Entri Terkini :

E-Novel : DILEMA (Bab 9)


MASIH tersengih-sengih nampaknya si Suraya ini ruang mejanya setelah dia termimpi-mimpikan si jejaka tampan itu pada lewat malam tadi. Lenanya yang telah diulit mimpi yang indah sentiasa terbayang-bayang di matanya hingga ke saat ini.

“Alamak! Bos dah sampai,” katanya sendiri.

Dia hairan benar, selalunya Amran akan terpekik-pekik memberitahu Murkiz sudah tiba ke pejabat. Tapi pagi ini tidak pula. ‘Mungkin dia terasa dengan aku kot..Hurmm’ keluhnya.

“Selamat pagi bos..” ucap Suraya.

Mukriz berjalan hambar melintasi Suraya yang terjegat di mejanya. Kemudian Mukriz mengangguk perlahan tetapi tidak membalas pula ucapan itu.

Cepat-cepat dia menghadap wajah bosnya lalu membuka pintu untuk Mukriz yang berwajah kendur itu. Suraya kebingungan. Wajah Mukriz lain macam saja seperti tidak ada mood. Jalan pun menunduk saja tidak seperti selalu. Kenapa agaknya?

Sejurus itu Mukriz duduk di kerusinya tanpa sebarang bicara dan tanpa ucap selamat pagi. Suraya menggaru kepalanya sedangkan Mukriz pula terus memusingkan kerusinya menghadap ke bangunan pencakar langit itu.

Saat ini Suraya berada di dalam ruang pejabat Mukriz.

“Suraya..” sebut Mukriz lembut.

“Ya saya bos” balas Suraya yang masih tercegat di situ.

“Malam tadi saya dah fikir semasak-masaknya..” ucap Mukriz.

Suraya berdebar-debar, sudah past Mukriz mahu memberitahu keputusan tawarannya yang mahu menjadi teman wanita olok-olok kepada bosnya sendiri.

‘Tapi wajah dia muram saja, mesti dia tidak bersetuju, hmm kalau macam ni putuslah harapan aku..’ bisik hati kecil Suraya yang mengeluh sendiri.

“Apa dia bos? cakaplah,” tanya Suraya yang tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahuinya.

Mukriz yang sedang duduk membelakangi Suraya mengoyang-goyangkan kerusinya. Lantas dia bangun dan merenung tepat ke arah wajah Suraya. Dalam keadaan itu Suraya pula berpura-pura membetulkan tudungnya. Sekejap dia tertunduk sengaja dijatuhkan kerongsangnya. Lalu dia tunduk untuk mengambilnya semula. Gerak-geri yang sengaja diciptakannya bagi melepaskan rasa debaran itu.

Mukriz pula terfikir Suraya sedang gementar. Hakikatnya mereka tidak menyedari perasaan masing-masing.

Selepas itu Mukriz melangkah dengan perlahan menghala ke sofanya yang tidak jauh dari meja di mana tempat dia berada tadi.

Dia melabuhkan punggungnya di situ sambil menyilang kaki dan bersandar rapat pada bahu sofa itu.

“Suraya, sini..” pinta Mukriz.

Suraya yang sudah siap memasang semula kerongsangnya terus saja menurut arahan Mukriz.

“Ya bos?” ucap Suraya sambil mengangguk perlahan.

Tiba-tiba Mukriz tersenyum dengan matanya sedikit sepet. Suraya menduga kali ini Mukriz tidur lewat lagi. Mata bosnya kemerahan. Berkali-kali dia melihat Mukriz menahan kuapan. Sama juga seperti dirinya yang menahan rasa mengantuk di depan Mukriz kerana malam tadi juga dia tidak dapat tidur lena terfikirkan perkara itu.

“Duduk,” pelawa Mukriz.

Suraya terus duduk sambil menghadap wajah Mukriz. Dengan rasa malu dia menyembunyikan wajah sambil bermain dengan jari-jemarinya.

“Adakah awak benarkan saya berkepit dengan awak?” tiba-tiba sahaja soalan itu yang ditanya Mukriz.

Suraya tergamam sekejap, ini bermaksud Mukriz bersetuju untuk jadikan dia teman wanita olok-olok itu. Tapi..

“Cakaplah, saya tanya ni.. Malam tadi awak beria-ia sangat nak berlakon,” pinta Mukriz kerana Suraya membisu sahaja.

“Memang saya nak, tapi saya tak faham apa makna berkepit yang bos maksudkan,” balas Suraya dengan mencampakkan rasa segannya dengan serta-merta.

“Oh! Maksud saya…erm.. awak faham-faham sendirilah..”

“Macam mana saya nak faham, sebabnya saya memang tak faham apa maknanya,” balas Suraya pula.

Sekejap Suraya menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana cuba untuk memahaminya.

“Kalau macam itu saya kana cari orang lain saja..” sengaja Mukriz mengucapkan kata sedemikian untuk menduga Suraya.

Suraya jadi serba salah tapi perasaan mahu itu membuak-buak dalam dirinya. Maka terus sahaja dia menyekat.

“Jangan! Saya sudi!” balasnya.

“Saya tahu awak faham, jadi awak kena berlakon betul-betul, dan tunjukkan di depan mama dan papa saya yang awak memang bercinta dengan saya,” kata Mukriz yang berjaya membuatkan Suraya meluahkan kemahuannya.

“Tapi bagaimana kalau mama dan papa bos tidak setuju?” soal Suraya dengan penuh kebimbangan.

“Awak jangan risau, malam saya dah aturkan semuanya..” balas Mukriz

“Jadi semalaman juga bos tidak tidur kerana memikirkan perkara ini?” soal Suraya.

Mukriz mengangguk perlahan walaupun ingatannya pada malam tadi sebenarnya bercampur baur tatkala teringatkan kisah lama.

“Ya, saya memang tak dapat tidur, saya fikirkan keadaan awak sama ada saya perlu setuju atau pun tidak dan sekarang saya dah temui jalannya walaupun saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini.”

“Kita bukan TUHAN untuk menentukan apa yang patut dan tidak patut berlaku, kita hanya mampu merancang kan? Jadi untuk menyelamatkan keadaan saya sanggup tempuhi segala halangan itu demi bos,” ucap Suraya dengan penuh yakin.

Mukriz menggaru dagunya sebelum mengusap rambutnya. Tercalit rasa kasihan terhadap Suraya kerana dirinya kini betul-betul memerlukan bantuan setiausahanya itu meskipun dia telah mempergunakan Suraya. Namun Suraya juga telah sanggup untuk membantunya.

“Kalau begitu, kita ikat perjanjian,” kata Mukriz.

Suraya terkejut dengan ucapan itu lalu terjegil matanya.

Kepalanya yang tidak gatal digaru lagi. Matanya membulat. Perjanjian apakah yang ingin dimenterai oleh Mukriz?

Kemudian Suraya telah dihadapkan dengan sekeping kontrak yang dikeluarkan dari kod Mukriz yang dilipat kemas itu. Usai itu Mukriz membentang kontrak itu di atas meja.

“Ambil dan baca..kalau awak bersetuju, awak kena tanda tangan..” pinta Mukriz.

Cepat-cepat Suraya mengambil sekeping kertas itu lalu dibacanya syarat-syarat itu.

a) Tidak boleh banyak cakap

b) Jangan terlepas cakap

c) Mesti selalu tersenyum

d) Pergi ke mana-mana pun mesti bersama

e) Tidak membantah

f) Ubah gaya dan penampilan awak

Hampir ke semua syarat itu boleh dipersetujuinya kecuali tentang gaya dan penampilan yang begitu sukar untuk diubahnya kerana dia tetap dia. Mana mungkin dia akan mengikut kebanyakkan gadis-gadis moden berpakaian. Mendedahkan aurat sana sini, dan berpakaian sendat. Dia tidak mahu berkeadaan seperti itu.

Mungkin juga Mukriz mahukan dia seperti Dania, memakai skirt sampai nampak betis. Dia tidak mahu!

“Saya tahu apa yang awak fikirkan,” Mukriz sengaja menduga.

Sedari tadi Mukriz menelaah segala-galanya. Telahannya hampir pasti.

“Bos, yang lain okey, tapi…”

“Tentang gaya dan penampilan kan?” pintas Mukriz deras.

“Ya, tapi kenapa bos perlu letakkan segala syarat ni? Saya hairanlah bos, ini tak adil, tak kan bos nak saya ubah jadi macam Dania tu,” gerutu Suraya.

Nampaknya Suraya terpaksa melepaskan keluhan berat sekali ini. Tidak diduga syarat begini yang diletakkan oleh Mukriz.

“Dengar dulu, saya tak minta awak ubah gaya dan penampilan awak tu menjadi seperti dia..” balas Mukriz.

“Habis tu?” soal Suraya pula.

“Saya nak gaya dan penampilan awak lebih anggun dari yang sekarang ini, awak faham maksud saya kan? Bukan seksi mahu pun apa sahaja tapi anggun dan menawan..” ucap Mukriz perlahan dengan suara yang begitu romantik sekali.

Bagi Suraya, dia masih tidak mengerti, apa pula yang tidak kena dengan dirinya sekarang ini. Biasa sahaja tiada apa-apa yang pelik.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.