Entri Terkini :

E-Novel : DILEMA (Bab 11)


“ASSALAMUALAIKUM..” kelihatan Amran terpinga-pinga di luar pagar rumah banglo tiga tingkat milik Mukriz itu sambil mengucap salam.

Jeritlah dia sekuat hati dari luar itu, Mukriz tidak akan mendengarnya melainkan kalau dia tekan loceng yang berada di situ.

‘Ish! Aku lupa, rumah dia ni kan besar, mana nak dengar suara aku. Erm.. aku call banyak kali pun tak diangkatnya, tadi beria-ia sangat suruh aku datang.’ gerutu hatinya.

Lantas Amran terus menekan punat loceng rumah itu. Kali ini sudah masuk ke berapa puluh kali dia tekan tapi masih tiada respon. Amran melepaskan keluhan.

Malam ini dia berpakaian ringkas sahaja seperti anak-anak muda, berseluar pendek dan ‘tshirt’ juga berlengan pendek. Bulu kakinya sungguh lebat, misai juga lebat, memang dia ini jenis orang yang banyak bulu. Sampai tangan pun berbulu-bulu. Mana tidaknya, dadanya juga penuh dengan bulu. Darah kacukan kali, tapi kulit dia cerah pula, katanya Melayu asli tapi mungkin asal nenek moyang dia memang jenis banyak bulu agaknya.

Tiba-tiba pintu pagar terbuka secara automatik dan Amran terkejut seketika. Selepas pintu itu terbuka seluas-luasnya, kakinya itu terus melangkah masuk, kereta Iswaranya pula diparkir sahaja di luar rumah Mukriz.

Kemudian terpacul kelibat seorang lelaki yang hanya bertuala sahaja berada di muka pintu masuk utama sambil tersengih.

“Dah lama ke sampai ke Am?” soal Mukriz di situ.

“Tak lamalah bos, baru aje dua jam, ingat nak tidur depan pagar je tadi” balas Amran sambil berseloroh.

Amran menunggu respon agak lama juga, dalam sepuluh minit macam itulah. Sekarang baru Mukriz menjemputnya masuk dengan membuka pintu pagar.

“Haha! Maaflah Am, saya melepas tadi, tiba-tiba pulak sakit perut.” Mukriz tergelak pula dengan memberi alasan.

“Berak batu ke bos ni sampai lama sangat?” duga Amran.
Mukriz hanya mengerling sahaja sambil tersenyum.

“Ish! Kamu ni Am, jemputlah masuk,” pelawa Mukriz.

Kemudian Amran terus menanggalkan sepatunya dan terus mengayun langkahnya masuk setelah dijemput.

“Kamu duduk dulu ya, saya nak pakai seluar sekejap,” kata Mukriz.

Seterusnya Amran mengangguk perlahan. Mukriz pula terus meluru naik ke tingkat atas rumahnya itu manakala Amran meliar matanya menoleh kiri dan kanan. Pertama kali dia masuk ke dalam rumah bosnya ini. Sebelum ini dia tidak pernah menjengah ke situ.

‘Mewahnya bos aku ni, macam-macam ada, sofa yang selasa, tv yang besar, akuarium pun ada, tapi sayang, bos aku ni tinggal sorang-sorang sahaja, mesti boring..’ bisik hati Amran.

Tidak puas rasanya Amran menelaah sekeliling ruang dalam rumah banglo bosnya itu. Punggung Amran mengenjut-enjut pada sofa selepas ditepuk berkali-kali sofa tersebut yang berspring itu.

‘Rumah aku tak ada semua ni, kalaulah aku kaya begini, wah! seronoknya! Tapi aku tak nak tinggal sorang-sorang nanti sunyi pulak. Aku nak ajak Nabila duduk sekali dengan aku bila dah kahwin nanti,’ Amran berangan-angan Mat Jenin dengan tersengih sendiri.

Tidak berapa lama kemudian Mukriz turun semula dengan mengenakan seluar pendek dan bersinglet sahaja.

Semerbak harum kasturi bau badan Mukriz tercium oleh Amran.

“Wah! Wanginya bos malam-malam ni, buang tabiat ke apa? Ingatkan masa di pejabat sahaja bos sembur wangian..” tegur Amran setelah bosnya sudah duduk di sofa menghadapnya.

Mukriz hanya tersengih sahaja lantas berkata,

“Siang dan malam saya memang pakai wangian sebabnya saya sudah terbiasa.” Balasnya.

“Patutlah kemas dan bos nampak macam remaja dengan rambut terpacak macam itu, kalau masa di pejabat nampak formal je, bos ni stylolah.” bodek Amran yang memang pandai ambil hari Mukriz.

“Aduh! Saya memang tak ada duit kecil nak beri pada awak ni,” canda Mukriz pula sambil tersengih.

Amran langsung tersengih.

“Ada apa bos panggil saya ni?” soal Amran seterusnya dia mengusap wajah sendiri.

“Saya sebenarnya memang nak jumpa awak kat luar, tapi malam ni saya tak larat pulak nak keluar jadi saya rasa eloklah kita berbincang di rumah saya ni je,” kata Mukriz.

“Bincang apa bos?” Dengan pantas Amran menyoal pula kerana dia tidak sabar-sabar ingin tahu apa yang mustahak sangat mahu dibincangkannya.

Sebelum membalas kata-kata Amran, Mukriz bangun seketika dan berkata,

“Tapi, awak tunggu sekejap, saya nak ambilkan awak air..” ujar Mukriz.

Amran tidak menolaknya malahan dia memang haus benar. Dengan wajah selamba dia berkata,

“Boleh juga bos, tapi bos tahu ke buat air?” Amran sengaja memperli Mukriz.

Hello! awak jangan pandang saya sebelah mata tau, tunggu sekejap saya pergi buatkan air untuk awak..” pinta Mukriz.

Tersusun rapi dan kemas gigi Amran semasa dia tersengih melihat gelagat bosnya.

Selepas ketiadaan Mukriz di situ dia menyambungl lagi menelaah sekeliling ruang banglo itu, kali ini dia bangun nak melangkah ke arah akuarium pula.

Amran bermain-main dengan ikan Flower hons yang sungguh cantik, kepala ikan tersebut terbonjol seperti kena ketuk dengan penukul sahaja. Kesian!

Bunyi deruan air dari akuarium sungguh mendamaikan hati Amran tapi itu belum masuk lagi kolam ikan yang berada di laman rumah Mukriz. Di situ sungguh mempersonakan kerana terdapat banyak jenis ikan air tawar menjadi peliharaan Mukriz yang boleh dilihat.

Tidak lama kemudian Amran terasa kakinya digesel dengan sesuatu yang berbulu. Lantas dia pandangannya dialihkan pada bahagian bawah.

“Wah! Cantiknya kucing siam ni, bos aku ni suka bela kucing rupanya,” katanya sendiri sambil mengusap-usap manja belakang kucing siam itu. Dia terlihat ada rantai dikalung pada leher kucing siam berwarna putih itu, seterusnya dia membeleknya dan jelas terpamer nama kucing tersebut adalah Eddy.

‘Macam nama oranglah pulak, tak pernah pun bos aku ni cakap dia suka bela kucing, kat rumah aku ada sekor kucing yang biadap! Selalu benar bawa lari ikan goreng aku, nanti aku nak tanya dialah kalau-kalau dia nak kucing itu, entah kucing siapalah tu dengan muka tak tahu malu datang menumpang rumah aku, berak merata-rata pulak tu!’ gerutu Amran.

Dengan kucing pun dia ambil kisah, sudah namanya haiwan, bukan ada fikiran seperti manusia. Sabar sajalah.

“Am, ni airnya, mari minum dulu. Eddy, come to papa.. susu untuk Eddy papa dah sediakan ni..” pelawa Mukriz yang baru sahaja tiba di situ dari ruang dapur sambil memanggil-manggil kucing kesayangannya.

Berlari-lari kucing itu ke arah Mukriz yang mengerti apabila namanya diseru lalu meninggalkan Amran yang sekilas menoleh kelibat kucing itu.

Eddy terus melompat ke peha Mukriz yang sudah duduk di sofa lalu dia merangkul pinggang si kucing itu.

‘Amboi! Romantik sungguh bos ni dengan kucing peliharaannya. Siap bercumbu-cumbuan di depan mata aku,’ kata hati Amran sambil menggaru kepalanya.

Seterusnya Amran melangkah dan kembali ke sofa tempat dia duduk sebentar tadi. Matanya tertumpu pada Si Eddy yang sedang lahap menjilat susu yang berada di dalam bekas khas untuknya. Sungguh dahaga sekali kucing itu.

Melebar pula senyum Amran apbila melihat telatah Mukriz yang sedang bersama dengan haiwan peliharaannya itu. Kemudian dia menyisip kopi panas yang dibancuh oleh Mukriz.

“Urmm! Sedap! Pandai juga bos buatkan kopi ni, kena dengan selera saya, kopi apa ni bos?” Amran menyoal.

“Thanks, itu adalah kopi kampung, saya memang suka minum kopi kampung sebab ia tak ada campuran dengan bahan-bahan lain. That’s why ia menjadi pilihan saya.” balas Mukriz sambil membelai-belai lembut ekor kucing siam itu.

“Cantik kucing tu bos..” puji Mukriz lagi.

Sekilas Mukriz memandang wajah Amran sambil tersenyum. Amran membalas senyuman Mukriz juga dnegan senyuman dan meletakkan semula cawan kopi tersebut ke atas meja.

“Ya? Sebenarnya kucing adalah kucing terbuang, saya jumpa dia kat depan rumah saya dengan berlumuran darah, mungkin bercakaran dengan kucing lain atau pun dibuli oleh haiwan lain. Jadi saya ambil dan hantar dia ke klinik haiwan, kemudian saya bela. Awak nak tau, kucing jinak tau..” balas Mukriz dengan penuh budi bahasa dan penuh sifat penyanyang terhadap haiwan.

Amran menggeleng kepala kerana kasihan terhadap nasib kucing itu sebelum ini.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.