JARUM jam terasa semakin deras bergerak, sudah tepat pukul tiga pagi. Laptop yang terpasang di depannya hanya ditenung sahaja dan langsung tidak diusik. Dia terus mendagu di meja tulisnya.
Udara terasa dingin pula kerana wap panas sudah hilang biarpun penyaman udara tidak dihidupkan. Keadaan sesepi itu membuatkan cuping telinganya mendengar jelas jarum jam berdetik namun fikirannya menerawang jauh, jauh entah di mana. Mungkin pada Arfan. Ya! Pada Arfan kerana nama itu tidak lekang di bibirnya.
Kini fikirannya kembali menerawang dengan cerita Arfan. Cerita suka dan duka ketika dia menuntut di universiti terkemuka di United Kingdom itu. Di situlah dia mengenali Arfan yang merupakan orang pertama yang menjadi kawannya.
Tidak disangkanya bermula dari kes berlaga bahu itu kini dia dan Arfan menjadi kawan baik. Sebelum itu mereka memang sering bertengkar dan bercanggahan pendapat.
Tidak disangkanya bermula dari kes berlaga bahu itu kini dia dan Arfan menjadi kawan baik. Sebelum itu mereka memang sering bertengkar dan bercanggahan pendapat.
Mukriz susah untuk mengalah, kalau itu yang dikatakan memang itulah, Arfan juga yang terpaksa mengeluh dan beralah. Sikap Mukriz memang begitu dan Arfan memang faham. Pada mulanya sukar untuk dia mengerti sikap jejaka tampan seperti Mukriz itu, tapi berkat kesabaran dan kesungguhan maka dia mula tenang berhadapan dengan Mukriz.
Cerita Arfan lagi, pada suatu hari pertama kali Arfan telah jatuh cinta dan perasaan itu mahu dikongsi bersama Mukriz. Mungkin tidak adil bagi Mukriz kalau dia tidak menceritakan kisah itu kerana selama ini dia hanya mendengar sahaja masalah Mukriz, kini tibalah giliran Mukriz untuk mendengar kata hatinya pula.
“Betul ke ni?” Mukriz terkejut dengan membulat matanya.
Masa seakan terhenti dan keadaan di dalam asrama seperti sepi. Suara Arfan pekat didengari oleh Mukriz yang tidak kalih dan tidak tertumpu pada perkara lain kecuali kata-kata Arfan itu saja yang jelas menjengah di cuping telinganya. Saat ini otakknya pula ligat menelaah apa yang sebenar-benarnya. Dia seperti tidak percaya.
“Ya! Aku harap kau suka mendengarnya,” balas Arfan dengan mengetap lembut bibir sendiri.
Berat juga rasa hati Mukriz tapi dia tetap juga menguntumkan senyuman terpaksa. Sesekali dia mencebik dari luar pandangan mata Arfan.
Arfan seorang berbadan ‘tough’ sekali tersenyum ramai yang tergoda. Tidak kira lelaki atau pun perempuan, pernah dulu Arfan digoda oleh seorang lelaki inggeris tapi dia tidak melayani kerenah lelaki terbabit yang telah suka padanya.
Begitu juga dengan Mukriz, boleh dikatakan mereka berdua insan terpilih kerana memiliki paras rupa dan pesonaliti yang menarik. Cuma, kedudukan status yang membezakan mereka berdua. Mukriz anak datuk, Arfan pula anak orang biasa sahaja. Pengajiannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, manakala Mukriz dari tanggungan keluarganya.
Mukriz tidak pernah ternoda dengan pujuk rayu mana-mana lelaki inggeris yang mahu bersama dengannya. Tidak akan pernah dia melakukannya.
“Kau seperti tidak suka aje, kenapa Riz?” Arfan menyoal lembut melihat wajah Mukriz berubah hambar.
Arfan ingatkan Mukriz akan suka, tapi sebaliknya yang dirasakannya. Kalau dia tahu Mukriz tidak suka pasti tidak akan diceritakannya mengenai perkara itu. Arfan serba salah, kalau dia tidak cakap nanti Mukriz beranggapan membelakanginya. Sekarang dia sudah pun menyuarakannya. Tinggal Mukriz sahaja untuk menerima keadaan itu atau pun tidak.
Hati Mukriz perlu menerima dengan hati yang terbuka dan dia patut berasa gembira bukannya bersedih begini. Anak mata Arfan melihat Mukriz bangun dari kerusi dan bergerak menghala ke tingkap.
Soratan hambar mata Mukriz telah melihat ke luar tingkap. Setebal mana pun dia membaluti tubuhnya masih terasa dingin, kerana musim salji sedang melanda kota ini. Salji yang turun dilihat oleh Mukriz dengan jelas. Suasana begini sememangnya tidak ada di Malaysia.
Soratan hambar mata Mukriz telah melihat ke luar tingkap. Setebal mana pun dia membaluti tubuhnya masih terasa dingin, kerana musim salji sedang melanda kota ini. Salji yang turun dilihat oleh Mukriz dengan jelas. Suasana begini sememangnya tidak ada di Malaysia.
“Aku bukan tak suka, Arfan. Aku cuma takut..” ujar Mukriz dari arah tingkap yang sedang membelakangi Arfan.
Arfan menggigit jarinya perlahan sebelum menggaru kepalanya.
“Apa yang kau nak takutkan, Mukriz? Cuba kau jelaskan pada aku, saat ini kau masih banyak berahsia dengan aku, tentang perasaan kau sendiri, tapi bila aku katakan aku telah jatuh cinta pada seseorang, muka kau berubah, kenapa? Kau tak sayang aku ke?”
“Aku sayangkan kau Arfan, cuma aku tak sanggup berdepan dengan sebuah kehilangan, apatah lagi kehilangan kau yang merupakan sahabat baik aku dan aku harap kau dengar apa yang aku nak cakapkan ni, Hanita tu sebenarnya tidak layak untuk kau, kau boleh dapat yang lebih baik lagi tapi kenapa kau perlu jatuh cinta dengan dia sedangkan dia mahu kenakan kau. Aku rasa tidak berbaloi bagi aku kalau aku membiarkan kau dipermainkan oleh perempuan seperti itu.” kata Mukriz.
Wajah Arfan mula berubah merah. Hidungnya yang mancung pula seperti sedang merengus geram. Memang jelas wajah itu nampak kemerahan kerana kulitnya yang cerah itu telah diselimuti dengan darah hangat.
Dia bangun dari birai katil dan terus menyilangkan tangannya. Sekejap dia menoleh ke kiri, sekejap dia monoleh ke kanan. Kata-kata Mukriz begitu menyakitkan hatinya.
“Kau tak kenal dia! dan aku yang nak bercinta dengan dia, bukannya kau!” balas Arfan dengan meninggikan nadanya.
Seterusnya Mukriz menoleh dan berpaling wajah ke arah Arfan. Dia merenung tajam pada sekujur tubuh itu yang sedang berdiri di depannya.
“Memang! Memang kau yang nak bercinta dengan dia! Tapi aku kenal sangat dengan sikap Hanita tu! Lebih dari kenal! Dia mudah menggoda mana-mana lelaki yang ada di dalam universiti, bukan setakat itu saja malah dia pernah tidur dengan mat-mat saleh! Perempuan macam itu ke yang kau nak hah?! Seorang perempuan yang tidak suci lagi!” ujar Mukriz yang terpaksa menceritakan kebenaran.
“Mana kau tahu?! Kau jangan nak buat fitnah! Aku tahu kau cemburukan aku dengan dia! Sejak awal-awal lagi aku tengok kau memang tak suka! Malah setiap kali aku keluar dengan dia kau sering menghalang! Kenapa? Atau kau yanga da hati dengan dia? Baik kau cakap dengan aku sekarang!!” balas Arfan pula yang sanggup bertegang leher dengan Mukriz.
Sungguh Arfan tidak menyangka bahawa Mukriz sanggup berkata-kata seperti itu. Onak di dalam hatinya kian menggila. Kecil besar sahaja dia melihat Mukriz. Pandangannya begitu tajam menerpa ke dalam mata Mukriz. Begitu juga dengan Mukriz yang mengeluh panjang melihat Arfan yang langsung tidak berfikir dengan apa yang dia katakan.
Dalam keadaan marah seperti itu Arfan mungkin tidak dapat berfikir apa-apa lagi. Perasaan marah dan geram menggulung dalam jiwanya. Dia menduga Mukriz sengaja mengada-adakan cerita supaya dia meninggalkan Hanita seorang perempuan yang mengikuti cara perpakaian ala barat dan meninggalkan adab resam berpakaian cara timur.
Kerana cinta, Arfan tidak pedulikan semua itu, hatinya sudah terpaut pada kelembutan pujuk rayu Hanita yang pandai menggoda dan pandai pula mengambil hati. Hanita hanya mahukan kepuasan, bukannya cinta. Tetapi Arfan tidak sedar tentang semua itu. Oleh itu Mukriz mahu membuka mata Arfan supaya dapat melihat dengan lebih jelas siapa Hanita yang sebenarnya.
“Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, dia berpeluk, bercium dengan Peter Hendry lelaki mat saleh tu! Aku tidak akan buat fitnah Arfan! Ini buktinya!” awal-awal lagi Mukriz sudah menduga bahawa Hanita bukannya seorang perempuan yang baik.
Sejurus dengan itu Mukriz menunjukkan gambar yang ditangkap curi melalui telefon bimbit berkameranya itu kepada Arfan. Dengan langkah yang berat Arfan mendekati Mukriz dan dalam hatinya dia berharapkan itu adalah tidak benar. Dia beranggapan bahawa Mukriz sebenarnya dengki terhadapnya.
Maka telefon yang dihulurkan Mukriz cepat disambut oleh Arfan lalu melihatnya. Bagaikan terpana rasa terkejut yang amat dalam. Matanya berbinar melihat gambar itu adalah Hanita yang sedang berdakapan dan bercium bibir dengan Peter Hendry seperti yang dikatakan Mukriz sebentar tadi.
“Aku tak percaya! Kau tipu! Kau sengaja nak laga-lagakan aku! Ini zaman teknologi, kau boleh buat apa saja untuk jauhkan aku dengan Hanita.” ucap Arfan.
Dia cuba menyangkal lagi. Mungkin Mukriz telah mengubah suai gambar itu. Sengaja dicantumkan agar nampak betul-betul mereka berdakapan dan berciuman.
“Baiklah! Kalau kau dah kata aku ni penipu aku akan berikan kau bukti yang jelas lagi nyata! Kau tunggu! Aku akan lihatkan kau siapa sebenarnya Hanita!” Mukriz terasa dirinya sudah tidak dipercaya lagi oleh Arfan tetapi dia tetap mahu meyakinkan Arfan mengenai perkara itu.
“Arrhhhh! Aku dah tak percayakan kata-kata kau lagi! Kau memang dengki dengan aku!” cetus Arfan dengan bercekak pinggang selepas melantun tangannya yang dilambai deras.
Berdesing telinga Mukriz mendengarnya. Dia dituduh sebagai penipu apatah lagi dikatakan sebagai seorang yang dengki dengan kawan baik sendiri. Sungguh laju kata-kata itu terpacul dari mulut Arfan. Mukriz tunduk dan terbungkam di situ. Sesekali dia menggeleng dan menghela nafasnya sedalam yang boleh. Itu sahaja yang dia mampu lakukan di saat ini.
Mukriz mendongak sedikit kepalanya. Dia melihat Arfan berpaling arah dan membelakanginya lalu merenung wajahnya ke dalam cermin. Mukriz menghayun langkahnya yang berat untuk mendekati Arfan. Arfan melihat dari dalam cermin Mukriz sedang menghampirinya lantas dia mengangkat isyarat tangannya supaya Mukriz serta-merta mematikan langkah kakinya.
Terus sahaja kaki Mukriz berhenti melangkah. Arfan tidak sudi dipujuk kerana dia mahu dibiarkan sendiri buat masa ini. Tidak lama kemudian Mukriz terkejut mendengar satu tumbukan padu singgah di meja cermin itu. Kuat bunyinya mesti sakit tangan Arfan selepas dia melepaskan tumbukkan itu. Tapi dalam keadaan marah dan geram seperti itu kemungkinan sakit pada tangannya belum lagi terasa.
Tidak lama kemudian, Arfan terduduk di kerusi menghadap di depan cermin itu sambil memekup mukanya sendiri. Sesekali Mukriz mendengar Arfan mengeluh panjang. Sekejap ditarik nafas sedalam-dalamnya dan dilepaskan serentak dengan deras sekali.
Selang beberapa hari selepas itu, semuanya adalah benar, ternyata Mukriz tidak berbohong pada Arfan. Setelah dilihat dengan mata kepalanya sendiri dan diselidik dalam-dalam, maka terbuktilah bahawa Hanita bukan perempuan yang baik-baik. Oleh itu Arfan perlu menerima dengan hati yang terbuka. Hanita bukan untuknya. Kali ini Mukriz menyelamatkan Arfan dari cengkaman Hanita yang hanya mahu puaskan nafsunya sahaja.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)