Entri Terkini :

E-Novel : DILEMA (Bab 3)

SAAT ini hatinya masih dibelenggu keresahan. Entah kenapa dan bagaimana dia sungguh tertekan. Sekejap pusing ke kiri, sekejap pusing ke kanan. Dia tidak merasa selesa pula berbaring di tilamnya. Lantas dia bangun dan termenggu di sisi katil. Matanya tertancap pada jam dinding. Sudah pukul dua pagi. Hari ini sama seperti semalam, dia tidak dapat lelapkan mata.

Kemudian dia terus bangun dan membasuh wajahnya biar terasa sedikit segar. Hatinya, perasaannya bersimpang siul tidak terarah. Hanya menjengah pada ruang desakan. Mama dan papanya mendesak dia supaya berkahwin.

‘Aku bukan tak nak kahwin tapi aku belum bersedia, bagaimana aku ingin bahagiakan isteri aku sekiranya hati aku belum terbuka untuknya?’ soal hatinya.

Wajahnya ditenung dalam-dalam di depan cermin. Wajah tampan dan kacak yang dianugerahkan TUHAN dijaga sebaik mungkin. Tidak mahu dipersiakan. Matanya terlihat bulu hidung, terus sahaja dicabut, kemudian kumisnya tidak nampak rapi, segera dia cukurkan sedikit agar nampak kemas.

Mukriz buang tabiat agaknya di awal pagi begini sedang menacap wajah di depan cermin. Kemudian dia menyucikan wajahnya dengan pencuci agar kulitnya sentiasa suci dan bersih.

Dia seorang yang menitik beratkan soal kebersihan. Segera diangkat tanganya lalu melihat pula keadaan bulu ketiaknya. Masih rapi, maka tidak perlu dicukur lagi. Saat ini dia hanya bertuala sahaja kerana sedari tadi dia berbaring hanya mengenakan tuala. Selepas mandi pada malam tadi dia terus terbungkam sambil tangan di dahi. Sekarang dia tidak dapat lelapkan mata, jesteru itu di situ pula dia menghadap muka.

‘Aku masih muda, aku belum puas hidup membujang, hati aku belum lagi dapat menerima kehadiran wanita dalam hidup aku biarpun ramai wanita yang telah menyuarakan tentang kasih sayang, cinta dan perhatian pada aku, tapi aku tak boleh, memang tak boleh..’ desis hatinya.

Dibelek-belek lagi wajahnya di depan cermin masih tidak berpuas hati nampaknya.

‘Alamat! Jerawat! Macam mana boleh ada jerawat pula ni?’ soal hatinya.

Baru dia perasan ada sebiji jerawat di bawah dagunya.

‘Patutlah aku rasa pedih bercukur tadi..’ kata hatinya lagi.

Dia hanya bermonolog sahaja. Dia gusar dan bimbang jika jerawat makin beranak di wajahnya. Lantas cepat-cepat dia letakkan ubat supaya jerawat itu lekas surut. Dia tidak mahu wajahnya terhias dengan jerawat. Malu!

Mungkin dia tidak sedar. Jerawat itu tumbuh gara-gara dia kurang tidur. Dia perlu fikirkan bagaimana untuk dia boleh tidur lena. Dia runsing memikirkan caranya.

Usai itu dia melangkah keluar dari bilik mandi. Lalu mematikan suis lampu itu. Dia yang bertuala dan tidak berbaju itu menapak perlahan ke meja tulis. Saat ini dia merasa dingin sekali biarpun penyaman udara tidak terpasang. Lantas dia bangkit dari bangku segera ke almari untuk mencapai sebarang baju untuk dipakainya. Selepas itu dia kembali semula ke situ.

Hatinya terdetik untuk melayari internet. Dengan itu laptop peribadinya dibuka. Laman sosial dijengah. Dia mahu berkongsi pengalaman bersama dengan teman-teman maya.

Apa lagi kalau bukan facebook. Sebuah laman sosial yang begitu terkenal. Penggunanya ada di serata dunia termasuk di Malaysia. Dunia internet merupakan dunia tanpa sempadan boleh dibuka di mana-mana. Untuk mencari kenalan, berkongsi cerita dan pengalaman, malah untuk mencari jodoh juga terdapat di situ. Sudah ramai rakan-rakannya bertemu jodoh di laman sebegitu. Tapi bukan jodoh yang dicari tapi hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman sahaja. Tidak lebih dari itu.

Setelah email dan kata kunci dimasukkan maka terpampar laman miliknya dilengkapi dengan gambar profil yang macho. Terdapat ramai permintaan untuk menjadi kawannya. Ditelaah satu persatu, tapi kebanyakkannya adalah lelaki. Bilangan lelaki dalam senerai ‘friend list’nya lebih ramai berbanding perempuan.

Bukan dia tidak mahu ‘approve’ permintaan menjadi kawan dari perempuan, tapi baginya berkomukasi sesama jantina lebih selesa dan tidak terbatas. Mukriz takut juga kalau-kalau ada pula wanita mengungkap kata sayang, kata cinta terhadapnya. Dia tidak mahu semua itu. Maka jarang sekali dia sahkan permintaan itu.

Sedang dia menelaah ruangannya, terdapat begitu banyak komen dan pesanan yang diterima.

‘You ni handsomelah, boleh kenalan?’

‘Bila boleh jumpa?’

‘Ada nombor telefon tak? boleh bagi?’

Terdapat banyak lagi hingga tidak terbaca dan dibalas. Sudah lama dia tidak menjengah laman sosial itu kerana baru sekarang dia membukanya. Terkejut juga dirinya setelah menerima pelbagai mesej yang pelik-pelik. Sehinggakan ada yang berbaur lucah, tapi mesej sebegitu diabaikan saja.

Sesekali dia menggaru kepala sendiri, tidak termampu lagi melayan kerenah rakan-rakan di facebook. Namun segera dia mahu ‘offline’ kerana terasa terlalu bosan. Tiba-tiba terdapat satu dari seorang lelaki yang hanya terpampar gambar kartun pada profilnya itu telah masuk ke ruangan sembang. Sebelum ini ramai sahaja yang mahu bersembang dengannya tapi tidak dilayan. Bukan sombong tapi tiada idea untuk dibalas. Tapi kali ini mesej yang datangnya daripada ‘Lelaki Terluka’ menjengah di ruangan tersebut.

“Bantulah aku yang sedang dirantai besi oleh hatiku sendiri kerana menahan rasa kecewa yang terlalu, berikan aku satu nafas agar aku bisa tenang, seandainya tidak dibantu aku mungkin akan tiada lagi..” pesanan dari Aku Terluka yang sedang dibacanya.

Mukriz begitu terkejut dengan pesanan itu kerana bunyinya agak perit sekali. Kalau tidak dibantu dia takut akan terjadi kes bunuh diri. Kerana sebelum ini terdapat ramai yang kecewa terus sahaja membunuh diri yang diwar-warkan di dada-dada akhbar mahupun klip-klip video yang dipertontonkan di internet.

Cepat-cepat dia membalas.

“Apa masalah yang sedang awak hadapi? Awak boleh berkongsi dengan saya kalau awak mahu.” Kata Mukriz.

Tidak lama kemudian lelaki itu membalasnya.

“Saya ditipu dan hati saya dirobek, saya tidak mahu hidup lagi,” kata lelaki itu.

“Bertenang, awak beritahu saya apa puncanya, Insya-ALLAH saya akan membantu seboleh yang mungkin,” balas Mukriz yang sedang berkerut dahi menahan kebimbangan.

Entah kenapa timbul pula rasa prihatin di lubuk hatinya. Dia juga manusia biasa punya sifat belas kasihan juga.

“Seseorang yang saya cintai telah membuatkan hati saya terguris, begitu dalam luka ini, kasih sayang yang saya curahkan itu dibalas dengan pengkhianatan, semua yang saya korbankan selama lapan tahun dia persia-siakan,” kata Lelaki Terluka.

‘Macam ni, awak ikut kata saya ni, sekarang awak tarik nafas awak dalam-dalam lepas tu awak lepaskan perlahan-lahan, biar rasa sedikit tenang, buatlah sekarang,’ kata Mukriz seperti seorang pakar psikologi pula.

Lelaki itu mengikut apa yang Mukriz katakan. Sekarang dia sedikit lega.

“Awak dah buat apa yang saya suruh?” Mukriz menyoal untuk mendapatkan kepastian.

Sengaja ditanya olehnya kerana Mukriz seorang yang mahukan kepastian. Seandaianya sesuatu yang belum lagi diuruskan pasti dia mahu ia dilaksanakan juga. Pernah dulu sewaktu adik perempuannya ingkar dengan cakapnya, merajuk sampai berbulan-bulan lamanya. Bila adiknya sudah berumah tangga barulah keadaan itu pulih sedia kala. Semuanya gara-gara meminta pendapat.

“Ya..” balasnya singkat.

“Okey... Sekarang apa yang awak rasa?” Mukriz menyoal lagi.

“Sedikit tenang,” balasnya.

well, i hope you can control your emotion. Don't think negatively just follow what I want to tell to you.” kata Mukriz.

Yes, I will,” balas Lelaki Terluka.

Now, awak pergi mandi dulu, after that awak datang balik, saya setia tunggu awak...” pinta Mukriz.

Okey! Stay tuned.” Jawab Lelaki Terluka.

Mukriz melepaskan keluhan panjang. Rasa risau bersarang dihatinya. Mungkin berat dirasakan masalah yang dihadapi oleh lelaki itu berbanding dengan dirinya.

Di situ dia setia menunggu meskipun sudah beberapa kali menikmati kuapan.

Kemudian mata Mukriz mula layu, digagahkan juga, kemudian mata menjengah jam di dinding, sudah pukul 3.30 pagi. Sekarang dia sudah mula rasa mengantuk ketika lagut menunggu lelaki itu kembali menyambung bicara. Agak lama lelaki itu menghilang. Adakah dia menuruti apa yang dikatakan Mukriz? Atau juga sekadar sandiwara? Mukriz sendiri tidak tahu.

Berkali-kali digosokkan mata dan membetul kedudukkan punggungnya yang sudah terasa kebas. Dia bangun sekejap untuk menggeliatkan tubuhnya. Mahu dikendurkan segala urat yang tegang.

Usai itu dia kembali duduk. Tidak berapa lama kemudian, akhirnya dia terlelap juga di situ kerana setia menunggu kata balas dari orang itu.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.