. Zack memang suka layan wanita jadi-jadian. Dia memang meminati golongan jenis itu. Sebelum ini Zack pernah bercinta dengan wanita normal tapi dia tidak nampak bersungguh kerana lebih cederung ke arah wanita jadi-jadian ini. Katanya golongan begini nampak seksi dan menawan malah lebih memahami.
Selepas perkenalan di kedai mamak itu, mereka semakin lama semakin akrab. Zack selalu datang menemui Aleya malah selalu keluar bersama. Suatu hari ketika Aleya mahu melangkah masuk ke dalam appartmentnya setelah dihantar pulang oleh Zack, secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang sewaktu dia mahu mencapai telefon bimbitnya di dalam beg tangannya.
“Hei! Buta ke?!” marah lelaki itu.
Aleya berjegil mata kerana telah dikatakan buta.
“You jalan tak tengok orang, main langgar aje,” ucap Aleya.
“Kau yang jalan tak tengok orang, nak salahkan aku pulak,” marah lelaki itu lagi.
Masing-masing bertegang leher tidak mahu mengalah. Berkelahi macam budak kecil saja. Buang karen betul. Masalah bukan besar mana pun. Kecoh saja yang lebih.
Lelaki itu memang marah sungguh kerana surat yang dipegang terlucut dari tangan gara-gara pelanggaran itu. Roy perempuan tomboi sedang lagut menilik surat tetapi dalam waktu yang sama telah bertembung dengan Aleya si perempuan jadi-jadian itu di tangga.
Itulah kali pertama pertemuan mereka. Adakah ini suratan atau kebetulan? Seperti kata sebuah tajuk lagu Melayu itu. Situasi itu berlalu setelah Roy dengan bongkak menjelir lidah ke arah Aleya. Begitu juga dengan Aleya mencemikkan bibirnya tanda mengejek kemudian terus berlalu.
PADA malam yang kian larut, Roy bermenung. Sekali lagi dinding hatinya disentap kuat bila bayangan Aswad muncul di benakknya. Dia sangat bengang, semakin hendak dilupakan semakin parah jadinya.
“Kau memang kurang ajarkan?! Mendera otak aku, susah betul kau nak berambus dari otak aku ini! Kenapa ? Kenapa?!” Roy marah-marah sendiri di dalam biliknya.
Dia tidak henti-henti menyalahkan Aswad berkenaan apa yang berlaku ini. Kerana Aswad dia terpaksa lari jauh dan menjadi seseorang yang baru. Dia terpaksa mengubah minatnya kerana luka dihatinya sudah parah dan tiada lagi ruang untuk insan yang bergelar lelaki dalam hidupnya.
Tiba-tiba pintu bilik Roy diketuk seseorang, mungkin Zam. Roy terus meluru ke arah pintu dan membukanya. Zam tercegat di situ sambil tersengih.
“Eina telefon.” kata Zam.
Lantas Roy mempamerkan wajah bahagia setelah seseorang yang disebut oleh Zam sedang menunggu di dalam talian telefon rumah. Dia terus meluru pantas mencapai gagang telefon.
“Hello,” sapa Roy.
“Hello, Roy ke tu?” tanya Eina di hujung talian.
“Ya, ini Roy, ingatkan awak tak nak telefon saya,” balas Roy sambil menduga.
“Ermm,” Eina mengumam.
“Kenapa, salah ke apa yang saya cakap?”
“Maaflah sebab saya ambil masa untuk hubungi awak, erm esok boleh kita berjumpa tak?” ujar Eina.
“Okey, pukul 8 malam kat Dataran Merdeka, kita jumpa di sana.” Roy memberitahu jam dan lokasinya pada Eina untuk berjumpa nanti.
“Okey,” balas Eina.
Usai itu panggilan dimatikan dan Roy melemparkan senyum puas kerana orang yang ditunggu-tunggu itu mahu berjumpa dengannya. Perkenalan yang tidak disengajakan sewaktu Eina memerlukan bantuan akibat tayar skuternya pancit di tepi jalan. Roy datang membantu Eina dan Roy memberikan nombor telefon rumahnya kepada Eina kerana gadis itu memintanya. Dia terpaksa memberikan nombor telefon rumahnya kerana telefon bimbit yang baru belum lagi dibeli. Telefon bimbit lamanya sudah berkubur sepi di dalam mangkuk tandas.
Malang sungguh.
ALEYA mengeluh panjang. Dia juga tertekan sebagaimana Roy. Dia tertekan kerana gadis yang dicintainya iaitu Farah seorang yang gila harta. Apakah kebenciannya juga membuatkan dirinya pula sukakkan harta. Harta Zack. Kala ini Aleya mendapat segala-gala kemewahan yang diberikan oleh Zack sebagai membalas kesudian dirinya menerima Zack dalam hidupnya.
Diakui bahawa dirinya senang dengan semua itu. Namun sampai bila dia perlu berkeadaan begini. Menjadi wanita jadi-jadian yang memang sukar bertahan. Cintanya terhadap Zack sudah mula berputik. Entah kenapa kali ini timbul cinta teradap lelaki tegap dan tampan itu.
Seorang yang sungguh hebat dan begitu menakjubkan. Aleya terpegun. Zack begitu romantik dan menghargai dirinya. Kasih sayang dari lelaki itu sungguh didambarkannya. Saat Zack mendakap erat tubuhnya, dia berasa hangatnya tubuh itu. Apatah lagi Zack telah beranggapan dia sebagai wanita. Benar-benar seorang wanita sehingga dahinya sering kali dikucup lembut malah cincin juga tersarung di jari manisnya. Cincin yang kononnya dia kini sudah menjadi milik Zack. Simbolik pada perhubungan insan yang bercinta.
“Gelisah aje, why Aleya?” tiba-tiba Ainum menyedarkan lamunannya.
Aleya terus menoleh ke arah Ainum dengan berwajah hambar.
“I don’t know, but…”
“Kau rasa serba salah?” duga Ainum.
Aleya mengangguk perlahan.
“Come on Aleya, kau sudah dapat apa yang sepatutnya kau dapat, dalam dunia ini tiada apa yang lebih penting dari duit, kita akan jadi lebih hina kalau kita tidak pandai mengurus diri kita sendiri tambah lagi kalau kita hidup miskin. Kau beruntung kerana Zack sayang kau, rezeki tersepak. Jangan kau lepaskan peluang ini. Gunakanlah sebaik-baik mungkin.” ucap Ainum sambil bermain dengan hujung rambut.
“Tapi Ainum, kalau perkara ini semakin rumit bagaimana? Maksud aku kalau aku juga akan kecewa dalam percintaan ini.” Aleya menyuarakan kebimbangan.
“Kalau kau berdepan dengan masalah sekalipun kau kena fikir panjang seperti kata pepatah ni, tarik rambut dalam tepung, rambut dapat dan tepung tidak berselerak.” ujar Ainum.
Mendalam sungguh maknanya. Aleya harus menelaahnya dengan penuh kusyuk. Mungkin saat ini Aleya sedang kusut. Dia perlu memberi ruang untuk hatinya bebas buat seketika.
SUASANA di Dataran Merdeka dekat dengan Bangunan Sultan Abdul Samad sungguh indah sekali dengan lampu-lampu neon bercahaya cantik menambahkan seri malam ini. Aleya memberhentikan keretanya di bahu jalan dan menghela nafas dalam-dalam. Malam minggu di Dataran Merdeka ini tidak sunyi malah sentiasa sibuk dengan orang-orang yang melepaskan rasa.
Malam ini dia tidak ditemani Zack kerana Aleya mahu bersendiri. Kala ini Aleya masih berada di dalam perut kereta dan tidakberniat untuk keluar dari keretanya. Tetapi tiba-tiba dia berasa keretanya sedikit bergoyang. Lantas matanya tertancap pada cermin pandang belakang. Dia melihat ada seseorang melabuhkan punggung di atas bonet keretanya. Sungguh tidak sopan orang itu melepaskan penat berehat atas bonet kereta milik Aleya.
“Awak, turunlah dari kereta itu, nanti pemilik kereta marah, ada oranglah dalam kereta tu,” kata Eina.
Roy tidak menyedari bahawa ada orang di dalam kereta itu. Dengan sesuka hati dia bertenggek di situ tanpa menghiraukan perasaan pemilik kereta. Mungkin dia sedang diperhatikan.
“Awak.. tu,” Eina memuncungkan mulutnya.
Roy terus menoleh deras dan matanya terus terjegil sebaik saja Aleya tercegat di situ.
“Hei! You ingat ni kereta bapak you punya ke?” Aleya terus memarahi Roy.
“Memang kereta ni bukan bapak aku yang punya, ini kereta Ahmad Albab yang punya, haha!” ejek Roy yang berseloroh bodoh.
Mungkin Roy berasa sedikti kecewa kerana dirinya ditegur dengan cara yang kasar. Kalau Aleya tidak marah-marah mungkin Roy akur dan menerima kesalahannya.
Aleya merengus geram tatkala Roy terus menggilakan tawa tanpa turun dari keretanya.
“Awak turunlah, nanti dia naik angin pulak dan kalau awak nak duduk, mari duduk atas skuter saya ni aje..” nasihat Eina yang berbadan kecil molek.
“Dengar cakap awek you tu,” kata Aleya yang sedang bercekak pinggang bersama lenggok jarinya yang melentik.
Roy terus turun dari kereta itu dan menoleh ke arah Aleya sambil menjelir lidah. Aleya yang melihat dirinya diejek begitu terus mencemikkan bibirnya. Berdepan dengan orang seperti itu perlukan kesabaran yang tinggi. Masing-masing tidak senang hati.
Aleye terus masuk semula ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjinnya untuk mengalihkan kenderaannya itu sedikit ke depan. Selepas itu fikiran Aleya diterbangkan sang angin tatkala dia menjatuhkan kerusi dan enjin kereta tidak dimatikan. Dia berfikir sampai bila dia perlu jadi begini. Tapi malangnya belum sempat segala-galanya ditelaah kereta kembali bergoyang.
“Eee budak ni nak kena,” gerutu Aleya.
Roy seperti sengaja menyakitkan hati Aleya dengan kembali duduk di atas bonet keretanya. Tanpa belas Aleya betul-betul melepaskan geramnya dengan menekan pedal minyak setelah memasukkan gear.
Roy tidak menyangka bahawa Aleya akan bertindak begitu. Padan muka dia kerana menempah maut. Roy terhumban tapi mujurlah tangannya sempat menahan dari mukanya terus mencecah ke lantai jalan. Cepat-cepat Eina membantu.
“Itulah awak, sengaja buat orang marah sekarang rasakan, biar padan muka awak,” sinis Eina.
“Tak apa, masih banyak masa lagi,” ucap Roy seperti berdendam.
Nampak gayanya Roy memang nakal. Sengaja mahu mengusik Aleya lagi. Dia betul-betul tidak puas hati kerana sikunya sedikit luka akibat perbuatan Aleya itu. Roy tidak langsung berfikir bahawa dia sendiri yang cari nahas. Beberapa detik kemudian dia cuba mengingati wajah itu. Dia seperti pernah jumpa dengan Aleya sebelum ini. Tapi di mana? Dia cuba menggali semula kisah lalu.
MATA Aleya terjegil. Dia terkejut dengan ucapan yang tepacul dari mulut Zack. Hatinya tidak dapat menerima sama sekali kenyataan itu.
“Abang akan tetap jaga Aleya walaupun abang terpaksa berkahwin dengan orang pilihan orang tua abang,”
“Mana mungkin bang. Bila abang sudah kahwin pasti abang akan lupakan Aleya. Siapalah Aleya ni bang. Nanti kalau orang tua abang tahu siapa abang sebenarnya dan masa depan abang akan musnah, begitu juga dengan Aleya bang. Aleya tidak sanggup melihat abang merana selepas ini, jadi biarlah Aleya bawa diri ini bang,” ucap Aleya yang hampir menitiskan air mata setelah tubir matanya bergenangan.
Zack cepat-cepat menyekanya dari terus meleleh.
Saat ini Zack berada di appartment Aleya. Kekaksih hatinya itu berterus terang menyatakan kebenaran. Dia akan berkahwin tidak lama lagi. Sungguh pedih dirasakan Aleya. Kebahagiaannya bakal diragut lagi.
Zack terus mendakap erat tubuh Aleya. Dia membelai-belai rambut Aleya. Dulunya rambut palsu tapi sekarang rambut asli. Aleya menyimpan rambutnya hingga panjang.
“Abang tidak akan tinggalkan Aleya, percayalah. Abang akan bahagikan kasih sayang abang ini untuk Aleya juga,” kata Zack meyakinkan Aleya.
“Tidak, Aleya tidak mahu kasih sayang abang berbelah bahagi.” balas Aleya.
Jantungnya berdetak deras menahan debaran. Dia bakal berpisah dengan Zack yang telah dianggap sebagai suami dalam hidupnya.
Zack menyeka lagi air mata Aleya.
“Jangan bazirkan air mata menangisi semua ini, Abang berjanji pada Aleya yang abang tidak akan abaikan Aleya.” ucap Zack dengan lembut sekali tutur katanya.
Aleya terus mendakap erat tubuh Zack seperti tidak mahu melepaskannya lagi. Rasa sayang dan cintanya terhadap Zack menggunung tinggi dan gunung itu pula bakal musnah sedetik lagi.
***
AINUM baru balik dari berjumpa kawan-kawannya. Sebaik sahaja dia membuka pintu appartment, dia melihat Aleya teresak-esak di atas sofa. Lantas dia mendekati Aleya.
“Kenapa menangis ni?” Ainum menyoal.
Aleya terus menerus menangis tidak henti-henti. Lantas dia memeluk Ainum demi melepaskan perasaan.
“Ainum….” sebutnya.
Entah mengapa Aleya begitu sensitif dan mudah menangis. Perasaannya sudah menjadi seperti wanita yang mudah tersentuh. Mungkin ia adalah kesan dari pil horman yang ditelannya selama ini.
“Sabar..sabar Aleya,” Ainum cuba menenteramkan jiwa Aleya yang sedang bersedih.
“Zack akan kahwin…” ucap Aleya dengan sedih sekali.
Ainum tergamam mendengarnya. Tidak disangka kisah cinta Aleya bersama Zack bakal berakhir. Namun apalah yang boleh Aleya lakukan kerana Aleya bukan wanita sempurna yang boleh memberikan segala-galanya buat Zack. Aleya bukan wanita malah tidak boleh beranak. Mungkin pintu hati Zack sudah terbuka untuk berkahwin dan Aleya harus merelakannya.
Aduhai. Kesiannya Aleya. Dia begitu mencintai Zack namun Zack bakal berumah tangga pula. Aleya berdegil menolak janji Zack. Baginya biarlah Zack hidup dengan bakal isterinya dan melupakan dirinya. Dia tidak mahu menjadi punca keretakan rumah tangga Zack nanti. Biarlah dia beralah walaupun hatinya terhiris-hiris lagi. Kecewa dengan cinta begini.
p/s : percubaan cerpen kedua. penulis berharap mendapat komen dari pembaca mengenai cerpen ini. Penulis ingin belajar jadi kalau salah tolong tunjukkan. komen membina dpt membantu saya untuk terus berkarya. Terima kasih...