Entri Terkini :

Sudah cukup sudah

Kalau nak diikutkan aku pun ada masalah perasaan. Masalah yang aku hadapi sekarang ni adalah berkenaan cinta. Serius aku tak reti nak bercinta dan aku tulis novel pun bukan kerana terlalu banyak pengalaman tetapi kerana imaginasi dan kehendak hati. Mungkin aje la kut. Sebelum ni aku ada kenal dengan seorang perempuan. Ya perempuan. Dia kata dia sayang aku. Ya, sayang sangat katanya sampai tak boleh lupakan aku. Tapi kenapa tak boleh lupakan aku walaupun aku dah break dengan dia. Bagi mereka akan anggap aku ni kejam tapi aku tak sekejam apa yang disangka.

Yang bercinta dia, bukannya aku. Yang suka pula mak dan ayah serta keluarganya. Suka pada aku untuk dijadikan menantu. Adakah aku sendiri yang perasan? Huh! rasanya kalau ada jodoh dia tak perlu takut. Perkara yang aku fikirkan adalah soal masa hadapan antara aku dan dia. Actually aku dan si dia dah break dulu sebab aku tak terlalu serius. Aku tak kata yang aku mainkan perasaan dia. Aku hanya berkawan dengan dia. Tapi kenapa sikap ambil berat yang aku tunjolkan terhadapnya disalah anggap? Bermula kisah keluarganya mahukan aku serius dalam perhubungan. Aku kata, "Saya kawan dulu nak kenal hati budi..." macam tu je, takkan aku nak cakap "Ya saya setuju jadikan dia isteri saya." ? agak-agak apa akan jadi pada aku? Hmmm....

Sekarang aku tak nak ada apa-apa alasan lagi untuk mencintainya. Selama ni aku tak cintakan dia. Ya, aku hanya nak berkawan tapi apasal dia anggap lain? Rindu aku, sayang aku...? Padahal dia dah ada balak kenapa harus aku? Aku tak boleh beri dia waktu. Aku tak boleh ajak dia jalan-jalan. Tiada keretaku bawa dia jalan-jalan. Rumahku pun itada ada pun bapak punya, apa lagi belanja mahu bayar berian kahwin sama dia. Pinjam lirik lagu 'Anak Kampung' kejap.

Dia kan cantik, tak apa pergi aje cari orang lain. Kahwin sahaja sama itu balak. Jangan kacau aku lagi. Call aku, mesej aku buat apa lagi? Aku serabut la wei... serius aku tak faham perasaan dia. So bila aku dah tak faham buat apa dia nak paksa aku kahwin dengan dia? Aku bukan macam orang lain suka jalan-jalan sambil pegang tangan. Suka suki ajak keluar dating. No... aku tetap aku. Aku anggap dia wanita yang sangat suci. Aku tak sesuci dia maka dia layak cari yang lebih baik daripada aku.

Sekarang ada satu perkara yang menyakitkan hati aku. Aku dah beritahu dia yang aku dah ada orang lain. Aku memang tak boleh terima dia. Aku memang rendah diri dan sedar diri. Aku ni siapa? Jadi lebih baik aku bagi dia peluang cari orang lain walaupun dia pernah kata, "Saya tak boleh lupakan awak. Saya tak nak ada orang lain lagi."

Adakah aku kena kahwin dengan dia jugak? Tolonglah aku tak ready lagi. Kenapa perlu paksa diri untuk terus mencintai aku? Aku tak mampu halang perasaan dia dari terus mencintai aku tapi bagi aku, aku tak suka kena paksa. Perkara yang paling merimaskan adalah ada pihak lain campur tangan dan bagi aku stress. Mereka mintak aku kahwin dengan dia tu cepat-cepat. Why kena sibuk? Kenapa terlalu terdesak mintak aku kahwin secepat itu? Pada mulanya aku tak nak fikir negatif. Adoyai miang betul nak menikah dengana ku tu kenapa? Pergi la cari mereka yang cocok dengan dirinya tu. Balak dia tu pernah ajak gaduh dengan aku kerana tuduh aku perampas. Ohoooo aku bukan jenis merampas hak orang lain wei, dah perempuan tu yang tak jujur dengan aku. Huh! 

Lepas dah break dia macam tak boleh terima. Erm, dia cakap dia tak boleh terima. Macam-macam sms menyakitkan hati dia hantar kat aku. Aiyooo~~ aku dah diam tapi dia sibuk hantar mesej. Paling tak masuk akal, dia boleh passing kan nombor aku dekat kawan-kawan suruh korek rahasia aku. Dia ugut aku nak kenal dengan orang yang dianggap perosak hubungan antara aku dan dia. Wei, orang tu bukan perosak hubungan 'kita' la wei... grrr....

Aku pelik la, kenapa dia sanggup passing no hp aku? Sekarang berlambak miss call aku dapat. Maybe kawan-kawan dia backup dia kut. Huh! Adakah ini WAR? Annoying gila beb. Aku dengan dia dah break. BREAK!!! apasal kawan-kawan dia tu cakap lucah-lucah dalam telefon bila aku angkat? Konon nak berkenalan la, nak korek itu dan ini tapi bahasa agak kurang ajar. Rata-rata dia berkawan jenis macam tu ke? No wonderlah hati aku sekarang semakin jauh dari dia. Sekarang aku harap Tuhan jauhkan aku dari dia kerana sengat menyakitkan hati. Takpe, aku maafkan segala keterlanjuran kata-katanya itu mungkin aku sedar dia belum mumayiz lagi kut. Anak bongsu... biasala kan....

Sampai sekarang sibuk nak tahu orang yang berada dalam hati aku sekarang ni. Cukuplah sudahlah, aku dah bosan dengan permainan cinta dari dia. Aku dah cukup rimas dah... tolong hentikan semua ini sebelum aku tukar terus nombor telefon aku ni hah. Lepas tu baru kau tahu betapa aku menyampah sebenarnya. Carilah lelaki yang kaya, yang boleh bahagiakan dia. Carilah lelaki yang tampan yang boleh buat mata dia sejuk memandang. Aku bukan sesiapa, lelaki yang diranting rapuh. Lelaki yang berkayuh lemah. Lelaki yang kecut. Cari yang berani yang mampu mempertahankan hatinya itu. Pergilah pada mereka yang sanggup hadapi karenahmu itu. Aku bukan untukmu....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.