Lemah lutut jadinya apbila aku dengar kes kematian akibat nahas jalan raya mengakibatkan budak kampung aku dan mereka merupakan orang yang aku kenali dari mulut ibuku. Mereka selalu juga lepak kedai aku ni terutama arwah Taufik. Tak sangka pula empat hari lalu sebelum kematian dia senyap sahaja sambil main internet. Biasanya mulut dia selalu juga berborak-borak dengan aku. Dan aku tegur dia, "Bakpe senyap je hari ni?" dia jawab, "Doh mu pung senyak gok. Orang lain pokser gok," katanya. Maaflah dialek Terengganu sebab aku orang Dungun, Terengganu.
Kalau Nazrin pulak orang kampung panggil Ayin. Senyum sokmo tengok aku. Aku senyum-senyum aje la kan budak-budak kampung aku jugak bukannya orang lain. Jumpa tegur aje la. Yang lain-lain tu tegur-tegiur biasalah kan. Dan aku pun tak tahu motif mereka ke daerah tu. Apa tujuan pun aku tak tahu. Macam-macam cerita aku dengar tapi apa boleh buat ajal mereka dah sampai.
Arwah Taufik tu baru sahaj kehilangan nenek dan ayahnya. Tambah lagi sekarang ni bulan Ramadhan. Bayangkanlah betapa sedihnya mereka. Apa-apa pun mati itu pasti. Sekarang kedai aku nampak suram dah, kerana aku yang rasa macam tu sebab selalu ada Taufik tu kecoh sikit. Dahulu pun dah kehilangan seorang budak juga tahun lepas pun selalu meriahkan aku punya kedai ni, tapi dah pergi jugak.
huhuhu.... pantas betul masa berlalu. Al-fatihah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. Amin.
Maklumat lanjut dan video nahas klik -=> [Di sini]
**********
Berita dari Sinar Harian Online
Empat sahabat maut nahas tiga kenderaan
29 Julai 2012
KUANTAN - Empat sahabat maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km18, Jalan Kuantan-By Pass, malam semalam.
Dalam kejadian 11.15 malam itu, pemandu dan tiga penumpang Proton Wira maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah treler yang keluar dari simpang sebelah kiri sebelum sebuah kereta jenis Honda merempuh bahagian belakang Proton wira berkenaan.
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah, ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Pelabuhan Kuantan.
"Tiga mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang lagi maut (kira-kira 6 pagi ini) ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya di sini, hari ini.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta berkenaan Mohd Shahidan Shaari, 26, Mohd Shahafiz Othman, 22, Muhd Taufik Abd Rahman, 20, dan Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19. Keempat-empat mereka berasal dari Terengganu.
Mohd Rizal berkata pemandu sebuah lagi kereta dan pemandu treler yang membawa muatan bijih besi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.