Entri Terkini :

E-Novel : DILEMA (Bab 2)

SEWAKTU menghadiri mesyuarat sebentar tadi dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya. Ini kerana matanya terasa terlalu berat. Lidahnya pula mengejal dan sukar untuk berkata-kata. Kalau bercakap pula suaranya akan seperti orang mabuk sahaja. Jadi dia hanya menungkat dagu dan terbungkam. 

Hanya anggukan dan gelengan yang menjadi respon terhadap perbentangan proposal dari ahli lembaga pengarah tadi. Suraya sedari itu lagut memerhatikan gerak gerinya yang seperti bosan.

Rentetan itu Mukriz terus sahaja melangkah hambar ke ruang pejabat. Sudah tiba masanya dia lelapkan mata buat seketika. Tubuh sasanya itu seperti tidak bermaya. Susuk tubuh yang dimiliki oleh Mukriz persis pelakon drama televisyen iaitu Fahrin Ahmad. Usah dicerita bagaimana dia begitu ramai peminat. Kiri dan kanan, pendek kata sekeliling pinggangnya segalanya ada.

Mukri melangkah lagi, terasa lambat benar untuk sampai ke pejabatnya. Bagaikan 1km jauhnya sedangkan hanya beberapa langkah sahaja sudah pasti dia akan tiba. Suraya yang melihatnya dari belakang itu, terdetik di relung hatinya secebis rasa kasihan terhadap Mukriz. 

Sebelum ini, sudah jenuh dia menasihati bosnya itu supaya jangan lagi tidur lambat. Cuma dia tertanya-tanya, kenapa Mukriz sering saja tidur lewat? Apa pula yang dilakukannya bila malam hari?

Di penjuru itu, di sebelah meja Nafisa kelihatan Amran cepat-cepat berlari untuk membuka pintu pejabat Mukriz. Suraya yang melihatnya terus berkata di dalam hati ‘nak bodek boslah tu, macamlah aku tak tahu, pasti nak pinjam duit aje kerjanya..’ duganya.

“Thanks Am,” ucap Mukriz sebaik Amran tersera-sera membuka pintu untuknya.

Tersenyum lebar sahaja Amran di situ.

“Demi bos apa sahaja saya sanggup lakukan, sebabnya bos baik dengan saya, apa salahnya saya tolong bos, saya tengok bos pun nampak macam tak sihat je,” kata Amran sambil mengusap-usap kening selepas mengelus-elus kumis tebalnya.

Setelah Mukriz melangkah masuk, cepat-cepat dia mengekori bosnya itu masuk ke dalam. Usai itu dia melepaskan pegangan tangannya itu pada cembol pintu dengan perlahan-lahan dan pintu tertutup semula.

Diikut sahaja jejak Mukriz sampai ke kerusi. Sekarang dia benar-benar berdiri di sisi bosnya itu yang sedang duduk lalu diusap-usap kod Mukriz. Sekilas Mukriz memandang wajah Amran yang tersipu-sipu itu.

Dia seperti mengerti sahaja apa yang Amran mahukan. Dengan lemah dia bertanya.

“Berapa?” dengan cepat Amran mengangat 3 jarinya lalu dihadapkan ke mata bosnya itu.

“Tiga puluh ringgit?” sengaja Mukriz berseloroh.

Amran menggeleng sahaja sambil tersengih.

“Hari-hari pakai duit, kau buat apa dengan duit sebanyak itu Am?” soal Mukriz.

“Saya buat bayar bil air, bil elektrik, bil telefon dan macam-macam lagi,” balasnya.

“Aih! Takkan hari-hari kau bayar bil? Ini mesti kau berfoya-foya dengan perempuan ni, ingat Am, perempuan bagaikan pisau cukur, apa yang dia tahu hanya nak kikis duit kita aje, jangan sampai papa kedana kau nanti..” pesan Mukriz.

Sepantas sahaja Amran memuncungkan bibirnya. Dia tidak setuju langsung dengan kata-kata Mukriz itu.

“Tak baik bos ni.. bukan semua perempuan macam tu, ada juga yang pandai jaga lelaki, tak semestinya dia nak kan duit aje..” jawab Amran yang mempertahankan kepentingan kaum Hawa.

Mukriz pula berkerut dahi. Nasihatnya sebentar tadi disangkal sama sekali oleh Amran. Dia tidak mahu mendengar omelan Amran lagi maka dengan cepat dia menghulurkan wang sebanyak tiga ratus ringgit kepada Amran.

“Ingat! Bonus bulan ni potong habis!” kata Mukriz setelah wang yang dihulurkan itu dicapai oleh Amran.

“Jangan macam ni bos, saya pinjam je bukannya minta,” balas Amran dengan wajah yang sedikit berkerut setelah mendengar Mukriz mahu memotong bonusnya pada bulan ini.

Mukriz mengelus-elus lembut kumis secoteknya selepas dia sisihkan rambut lurusnya dengan jari.

“Hensem bos hari ini..” bodek Amran.

“Aku memang hari-hari hensem, kau tak payah cakap lagi sebab aku dah lama tahu..” balas Mukriz deras.

“Kalau begitu baguslah..terima kasih bos, bonus bulan ni jangan potong ya bos?” rayu Amran.

“Potong habis!!” bentak Mukriz.

Setelah mendengar suara Mukriz yang seperti guruh itu Amran terus gabra. Menggelabah jadinya. Cepat-cepat dia masukkan duit itu ke saku bajunya dengan mempamerkan wajah gusar.

“Jangan marah bos, kalau bos marah-marah tak nampak hensemnya..” Amran masih lagi sempat membodek.

Hanya terjebih sahaja yang dibalas Mukriz. Walau dalam keadaan apa sekalipun dia tetap nampak tampan dan bergaya.

Mukriz masak benar dengan sikap Amran yang suka mengampu itu. Tapi dia tidak kisah asalkan Amran rajin dan memberi sepenuh komitmen pada kerjanya.

Kemudian Amran keluar dari bilik itu. Tiba-tiba dia terkejut melihat Suraya terpacul di depannya. ‘agaknya Suraya ni curi dengar tak?’ duga hati Amran.

“Apa kau buat depan ni Su? Terkejut aku tau tak!” kata Amran yang masih terbeliak biji mata.

Suraya mengkerlong matanya dengan kening nipisnya terangkat.

“Kau ni tak habis-habis nak bodek boskan?” soal Suraya.

“Yang kau jeles ni kenapa?” soal Amran deras.

Kemudian muncul pula Nadia di situ. Tidak lain dan tidak bukan mesti mahu ambil tahu juga isu-isu semasa dan gosip-gosip hangat. Tidak mahu terlepas walau satu perkataan pun dari telinganya. Mesti mahu sahaja dia menyibuk.

“Kau bukan tak tahu Am, Suraya ni memang kuat jeles sebab tengok bos kita tu baik dengan semua orang. Jadi, dia sibuk-sibuklah nak tahu apa yang kau buat kat dalam tu..” kata Nadia.

‘Eeee! Geram pulak aku dengan mulut minah sekor ni, kalau ada cili mahu saja aku tenyeh-tenyehkan kat mulut dia ni, mengalahkan mulut murai!’ gerutu hati Suraya.

“Tu! Kau tengok muka dia tu, muka nak marahlah tu Am, tu lah kau, lain kali kalau nak buat sesuatu tu jangan bagi dia nampak, tak fasal-fasal dia bengang,” ujar Nadia lagi sambil menunjukan isyarat dengan mencungnya yang panjang sedepa.

Sekali ini Suraya mencekak pinggangnya. Kesabaran itu sudah hampir tiba ke kemuncaknya. Sedetik lagi Nadia pasti dicekiknya. Mahu sahaja dia menjadi puntianak jadian lalu mengisap darah Nadia si mulut becok ini sampai kering biar tinggal tulang.

Menyedari wajah Suraya sudah kemerahan yang melampau-lampau itu, Nadia sudah menduga bahawa darah Suraya sedang mendidih. Habislah dia kali ini kalau Suraya mengamuk. Cepat-cepat dia berlalu dan menyambung kerjanya. 

Ternyata Nadia sengaja membangkitkan rasa itu. Entah-entah Nadia yang sebenarnya cemburu. Mungkin dia juga menaruh perasaan pada Mukriz.

Amran pula mendengar Suraya merengus geram. Nafas gadis itu turun naik dengan deras. Seperti Nadia, Amran juga tidak mahu berdepan dengan kemaharan Suraya lalu dia juga segera melangkah meninggalkan Suraya di situ.

Kemelut yang melanda jiwa Suraya sukar untuk ditakrif oleh sesiapa kecuali Nafisa, dia menghampiri Suraya yang saat ini terduduk di kerusi. Sejak tadi Nafisa hanya memerhatikan sahaja mereka dari mejanya yang tidak jauh dari meja Suraya itu.

Kemudian dengan segera dia menggosok bahu Suraya dengan harapan agar kawannya itu mampu bertenang dan bersabar.

“Sabarlah Su, jangan diikutkan perasaan tu..” pujuk Nafisa.

“Kau tengoklah si Nad tu Fisa! Tak habis-habis sakitkan hati aku, apa salah aku? Sampai hati dia mengata aku macam-macam, sebelum ni elok je, sekarang sikap dia macam tak suka kan aku aje..” ujar Suraya sambil mencebik.

Sinar jernih di kelopak matanya mula kelihatan. Air matanya bakal berguguran. Kalau dia masih lagi mengikut perasaan, sudah pasti cecair itu akan berhemburan. Sebelum apa-apa, Nafisa lekas meyeka air mata Suraya yang sepertinya mahu meleleh.

“Syhhh! Jangan menangis kat sini, malu kalau kawan-kawan lain tengok..” pujuk Nafisa sambil menenangkan perasaan Suraya itu.

Suraya mendagu hampa.

“Balik nanti kita cerita kat rumah ya..” kata Nafisa lagi.

Hanya anggukan perlahan yang terlalu berat dibalas oleh Suraya. Sedih rasanya. Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati di situ juga.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.