SIAPA tahu hakikat cinta? Bukan senang untuk didapati di mana-mana tempat, ia hanya berada pada sekeping hati sahaja. Tidak semua orang menyedari akan kehadirannya. Mungkin sesetengahnya terlepas pandang atau hanya memikirkan stigmanya semata-mata. Sedangkan kenyataan itu dipertikaikan. Bukan lahir dari kata-kata, ia kekal menjadi satu rasa di dalam jiwa dan naluri insan bernama Mukriz. Dia dalam dilema. Dia mahu mencari siapa dirinya dan apa kehendak sebenar hatinya.
Bangkit resah setia berkalung di hati. Setangkai hati yang usang itu kian rapuh dimamah waktu yang semakin berlalu. Dari saat ke minit dan dari minit ke jam begitulah seterusnya. Saat ini Amran ada di laman rumahnya. Dia sedang merenung tajam ke dalam sorotan mata Mukriz yang jelas hambar.
Si jejaka itu tahu bosnya sedang dirundung resah hanya kerana sepucuk surat. Dia benar-benar ingin tahu apa keistimewaan surat itu hingga wajah Mukriz berkerut sampai begini rupa. Sudahlah sebenar tadi dia terkejut dengan kehadiran Mukriz secara tiba-tiba ketika dia sedang berbicara sendiri dengan Si Eddy, kucing peliharaan bosnya itu.
Hampir-hampir sahaja bibirnya tercium pipi Mukriz yang berkulit sawo matang itu. Sedari itu Mukriz hanya tersenyum indah dengan lesung pipitnya yang tersergam tulus.
Diakui dia benar-benar kaget dengan tindakan Mukriz itu yang hadir tanpa sebarang bunyi sehinggalah satu bisikan menjengah di telinga.
Abaikan.
“Bos, saya datang ni bersebab,” ujar Amran sebaik sahaja dia mendengar satu keluhan berat dilepaskan oleh Mukriz.
Mukriz mengeluh kerana fikiranya masih menerawang pada apa yang dia mahukan. Manakala Amran terpingga-pingga kerana hatinya berangkai kaget melihat keadaan ini. Mukriz mengetap lembut bibirnya sambil memandang hambar dan berwajah kendur, sedangkan sebentar tadi dia tersengih sahaja.
Amran tidak tahu cerita sebenarnya. Mukriz pula tidak tahu sama ada mahu meluahkan segala-galanya pada pekerjanya itu. Adakah Amran dapat memahaminya? Jiwa Mukriz memberontak, terkinjal-kinjal menanti tempat untuk dia merujuk. Dia takut untuk bercerita. Dia tidak mahu dirinya diperlekehkan. Boleh atau pun tidak dia percayakan Amran?
Persoalan itu sedang beronak di otaknya. Kacau jadinya hingga dia nampak keluh kesah biarpun cuba untuk bertenang dengan menghela nafas sedalam yang boleh.
“Bos.. dengar tak apa saya katakan ni?” ulang Amran lagi kerana dia melihat Mukriz termenung pula di depannya.
“Bos..” panggil Amran.
Mukriz tersentak dari lamunan setelah berkali-kali dipanggil oleh Amran. Dengan perlahan-lahan dirinya menundukan wajah. Meskipun dia tidak tahu apakah tujuan Amran datang pada malam ini namun dia merasakan sesuatu yang ganjil. Kenapa dan mengapa dia begitu mengharapkan keajaiban. Bisakah dia mendapatkan sekeping hati yang lain bagi mearawat kemulut yang melanda jiwanya?
“Kenapa awak datang ke sini?” pertanyaan yang memeranjatkan Amran.
Memang itu yang Amran hendak katakan. Dia ingin memberitahu sebab dia datang.
“Maaflah kalau saya menganggu bos, err bos marah saya ke?” balas Amran lembut.
Mukriz menggeleng perlahan dengan sorotan mata yang cukup kelam.
“Bos nampak sedih je..kenapa?” soal Amran.
Mukriz mengetap lembut bibirnya lagi. Dia merenung tajam ke arah Amran. Entah kenapa pandangannya kali ini begitu lain sekali. Sungguh terpana rasa Amran ketika ini bagaikan terkena kejutan elektrik yang entah berapa watt agaknya sehingga kening Amran terangkat sendiri.
“Jangan berbos boslah bila berada di rumah saya ni, anggap saja saya ni kawan baik awak, boleh panggil nama je..” ujar Mukriz sambil menungkat dagu.
Amran tidak pernah melihat Mukriz mendagu sebelum ini tapi saat ini dia nampak bosnya seperti seorang yang sedang berputus asa sahaja.
“Owh! Okey Mu..Mukriz.. susahlah nak panggil macam tu, mungkin saya memang terlalu respect boss, so that is not easy untuk saya mengubahnya.” balas Amran dengan nafas yang agak tersekat-sekat.
“But the situation here is difference, not as the same as in the office, you need some time..” terang Mukriz.
Ya! Amran perlukan masa untuk menyesuaikan keadaan ini. Mukriz hanya mahu dipanggil dengan nama sahaja. Sukar pula untuk Amran memanggilnya begitu. Dia terlalu hormat bos sendiri.
Mengubah sesuatu kebiasanya bukanlah sesuatu yang enteng. Ia memang mengambil masa yang terlalu lama, bukan seminit dua boleh terus lancar. Mukriz perlu bersabar, begitu juga Amran tidak boleh tergopoh-gapah dalam menilai perkara ini. Mungkin Mukriz mahu merapatkan hubungan. Mana tahu nasibnya baik, hutangnya ‘burn’ begitu sahaja. Cuma, Amran tidak boleh mengambil kesempatan sedemikian. Biarlah dengan rela Mukriz sendiri.
Sudah 3 tahun dia bekerja dengan Mukriz, baru sekarang dia dapat rasakan Mukriz benar-benar baik. Selama itu juga dia tidak pernah tahu apa Mukriz lakukan. Rasanya dia tidak berhak tahu masalah Mukriz di kala ini melainkan kalau Mukriz senang meluahkannya. Ketika dia bekerja di bawah Datuk Zulhasri dulu, dia tidak pernah menerima layan sebaik ini sehinggalah Mukriz mengambil alih tugas dan amanah Datuk Zulhasri. Sekarang Wisma Wasadi milik Mukriz selaku pemegang saham terbesar syarikat itu.
“Err sebenarnya tujuan saya datang ni err..” Amran cuba menerangkan hakikat sebenarnya.
“Saya tak kisah walau apa pun tujuan awak datang ke rumah saya, tapi memandang awak dah datang, saya ada satu berita baik untuk awak..” Mukriz memotong kata-kata Amran sebentar tadi.
Amran terlopong.
Satu berita baik ingin disampaikan pada Amran hingga menjadikan jantung Amran berdetak kencang, apa pula yang akan diberitahu oleh Mukriz. Dia tidak sabar ingin tahu. Adakah dia hutangnya terhapus walaupun surat itu belum lagi ditemui? Atau mungkin juga diberikan cuti bergaji lagi dan akan meneruskan agenda mencari sekejap lagi? Letih mencari.
Bermacam-macam telahan dibuat. Mana satukah yang betul agaknya. Hah! Mungkin Mukriz hendak mengajaknya ke pusat gim.
Mungkinkah?
Seronok kalau badan dia seperti Mukriz. Teringin sangat dia memiliki tubuh sasa itu. Biar Nabila selalu sayang padanya. Nabila kekasih hatinya pasti akan memuji-mujinya nanti bila melihat dirinya berbadan sehebat itu pada alaf ini.
Wah!
“Am..” panggil Mukriz dengan lembut.
“Ya bos..” balasnya.
“Kan saya dah kata panggil saya Mukriz atau Riz sahaja..” pinta Mukriz.
Amran mengangguk faham.
“Ya Mu..mukriz…” balas Amran dengan nafas yang tersekat-sekat kerana masih belum selesa.
Hati Amran bergoncang hebat. Dia kaget sangat. Masih setia menanti apakah berita baik itu. Amran membatukkan dirinya. Mukriz mengerling mata lantas tersenyum. Apa kena dengan Mukriz sekarang ini? Menjadi tanda tanya buat Amran.
“Hulurkan tangan awak..” ucapannya seperti sebuah arahan.
‘Hulur? Eh! Kenapa pulak ni? Parah ni.. apa kena dengan bos aku ni, meremang pula bulu roma aku..! aduhai! Dia nak pegang tangan aku ke? Bair betul! Dia nak menilik aku ke?’ bermacam-macam persoalan berlegar di kepala Amran.
Dengan tiba-tiba Amran berasa aneh. Sepatutnya Amran perlu optimis dan tidak perlu fikir perkara yang bukan-bukan. Kali ini tercalit satu rasa yang mengatakan bahawa Mukriz mahu menunjukan tingkah laku yang kurang senang bagi dirinya. Dia ragu-ragu.
‘Ah!! Tak baik aku fikirkan bos aku macam tu.. tapi.. aduhai.. tak boleh jadinya.. err Dania tu awek dia, mungkin tanggapan aku salah,’ dalam waktu begini Amran sempat lagi bercakap dengan hati sendiri.
Amran meneguk deras air liurnya. Orang yang sedang duduk berhadapan dengannya sekarang ini adalah bosnya. Maka dia perlu pasrah. Terpaksa mengikuti kemahuan Mukriz. Lagipun dia berhutang. Tambah lagi kalau dia perlukan bantuan dengan siapa lagi dia mahu minta tolong.
Maka dengan itu dia membuat keputusan menghulurkan sahaja tanganya. Tangan kanannya dihulurkan dan terbuka menapak di atas meja di tepi kolam ikan di mana mereka sedang duduk sekarang ini.
Setelah berbuat demikan dia diminta dipejamkan mata. Aneh! Memang aneh! Itulah yang Amran rasakan. Perilaku yang asing baginya. Seperti drama kasih di mana sepasang insan sedang hangat bercinta lagaknya. Tapi ini lain keadaannya.