Buat penulis yang sedang menulis dan bercita-cita nak jadi novelis ataupun mahukan karyanya diterbitkan dalam pasaran maka harus diingat bahawa semua itu terikat dengan perjanjian atau dikenali sebagai kontrak. Jangan fikir hari ini sahaja tapi fikir untuk masa akan datang. Baca betul-betul isi kontrak tu (peringatan untuk diri sendiri jugak) sebelum setuju.
Sebelum tu layan video ini dulu. Kontroversi terhadap filem Ombak Rindu karya asal daripada penulis Fauziah Ashari. Isu ni dah lama tapi perlu ambil pengajaran dan iktibar.
Masing-masing punyai pendapat tersendiri mengenai hal tersebut. Apa-apa pun kena fikir juga pro dan kontranya daripada tempias kontroversi ini untuk masa akan datang. Oleh itu harus fikir masak semasaknya dan jangan ingat bidang penulisan ini tidak mencabar. Bagi mereka yang tidak pernah menulis novel/cerpen pasti tidak mengetahui betapa seksanya memerah otak mencari idea... jadi hargailah setiap hasil penulisan mereka supaya industri penulisan negara kita terus maju dan berkembang :-)