Entri Terkini :

Puisi : Fahamilah Dari Hati

 

Aku lelaki yang egois, aku juga lelaki yang mudah menangis.
Sekiranya kau benar, lihatkanlah aku kebenaranya,
Andai aku yang salah, tunjukkan aku kesalahannya..


Diriku insan biasa tidak punya kekuatan untuk menahan gelora yang mendatang dan diriku juga insan yang lemah kerana tidak seperti karang yang teguh di lautan.


Di sini aku setia mengharapkan tanganmu itu, 
hulurkanlah padaku dan tariklah aku keluar 
dari lembah kehancuran ini.


Temanku…
Jangan biarkan aku tersiksa 
dan merana di sepanjang liku kehidupan ini.
Usahlah kau ragukan keinsafan yang telah aku luhurkan itu,
kerana aku bukanlah Malaikat yang sentiasa patuh pada Tuhan,
aku hanyalah seorang manusia yang punya noda dan dosa.


Temanku,
Harap kau mengerti ini bukan ku pinta..


Temanku,
Semua ini bukan kehendakku. 
Dan aku mahu kembali ke jalan yang lurus.
Mata-mata runcing itu membalas cela kepadaku
Dan hati-hati itu menghina diriku.


Salahkah aku? Andai aku terus begini, berdosakah aku?
Warkah pilu dari hati aku calitkan bersama sebuah rindu pada ILAHI.

Mohon diampunkan nota hitam yang lalu oh Tuhan.


Doakan aku bahagia 
dan Izinkanlah aku meniup seruling cinta abadi ini.

Agar aku setenang air di kali untuk selama-lamanya.

p/s: apa yang aku merepek ni??? sabarjelah macam dah tak ada kerja dah siap berpuisi lagi.. hahaha x pe ar, asalkan korang faham maksud yang hendak aku sampaikan itu...klu x fhm buat2 la faham.. hehe..

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.