“PENATLAH bos, habis semua tempat saya cari, tapi tak jumpa pun,” gerutu Amran.
“Awak cari elok-elok, jangan hampakan saya..” balas Mukriz.
Tidak diduga oleh Amran apabila bosnya beria-ia mahukan dia datang hanya semata-mata untuk tolong dia cari sekeping surat. Apalah nasibnya. Kalau disuruh tolong cari siang-siang mungkin senang, sekarang sudah 2 jam mereka mencari, segala almari diselongkar dan termasuk dalam mesin basuh sekali dicarinya tapi tidak juga jumpa-jumpa.
“Bos, sampul surat tu sebenarnya warna apa?”
“Warna biru air laut, awak carilah kat celah rak buku tu lagi sekali, saya cari kat sini,” ujar Mukriz.
Mereka berdua begitu sibuk sekali mencari sepucuk surat yang telah hilang itu dalam bilik bacaan pula. Betapa banyak buku terpaksa dibeleknya kerana Mukriz menduga dia selitkan dalam mana-mana buku kalau bukan dalam laci meja tulisnya.
“Ada beratus buah buku ni bos, takkan semua saya nak kena belek ni..” Tidak habis-habis Amran merungut.
“Awak ni banyak bising betullah.. carilah jangan banyak cakap!” bentak Mukriz yang sudah bosan mendengar Amran menggerutu sahaja.
Sekejap terbongkok sekejap merangkak, tertiarap dan bermacam-macam ragam gerak-geri mereka dalam mencari surat tersebut.
“Bos! Surat apa yang penting sangat ni bos sampai kita kena geledah semua ni, surat wasiat ke datuk ke?” Amran menduga perkara yang bukan-bukan sahaja.
Sesekali dia mengeluh.
“Kita rehat sekejap, lepas lima minit kita sambung balik,” arah Mukriz.
Amran menggaru deras kepalanya. Pening dengan sikap bosnya yang tidak menjawab pertanyaannya itu.
Mukriz melepaskan keluhan yang teramat berat. Entah kenapa dia bersungguh-sungguh mahu mencari surat itu. Surat dari Arfan. Dia berharap surat itu ditemui juga tidak kiralah walau macam mana sekalipun.
Amran bersandar pada rak buku, manakalah Mukriz bersandar di dinding dengan berwajah kendur. Melihat keadaan ini Amran tidak habis-habis berkerut dahi, lantas dijengah jam tangannya, sudah pukul satu pagi.
“Dari pukul sebelah malam tadi kita mula mencari hingga sekarang dah pukul satu, tapi tak jumpa-jumpa jugak, apa kata kita sambung esok sajalah bos, saya dah letih ni..” saran Amran.
“Awak bos ke atau saya bos?” kata Mukriz sambil mengerling matanya.
“Boslah bos,” balasnya deras.
“Kalau awak nak bonus penuh pada bulan ni, lebih baik awak cari dan duit saya pinjamkan pada awak tu akan saya halalkan..mana awak nak pilih?”
Amran serba salah jadinya, kalau itu yang Mukriz ucapkan maka dia akan memilih untuk terus mencari, kerana wang berjumlah RM 3000 keseluruhannya yang dipinjamkan itu bakal terhapus kalau dia menemui surat tersebut dan juga bonus pada bulan ini akan dapat penuh. Habuan yang cukup lumayan. Peluang begini hanya datang sekali sahaja.
Mukriz sanggup berjanji sedemikian hanya semata-mata sepucuk surat. Baginya wang ringgit boleh dicari tapi surat tersebut kalau betul-betul sudah hilang maka hancur sudah harapannya.
“Mana awak nak pilih?” Mukriz menyoal lagi ketika Amran masih berfikir.
Lantas Amran mengangguk perlahan.
“Apa angguk-angguk? Tak ada mulut ke nak beritahu?” soal Mukriz deras kerana tidak berpuas hati dengan cari Amran.
“Setuju bos..saya akan tolong bos cari surat tu sampai jumpa.” balas Amran dengan berwajah lesu.
Dia tidak yakin sama ada dapat menemui surat bersampul biru air laut itu atau pun tidak. Dia begitu berharap dapat ketemu surat itu demi melangsaikan hutangnya.
Setelah itu Mukriz tersengih kerana Amran masih mahu mendengar arahannya.
‘Geramnya! Tak pasal-pasal aku menjadi mangsa keadaan, hmm surat apa yang begitu hebat sangat sampai kena cari tengah-tengah malam buta ni, esok nak kena kerja lagi..’ Amran tidak putus-putus bersungut.
“Apa yang awak fikirkan lagi itu? Awak jangan risaulah, saya akan bagi awak cuti bergaji esok, dah! Pergi cari cepat..” ujar Mukriz yang dapat membaca fikirannya.
Maka merangkaklah mereka berdua sambil membelek segala buku-buka di atas lantai yang sudah berteraburan itu.
Dari saat berganti minit, dari minit berganti jam, sekarang sudah pukul 4 pagi. Surat itu masih tidak kelihatan. Habis segala ruang di carinya kini tertinggal satu lagi tempat yang belum diterjah iaitu Stor barang.
Ketika ini Amran sudah beberapa kali menguap, matanya sudah layu diulit rasa letih satu badan gara-gara turun naik tangga dan terbongkok, tertiarap serta merangkak.
Mukriz memandang wajah lesu Amran. Tidak tergamak pula rasanya dia mengerahkan tenaga Amran sedari tadi sibuk mencari.
“Am, awak pergilah tidur di bilik tetamu dulu, kesian awak dah letih dan biar saya saja yang mencarinya,” ucap Mukriz.
“Bos pun rehatlah, apa kata kita sambung esok pulak. Saya pun tak sanggup tengok bos letih sampai macam ni, okey?” saran Amran.
Sampai mereka berdua bermandikan peluh kerana berusaha mencarinya sehingga menyebabkan mereka berdua menanggalkan baju baju pula.
“Wah! Banyak bululah dada awak, macam beruang..!” tegur Mukriz sebaik Amran menanggalkan baju.
Tiba-tiba Amran jadi malu setelah ditegur sebegitu, maka cepat-cepat dia sarungkan semula bajunya yang telah kebasahan itu.
“Haha!” Mukriz gelak mengubah suasana.
Amran tersipu-sipu, sebab itu dia jarang tidak berbaju, tapi entah kenapa sebentar tadi dia berasa begitu hangat sampai tidak sedar dia sudah menanggalkan bajunya.
“Tahulah badan saya ni banyak bulu, tak macam badan bos, taff dan berketul-ketul, siap ada six pack lagi. Saya teringin nak miliki badan macam bos,” kata Amran dengan nada sayu pula.
“Awak boleh buat badan macam ni kalau awak nak, mulai esok awak ikut saya pergi gim? Saya selalu pergi gim kat Jalan Ampang tu, nak tak?” soal Mukriz sambil tersengih.
“Baru hari ni saya nampak depan mata bentuk badan bos tanpa berbaju dan tak sangka pulak bos ni sempoi juga orangnya..” ucap Amran yang saat ini bersandar di almari pula, kali ini di di dalam bilik satu lagi.
Mukriz masih tersengih sahaja kerana selalu mendapat pujian melambung dari Amran. Dia menghela nafasnya ketika bersandar di pintu. Sebelum ini memang selalu benar dia dipuji begitu, ada teman-temannya juga bercerita tentangnya, oleh itu dia sudah terbiasa dengan kata-kata yang sering membuatkan hidungnya kembang semangkuk.
Setiap hari dia akan bersenam dan setiap kalinya dia selalu pergi ke gim. Memang sudah menjadi hobinya menjalankan aktiviti-aktiviti yang sihat begini. Untuk mengekalkan bentuk badan yang sasa dan mantap harus dijaga pemakanannya. Mukriz mahu berkongsi pengalaman dengan Amran seandainya pemuda itu memerlukannya, cuma saat ini dia agak gusar memikirkan surat itu yang tidak mahu beredar dari ruang fikirknya. Cuba diusir seketika namun tetap gak datang bertamu.
Mukriz melepaskan keluhan. Amran pula berdehem yang sengaja dibuat-buat apabila melihat Mukriz lagut mengusap dada sendiri pada bahagian buah dada itu. Nampak berketul, Amran memang mahu tubuhnya berkeadaan begitu.
“Saya memang macam nilah, kenapa? Awak pelik ke tengok diri saya?” soal Mukriz sedari tadi dia berangan seketika.
Amran menggaru kepala dan mengerling takut pada Mukriz. Perasaan yang tidak sepatutnya wujud. Mukriz merenung mata Amran dengan ekspresi wajah yang letih sahaja. Kemudian Amran berjongket bahu dengan bibirnya dimuncungkan.
“Mungkin saya tak biasa nampak,” balas Amran.
“Awak yang tak pernah menjenguk saya,”
“Tak ada sebab,
“Kenapa? Saya kan bos awak,”
“Takut kena halau je..”
“Pulak!”
“Ha`ah! sebabnya saya hanya biasa dengan bos di waktu pejabat sahaja, waktu luar macam ni kurang sikit. Jadi agak makan masa jugalah untuk menyesuaikan diri. Tambah lagi bos kata nak ajak saya pergi gim tu..”
“Awak berminat?” saol Mukriz sambil mengangkat keningnya.
“Yap!” balas Amran deras.
Sedari itu Mukriz dan Amran tertawa bersama di awal pagi itu sambil masing-masing bersandaran kepenatan.