Entri Terkini :

Kalau dah kata tak nak


"Tolong jangan cari saya lagi. Saya dah ada orang lain." Ujar Zulhelmi.

"Sampai hati awak buat saya macam ni. Saya tetap tunggu awak." Hanim tahan air mata yang berkolam. Andai empangan itu pecah maka gugurlah air matanya.

"Please, saya dah bahagia sekarang."

"Siapa perempuan tu? Saya nak kenal. Temukan saya dengan dia."

"Awak nak buat apa? Jangan nak sibuk boleh tak?"

"Saja. saya nak ucap tahniah."

"Tak payah. Dah dah, pergi balik. Saya banyak kerja nak buat ni."

Tanpa dijangka muncul pula sesusuk tubuh bagaikan supermodel melangkah masuk ke ruang pejabat Zulhelmi. Terkedu Hanim melihat kecantikan itu. Terlalu cantik berbanding dirinya.

"Oh... jadi dia ni ke pengganti saya dalam hidup awak?"

"Tania, awak keluar dulu, sekejap lagi saya jumpa awak." Suruh Zulhelmi terpaksa meminta Tania keluar walaupun tadi disuruh masuk bertemu. Tak sangka pulak Hanim datang mengejut macam tu.

"Baiklah, saya minta maaf."

Hanim sudah jeling semacam ke arah Tania. Dia tu lelaki ke perempuan? Suara garau semacam je tak macam perempuan pun. Ke suaranya memang serak-serak basah macam tu kut? Hanim keliru.

Zulhemi segera menutup pintu pejabatnya itu supaya perbualan antara dia dengan Hanim tidak didengar sesiapa.

"Jangan fikir yang bukan-bukan. Dia kerani saya." Zulhelmi menafikan setelah melihat kening Hanim terangkat.

"Dia tu lelaki atau perempuan?"

"Err... err..."

"Okey saya dah faham sekarang. Patutlah awak berkelakuan pelik selama ni. Dan saya tak sangka awak tertarik sesama jenis." Air mata Hanim bergenang juga. Dia tidak dapat menahan sebak di dalam dada.

"Sumpah Nim! sumpah! Saya bukan macam tu. Jangan buruk sangka." Zulhelmi sudah gelisah setelah Hanim salah anggap. Tania tu kerani dia aje. Memang Tania spesis macam tu tak boleh nak paksa. Lagipun Tania pun manusia jugak cuma... Zulhelmi tak pernah ada hubungan perasaan dengan keraninya sendiri. Takkan itupun Hanim tak boleh fikir?

Tidak semena-mena, telefon Zulhelmi di atas meja berbunyi. Hanim cepat menyambarnya.

"Bagi balik handphone saya tu."

"Tak!" Butang hijau segera ditekan setelah terlihat nama 'sayang' pada skrin telefon bimbit Zulhelmi.

Hanim tidak bercakap tapi suara di sana menyebut 'hello hello' aje. Suara perempuan. Jadi... Hanim kecewa.

Panggilan dimatikan. "Terima kasih Encik Zulhelmi. Terima kasih atas segalanya." Hanim terus berundur membawa duka dan lara di hati.



p/s : (fiksyen) lelaki memang dilahirkan untuk berlaku kejam ke? huhu jangan labelkan semua lelaki begitu ya... aku tetap limited edition. hehehe...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.