Entri Terkini :

E-Novel : DILEMA (Bab 6)

BERAT rasa hati mahu meneruskan rencananya yang terpaksa dirombak semula itu. Tambah pula dia telah melibatkan Suraya dan Nafisa dalam masalah peribadinya kerana mahukan Dania tidak lagi memburu dirinya. Ini semua kerana desakan mamanya yang mahu dia berkahwin dengan Dania.

‘Tapi, perlu ke aku menerima cadangan Nafisa itu untuk mengambil Suraya jadi teman wanita olok-olok aku? Suraya nampak baik, dia muslimah, boleh ke dia berlakon pegang-pegang tangan nanti? Kalau jadi teman wanita, maka kena mesra-mesra, ishh! rasanya tidak usahlah aku libatkan dia tu.’ desis hatinya.

Tidak senang duduk dibuatnya. Televisyen yang di depannya itu sering sahaja ditukar-tukarkan siaran melalui alat kawalan yang berada di tangannya.

‘Mereka berdua tidak tahu yang mama aku mendesak aku supaya berkahwin dengan Dania, aku rasa malu kalau jodoh aku ditentukan oleh orang tua, kalau hati aku sudah terbuka untuk berkahwin biarlah aku sendiri yang mencarinya, aku bukan anak kecil lagi, ah! Peninglah macam ni,’ kata hatinya lagi.

Tidak henti-henti dia bermonolog sendiri dia ruang tamu rumah banglo tiga tingkat miliknya. Dengan kemewahan yang dimiliki ini dia masih juga tidak tenang kadang-kadang terasa sunyi, tapi kesunyian itu diubati dengan kesibukkan. 

Memang sengaja disibukkan dirinya dengan kerja. Sebelum ini dia rasa begitu seronok dalam mencari duit, tapi semenjak mama dan papanya membangkitkan soal kahwin, terus sahaja jiwanya bergoncang kuat. Dinding hatinya pula bagaikan dikorek-korek dalam.

Sejak dari perjalanan pulang dari hotel lagi dia sudah bersusah hati, Dania selalu menghubunginya melalui telefon, dia mula rasa bosan lantas dimatikan sahaja telefonnya dan sekarang telefon itu dibiarkan sepi di atas meja depan sofanya.

Saat ini suasana terasa hangat, dari dalam hingga keseluruh badan. Dia menanggalkan bajunya. Usai itu dibaringkan tubuh sasanya itu di atas sofa manakala televisyen masih terpasang dan dibiarkan sahaja tanpa ditonton.

Matanya tertancap pada jam tangan, dia melihat jarum jam berjenama Rolex yang begitu mahal harganya yang mencecah ribuan ringgit. Jarum panjang pada jam tersebut terarah pada angka sembilan manakala jarum pendek pula menunjukan angka satu. Sudah hampir pukul dua rupanya.

Ketika ini juga matanya merenung tajam pada siling, sambil lengan kanannya berlabuh pada dahi. Langsung tidak berkerdip matanya memandang ke situ. Fikirannya pula menerawang jauh, teringatkan kisah lama ketika menuntut di sebuah universiti di United Kingdom dulu.

Tiba-tiba nama Arfan meniti di ruang fikirannya setelah lembaran kenangan diamati satu demi satu. Sudah sekian lama dia tidak bertemu dengan sahabat baik semasa di luar negeri dulu, rindu pula rasanya.

‘Ke mana Arfan menghilang? Katanya mahu cari aku di Kuala Lumpur, tapi sampai saat ini masih belum muncul, tidakkah dia tahu bahawa hati ini benar-benar rindu pada celotehnya? Mahu saja aku wartakan kepadanya tentang khabar masalahku ini, agar dia bisa memberikan pandangannya terhadapku. Biar aku teguh, biar aku utuh dengan cerita-ceritanya yang aku rindu kerana dia banyak membantu perjalananku. Hanya dia sahaja yang mengerti segala-galanya.’ bisik hati Mukriz.

Hatinya terdetik untuk mengetahui keadaan Arfan. Sahabat baiknya itu seorang yang peramah dan mesra. Mukriz senang dengan Arfan yang suka melawak dan selalu menghiburkan hatinya. Tidak kira dalam keadaan apa pun Arfan akan selalu membantunya.

‘Nombor telefon lamanya juga sudah tidak dapat dihubungi lagi. Kenapa dia tukar nombor telefon pun langsung tak inform pada aku? Surat yang aku kirimkan dulu langsung tak berbalas..Surat??” kata hatinya.

Setelah itu dia teringatkan sepucuk surat yang dikirimkan kepadannya tidak lama dulu sebelum dia membalasnya pula selepas itu. Mungkin surat tersebut tersimpan dalam laci di meja tulisnya. Kemudian cepat-cepat dia bangun dan tergesa-gesa naik ke tingkat atas untuk melihat adakah surat itu masih lagi kekal di situ.

Setibanya di biliknya dengan nafas tercungap-cengap dia terus mendekati meja tulisnya lantas ditarik lacinya. Dibelek-belek setiap helaian kertas lain yang bertindih di dalamnya.

‘Eh! Mana pula pergi suratnya? Aku rasa memang aku simpan kat sini,’ gerutu Mukriz.

Perasaannya menjadi hambar, dan matanya pula meliar dalam membelek-belek lagi ruang itu. Satu-satunya surat yang menjadi kenangan buatnya itu telah tiada di situ. Serta-merta dahinya berkerut. Wajahnya kendur sahaja. Sesekali tangannya menjengah ke dahi, dipicit-picit dahinya itu untuk cuba mengingati semula di mana sebenarnya diletakkan surat berkenaan.

‘Aihh! mana ni..? Janganlah macam ni..aduh! mana pulaklah aku letak ni…?’ hatinya beralun resah.

Dia mula gelisah tidak tentu arah kerana hanya pada surat itu sahaja terdapat alamat Arfan. Dia mahu mencari Arfan berdasar alamat itu. Mukriz tidak pula mencatat alamat itu pada notanya, apatah lagi untuk diingat. Apa yang dia tahu, Arfan berada di China sewaktu dia mengirimkan surat itu.

Mukriz masih ingat lagi kandungan surat Arfan itu yang mengatakan bahawa dia bekerja dan menetap di Hong Kong. Mukriz tidak pasti di mana pula lokasi dan tempat Arfan bekerja.

Kalaulah dia menemui surat itu mahu saja dia terbang ke Hong Kong. Kalau boleh malam ini juga dia mahu ke sana untuk menemui Arfan. Cuma dia terfikir, adakah Arfan masih ingat padanya kerana Arfan tidak berusaha untuk mencarinya juga di sini. Tidak mahukah dia pulang ke tanah air? Bagaimana pula khabarnya? Mukriz langsung tidak mengetahuinya.

Sudah lima tahun dia menyimpan surat itu yang sekarang entah di mana, selama lima tahun juga Mukriz dan Arfan terpisah. Baru kini terdetik hati ingin menemui Arfan kerana rindu mula bertandang. Sebuah rindu yang teramat dalam dipendamkannya.

Sekali ini dia betul-betul dibelenggu resah. Tercari-cari di mana surat itu. Dia mula hampa, mungkin dia tidak ditakdirkan untuk berjumpa dengan Arfan lagi. Dia melepaskan keluhan yang teramat berat di birai katilnya. Dia menggaru pantas kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya berkerut. Benar-benar menahan sakit, sakit dari dalam memikirkan surat tersebut.

‘Arfan, aku harap takdir akan menemukan kita semula, aku mahu kau tahu aku sekarang sedang tertekan, aku mahu berkongsi rasa ini denganmu kerana kau adalah kawan aku, sampai bila-bila pun kau tetap kawan aku, baliklah Arfan.. aku menunggumu,’ rayu hatinya.

Rasa sedih dan rindu kian melarat di relung hatinya. Dia seakan putus harapan setelah mahu mengingati semula di mana diletakkan surat itu yang belum lagi ditemuinya.

‘Oh Tuhan! Kau tunjukkanlah aku di manakah surat itu, aku mahu membacanya semula, aku mahu menatapi tulisannya, aku rindu pada kawanku itu..’ Mukriz seakan pasrah.

Tuhan sentiasa mendengarnya dan Mukriz pula perlu redha dengan semua ini kerana Tuhan lebih mengetahui.

Diusap-usap deras wajahnya manakala rambutnya pula sudah agak berserabut. Tidak dapat digambarkan bagaimana kusutnya pula sekeping hati itu kerana memikirkan keadaan ini.

Sudahlah dia tertekan dengan desakan keluarganya itu, kini ditambah pula dengan bebanan rindu dan tercari-cari sepucuk surat itu.

Suhu di biliknya seakan meningkat selari dengan suhu badannya. Jatungnya pula berdetak kencang, entah kenapa dia tersangat perit dan pedih menahan kehilangan warkah itu. Surat yang begitu bermakna dalam hidupnya.

Dia sudah jenuh memikirkan itu lalu dihela nafasnya sedalam yang boleh dan terus laju dilepaskan. Di birai katil dia terpaku sambil memekup wajah sendiri. Lama juga dia berkeadaan begitu dengan tidak berbaju.

Tidak lama kemudian pekupan itu dilepaskan, dia bangun berdiri dengan lemah, lantas seluar ‘jeans’ yang dipakainya itu ditanggalkan, mungkin kerana dia mula rimas selepas peluh mencurah-curah menahan debaran itu.

Saat ini hanya ‘boxer’ sahaja tertinggal. Dia senang memakai seluar berkenaan berbanding underware. Namun kehangatan tubuhnya bersama dengan dengupan jantung yang berdetak kencang dia terasa tidak begitu selesa. Lantas dia mencapai tuala dan menyangkut pula seluar ‘jeans’ itu serta ditanggalkan pula ‘boxer’ tersebut dan terus meluru ke bilik mandi. Dia mahu meredakan keresahan di awal pagi begini.

Usai mandi, dia mula rasa sedikit tenang biarpun bak kata orang, tidak elok mandi seawal pagi begini kerana boleh menjejaskan kesihatan. Namun Mukriz tidak menghiraukan semua itu.

Di meja tulis dia mendagu sambil menghadap laptopnya yang belum terpasang. Dengan perlahan-lahan jarinya menekan butang ‘power on’ pada laptop berjenama Acer itu sambil fikirannya melayan dan tertumpu pada Arfan.

Cerita Arfan, dia seorang yang selalu mengambil berat terhadap masalah Mukriz. Semasa belajar dulu dialah satu-satu kawan yang rapat dengan Mukriz. Hanya dia sahaja yang dapat menahan mulut laser Mukriz ini yang mudah melantun pelbagai kata bila sudah marah.

“Aku tengok kau monyok aje? Kenapa?” tegur Arfan ketika Mukriz sedang berkeadaan tidak ceria di dalam perpustakaan di universiti itu.

Dengan pantas Mukriz mengenggam tangan Arfan erat-erat. Sorotan matanya hambar sekali. Tiada langsung panahan rasa gembira berbunga di hatinya. Arfan membiarkan tangannya diramas-ramas lembut oleh Mukriz.

“Kita akan terpisah, tidak lama lagi kita akan tamat pengajian di sini. Aku pasti kau akan sibuk dengan hidup kau.. dan hidup aku akan tetap kekosongan, aku tidak ada kawan lain selain kau, aku rasa sunyi tanpa kau, Arfan.” ucap Mukriz sayu.

Arfan hanya mengeluh panjang sahaja mendengar ucapan itu. Lantas dia menggeleng lalu mencebik. Arfan kehilangan kata-kata. Mukriz terus tunduk.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.