“AWAK
nampak manis.” Dirinya dipuji. Manis bak gula. Malu jadinya. Sebenarnya memang
selalu dipuji tapi pujian ini berbeza dari sebelumnya.
“Boleh
saya tumpang duduk dekat sini?”
“Boleh
boleh.” Laju Shafika menjawab.
“Fika...
dialah junior kita yang kacak tu...” Wanie yang berada di sebelah Shafika
berbisik. Wanie dah senyum lain macam sahaja.
“Hai...
nama saya Wanie... ni kawan saya, nama dia Fika, Shafika.” Wanie memperkenalkan
dirinya sekaligus memperkekanlkan Shafika. Shafika malu tetapi masih mampu
senyum dan kemudian tunduk.
“Haris.”
Haris memperkenalkan dirinya juga dan kemudian memulakan sesi menyemak nota.
Macam mana nak buat ni? Haris bingung kerana tidak tahu apa yang perlu
dilakukan sekarang. Alamak! Dia tersalah ambil buku.
Haris
bangun sambil senyum dan menukar buku lain. Di dalam perpustakaan sudah
semestinya tidak boleh buat bising tapi entah malaun mana yang tiba-tiba
menjerit.
“Woi!
Kau jangan nak kurang ajar boleh tak?” Ada seseorang dimarahi. Orang yang kena
marah itu nampak skema dan berkaca mata besar. Haris menghampiri lelaki yang
buat bising itu.
“Fika
fika! Cepat kau tengok, budak kacak tu pi dekat Bakar la...” Wanie tarik tangan
Shafika. Shafika malas nak layan bila Wanie sebut nama Bakar tapi bila nama
Haris terkeluar, Shafika jadi bersemangat ingin tahu.
“Haris?”
Cepat-cepat Shafika bangun dan terlebih ingin tahu.
“Tu
tu... dia pergi halang Bakar sibuk marah Ayob budak skema tu.” Wanie tunjuk
dengan muncung. Shafika pun mengintai dari celah rak buku.
“Kenapa
dia pergi layan Bakar tu?
“Kau
tak dengar ke suara Bakar duk marah tadi?”
“Erm...
tak perasan pulak.”
Mana
nak perasan bila perasaan sudah berkuntum bunga di tanam. Tambah lagi tadi
sibuk baca novel cinta. Memang hanyut fikiran tadi. Watak utama dalam novel
tersebut terus terbayang wajah Haris. Mana mahu nak dengar Bakar menggertak
tadi.
“Habislah
kali ni... Bakar tu dah la panas baran. Teruklah Haris dikerjakannya nanti.”
Wanie gigit jari sudah membayangkan apa yang bakal berlaku. “Kau tak gerun ke?”
Wanie menoleh tapi dilihat Shafika sudah tidak ada. Diperhatikan lagi di tempat
kejadian. Eh? Dilihat Shafika ada dekat sebelah Haris.
“Abang...
jom kita pergi minum.” Shafika terpaksa mengajak Bakar pergi ke kafeteria bagi
mengelakkan perkara buruk berlaku. Bakar kalau sudah nampak Shafika terus sejuk
hati jadinya. Sempat mencerlung mata ke arah Haris yang cuba jadi hero
selamatkan Ayob.
Shafika
meratap sedih sambil mengingatkan episod perkenalan pertama kalinya di dalam
perpustakaan. Kerana takut Haris dipukul Bakar, dia ikut masuk campur. Dia
fikir Haris tidak seperti Bakar tetapi Haris turut baran. Kenapalah dirinya
dipertemukan dengan lelaki baran? Kalau sudah cinta memang tidak mengenal siapa
dan bagaimana. Cinta bagaikan terlalu kejam.
Menangis
Shafika yang tertirap cuma mengengsot. Badannya lemah. Seluruh dirasakan
berbisa. Dia tidak larat untuk bangun kerana lubang duburnya juga turut digauli.
Sakitnya tidak terhingga.
Manusia
apakah mereka itu? Seksa dan begitu pedih. Tidak pernah dia merasakan sakit
seperti sekarang ini. Terlalu ramai menikmatinya bahkan segala tempat digauli.
Ya Allah... ketika ini hanya pada Allah menjadi tempat dirinya mengadu.
Kepedihan
yang dirasakan itu berputik dendam dan geram. Kalau dia meneruskan niat untuk
mati, maka dendamnya sia-sia. Dia keliru, adakah perlu hidup atau mati? Mereka
masih bebas. Mereka barangkali akan datang lagi.
Ya
Tuhanku... aku mohon Kau berikanlah aku kekuatan. Tabahkan aku Allah, tabahkan
aku... air mata sudah kering. Semuanya sudah habis mengalir. Perutnya
berkeroncong dan kepalanya pening. Di saat itu juga dia masih menyebut nama
Haris.
“Haris...
pulanglah...” Shafika merayu walaupun derita dan azab menahan sakit.
Pulanglah... dia berharap lagi. Dia sedar, syurganya ada di bawah tapak kaki
suami. Syurganya tetap di situ selagi dia menjadi isteri Haris.
Dahulu
Shafika rapuh. Jiwanya benar-benar rapuh dan hari ini jiwanya kekal rapuh tetapi
kerapuhan itu diubat dengan kasih sayang terhadap Haris. Cinta dan rindunya
pada seorang lelaki bergelar suami. Meskipun dia terlepas cakap tapi dia
sayang. Dia sayangkan suaminya.
Kenapa
semua ini harus dia harungi? Kenapa? Dia mengerahkan kekuatan saki baki tenaga
yang tertinggal untuk merangkak. Racun itu masih di tangan. Dia dalam dilema.
Hidup dalanm separuh jiwa yang terluka. Badan kian merana dengan kesan lebam sana dan sini menjemput pedih.
Dia
menuju ke pintu rumah dan di situ dia mahu Haris wujud di mata. Haris... Haris...
nama itu diseru. Pulanglah... kalau tidak, kau mungkin takkan jumpa aku lagi...
bisiknya dalam hati.
Iblis
merasuk dalam hatinya untuk terus menelan racun itu dan jangan berlengah lagi.
Haris tidak akan pulang.
~Sudahlah
Fika, kalau kau terus hidup dah tak ada makna lagi.
Iblis
terus merasuk di mindanya. Iblis memberi kata dua pada Shafika. Kalau Shafika
teruskan hidup pun, sudah tidak ada peluang mencari bahagia. Lebih baik mati
kerana mati dalam derita lebih mulia dari mati menjadi bahan kepuasan
orang lain. Itulah bisikan yang terus
menghurung tempurung kepala Shafika.
Bisikan
itu mahu Shafika usah berlengah dan jangan buang waktu. Haris tidak akan
mengerti. Biarlah habis begini.
~Berapa
kali lagi kau harus lalui semua ni?
#Baiklah!
Shafika
terdesak sekarang ini. Mati atau hidup? Itu sahaja pilihan yang ada. Hatinya
mengecil dan pedih. Terlalu kejam dan ia membinasakan seluruh tubuhnya.
Binasalah juga hidupnya kini yang sudha lama tercalar. Setelah diperlakukan
seperti haiwan, dirasakan dunia ini terlalu
gelap. Tiada ruang lagi untuk dia terus bernafas.
Rongganya
kian sempit. Jantungnya pula semakin lama berdetak semakin perlahan. Darah
seluruhnya mengalir sampai ke kepala. Jelas berat dan semain lama semakin
terkandas. Di saat jiwa seperti hilang, ketika itulah juga makhluk ciptaan
Tuhan selain manusia tidak berputus asa menarik Shafika.
“Kalau
ada cinta, hidup pasti bahagia...” Terdengar suara Wanie mencuit cuping telinga.
“Ya,
aku dilamun cinta.” Shafika senyum sambil peluk bantal.
“Dengan
Haris la tu...” Wanie mengerling sambil baling bantal. Shafika menyambutnya.
Wanie
boleh menduga kerana cara Shafika memang nampak lain apabila buka baru masuk
itu mempertahankan Ayob. Lelaki seperti itu memang didambakan Shafika tetapi
tidak mahu seganas Bakar.
“Dia
nampak baik...”
“Kerana
dia pendiam?” Wanie terus memberikan alasan kenapa Shafika suka pada Haris.
“Pelajar
baru, biasalah memang banyak diam, kan?” Shafika senyum.
“Kau
pernah dengar orang yang kecewa gara-gara putus cinta nak terjun bangunan? Dan
kau pernah dengar orang putus cinta terjun dekat landasan kereta api lalu kena
gilis?”
“Errr...
ngeri...” Shafika gigit jari membayangkan keadaan mayat yang mati akibat
digilis dengan kereta api. Ia begitu mengerikan sampai boleh buat orang jadi tidak lalu makan sekiranya dilihat dengan mata kepala sendiri.
“Kalau
kau nak bercinta, jangan bersungguh sangat. Nanti makan diri. Bak kata, kalau
kau bersedia untuk bercinta, kau kena juga bersedia untuk kecewa.” Pesan Wanie.
“Kenapa
kau cakap macam tu?”
“Mak
aku cakap, cinta ni mainan hati. Kalau cinta parah, hati pun akan parah. Ramai
sangat manusia memang suka ikut hati, sebab tu ramai memilih untuk cepat mati.
Melainkan kalau seseorang tu betul-betul kuat mengharungi dugaan hidup, pasti
bahagia akan datang lagi.” Wanie memegang tangan Shafika memberikan nasihat.
Fikiran
Shafika melayang entah ke mana? Tempurung kepalanya berlegar bayangan-bayangan
silam yang dilalui bersama rakan-rakan seolah-olah memberikan alamat kepadanya.
~Shafika...
jangan lengah lagi... tiada sesiapa yang akan pedulikan kau... untuk apa kau
tunggu lagi Shafika... jangan biarkan hidup kau terus merana. Bahagia kau bukan
di sini, bahagia kau ada di sana selepas kau minum racun itu.
Bisikan
itu terus merasuk Shafika. Semakin lama ia semakin mendesak. Peluh membasahi
tubuh. Shafika seolah-olah sedang dibakar oleh api keraguan sama ada memilih
untuk meneruskan hidup atau pun menamatkan segala-galanya dengan meneguk racun.
Lama dia berfikir dan air mata juga sudah kering. Argh!!! Pekik Shafika sekuat hati melepaskan saki baki sisa
tenaganya.
# Untuk tidak menghampakan reader SG yang tersayang, saya post entri bab terakhir dalam blog ini buat sementara waktu. Saya harap entri kali ini dapat mengubati kerinduan korang pada Haris dan Shafika sebelum ia diedit dan dikemaskini semula. Saya mengambil waktu yang lama untuk mula mengedit cerita ini semula gara-gara sibuk dengan urusan lain. kalau ada apa-apa pendapat dan pandangan boleh aje berikan ke ruangan komen di bawah. Salam...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
# Untuk tidak menghampakan reader SG yang tersayang, saya post entri bab terakhir dalam blog ini buat sementara waktu. Saya harap entri kali ini dapat mengubati kerinduan korang pada Haris dan Shafika sebelum ia diedit dan dikemaskini semula. Saya mengambil waktu yang lama untuk mula mengedit cerita ini semula gara-gara sibuk dengan urusan lain. kalau ada apa-apa pendapat dan pandangan boleh aje berikan ke ruangan komen di bawah. Salam...
diyana · 636 weeks ago
miqaelarshad2u 33p · 636 weeks ago
My recent post Suamiku Gangster (Bab 35)
bayang · 624 weeks ago
sangat ganas dan selamba .. suka....
ria natsumi · 636 weeks ago
miqaelarshad2u 33p · 636 weeks ago
My recent post Suamiku Gangster (Bab 35)
Scarescrow · 627 weeks ago
sen · 627 weeks ago
YayaAzlan · 627 weeks ago
mia · 619 weeks ago
Jaja Eddy · 545 weeks ago