Entri Terkini :

E-Novel : DILEMA (Bab 21)


MUKRIZ bersorak riang di hati. Dalam hari yang sama juga Amran terus berpindah ke rumahnya tanpa banyak soal. Sungguh tepat telahan Mukriz bahawa Amran akan tinggal bersamanya. Kekecewaan Mukriz dan keredupan hatinya tika ditampar oleh Suraya terus lenyap. Tidak langsung beronak atau tidak difikirkan lagi.

Lupakan tentang Suraya terlebih dahulu dan memang itu yang sepatutnya. Mukriz tidak perlu menganalisis data-data kompromi Suraya saat ini. Apa yang penting Amran. Dia perlu dekatkan diri dengan pemuda manis ini kerana jiwanya sedang keruh dengan persoalan lampau. Amran perlu jadi teman berbualnya.

Rumah besar yang didiaminya seorang diri itu kini tidak lagi. Mukriz tinggal berdua dengan Amran duduk di bawah satu bumbung. Sebagai pembantu peribadi memang itulah yang sepatutnya.

Si Amran jejaka berbulu lebat itu boleh menggunakan barang-barang yang ada di dalam rumah banglo milik Mukriz ini termasuklah kereta Honda Accord yang diberikan itu untuk diguna pakai oleh Amran.

Pemberitahuan, Amran tidak lagi bekerja sebagai kerani tetapi dia bekerja sebagai pembantu peribadi Mukriz dan gajinya agak lumayan.

“Ini bilik awak, Am,” kata Mukriz sambil menunjukan bilik buat Amran menginap.

Mukriz tersengih melihat Amran mengusung beg yang berat itu masuk ke dalam bilik berkenaan. Dalam masa yang sama Mukriz dikejutkan dengan satu panggilan telefon di awal malam ini. 

Panggilan yang tidak diketahui siapakah pemanggilnya kerana tidak langsung terpamer di skrin mana-mana nama yanag tersenarai di dalam telefonnya melainkan ‘private number’ itu.

Panggilan itu dijawab sambil diperhatikan Amran.

Di situ Amran melihat wajah Mukriz berubah. Wajah itu nampak terlalu gembira biarpun kurang jelas apa yang diucapkan itu. Kadang kala pelik juga bunyinya. Pada mulanya Amran mendengar pertuturannya seperti biasa, lama kelamaan bahasanya berubah aneh.

Sesekali terdengar Mukriz ketawa namun Amran mengabaikannya dan lagut mengemas barang. Mukriz yang berada di muka pintu bilik itu segera melangkah. Mungkin masuk ke bilik.

Tidak beberapa lama kemudian Mukriz kembali semula ke bilik Amran dengan sorotan matanya yang sungguh bercahaya dan melebarkan senyuman. Terlihat garis-garis bahagia di wajah Mukriz saat ini. Panggilan yang sungguh istimewa yang diterimanya barangkali. Mungkin dia sudah bebas dari cengkaman Dania.

Dan mungkin Datin Azizah dan Datuk Zulhasri berubah fikiran. Segala-galanya mungkin kerana Mukriz nampak gembira.

“Am, saya nak keluar kejap, awak jaga rumah ya, awak tengok-tengokkan Si Eddy sekali, dia belum makan lagi tu..” ucap Mukriz.

Amran mempamerkan satu pandangan yang begitu hambar, mungkin dia kurang selesa untuk ditinggalkan memandangkan dia baru pindah. Masih terdapat banyak barang lagi yang belum di bawa bersama. Kemudian dia cuba menunjukan respon yang baik sebagai tanda ia setuju walhal ia sebenarnya tidak sanggup.

Syaitan berbisik rakus, mengatakan biarkan saja dia pergi kerana dia bisa mencari maklumat yang ingin diketahuinya di dalam rumah ini. Dalam masa yang sama juga hati murninya menghalang dia dari menggeledah rahsia peribadi Mukriz. ‘Aku kan pembantu peribadi dia, sekarang aku sudah berhak untuk tahu,’ desis hatinya.

Memang dia berhak tahu tapi itu secara terpaksa bukan rela Mukriz yang mengkhabarkannya. Ini tidak adil buat Mukriz selaku majikan dia yang berhati mulia. Amrna perlu optimis dan tidak terlalu gopoh dalam membuat andaian. Terjemahkan saja dalam bentuk kata-kata, usah dipendamkan selamanya kerana ia mungkin akan menjadi satu perkara yang amat mengecewakan.

Dalam dinihari saban minit dia resah setelah Mukriz pergi tanpa memberitahunya ke mana. Sekejap dia tertuduk di birai katil menghela nafas yang cukup berat dan dilepaskan dengan perlahan namun tetap tersekat-sekat. Kenapa dia berasa begitu? Mungkin dia mahu bersama dengan Mukriz walau ke mana sahaja bosnya pergi.

Ketiadaan Mukriz di rumah merupakan satu peluang yang terbuka untuknya. Kala ini dia mengeluarkan semula surat itu. Surat rahsia yang menjadi tanda tanya. Surat yang memukul dinding hatinya dengan penuh rasa ingin tahu. Oraknya ligat mencerna ruang dari segenap segi kerana berdegil hati ingin menemui petunjuk untuk dia memahai kandungannya.

Sepucuk surat di dalam sampul biru air laut itu tersedia dipegang. Dibuka semula dan ditelaah bentuk tulisan itu. Memang dia tidak faham tapi mungkin ada cara lain untuk dia mengkaji makna-makna yang tersirat. Saat ini juga dia terfikir ke mana Mukriz berada dan dengan siapa dia berjumpa.

Satu keluhan berat dilepaskan. Amran menunjukan tanda-tanda keresahan yang melampau. Terdapat garis kerutan di dahi. Bingung dan sedang berkecamuk setelah satu rasa itu wujud di dalam diri iaitu rasa ingin tahu yang membuak-buak. 

Akhirnya dia meretus satu persoalan di tangkai hati dan menelaah sampai kepenatan. Dan kini dia bersua pula dengan jalan yang bersimpang siur yang tidak tercapai walau satu klupun. Ombak pemikirannya kala ini kian bergelora setelah disebat dengan taufan yang menggila dan merubah pantai hatinya.

Konklusi yang dapat dibuat dalam masa yang sesingkat ini adalah dia perlu tidur. Hanya dengan tidur dia dapat merehatkan otaknya. Adakah dia dapat melelapkan mata ketika dirundung kegelisahan?

Biarkanlah.

Di ketika ini Mukriz memandu laju. Cepat-cepat ingin sampai ke destinasi. Sesekali dia menjengah jam di tangan, sudah pukul 11 malam. Rasanya dia perlu memandu lebih laju untuk lekas sampai namun dia perlu bersabar dan kena fikirkan bahawa kelajuan akan mengundang padah.

Perjalanan yang agak jauh itu tidak dimaklumkan kepada Amran. Mungkin tidak perlu dirasakannya maka biarkan ia menjadi rahsia peribadinya. Dia berhak merahsiakan berbanding Amran yang telah bersetuju untuk tidak menyembunyikan sebarang maklumat selepas ini.

Lagak Mukriz yang mengejar waktu itu seperti mahu menemui seseorang lagaknya kerana di saat dia berdepan dengan lampu isyarat pasti dia merungut mahu cepat-cepat lampu merah itu bertukar hijau. Kemudian kereta BMW hitam berkilat itu meluncur laju setelah lampu isyarat bertukar warna.

Sebuah lagu yang terpasang mengisar cuping telinganya yang berulang-ulang itu. Dia tidak pernah jemu mendengarnya. Lantas turut ikut bersama menyanyikannya biarpun suaranya tidak sesedap vokalis Wali itu yang sedang menyanyikan lagu Baik-baik sayang.

‘Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu baik-baik sayang ada aku untukmu, hanya satu pintaku di siang dan malammu baik-baik sayang kerana aku untukmu.’ kata-kata dari lagu itu sungguh bermakna buat dirinya.

Seperti dapat diagak dengan siapa dia ingin ketemu. Namun masih belum pasti kerana tempat yang ditujuinya masih jauh lagi. Kepentannya hilang gara-gara disulam dengan rasa bahagia. Kesabarannya seakan tidak berbaki lagi kerana penantiannya sekian lama hampir menjengah tiba. Tidak mahu membazirkan sisa-sisa waktu dengan hanya berlengah maka dia meluru pantas. Pedal minyak ditekan lagi bagi menambahkan kelajuan.

Aku tak ingin kau menangis bersedih

Sudahi air mata darimu

Yang aku ingin erti hadir diriku

Dan menghapus dukamu sayang

Kerana bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu

Baik-baik sayang ada aku untukmu

Hanya satu pintaku di siang dan malammu

Baik-baik sayang ada aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan

Sekuat semampu ku sayang

Kerana bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengarkan aku…

Hanya lagu ini yang setia didengarinnya sejak awal Mukriz memulakan perjalanan. Tidak akan ditukar lagi minatnya sekarang ini.

“Sekejap lagi aku akan sampai, aku harap kau juga sabar menunggu. Saat ini aku sudah tidak termampu menanggung rindu.. sebuah rindu yang teramat dalam tidak bertangkai lagi, aku harap kau memahamiku, tolonglah…” rayunya sendiri.

“Jangan kecewakan aku lagi, dan aku mahu kau mengerti aku…” sambung Mukriz lagi bercakap sendiri.

Ganguan mencelah tiba, matanya berbinar dan tubir matanya pedih. Sebuah lori menyuluh tinggi lampunya saat dia mahu membelok di selekoh tajam. Kelajuannya akan membawa malang, dia tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik dan keadaan itu akhirnya dapat dikawal. Dia bernasib baik dia sempat brek dan menstabilkan situasi genting itu.

Panas tidak sampai ke petang, sekiranya sudah ditakdirkan dia tidak selamat maka dia tidak akan selamat juga. Dalam memecut laju itu tiba-tiba tayar keretanya pecah. Saat itu tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukannya.

Sebuah kereta BMW hitam berkilat itu terbabas sendiri dan merempuh bahu jalan dan bertembung pula dengan sebatang pokok. Kepala Mukriz berdarah terhantuk kuat pada stereng dan cermin keretanya pula pecah dengan segalanya remuk.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.