Entri Terkini :

Kisah Iktibar Di Penjara Sungai Buloh



Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada sekalian banduan di sana kemudian Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau mengenai seorang banduan yang bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yang tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia telah berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi Jumaat. Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku sedangkan pada esok pagi dia akan dihukum gantung. Bayangkan kalau orangg hendak dihukum gantung pagi esok, pasti gelisah dan mesti tidak mampu tidur nyeyak.

Tepat jam 4.00 pagi, Amin dikejutkan. Kemudian dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur. Dia berpesan lagi supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud, pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung untuk menjalani hukuman dan apabila tiba waktu dirinya hendak digantung, tiba-tiba Amin pengsan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa kerana tiada pergerakan dan tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yang dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung.

Tangannya pula seperti orang dalam solat. Jari telunjuk sepertt membaca tahiyat akhir.  Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya terlebih dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua. Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

***

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sangat banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM, BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH!

(Sumber)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.