Otak seseorang itu berbeza
kapasitinya. Ada yang mampu mengisi data 40Gb sahaja. Ada pula sampai 500GB
malah kini sudah muncul 1 terabyte bahkan akan sentiasa ada peningkatan.
Bergantung bagaimana cara ia digunakan. Kalau isinya sarat sekalipun tetapi
dijangkiti virus maka segala data yang tersimpan mungkin mengalami masalah.
Ada sesetengah mereka
menggunakan otak untuk memikirkan bagaimana perjalanan kehidupan mengenai
perniagaan. Ada pula menumpukan perhatiannya pada kaedah-kaedah memantapkan
kendiri. Apa yang penting di sini adalah bagaimana dia berfikir untuk memajukan
dirinya sendiri. Berfikir untuk tampak berbeza. Berbeza dari segi pemikiran
yang tidak terus berada di landasan yang sama.
RAM (RANDOM ACCESS MEMORY)
Itu singkatan namanya, otak kita juga ada sistem sedemikin iaitu mengingatkan sesuatu yang berlaku digelar pengalaman. Tidak semestinya apa yang kita tidak merasai bukan pengalaman. Sekadar dengar juga merupakan pengalaman. Cuma, kita tidak merasainya sahaja. Sebagai contoh, seseorang menceritakan tetang kesakitan yang dilalui dan raut wajahnya terseringai perit, adakah anda merasainya juga? Tetapi jika anda sendiri mengalami luka yang berdarah itu, maka anda akan tahu betapa pedihnya kesan yang menimpa.
Jadi, pangkalan data sementara itu digelar kemaafan. Kita memaafkan orang di sekeliling kita dan berharap kita akan terus positif di kalangan negatif. Data yang tidak baik harus dinyahaktifkan bagaikan facebook yang tidak mahu diaktifkan lagi. Tetapi awas, jika anda aktifkan kembali, anda mestilah tampak berbeza dari sebelumnya. Gunakan cara yang berbeza di landasan yang serupa.
Oleh itu, berfikiran terbuka itu perlu tetapi tidak boleh terlalu terbuka kerana nanti ditindas dan diambil kesempatan oleh orang lain. Ini biasa terjadi ke atas mereka yang kononnya positif tetapi bertukar negatif gara-gara terlalu terbuka menerima matlumat tanpa usul periksa.
Sumber
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)