Entri Terkini :

Dari hati sahabat


Salam.. terima kasih buat semua yang mengunjungi blog ini. Mungkin kewujudan blog saya ini adalah begitu asing bagi kalian kerana ia adalah blog penulisan saya. Saya baru belajar menulis dan kalau ada salah dan silap harap diberikan tunjuk ajar.

Saya ucapkan ribuan terima kasih bagi teman-teman yang meminati karya sulung saya di blog ini berjudul DILEMA. Komen-komen yang saya terima sungguh memberangsangkan dan membuatkan saya bersemangat untuk terus berkarya. Di samping itu juga, saya dapat memperbaiki kelemahan yang ada sedikit demi sedikit.

Soalan buat saya.

Nak panggil apa ni?

Panggil Chad je :-)

Sudah lama ke Miqael menulis?

Saya baru saja belajar menulis. Hope you all dapat memberikan komen yang membina. Kalau komen yang tak membina pun saya terima juga. I means kritikan yang boleh membantu saya memperbaiki mutu karya saya yang seterusnya.

Miqael ni orang mana? Gambar tak ada ke?

Bukan niat saya untuk menyembunyikan identiti, tapi saya lebih selesa untuk tidak dikenali. Saya tak sombong dan saya orangnya biasa je.. Kalau na orang tegur.. saya okey je.. saya akan jawab tapi kalau bab gambar atau latar belakang maybe tak adalah kot. Rasanya taklah penting sangat kan? kan? Kenal kat sini je ek?? :-*


Kalau asal kat mana tu, mungkin bolehlah saya beritahu.. saya orang Kuala Terengganu.. hehe..

Novel DILEMA tu terlalu berat persoalannya dan novel macam itu tidak akan dapat dipasarkan. Kenapa tulis juga novel macam tu?

Ehem-ehem.. saya menulis sekadar nak hiburkan hati je, ingin memenuhi minat saya sendiri di samping ingin menyampaikan mesej dalam penulisan kepada pembaca, but kalau ada penerbit yang sukakan karya saya dan mahu menerbitkannya silakan.. boleh je contact saya kat FB

Bila start menulis? Dan mana dapat idea menulis enovel DILEMA tu?


Baru je.. dan memang karya saya tak setanding karya-karya yang hebat dipasaran. Minat ini berputik dah lama cuma peluang sahaja yang tak ada. Saya setahun jagung. Masih mentah. Idea tu datang dari seorang sahabat dan dia sudi berkongsi dengan saya. Selalu membantu saya. Dan tidak lupa juga buat teman-teman yang lain yang sentiasa menyokong saya.


Siapakah penulis IDOLA Miqael?


Ramai.... dan penulis yang paling saya minati adalah Ahadiat Akashah... hehe.. dan saya juga banyak belajar dari penulis-penulis yang lain. hope dapat sifu yang boleh membimbing saya di dalam penulisan ini suatu hari nanti.

p/s: inilah serba sedikit yang dapat saya jawab buat masa ini hehe mcm artis la plak... gurau je... jgn marah ye.. erm, kalau yang sudi like facebook saya.. silakan... hidupku di sini adalah kerana kalian.. saya sayang semuanya...

Selamat mengikut kisah e-novel kedua saya berjudul Takdir Atau Pilihan dan sinopsis ceritanya akan saya posting tidak lama lagi.. hope kalian dapat memberikan komen kepada karya saya.

salam untuk semua.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.