SEORANG wanita berambut ikal mayang dan berkulit cerah tersera-sera melangkah masuk ke pintu pejabat Wisma Wasadi. Gayanya begitu kelam kabut. Lagaknya seperti seorang yang sedang mengejar masa. Langkahnya sungguh cepat sekali. Tali beg tangan yang disangkut pada bahunya dipeluk rapat. Skirt pendek yang dipakainya pula jelas menampakkan betis yang putih menggelepak.
Wajah yang dipamerkan wanita itu langsung tidak ceria. Dahinya berkerut sarat dengan masalah. Apa pula halnya yang membuatkan hati dia begitu tidak senang.
Dengan pantas dia terus meluru masuk untuk ke bilik Mukriz, pemilik Wisma Wasadi namun segera dihalang oleh Suraya.
“Cik! Cik Dania nak ke mana?” soal Suraya.
“Aku nak jumpa dengan Bos kau! Mukriz!” balasnya keras dengan menyenta rambutnya ke belakang.
Suraya merasa cuak dengan kehadiran Dania ke pejabat ini, tidak langsung disenanginya. Baginya sikap egois yang dipamerkan Dania itu begitu menjengkelkan. Lagaknya seperti seorang perempuan yang cukup sempurna. Menyampah pula Suraya melihat perempuan ini.
“Encik Mukriz tak ada dalam pejabat, dia belum datang lagi..” ujar Suraya.
“Ah! kau! Entah-entah dia ada kat dalam saja nak menyorot.” balas Dania sambil menjeling.
“Betul cik Dania, Encik Mukriz memang tak ada, dia belum datang lagi.” kata Suraya.
Dania tidak mempercayai kata-kata setiausaha Mukriz itu. Gerak hatinya mengatakan bahawa Mukriz sebenarnya ada di dalam. Mukriz mungkin sengaja berpakat dengan setiausahanya untuk mengelak dari berjumpa dengan Dania. Lantas dia menghayun langkahnya untuk melihat sendiri dengan mata kepalanya.
Suraya cuba menghalang tapi Dania lebih pantas.
Cepat sekali tombol pintu dipulas oleh Dania sambil Suraya pula belum berputus asa untuk menghalangi Dania dari terus meluru masuk.
Sebaik saja pintu dibuka, mata Dania terbeliak dan terkejut besar. Jantungnya berdegup kencang, dengusan nafasnya pula jelas kedengaran. Jantungnya juga seperti mahu gugur. Dalam masa yang sama Suraya berkata,
“Encik Mukriz, saya dah cuba halang dia tapi..” kata Suraya yang tidak menghabiskan ucapannya.
Saat itu Mukriz sedang duduk di sofa menunjukkan wajah selamba sambil bermesra dengan seorang kakitangan syarikatnya iaitu Nafisa. Tangan Mukriz sedang mengusap lembut pipi Nafisa. Yang menghairankan Suraya tidak pula mempamerkan sikap cemburu. Di dalam hati mungkin ya. Dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana Mukriz itu adalah bosnya. Maka terpaksalah dia menerima keadaan itu dengan hati yang terbuka.
Dania merengus geram. Lelaki yang sedang duduk di depannya itu seorang ‘playboy’ bermesra dengan pekerja sendiri. Dia menganggap Mukriz curang kepadanya. Dalam keadaan itu Nafisa cepat-cepat bangun dan berdiri dengan mempamerkan wajah yang serba salah.
“Perempuan jalang! Kau tahu dengan siapa yang kau bermesra ni? Dia tu bakal tunang aku! Kau faham!” tengking Dania dengan cepat melangkah masuk untuk merapati Nafisa sambil diperhatikan Suraya yang sedang berdiri di muka pintu.
Saat ini Dania berdiri betul-betul di depan Nafisa yang sedang berdebar-debar. Dania berkecak pinggang. Sesekali dia menoleh ke arah Mukriz yang segera bangun bagi menghalangi pertingkahan yang mungkin bakal berlaku.
“Dania! Tolong bertenang! Ini pejabat, jangan buat hal kat sini!” kata Mukriz.
“Ooo! Pejabat! Yang awak bermesra dengan staff awak ni tidak pula melanggar etika di dalam pejabat awak ni hah?!” balas Dania sambil jarinya ditunding tepat ke muka Nafisa.
Nafisa pula berganjak sedikit ke belakang kerana jari Dania hampir menucuk lubang hidungnya.
Mukriz terus melewati di antara mereka berdua. Sekarang ini dia sedang berada di tengah-tengan antara Nafisa dan Dania.
Sekejap dia menoleh ke arah Nafisa, sekejap dia menoleh ke arah Dania.
“Sudah! Sudah! Awak jangan buat perangai kat sini, kalau awak tak suka awak boleh pergi!” kata Mukriz.
Dania menahan amarah, dia mahu lepaskan rasa itu. Dia mahu menerkam Nafisa kerana mahu ditampar sahaja perempuan itu. Tapi begitu sukar sekali baginya kerana Mukriz ada di tengah-tengah.
Dia mengerling matanya ke arah Nafisa namun Nafisa hanya tunduk terbungkam sahaja sambil bermain-main dengan jari sendiri.
“Fisa, awak keluar dulu, Suraya..awak temankan Fisa.. bawa dia keluar..” ucap Mukriz lagi sambil menoleh ke arah Suraya sedari tadi masih berdiri kaku di situ.
Dengan perlahan Suraya mengangguk. Kemudian dia mendekati Nafisa dan memaut tangan kawannya itu untuk di bawa keluar dari ruang pejabat Mukriz.
Mata Dania tidak kalih dari menyusuli langkah Nafisa yang dibawa keluar oleh setiausaha itu. Sebaik sahaja pintu ditutup. Maka telinga Suraya dan Nafisa terdengar Dania menengking-nengking bosnya dari luar.
Mereka berpandangan sesama sendiri. Suraya mendengar Nafisa melepaskan keluhan berat. Jantungnya masih berdebar-debar. Setelah itu Suraya bertanya,
“Kau takut?” soal Suraya.
Nafisa mengangguk perlahan sambil mengurut-urut dahinya sendiri. Dengan pantas Suraya menapak tangannya ke pipi lembut Nafisa itu dan merenung dalam-dalam ke mata Nafisa.
“Kalau pipi ni tadi ditampar oleh Cik Dania tu, aku tidak akan teragak-agak menamparnya semula tau.” kata Suraya.
Nafisa mengenggam erat tangan Suraya itu. Dia masih berada dalam ketakutan. Rasa takut yang teramat sangat. Mungkin selepas ini Dania akan berdendam dengan dirinya. Tidak sanggup rasanya untuk dia berdepan dengan wanita itu di kemudian hari.
Hampir menangis Nafisa, kelopak matanya mula berkaca jernih. Dia mencebik. Wajahnya hambar sekali.
Suraya pula mempamerkan wajah kendur. Sedih juga dia melihat Nafisa yang menjadi mangsa keadaan.
“Mari duduk dulu,” pujuk Suraya.
“Su…a..aku takutlah! nanti..” ujar Nafisa dengan nafas yang tersekat-sekat.
“Sabarlah, semalam pun kau suruh aku bersabar kan? So, calm down Fisa, jangan risau, aku ada ni.” ucap Suraya yang mahu mengembalikan semula keyakinan terhadap Nafisa.
Nafisa seorang wanita berambut perang menyeka sendiri air matanya yang telah berguguran tanpa sedar. Suraya yang memerhatinya lalu membantu menyeka cecair jernih itu hingga tidak bersisa lagi.
Namun Nafisa tetap menangis juga akhirnya. Lantas dipeluk rapat tubuh Suraya sambil diperhatikan oleh banyak mata.
Amran juga melihat Nafisa menangis lagi di bahu Suraya. Begitu juga dengan Nadia yang melihat dari jauh tapi tidak berani untuk masuk campur kerana masih takut-takut setelah dibayangi wajah Suraya yang berwajah harimau merengus geram semalam itu.
Cuping telinga mereka berdua masih terdengar bunyi kecoh di dalam bilik Mukriz. Perang mulut sedang rancak berlaku.
“Patutlah semalam awak batalkan temu janji kita ya? Rupanya awak nak bermesra dengan orang lain!” duga Dania.
“Saya tak pernah aturkan temu janji dengan awak! Pasal semalam ia bukan temu janji yang kita sendiri yang aturkan tapi itu dari mama saya! Mama saya yang nak sangat saya keluar dengan awak”
“Habis tu kenapa awak tak boleh luangkan sedikit masa untuk saya?!” balas Suraya sambil menyilangkan tangannya ke dada.
“Saya sibuk!! Banyak kerja yang saya nak kena buat dan apa yang awak tidak puas hati lagi ni? Saya dah kata awak boleh pergi dan jangan datang sini lagi!” bentak Mukriz yang sudah hilang sabar.
“Senangnya awak cakap! Awak pun tahu yang saya sayang dan cintakan awak, tapi kenapa awak buat saya macam ni? Awak sedar tak sikap awak ni telah mengguris hati dan perasaan saya?! perempuan mana yang tidak sakit hati kalau kekasih sendiri bermesra dengan orang lain di depan mata sendiri? Cakap?! Siapa boleh terima?!” tengking Dania dengan melepaskan segala yang terbuku di lubuk hatinya.
“Apa?! Kekasih?! Awak saja yang anggap saya ni kekasih sedangkan saya tidak! Jangan nak mengharapkan sayang dan cinta dari saya. Saya bukan untuk awak san saya tidak pernah cintakan awak! Jadi lebih baik awak pergi dari sini sebelum saya naik angin!” pesan Mukriz.
Bergetar hati seorang wanita setelah Mukriz melantunkan kata-kata itu. Selama ini dia fikir Mukriz benar-benar menyayanginya tetapi ternyata dia dipermainkan. Sebelum ini hanya nampak mesra di depan keluarga tapi hakikat sebenarnya tidak.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)