Entri Terkini :

E-Novel : DILEMA (Bab 8)

SEWAKTU fikiran Mukriz berada di United Kingdom, Suraya pula resah di biliknya sendiri. Dia juga tidak dapat tidur. Kata-kata Mukriz masih terngiang-ngiang ditelinganya. Buntu untuk dia menelaah apa yang bakal berlaku selepas ini. Perasaan malu bertandang setelah apa yang diucapkannya di hotel. Dia mempelawa dirinya sendiri untuk menjadi teman wanita olok-olok pada bosnya sendiri.

Di kepala katil dia bersandar, saat dia sudah berbaju tidur mahu lelapkan mata tapi di situ juga dia terfikirkan adakah Mukriz akan menerima cadangan Nafisa. Sekejap dia mengeluh panjang dan nampaknya defenisi lakonan perlu dipetik kuat. Berlakon bukan sesuatu perkara yang mudah seperti di dalam drama televisyen itu. Ini adalah sesuatu yang akan melibatkan dirinya ke dalam kancah masalah.

Secara tidak langsung lakonan awal pagi tadi sedikit sebanyak telah menimbulkan kepincangan di hati Suraya dan Nafisa. Tapi Mukriz adalah bos mereka dan bosnya itu harus dibantu biarpun Nafisa tidak mahu tapi dia mahu. Cuma, sukar untuk dia menentukan perjalanan yang seterusnya.

‘Aku harap Mukriz dapat menerima aku untuk menggalas peranan itu,’ desis hati kecilnya.

Suraya benar-benar gelisah. Bantal tidurnya dipeluk rapat sambil mengeluh. Sekejap dia melurutkan rambutnya yang lurus. Kemudian mengusap pipi sendiri selepas menggaru kepalanya.

Saat ini bibirnya diketap lembut dan terus dibuai angan-angan bersama dengan orang yang dicintainya.

“Nganga mulut tu biar kanda suapkan,” pinta Mukriz dengan lemah lembut untuk menyuapkan nasi ke mulut Suraya.

Suraya malu-malu, pipinya merah. Dengan perlahan dia menggeleng kerana menyimpan perasaan segan terhadap Mukriz.

“Adakah adinda tidak sudi kanda suapkan makanan ini ke mulut adinda? Sampai hati adinda membuatkan kanda terasa hati, kalau beginilah jadinya biarkanlah kanda merajuk hati.” rajuk Mukriz yang masih nampak kacak dengan bertanjak.

Suraya yang berpaling ke arah lain dengan pantas menoleh semula. Sorotan matanya yang hambar sebentar tadi dibuka luas-luas.

“Bukan itu maksud adinda wahai kanda. Adinda sungguh sudi tapi cubalah kanda fikir apa akan berlaku seandainya Puteri Dania mendapat tahu maka ia akan berduka hati?” kata Suraya sambil membetulkan sedikit kain batik yang menutupi kepalanya dengan lembut.

“Biarkan sahaja dia wahai adinda ku sayang, kanda tidak cintakan dia, di dalam hati kanda cuma ada adinda sahaja, kanda mahu buktikan kesetiaan kanda pada adinda, biarpun nyawa terpisah badan, kanda akan tetap mencintai adinda selama-lamanya.” ucap Mukriz.

Suraya Mawar Merah sungguh terharu mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut Raja Mukriz yang cintainya. Tapi dia merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku, malah lebih dasyat lagi akan merempuh perjalanan hidup mereka selepas ini.

“Oh! Tidak kanda, kanda adalah anak raja di Negeri Talam Dua Muka itu, adinda pula hanya orang biasa, bagai langit dengan bumi, adinda mahu kanda segera pulang ke istana, Puteri Dania sedang menanti kepulangan kanda.” kata Suraya yang penuh pasrah.

“Tapi adinda sudah menjadi permaisuri kanda, hidup kanda adalah di sini bersama adinda, mana mungkin kanda akan pergi meninggalkan adinda begitu sahaja.” balas Mukriz pula.

“Tapi perkahwinan kita ini adalah secara rahsia kanda. Sebelum ini kanda sudah terbiasa hidup senang lenang di istana, mana mungkin kanda dapat hidup di sini dengan keadaan serba kekurangan kanda.” ucap Suraya dengan sorotan matanya kian hambar.

Lantas Mukriz terus mengenggam erat tangan Suraya. Dia merenung tajam ke dalam mata Suraya dan terus berkata,

“Di lautan api sekalipun akan kanda sanggup renangi, gunung yang tinggi akan didaki dan lurah yang jurang sanggup kanda turuni ini kan pula untuk kanda tinggal di sini, bagi kanda adindalah semangat kanda umpama sebutir permata yang berharga dan tidak mampu kanda tinggalkan, biarlah kanda di sini bersama adinda, sehidup dan semati, inilah yang kanda inginkan wahai adinda ku sayang.. hidup seperti orang biasa.” ujar Mukriz dengan penuh puitis dan mendalam maksudnya.

Suraya pula kehilangan kata-kata, dia tunduk membisu lantas Mukriz menguis dagunya untuk didongak kembali bagi menatapi wajah tampan Mukriz itu.

“Tapi adinda sungguh takut kanda jikalau orang-orang istana mendapat tahu kanda dan adinda berada di sini, pasti kita akan diburu dan kepala adinda pula akan dihukum pancung,” balas Suraya dengan nafas yang sungguh berat.

Tidak berapa lama kemudian. Kedengaran guruh berdetum-dentam di langit, awan gelap telah menyelimuti alam, maka suasana menjadi gelap tidak bercahaya. Seterusnya rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi TUHAN.

Atap nipah sudah ditimpa hujan maka tirisan air hujan mula menitis jatuh ke lantai dari celah-celah daun nipah itu. Sekali lagi guruh bendentum kuat yang sungguh luar biasa. Dengan pantas Suraya memeluk tubuh sasa Mukriz kerana saat ini Suraya berada di dalam ketakutan.

Mukriz membalas dakapan itu dengan erat sekali. Suraya berasa selamat apabila berada di sisi suaminya.

Desus angin jelas kendengaran yang telah mengocangkan jendela pondok itu. Pendok kecil yang didiami sepasang suami isteri itu sungguh daif sekali. Jendela itu sedang tertutup dan terbuka sahaja apabila ditiup angin yang mula menggila. Ribut melanda Desa Pisang Dua Tandang yang bakal menjemput taufan yang akan datang bila-bila masa sahaja dan akan menerbang bumbung nipah ini.

“Adinda tunggu di sini! Biar kanda pergi tutup jendela itu!” kata Mukriz dengan kuat kerana suasana ketika itu sungguh bising dengan siulan angin yang sudah menggila di luar pondok mereka.

Suraya mengangguk deras sambil mengetap kuat bibirnya. Lantas dakapan dileraikan dan Mukriz terus bergegas menutup jendela. Selepas itu dia kembali semula kepada Suraya yang sedang berwajah risau.

“Kanda! Adin dingin kanda dan biarkan adinda mendakap kanda! Tolong kanda!” jerit Suraya yang merayu supaya dirinya didakap kembali.

Kemudian Mukriz membiarkan dirinya didakap erat oleh permaisurinya.

“Adinda, biar apa pun yang terjadi, kanda sanggup harungi semua ini bersama adinda dan kanda berharap adinda setia dengan kanda. Berkenaan orang-orang istana, biar kanda yang uruskan.” jerit Mukriz pula.

“Tapi kanda! Bagaimana kalau Puteri Dania mendapat tahu kita ada di sini?! Pasti ayahanda dan bonda kanda akan mencari kita di sini.” balas Suraya.

Mukriz melepaskan dakapan dan memaut kedua-dua belas bahu Suraya dan ditenung dalam-dalam ke dalam mata jernih Suraya.

“Tidak adinda! Kanda akan pastikan Puteri Dania tidak akan mendapat tahu. Dia tidak akan dapat meracuni fikiran ayahanda dan bonda kanda untuk memisahkan kita. Berpantang ajal sebelum maut, kalau kanda mati sekali pun biarlah kanda mati bersama adinda,” ucap Raja Mukriz.

Suraya Mawar Merah hampir menitiskan air matanya setelah mendengar ucapan Raja Mukriz. Terasa bara percintaan hangat membakar tubuh mereka. Dia mahu sehidup dan semati dengan jejaka idamannya. Meskipun pangkat dan darjat menjadi perbezaan di antara mereka.

Hujan mula reda ribut pula sudah tiada. Mereka berdua masih berdakapan sambil terpejam mata. Kemudian alunan merdu dari kata-kata Mukriz jelas kendengaran di cuping telingannya. Mukriz sedang menyanyikan lagu Nyanyian Rindu Buat Kekasih dari kumpulan Data untuknya. Sungguh lunak suara suaminya itu. Tapi dia berasa sungguh pelik.

“Kanda, lagu apakah yang kanda dendangkan? Tidak pernah adinda dengar di zaman ini? Kita sekarangkan berada pada zaman filem hitam putih? Itu lagu zaman 80an atau 90an..” tanya Suraya kehairanan.

“Kanda sendiri pun tidak mengerti, tiba-tiba sahaja kanda menyanyikan lagu ini,” balas Mukriz sambil menggaru kepalanya.

“Suraya!!!!” tiba-tiba Suraya mendengar seseorang menjerit dari luar pondoknya.

Saat ini Suraya berdebar-debar, jantungnya berdegup kencang. Dia menduga orang-orang istana sudah mendapat tahu mereka berdua berada di sini.

“Kanda! Barangkali orang-orang istana datang ke mari kanda. Adinda takut kanda.” kata Suraya dengan penuh rasa takut dan kini dibelenggu resah.

Suraya mendongak menatap wajah Mukriz yang hanya tersengih sahaja. Suraya bertambah pelik.

“Suraya!!!!” namanya dilaungkan lagi.

“Kanda! Siapakah itu kanda?!” tanya Suraya deras dengan wajah yang berkerut sambil mendakap erat tubuh Mukriz.

Mukriz masih juga tersengih. Lalu berkata,

“Itukan suara sahabat adinda, Nafisa.” Suraya terus memejamkan rapat matanya. Tidak mungkin Nafisa, dia tidak kenal siapa Nafisa. Dia tetap menduga itu adalah orang-orang istana.

“Kalau adinda tidak percayakan kata-kata kanda, cubalah dibukakan mata itu,” saran Mukriz.

Suraya terasa sungguh berat untuk membuka matanya. Dalam keterpaksaan dia membuka juga kelopak matanya dengan bersusah payah.

“Woi! Apasal kau peluk tubuh aku ni hah?! Mengigau ke?” tanya Nafisa yang masih dipeluk rapat oleh Suraya.

Terkejut Suraya, orang yang dipeluknya bukan Mukriz tapi Nafisa. Tersengih-sengih Suraya dengan pipinya kemerahan bersama rambut yang berserabut.

Kemudian Suraya tersipu-sipu malu, dia sudah kembali ke alam realiti dan hari sudah siang. Tidak disangka dia terpeluk Nafisa tanpa sedar rupanya.

“Bangun mandi! Bersiap pergi kerja!” suruh Nafisa dengan bercekak pinggang setelah pelukan sudah dilepaskan. Kemudian dia menggeleng perlahan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.