Entri Terkini :

Bukan Nak Jadi Selebriti

Salam.

Apa khabar kawan-kawanku? Aku harap korang sihat. Syukur Alhamdulillah aku masih diberikan kekuatan oleh Maha Esa untuk terus bernafas di bumi-Nya. Dengan izin-Nya juga aku terus berkarya untuk korang semua.

Baiklah, walaupun aku cuba bentuk jati diri sendiri, masih ada lagi yang belum faham dan mengerti apa yang aku buat. Sebenarnya aku buat apa yang aku rasa nak buat tanpa meminta atau melibatkan hal sesiapa. Maksudnya aku buat sesuatu yang aku suka. Jadi kepada rakan-rakan aku yang baik hati itu tolonglah jangan mengaibkan sesiapa. (Ecewah!)

Sebenarnya aku baru  je kena sindir, ha ha ha kena sindir sebab dikatakan berangan nak jadi penyanyi. Kalau kita dah menyanyi itu kira kita memang penyanyi. Cuma yang bezakan kita dengan penyanyi lain, kita tidak dikenali dan tidak popular. ha ha ha... nyanyi sahaja tak salah pun kan? Jadi aku sekadar rakam dan meluahkan sahaja. Tiada pun cita-cita mahu jadi  bintang popular sebagai seorang penyanyi. Jauh lagi. Aku tak layak pun.

Salahkah aku berkarya? haa... itulah pertanyaan aku. Salah ke aku rakam video dan upload kat fb atau youtube? Kalau salah, cuba berikan aku satu alasan sahaja, kenapa? Apa yang penting aku suka dan aku nak hiburkan hati aku sendiri. Kepada yang tidak suka itu bawa-bawalah bertenang. Aku tak ganggu hidup awak pun. Good luck untuk hidup anda.

Dan, aku bukan nak kejar glemour. Tak padan dengan aku pun untuk jadi glemour/popular. Aku memang suka Popular Book Store je untuk cari novel. hehe...

Oleh itu, Terimalah Cintaku... lagu untuk anda. hehe...


Aku kehilangan dan aku kesepian 
setelah cinta ini.... pergi.... 
maafkanlah diriku di atas kesilapan 
yang pernah aku lakukan....

benarlah kata mereka aku yang berdosa 
membiarkan engkau terus menderita 

tapi sayang.... aku tak berdaya
memujuk hatimu cari kelemahan
itulah silapku maafkanlah aku 
terimalah kembali cintaku ini

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.