Entri Terkini :

E-Novel : Takdir Atau Pilihan (Prolog)

PADA detik 9.30 malam pada musim tengkujuh, telah lahir seorang bayi yang ditunggu-tunggu selama sembilan bulan sepuluh hari itu dengan penuh kesabaran. Kelahiran itu bakal mewarnai kehidupan sepasang suami isteri. Bayi comel itu disambut hebat oleh seorang bidan kampung bernama Mak Piah. Cahaya mata pertama keluarga Mustafar itu bakal menyinari ruang hati si suami dan si isteri.
Kesakitan dan keperitan Syaziela ketika melahirkan bayi itu berakhir dengan senyuman tatkala mendengar tangisan bayi comel itu. Anugerah ALLAH SWT tidak terkira nilainya.
Mustafar yang keresahan di luar bilik terus meluru masuk setelah mendengar tangisan bayi. Tidak dapat dibayangkan betapa bahagianya wajah itu yang kini bergelar seorang ayah.
Sorotan mata Syaziela yang masih lemah tapi mampu memandang Mustafar yang sudah tercegat di depannya.
Syaziela bersabung nyawa ketika melahirkan bayi tersebut. Pengorbanan itu berlangsung hebat dan tidak terkira tinggi kesabarannya tika menanggung sakit yang teramat sangat. Bukti kasih dan cinta seorang ibu yang melahirkan seorang bayi dapat menggambarkan betapa agung dan indahnya kasihnya ibu.
“Mak Piah…” panggil Syaziela dengan lembut tatkala menahan kesakitan.
Seluruh tubuhnya lemah. Segala tenaganya sudah dikerah habis-habisan. Kini terpancar sinar gembira di wajahnya setelah melihat bayinya.
“Zie, anak kamu sungguh comel..” puji Mak Piah.
Terasa sungguh bahagia setelah Tuhan mengurniakan mereka seorang cahaya mata yang sungguh comel sekali sebagai bukti cinta mereka berdua. Mustafar masih terpekong di muka pintu. Tidak sabar mahu menatap wajah bayi yang dikatakan comel itu.
“Mesti perempuan bukan?” duga Syaziela yang memang mengharapkan anak yang dilahirkannya itu adalah seorang bayi perempuan.
Sejak awal lagi dia mengimpikan seorang anak perempuan. Mahu dinamakan anaknya itu sebagai Aleysa. Keyakinannya itu memaksa dirinya untuk terus berharap.
Mak Piah tahu benar bahawa Syaziela memang menginginkan anak perempuan namun takdir ILAHI anak yang dilahirkannya adalah seorang bayi lelaki.
Mak Piah menggeleng. Dan jawapan itu amat mendukacitakan hati Syaziela. Mustafar pula melongo kerana si suami juga mahukan anak perempuan. Walau bagaimanapun Mustafar tetap redha dengan ketentuan ILAHI. Ia satu takdir, bukannya pilihan.
Harapan Syaziela untuk menimang bayi perempuan tidak kesampaian. Hajat itu terkubur sepi bersama wajah kendur yang begitu jelas dipamerkan. Punah dan hancur luluh impian itu yang hanya tinggal impian.
Sejak kelahiran itu Syaziela tidak mahu beranak lagi. Tidak mahu ia berulang. Biarlah dia bersama suaminya menjaga, mendidik dan mengasuh anak yang satu ini dengan penuh kasih sayang.
“Adam… jangan main di tepi longkang itu, nanti kotor,” larang Syaziela.
Adam Mursyid gerangan nama diberi. Kini dia sudah berusia lima tahun. Adam tidak seperti kanak-kanak lain kerana dia gemar bermain sendiri dan tidak mahu diganggu. Adam suka bunga dan sering meretas bunga di jambangan rumah jiran. Kadang-kadang jiran naik marah, tapi apa boleh buat Adam masih kecil dan masih belum mengerti.
Anak kecil itu terus berlari mendapatkan ibunya setelah di larang dari terus bermain di tepi longkang. Apa faedahnya dia mengambil air longkang dan dimasukkan ke dalam tempurung kelapa. Ini mesti mahu main masak-masak. Desis di hati Syaziela
Biarkanlah.
“Habis kotor baju anak mak, ishh.. mari masuk.. mandi, sudah senja ini tidak elok main di luar,” ucap Syaziela dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
“Mak, Adam mahu bunga..” tutur Adam.
“Ya.. nanti mak belikan bunga plastik, Adam cakap saja hendak berapa banyak, mak akan dapatkan,” kata Syazila sambil mendukung Adam yang comel itu.
“Mahu banyak,” kata Adam.
Manja sungguh si anak yang tidak pernah dihalang kemahuannya itu. Malah sanggup diberikan apa sahaja untuk anaknya termasuk permainan masak-masak untuk si kecil itu.
Syaziela menguntum senyum melihat wajah si anaknya dengan penuh rasa bahagia.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.