Entri Terkini :

Novelis : Umie Nadzimah Bercita-cita Tinggi



Seorang suri rumah juga seorang pengurus di syarikat pemakanan ini begitu minat menulis. Beliau menjadikan penulisan ini sebagai mendium untuk berkongsi rasa dengan pembaca. Selain itu juga beliau berkongsi pengalaman suka dan duka.

Umie Nadzimah, nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan ini kerana setekat ini beliau telah menghasilkan 3 buah novel yang kini berada di pasaran. Novel terkini beliau adalah Kerana Terpaksa Aku Relakan yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati pembaca. Beliau merupakan penulis kelahiran Taiping, Perak begitu minat menulis semenjak remaja lagi dan  kini usahanya semakin ketara.

Novel pertama beliau adalah, Pilihan Mama (Kaki Novel)  kedua Aku Terima Nikahnya (Karyaseni) dan yang ketiga Kerana Terpaksa Aku Relakan (Karyaseni). Dapatkan di pasaran hari ini bagi mengetahui ketiga-tiga kisah yang menarik di dalamnnya.


Siapa sangka, seorang ibu kepada seorang anak dan juga seorang isteri yang begitu minat menulis telah membawanya ke satu hamparan cita-cita yang tinggi. Menurut beliau, menulis adalah jiwanya.. "Suatu hari nanti saya nak buat novel yang betul-betul memberi signifikan pada masyarakat, satu atau dua buah mungkin." dan katanya lagi, "Maksud saya, novel yang penuh ilmu pengetahuan dan beri impak hebat untuk sesuatu aspek. Yang perlu buat kajian terperinci dulu."

Selain itu beliau juga sedang mengumpul bahan-bahan untuk menghasilkan buku ilmiah bagi bidang yang diceburinya iaitu industri pemakanan. Umie Nadzimah juga membuat perancangan untuk menghasilkan buku resipi kerana bidang masakan turut diminatinya. Cuma buat masa sekarang beliau lebih tumpukan kepada novel fiksyen bagi mengukuhkan namanya di pesada dunia penulisan ini.

Apabila ditanya mengenai pengalaman, beliau berkata, "Pengalaman hidup? Terlalu banyak. Ada suka, ada duka, tapi yang pahit-pahit tu saya sudah padamkan dari ingatan, saya tidak suka hidup sedih-sedih. Saya lebih suka hidup gembira," katanya sambil gelak kecil.

Ada kalanya ketika menulis, ada di antara penulis mengalami writer block iaitu halangan ketika menulis. Bagi Umie Nadzimah, ketika situasi ini berlaku, beliau akan membaca novel-novel penulis lain dan untuk mendapatkan idea atau ilham, beliau suka menonton movie, mendengar lagu atau memerhatikan keadaan sekeliling dan selain itu suka mendengar kisah atau pengalaman hidup orang lain. Begitulah cara beliau mendapatkan idea untuk terus menulis.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.