Entri Terkini :

E-Novel : DILEMA (Bab 23)


SAAT ini Nafisa memerhatikan gelagat Nadia yang tercengang sendiri di tempatnya. Tekemut-kemut wajahnya. Kadang-kadang nampak macam tersiksa menahan senak. Mungkin di hatinya tercalit rasa menyampah atau mungkin juga geram dengan Amran yang selama ini sedondon sahaja dengan kepalanya. Tapi kini tidak lagi.

Perempuan seperti Nadia tiada siapa yang tidak kenal dengannya. Satu Wisma Wasadi tahu dia suka buat ketupat dan sering menghadirikan diri ke musyuarat tingkap.

Biasalah dia.

Amran yang tadinya menghilang kini kembali semula ke Wisma Wasadi. Memang nampak berkerut sahaja dahinya. Selama 3 hari mereka bekerja tanpa bos. Secara tidak langsung Amran mengambil tugas sebagai setiausaha membatalkan semua temu janji dengan ‘client’ kerana kedudukan Mukriz belum pasti. Kelibat Mukriz langung tidak kelihatan.

Nafisa mendekati jejaka itu. Mereka berdua kini berdiri betul-betul di depan meja Nadia. Nafisa mendengar Amran mengeluh berat. Mungkin gelisah dengan situasi ini.

“Tak kan kau tak tahu bos pergi mana Am, banyak janji temu dibatalkan, sepatutnya hari ni Mukriz kena tandatangan kontrak dengan Hajar Copration. Aku dah pening dah ni tambah lagi dengan Suraya yang buat hal pulak nak berhenti kerja saat runcing camni,” gerutu Nafisa.

Amran mengusap deras rambut sendiri. Tergambar kebimbangan di wajahnya.

“Kau kena faham Fisa.. aku malas nak libatkan datuk dalam soal ni, Suraya tu pulak dia tak tahu ke yang bos kita hilang..?” balas Amran dalam bentuk soalan.

“Dia tahu, tapi dia macam entah tak endah je,” balas Nafisa.

“Jadi betul ke apa yang aku dengar semalam bahawa Suraya lempang bos kat restoran depan tu?” Nafisa gigit jari mendengar Amran menduga dengan begitu hebat.

Nafisa tahu sebab Suraya meluahkan segala-galanya kepada dirinya. Cuma dia tidak pasti siapa yang memberitahu Amran. Matanya terus mengerling pada Nadia yang sedang menahan sakit. Apa kena dengan Nadia ni pelik sahaja gelagatnya. Sekejap tersengih bila mereka berdua memandang Nadia dan sekejap berkerut.

Tiada siapa lagi yang bercerita kalau bukan Nadia. Suka memburukan keadaan.

“Mungkin bos pergi melancong,” tiba-tiba Majid menyampuk setelah dari tadi memasang telinga sahaja mendengar perbualan antara Nafisa dan Amran.

“Aku pun rasa macam tu jugalah Am, bos mungkin tertekan lepas kena lempang hari tu kot, tapi kenapa dia tak bersua muka sahaja dengan Suraya untuk buat perhitungan.” sampuk Hizaimi pula yang sedari tadi memang berada dekat dengan meja Majid.

Masing-masing membuat andaian sendiri. Ada yang meminta supaya melaporkan pada pihak polis namun Amran tidak setuju. Mukriz tahu jaga diri lagi pula Mukriz bukan anak-anak kecil yang perlu dipapah ketika berjalan. Mustahil bagi dirinya untuk membuat spekulasi bahawa Mukriz diculik. 

Kali terakhir Mukriz mahu keluar dan lagaknya adalah seperti mahu berjumpa dengan seseorang. Hizaimi yang membuat telahan bahawa Mukriz diculik dan Majid menyokong pula. Nafisa masih berulang kali mengigit jari kerana itu tabiatnya.

Mereka bermain dengan fikiran. Menelaah apa yang sebenarnya. Amran menceritaka perkara itu kepada mereka. Masing-masing bimbang kerana semuanya sayangkan Mukriz yang merupakan seorang bos yang baik kini hilang tanpa khabar berita.

Keadaan bertambah kacau dengan kehadiran Dania secara tiba-tiba itu. Kelibat Dania terpacul di situ dan memerhatikan mereka sedang berkumpul di muka pintu seperti mengadakan sidang tergempar. Dania mencekak pinggang.

“Mana Mukriz!” tekan Dania dengan mempamerkan wajah cuak.

Amran menoleh. Mata mereka semua tertumpu pada Dania. Dirinya umpama ratu yang sedang diperhatikan dari segenap segi hingga mampu menarik perhatian mereka. Sedangkan perkerja Wisma Wasadi ini merasakan Dania amat menjengkelkan dan sungguh meluat.

Satu pandangan meluat dilemparkan oleh mereka. Dania kekal marah setelah pertanyaannya tidak dilayan.

Hizaimi mencuit bahu Majid sebagai isyarat mahu beredar dari situ. Majid menjeling sahaja dan masih tidak mahu berganjak.

“Kau orang pekak ke?” tempelak Dania.

“Excuse me Cik Dania, tolong jaga bahasa tu sikit,” tiba-tiba Nafisa memberanikan diri sengan bersuara.

“Ooh kau rupanya.. perempuan jalang! Aku tanya mana Mukriz!” Dania menghemburkan perkataan yang amat menyakitkan hati Nafisa.

Dania mendekati Nafisa yang bergerombol di celah-celah manusia. Habisalah mungkin akan ada adengan tarik menarik rambut selepas ini. Dania mungkin dibayangi oleh kemesraan Nafisa bersama Mukriz di dalam ruang pejabat tempohari.

Saat ini Dania sungguh berani menjejakkan kaki ke Wisma Wasadi semula bairpun dia sedia maklum semua orang tidak sukakannya. Dania sempat mengerling ke arah Nadia yang masih berkerut dahi dan sedang duduk di situ. Nadia seperti tidak mampu untuk mengangkat punggungnya.

“Perempuan macam kau ni tak layak bekerja kat sini! Kau ibarat pelacur! Dengan imej yang macam ni memang mampu menipu orang lain, hakikatnya, di sebalik pakaian labuh kau ni tersembunyi diri kau yang sebenar..” Sungguh biadap Dania. Semakin lama semakin kurang ajar mulutnya.

“Cik Dania!! Tolong jangan nak kurang ajar kat sini!” Amran mula hilang sabar setelah salah seorang kaki tangan Wisma Wasadi dihina begitu.

Majid pula seperti mahu menyokong. Memang dia mahu memberi sokongan padu di atas kesanggupan Amran membela Nafisa.

“Dia kan anak datuk, so suka-suka hati mak bapak dia aje nak hina orang lain, macam bagus sangat!” Akhirnya Majid menyampuk setelah segala-galanya diproses laju oleh akal.

Dania menoleh deras ke arah suara itu.

“Kau diamlah bapuk tua! Menggeletik pulak!!” Majid dimaki setelah fizikalnya dijadikan bahan.

Wajah Majid merah padam. Nafisa pula terjegil biji mata. Sifat kelembutan dan budi bahasa tidak ada pada Dania. Sungguh keji manusia ini. Menghina orang lain dengan sesuka hatinya.

Amran mendegus, rasa mahu disepak sahaja muka Dania. Tapi akan menjadi satu kesalahan kalau dia berbuat demikian memandangkan Dania adalah anak kepada Datuk Risham yang memang mempunyai hubungan perniagaan dengan Wisma Wasadi. Namun dalam keadaan ini Amran tidak dapat menganggak apa sebenarnya yang berlaku sebelum ini. Dan dia tidak pasti kenapa Nafisa dituduh sebagai perempuan jalang.

“Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau berpakat dengan Mukriz untuk kenakan aku hari tu! Kau memang bodoh!” bidas Dania sambil menunding jari tepat ke wajah Nafisa.

“Sudah! Aku kata sudah! Cik Dania tolong keluar dari sini..kita bincang kemudian dan jangan burukan lagi keadaan!” bentak Amran.

Dirinya bertambah celaru setelah mendengar ucapan Dania. Dia cuba berikan pedoman pada diri sediri supaya bersabar dan bertenang namun tetap tidak mampu kerana perempuan seperti Dania bertambah rakus dalam membidas kata-kata.
Perempuan ini tidak menghiraukan kata-kata Amran.

“Oi! Diva! Kau tak layak jadi perempuanlah!” Majid melepaskan rasa marahnya dan dirinya sedang dihalang oleh Hizaimi kerana lagak Majid seperti mahu menerkam Dania sahaja.

Kali ini Dania menoleh lagi. Keadaan Dania sekarang seperti dikepung sahaja, dia berada di tengah-tengah manusia yang sedang memerhatikannya.

“Kau ingat kau layak? Kau tu bapuk! Bapuk buat cara bapuk tak payah nak sound aku,” herdik Dania lagi dengan lantang.

‘Pang!!!!’ Dania kena tampar.

Terkesima. Entah waktu mana Hizaimi sempat melepaskan satu tamparan tepat mengenai sasaran. Pipi Dania kemerahan. Amran tidak perasaan tangan Hizaimi mengayun laju singgah ke pipi gebu wanita berlagak ratu itu.

Dania layak kena tampar.

“Hei! Kalau kutuk dia ni lagi nahas kau aku kerjakan, baik kau blah!” Marah Hizaimi yang menunjukan kejantanan tapi nampak dayus kerana dia telah menampar wanita yang lemah. Namun selayaknya begitu sebagai pengajaran buat Dania supaya tidak kurang ajar.

Situasi yang begitu runcing kerana mereka bertegang leher. Hizaimi begitu bengang kerana kekasih hatinya dicaci. Ya! Majid adalah merupakan buah hati kesayangan Hizaimi dan dia tidak sanggup lagi melihat Majid dimaki dan dihina di depan matanya. Mereka menjalinkan hubungan cinta sekian lama dan tiada seorang pun antara rakan-rakan kerja dapat menghidunya.

Dania merengus geram. Dia tidak menyangka bahawa dirinya akan dilempang dan merasa sungguh dimalukan. Hizaimi pula tidak kira walaupun Dania anak datuk ke atau anak menteri sekali pun kalau perangai macam syaitan tiada siapa pun akan menghormatinya.

“Kau siap!! Tunggu apa akan jadi!!!” ugut Dania yang terus beredar dari situ.

Hizaimi tidak gentar dengan ugutan itu.

Lantaklah.

Nafisa dan Amran tergamam. Mereka yang berada di sekeliling juga berasa terkejut dengan tindakan Hizaimi yang terlalu berani menyakiti kulit anak datuk. Nadia yang di sudut itu hanya mendengar bunyi tamparan. Dia mahu menjengah tapi hajatnya tidak kesampaian.

Setelah Dania melangkah pergi mereka bergosip. Membuat andaian apa yang akan berlaku selepas ini. Dania mungkin tahu Mukriz hilang tapi dia tidak yakin dan menganggap semua ini sebahagian dari babak lakonan yang dibuat mereka. Kenyataannya Mukriz memang hilang. Amran tidak menduga Nadia mungkin terlibat dengan memberitahu pada Dania tentang kehilangan Mukriz.

“Kau ada bau apa tak Fisa?” Dina menyoal kerana terhidu satu aroma yang tidak menyenangkan.

Nafisa terus menoleh ke arah Nadia kemudian diekori oleh yang lain. Amran mengerling sahaja sambil menutup hidung.

“Kau kentut kan Nad? Kau jangan tipu! Aku dengar bunyi tu tapi tak sangka baunya sebusuk ni!” duga Dina selamba.

Wajah Nadia merah padam menahan malu. Dia cirit birit, terus memaksa diri untuk bangun dan terus berlari mencari tandas.

Amran tergelak serta-merta sambil mendengus menghalang bau yang menusuk rongganya. Mood mereka berubah setelah melihat Nadia menjadi badut sarkas. Hizaimi yang masih gabra buat-buat gelak begitu juga dengan Majid. Malulah Nadia selepas ini. Perkasam yang dimakannya malam tadi menjadi penyebab dia sakit perut tahap melampau. Pagi tadi masih elok tapi sekarang tidak lagi. Segala-galanya menjadi bahan.

Kesian.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.