Entri Terkini :

Cerpen : Cerita Indahku?



MENGAPA dunia ini aku rasakan begitu kejam? Mengapa semua ini harus terjadi pada diriku? Lihat saja anak-anak yang lain mendapat kasih sayang dari ibu bapa, mengapa tidak aku? Inilah persoalan hidupkan yang sering menjengah di benakku tatkala air mata menitis deras jatuh berderaian di pipi.

Aku melihat alam ini terasa gelap sekali. Tiada sinar kebahagiaan yang setia menyuluh perjalanan hidup ini. Tiada kata-kata indah yang aku dengar melainkan maki dan sumpah seranah diterima olehku hari-hari. Dari kecil hingga dewasa beginilah nasibku. Diriku telah kenyang dengan sepak terajang dari ayahku sendiri. Ke mana lagi tempat inginku mengadu sedangkan ibuku sendiri juga menerima nasib yang sama.

“Jangan main pelita!” laung si ayah dengan penuh rasa geram.

Aku bermain dengan pelita untuk menerangi malam di aidilfitri. Hanya aku dan adik aku sahaja di halaman rumah. Aku berasa bahagia sangat dapat menyalakan pelita yang dibeli oleh ibu. Aidilfitri tahun ini begitu diharapkan akan ada perubahan yang berlaku.

“Aku kata jangan main pelita kat sini! Kalau terbakar rumah siapa nak jawab?! Bodoh!” begitulah kata-kata si ayah. Perkataan ‘bodoh’ yang terpacul dari mulutnya amat merentapkan jantungku ini. Terguris sama sekali. Aku masih kecil pada waktu itu, baru berumur 8 tahun.

Hakikatnya aku tidak langsung menyalakan pelita di birai rumah. Aku dan adik aku ditarik telinga. Dipulas habis-habis. Ya Allah! Sakitnya yang aku rasakan seperti cuping telingaku mahu tercabut.

“Ayah sakit ayah sakit..” aku mengadu kesakitan tapi tidak dihiraukan oleh si ayah.

Adik aku juga menangis kerana telinga dipulas kuat. Air mata berderaian tiada siapa yang peduli. Ibuku masih di dapur membuat kuih muih untuk hari raya. Kanak-kanak sepertiku mahukan kegembiraan bukannya penderitaan. Dan itulah yang ayah aku hadiah.

“Aku kata jangan melawan,” kata ayahku lagi kerana aku menolak-nolak tangannya dari terus menarik telingaku. Aku tidak tahan, aku sakit sangat.

“Ayah sakit ayah sakit.. tolong ayah lepaskan sakit sangat,” kata adik bongsuku yang berusia 4 tahun turut menjadi mangsa.

Adik tengahku bernama Nazri diterajang sampai ke dinding rumah. Adik bongsuku Nazmi pula ditampar berkali-kali. Aku dirotan dengan berulang-ulang.

“Ayah sakit,” adu aku.

“Ayah, jangan rotan abang Nafli, abang sakit,” ujar adik tengahku yang tidak tergamak melihat aku meronta kesakitan.

Sungguh azab waktu itu. Aku didera dengan sekejamnya. Kemudian apabila ayahku mendengar Nazri membela aku, kepala kami tiga beradik dihantuk serentak. Seperti hendak pecah tengkorak kepala itu.

Aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana waktu itu aku sungguh kecil dan terlalu lemah untuk berlawan.

Mulai saat itu aku jadi takut. Kenapa ayah aku jadi begitu. Kenapa kami menjadi mangsa. Aku ingatkan bukan setakat itu sahaja malah ibu aku turut diterajang gara-gara mempertahankan kami bertiga. Ayah apakah ini?

Selama itu aku kemurungan. Ibu menyapu ubat di kepala aku yang berdarah kerana terhantuk pada bucu meja. Sungguh sakit teramat sangat. Tuhan saja yang tahu. Aidilifitri tiada makna buatku dan adik-adik aku. Fobia dengan keadaan aku dan adik aku tidak dibenarkan keluar beraya. Duduk dirumah sahaja.

Bayangkanlah hari mulia itu kami tidak dapat bersuka ria. Untuk apa lagi? Badan aku luka, kepala berbalut hanya disebabkan pelita di Aidilfitri.

Tiga hari selepas itu.


“NAFLI, jangan nakal-nakal nanti ayah pukul lagi,” pesan ibuku bernama Naimah.

Aku lihat mata ibuku lebam-lebam. Mungkin dipukul oleh ayah malam tadi. Adik aku memeluk aku sepenuh hatinya kerana terharu melihat keadaan aku yang luka itu.

“Abang, jangan sedih, adik kan ada, nanti kita main sama-sama ya, kita main bola selipar. Nazmi pun nak main juga, nanti kita ajak Ahmad sekali main dnegan kita baru cukup orang,” kata Nazri.

Aku merenung lemah ke dalam mata adikku. Dia menangis semasa mengucapkan perkataan itu.

“Adik, abang kan tempang, kepala pun berbalut lagi, macam mana nak main dengan adik,” kataku.

Ibu aku mengesat air matanya. Aku tidak tahu waktu itu apa akan jadi kalau ayah tahu aku dan adik-adik mahu bermain di laman rumah. Hanya untuk bersuka-suka.

Nazri menangis sebab aku tidak mahu bermain bersama-sama. Sedih pula aku tengok adik-adikku. Nazri merapati Nazmi yang sedang melipat-lipat kertas bermain origami membuat sebiji kapal kertas. Aku sungguh kagum sekali kerana adik aku yang berusia empat tahun itu sudah pandai buat kapal kertas.

Di luar hari hujan. Di depan rumah air sudah naik, banji cetek sahaja. Aku lekas bangun untuk melihat air yang mengalir itu dari beranda rumah dengan kaki yang terhincut-hincut.

“Adik… cepat letak kapal kertas tu, kita tengok dia belayar,” aku memanggil adik bongsuku itu untuk melepaskan kapalnya.

Nazmi terus berlari-lari riang. Dia mahu lepaskan kapal kertas itu sambil diperhatikan ibu aku.

“Anak-anak mak main elok-elok, mak nak masak ya, along jaga adik,” pesan ibuku.

Aku menoleh sambil melembarkan senyuman yang terpaksa. Aku cuba gembirakan hati aku.

Nazri bersorak riang sebaik sahaja Nazmi melepaskan kapal kertasnya.

“Mana adik belajar buat kapal?”

“Adik belajar dengan Abang Ahmad.” Katanya.

Lantas mataku tertancap mata Ahmad yang melambai-lambai dari beranda rumahnya. Aku lihat banyak sekali kapal kertas yang telah dia lepaskan. Bila sampai sahaja di kawasan yang tidak berbumbung maka ia terus rosak kerana ditimpa hujan. Nazri ketawa mengekek.

“Adik, jom kita buat lagi,” Nazri mengajak Nazmi.

“Jom,” balas Nazmi.

Aku terasa bahagia melihat kegembiraan adik-adikku aku yang sungguh comel walaupun badan mereka juga tercalar dengan bekas rotan.

Aku turut ikut mereka. Aku dan adik-adik buat kapal kertas. Kali ini kami buat sungguh banyak. Adik aku masing-masing ada lima kapal, aku ada tiga sahaja. Cukuplah.

Kemudian kami kembali semula ke beranda rumah. Adik aku tidak sabar-sabar lepaskan kapalnya. Aku melihat Nazmi menolak-nolak Nazri berebut untuk melepaskan kapal.

“Adik, jangan gaduh-gaduh, biar abang lepaskan dulu,”

“Mana aci,” kata mereka serentak.

“Okey kita lepas sama-sama. Tengok kapal siapa dapat bertahan,” kataku.

Kemudian aku dan adik-adik melepaskan kapal.

Nazmi melompat-lompat riang dia berharap kapalnya yang menang. Aku sekadar menyahut cabaran sahaja. Tidak berharap untuk menang.

Tiba-tiba suatu yang tidak dijangka, ayahku pulang awal. Dia balik dengan berwajah garang. Dia yang kebasahan ditimpa hujan itu terus bergegas turun dari motornya. Topi keledar yang dipakainya dibuka. Dia pegang topi itu dan meluru ke arahku. Terus dia ayunkan topi itu tepat singgah ke pipiku.

Aku tidak sempat mengelak. Rahangku seperti mahu patah. Aku mengusap pipiku. Aku meronta sakit terus rebah ke lantai. Nazmi dan Nazri dibedal dan dihantukkan kepala ke dinding. Ya Allah! Apakah semua ini? Tekanan apakah yang ayah aku alami?

Darah tidak henti-henti mengalir dari mulutku. Darah hasil dari gigiku yang patah. Gusi aku luka. Sakitnya bukan kepalang.

“Aku bagi duit beli buku untuk menulis bukan koyak-koyakan buat benda bodoh ni!” pekik ayah aku.

Dia marah-marah tatkala adik-adik aku tersedu-sedu menangis. Buku yang sudah tidak elok aku koyakkan untuk buat kapal. Bukan buku yang baru. Aku cuba menerangkannya tapi tidak berdaya kerana mulutku sakit sekali. Sebatang gigiku telah patah.

Mendengar rengetan anak-anak yang menagis, ibuku dari dapur terus meluru keluar. Aku terbaring di lantai tapi mataku bisa melihat lagi. Aku nampak ibu aku ditampar berkali-kali.

“Kau ni ibu yang bodoh! Tak tengok ke anak-anak membazir?! Aku cari duit tapi korang sia-siakan duit yang aku bagi!” Ditarik-tarik rambut ibuku.


AKU berasa sedih teramat sangat kerana aku masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam itu dan sejak hari itu aku hidup tanpa sebatang gigi di depan. Aku di sekolah sering diejek oleh kawan-kawan.

“Nafli tak ada gigi, Nafli tak ada gigi, wekkk,” ejek mereka.

Aku tertekan sangat apabila diejek sedemikian. Mereka tidak tahu kenapa aku tidak ada gigi tapi Tuhan tahu.


Selepas pulang dari sekolah aku lihat ibu aku setia menunggu di luar pagar tercari-cari kelibat aku. Ibu aku sayangkan aku dan adik-adik. Kemudian aku aku lihat adik bongsuku Nazmi melambai-lambai ke arahku. Mungkin dia sedang beritahu ibuku bahawa aku ada di sini.

Aku nampak dia turun dari motor dan berlari ke arahku sambil memanggil-panggil perkataan ‘abang’.

“Abang….” panggilnya sambil tersenyum-senyum.

Aku rasakan adik aku memang sayang pada aku. Dia juga seperti sudah mengerti perasaan yang aku alami ini. Seksaan demi seksaan aku terima.

Aku turut berlari mendapatkan adik aku. Mahu saja aku mendakap tubuhnya nanti. Aku ingin peluk erat-erat kerana aku sangat sayangkan adik aku yang comel itu. Kemudian aku dengar ibu aku menjerit kuat dari atas motor buruk.

“Nazmi!!!!!!!!!”

Kala ini aku terus menoleh ke kiri jalan dan aku nampak sebuah kereta meluru laju. Aku yakin kereta itu tidak sempat brek sebaik sahaja melihat adik aku melintas jalan.

Aku sebak dan terkejut. Adik aku terpelanting dilanggar kereta. Dan tercampak ke bahu jalan berlumuran darah. Aku cepat-cepat berlari ke arah adik aku. Orang ramai yang berada di situ tergesa-gesa merapati adik aku.

“Tepi!! Tepi!!” pekik aku.

Aku meriba adik aku yang tercungap-cungap. Tubuh kecil itu kian parah dan berlumuran darah. Kaki dan tangannya patah.

“Adikkk!! Adikkk!!! Buka mata dikk buka mata tu, tengok abang ni,” kata aku.

Adik aku tidak membalasnya malah mata itu terpejam rapat. Rapat sekali dan tidak akan terbuka lagi. Aku menangis. Adik aku pergi! Adik aku pergi! Ya Allah aku sudah kehilangan seorang adik yang aku sayangi.

“Adik…!! Jangan tinggalkan abang adik, jangan mati jangan mati adik… buka mata dik,” aku cuba sedaya upaya menyuruh adik aku membuka matanya namun sia-sia.

Tiada apa lagi ungkapan yang dapat aku lafazkan melainkan kesedihan yang teramat dalam. Aku dan Nazri sedih meratapi pemergian adik bongsuku itu. Kini tinggal aku dan Nazri sahaja. Semenjak hari itu ayah aku tidak henti-henti salahkan aku. Kehilangan Nazmi adalah berpunca dari aku.


SETELAH beberapan bulan kemudian, seorang ayah yang bernama Nasir masih tidak dapat menerima takdir itu malah aku sering dipukul dan bertambah malang lagi wajah ini sudah tidak sempurna lagi. Wajah ini sudah berparut kerana disimbah dengan air panas.

Aku disimbah dengan air itu kerana telah melafazkan perkataan yang amat ayah aku tidak senanginya dan membuatkan darahnya naik dan panas.

“Ayah jahat!” kata aku yang telah lama memendam rasa. Aku beranikan melafazkan perkataan itu kerana nasi lemak dalam bekas yang ibuku hendak niagakan itu ditendang sampai berteraburan butir-butir nasi ke lantai.

Di subuh hari itu adalah hari yang amat mengguriskan hati aku kerana ibuku aku menangis teresak-esak sambil mengutip sisa-sisa nasi lemak yang masih boleh dipakai lagi. Sungguh zalim tindakan ayah aku itu. Aku sendiri tidak tahu kenapa semua itu terjadi. Kenapa sampai begitu sekali ayah aku lakukan.

“Abang..kenapa abang aniaya saya sampai macam ni?” aku dengar rintihan itu.

Ayah aku berkceak pinggang di depan ibu. Aku yang masih terbaring lemah buat-buat tidur. Aku dengar setiap ucapan itu.

“Kau isteri yang bodoh! Lembap! Aku suruh kau buatkan kopi! Tapi kau buatkan teh!”

“Serbuk kopi dah habis bang, macam mana saya nak buatkan abang kopi,” balas ibuku.

“Kau menjawab ya!! Nah!” bentak ayahku.

Aku dengar bunyi tamparan. Ibuku ditampar. Ya Allah! Mahu sahaja aku bangun dan mendapatkan ibuku tapi aku taku aku pula akan jadi mangsa. Lantas aku biarkan sahaja.


MASA berlalu dengan pantas dan tanpa aku sedar, aku telah terlantar di hospital gara-gara dipersalahkan. Waktu itu aku sudah tidak tertahan lagi. Wajahku berbalut. Di sekeliling aku ada ramai orang termasuk anggota polis. Kes penderaan yang berlaku ke atas diriku dibicarakan. Bila diselidik, badan aku sudah penuh dengan bekas-bekas rotan dan parut-parut bara rokok.

Aku tetap tidak mengerti apa-apa. Bagi aku itulah kasih sayang seorang ayah yang mahukan anak-anaknya mendengar kata. Kalau tidak dengar cakap memang kena pukul. Ayah aku memang mengajar anak-anaknya dengan sepak terajang.

Paling memeranjatkan aku. Dunia ini bagai bergegar dan jantung ini bagai mahu luruh bila mengetahui Nazri sudah tinggalkan aku. Bukan setakat itu sahaja, ibu yang aku sayangi juga pergi selamanya.

Ibu aku dibunuh dengan kejam sekali dijerut dengan tali pinggang dan mayat ibukku dibuang ke dalam perigi manakala Nazri disembelih seperti binatang turut dicampakkan ke dalam perigi yang sama.

Ya Allah Ya Tuhanku, sampai sekarang aku trauma Ya Allah. Aku sedih dan tidak henti-henti menyalahkan ayah aku tapi aku tidak dapat melawan takdir ILAHI. Kejadian itu sudah 25 tahun berlalu. Aku hidup bagaikan anak yatim piatu,walaupun ayah aku masih ada. Ayahku dikawal rapi di hospital bahagia. Kenapa dia tidak digantung sampai mati saja?! Kenapa perlu dibiarkan hidup? Kenapa? Kenapa?!

Kata doktor, ayahku mengidap penyakit tekanan jiwa, dia melakukan pembunuhan diluar kawalan. Boleh ke macam itu? Tidak! Aku mahu dia mati! Mati ditali gantung!!!!

“Naf..” panggil Ahmad.

Aku menoleh deras dengan wajah yang cukup geram aku paparkan.

“Kenapa?!” jawabku kasar.

“Kau kena teruskan hidup, semuanya dah berlalu Naf..” nasihat Ahmad,

“Mana boleh! Aku mahu ayah aku didakwa! Aku tidak mahu dia terus hidup walaupun dia sudah gila! Gila!!! Aku tak akan lupakan apa yang dia telah buat pada aku! Sampai sekarang aku memang tak boleh lupa, kau tengok ni! tengok! Parut ini masih kekal di sini tau tak! Aku tersiksa!” ucapku dengan penuh emosi kerana wajah aku sudah cacat.

Aku mengenggam tanganku sendiri sekuat-kuatnya. Tiada siapa yang dapat memahami perasaan aku.

“Tuhan ada Naf, Dia Maha Mengetahui segala-galanya,” Ahmad masih menasihati aku.

Terus terang aku katakan, semasa aku belajar di UK dulu pun aku cuba lupakan semua ini tapi ia tetap menghantui aku. Tidak akan selamanya aku perlu hidup begini. Hidup dalam ketakutan. Bayang-bayang ayahku sering berlegar di fikiranku. Aku perlu berbuat sesuatu.

“Aku nasihatkan kau supaya bertemu dengan doktor pakar, aku tidak mahu hidup kau tertekan Naf, kau kena dekatkan diri dengan ALLAH, biar Dia uruskan perbuatan orang-orang yang pernah menyiksa hidup kau,” Ahmad tidak putus-putus menasihati aku.

Ya! Aku tahu hanya Ahmad yang dapat menyelami sedikit perasaan aku ini. Dia bersahabat dengan aku. Kami seperti adik-beradik. Keluarganya menjaga aku dari kecil sampai besar. Memang semenjak peristiwa itu ayah dan ibu Ahmad pindah ke Kuala Lumpur dan aku hidup di situ dan bersekolah di situ sehinggalah daku dapat melanjutkan pelajaran ke UK. Kini aku berjaya membuka perniagaan sendiri.

Aku akan membalas budi dan jasa mereka yang menjaga aku dan menatang aku bagai minyak yang penuh.

Terima kasih buat ayah dan ibu Ahmad.

Mungkin betul kata Ahmad. Aku perlu biarkan semua ini. Aku perlu hidup dan menguruskan hidup ini. Biarlah parut ini menjadi sejarah untuk aku hidup lebih kuat.

Diari buat ibu, Nazri dan Nazmi.

Ibu, anakmu ini mengharapkan dirimu damai di sana, begitu juga buat Nazri dan Nazmi adik yang sangat amat sayangi dan rindui selalu. Nafli dapat rasakan bahawa ibu, Nazri dan Nazmi di dalam pelukan bahagia di Syurga. Abang harapkan adik-adik abang tidak pernah lupakan abang.

Adik, andai suatu hari nanti Tuhan menjemput abang kembali, abang mahu bertemu dengan adik-adik abang. Ibu, Nafli rindu ibu.

Doaku buat ibu.

Ya Allah Ya Tuhanku, damaikanlah ibuku, lapangkan dadanya. Rahmatilah rohnya.

Doa buat adik-adik abang.

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menyangi mereka, hanya merekalah yang menemani waktu kecilku yang hanya berkesempatan untuk beberapa detik sahaja. Berikanlah mereka kebahagiaan. Bebaskan diri mereka dari cengkaman derita itu. Aku tahu KAU Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin…

Ampunkan aku ibu, maafkan aku ayah...

(Aku tidak bisa melupakanmu ayah. Aku memang tidak bisa lelapkan mata tatkala tragedi itu menimpa diriku itu kekal terbayang di minda ini. Puas aku cuba mengusirnya tapi tidak berhasil.)


Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.