Entri Terkini :

Siapa Mislina Mustafa ni?

PANAS PANAS PANAS!! Kerana terbaca sebuah artikel salah sebuah blog iaitu Media Hiburan Online, tiba-tiba rasa macam nak update blog berkenaan Mislina Mustafa ni. Tertanya-tanya juga siapa dia ni? Bila baca, Oh dia ni selebriti... berikut merupakan isu yang diperkatakan,



MH Online terkejut melihat beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh rakan Facebook pelakon kontroversi, Mislina di akaun miliknya.


Gambar-gambar tersebut memaparkan Mislina dalam keadaan separuh bogel dengan hanya mengenakan bikini sahaja di salah sebuah pulau.


MH yang menghubungi Mislina punya penjelasan tersendiri berhubung gambar berkenaan.


"Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi. Sebab sebelum ini saya sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan murtad, tidak beragama dan banyak lagi.


"Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya. Walaupun saya bercerita yang baik, perkara buruk juga yang diperkatakan tentang diri saya.


"saya sudah malas nak memikir dan melayan semua itu sejak peristiwa di perhimpunan Bersih hari itu. Saya sudah tak kuasa masuk campur dalam dunia hiburan," jelasnya dalam nada tegas.


Ditanya reaksi tentang penyebaran gambar-gambar tersebut oleh rakan Facebook nya, jawab Mislina;


"Untuk apa saya marah kerana kawan-kawan saya juga berada ditempat yang sama dan mereka tahu keadaan saya. Saya dah cukup kebal untuk semua itu."


***

Walaupun agak kurang berminat nak ambil port pasal dunia hiburan yang memiliki banyak ragam dan karenah  ni tapi rasa terpanggil la nak tengok sejauh mana kehebatan artis ni yang mengatakan dirinya kebal. MAOB tak tahu apa yang kebal sangat. Dan tak tahu siapa dia di mata orang ramai. Apa yang MAOB tahu dia manusia biasa yang punyai kelebihan untuk ditonjolkan walaupun menjolok mata. Al-kisahnya hidup seorang artis yang ada prinsip. Entahlah... tak tahu mana hala tuju prinsip hidup dia tu...?


Jadi, adakah ini ikon kalian? What ever, malas nak perkatakan tentang tindak tanduk dan perwatakan induvidu hari ini. Mungkin inilah yang dikatakan kebal yakni "TAK KISAH." Walaupun dia tak kisah tapi ALLAH kisah... Allah ambil kisah semuanya dan orang-orang yang di sekelilingnya tak akan terlepas sebab tak tegur dia. Jadi Allah ambil kisah juga tentang mereka kerana Allah tak pernah abaikan walaupun satu nyawa dalam dunia ni. Cuma tu la, bila ditegur pasti ada yang gila meroyan jawab, KUBUR MASING-MASING. Pelempang habaq hang! Kubur masing-masing la sangat, pi gali sendiri la... tak payah suh orang gali dan mandikan jenazah tu. Nasib la pengurusan jenazah tu fardu kifayah, kalau ia sunat memang dah bau busuk la mayat tu bila mati nanti. Huh!

***

Siapa dia ni?


Mislina Mustaffa
Nama Penuh : Mislina binti Mustaffa
Tempat Lahir : Ipoh, Perak
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Penari, Pemuzik, Penyanyi
Kemahiran : Berlakon, Komedi, Menari, Main Alat Muzik, Menyanyi


p/s : Apa-apa pun hidayah Allah untuk sesiapa sahaja. Jika Dia kehendaki insan itu berubah maka berubahlah dia tapi harus diingat, berusahalah mencari keredhaan Allah. Sama-samalah kita berdoa :-)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.