BILA SAHABAT BERJAYA
“Dulu
kau macam ni jugak. After five year sekarang ni pun kau tetap sama. Tak ada
wawasan. Bila aku tanya bila kau nak berubah, kau kata kau akan berubah cuma
belum bersedia. Nak tunggu bersedia? Sampai bila pun kau takkan sedia. Lima
tahun dulu kau sudah cakap benda yang sama. Bahasa kasar untuk orang macam kau
ni sebenarnya S-T-U-P-I-D. Stupid!”
Manan
dimaki sebegitu oleh Ariff. Sudah berkali-kali diberi nasihat tetapi tetap
dengan egois dan lagak bijaksana tetapi sampai sekarang pun tiada kemajuan.
Orang lain sudah kedepan dia masih lagi kaku dan sibuk fikir 'nanti dulu' dan
'tunggu dulu' tanpa bertindak apa-apa. Sekarang jadilah dia seorang yang rugi
merebut peluang.
Lima
tahun dahulu, Ariff ajak jadi rakan kongsi perniagaan tapi sejuta alasan tetapi
bagi Ariff cukuplah satu alasan yang diberi oleh Manan, iaitu 'Kurang percaya,'
ataupun boleh dikatakan 'Tidak percaya' Kononnya mahu fikir dan kaji dulu
peluang yang datang secara tiba-tiba itu dan akhirnya dia sendiri terlepas
peluang.
Tibalah
saatnya Manan mengemis simpati untuk bekerja dengan Ariff. Ia perkara yang
memalukan diri sendiri. Siapa sangka, Ariff yang dahulunya seorang yang begitu
selekeh dan seolah-olah tidak memiliki masa hadapan yang boleh menjamin
kehidupan kini sudah ada segala-galanya. Tidak lama lagi Ariff akan menamatkan
zaman bujangnya pula. Manan pula tetap dan sentiasa serupa. Katakan untuk lima
tahun yang akan datang selepas ini, tidak mustahil Manan akan berada di takuk
kecewa selama-lamanya.
“Ariff...
aku perlukan duit.”
“Kau
dah berajakan KEBODOHAN dan KESOMBONGAN. Sampai bila pun kau tetap macam tu.
Kalau aku beri kau modal untuk berniaga sekalipun kau tetap akan begitu kerana
kau tak berusaha untuk majukan diri kau dari dulu lagi. Bila kau tengok orang
lain berjaya barulah kau terhegeh-hegeh.” Ariff menggeleng laju dengan kerutan
di dahi.
“Tolong...”
Manan merayu.
“Maafkan
aku... sebelum ini kau dah banyak burukkan aku. Kau tuduh aku macam-macam
sekarang kau nak aku tolong kau? Kau pernah ke tolong perniagaan aku? Kau nak
lingkupkan lagi adalah. Beginilah... kau pergi dari sini sebelum aku suruh
orang-orang aku halau kau.” Ariff bertegas.
Diusia
30 tahun ini, Ariff tidak akan tunduk lagi pada hamba kecewa. Kalaua da pun
kekecewaan itu dia akan gantikan dengan kebahagiaan. Bahagia itu akan datang
kepadanya setelah dia positifkan fikiran.
Manan
lelaki yang kekusutan akal fikiran dikelilingi dengan hutang. Di sana hutang
dan di sini hutang. Sebagai seorang kawan kepada Manan, Ariff yang kini segak
berpakaian formal selepas selesai mesyuarat tadi ditadangi Manan yang mahu
meminta pekerjaan. Bukan sahaja pekerjaan, malah mahu meminjam wang. Sampai
bila Manan perlu meminjam sedangkan mampu menjana pendapat sendiri sekiranya
berusaha untuk berubah? Persoalan yang Ariff ketengahkan lima tahun dahulu itu
hanya berlalu bagaikan angin senja.
“Apa
yang kau tunggu lagi?” Ariff di muka pintu pejabatnya terpaksa mengusir Manan.
Bukan berlagak sombong tetapi terpaksa bertindak sedemikian sebagai pengajaran
untuk lelaki yang egois seperti Manan.
Manan
masih tidak tahu malu. Tidka mahu ke mana-mana. Mahu sahaja berdiuri di situ
sampai esok pagi. Ariff terpaksa menarik tangan Manan.
“Keluar
Manan. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini.” Ariff bertegas lagi.
“Tolong
aku sekali ni. Kalau tak aku akan mati.”
“Kau
mati atau tak pun itu bukan masalah aku. Itu pilihan kau. Kau ingat aku tak
tahu apa yang kau buat selama ni?”
Manan
terdiam.
“Aku
berharap sangat ni.”
“Sudah
la. Aku tak nak dengar apa-apa. Pengawal!” Panggil Ariff lalu datang dua orang
pengawal keselamatan membantu Ariff untuk mengusir Manan dari situ.
***
Bukan
tiada jalan penyelesaian tetapi apakah kesudahan hidup Manan? Sebagai seorang
kawan semenjak kecil lagi, Manan tidak pernah dilupakan bahkan sentiasa dia
berdoa agar kawannya itu dibukakan pintu hati oleh Allah untuk melihat
kebenaran dan melihat peluang yang datang itu sebagai satu peluang yang besar
yang tidak boleh dilepaskan. Tidak perlu berfikir dan terus berfikir tanpa
bertindak apa-apa.
Bukan
Manan tidak pernah meminta pada Tuhan. Bahkan Ariff sendiri tahu cita-cita
Manan sejak kecil tetapi tewas dek masalah yang melanda dianggap penyudah
kehidupan menjadikan Manan memilih kekecewaan.
“Kadang kita meminta pada Allah
setangkai bunga yang indah, tetapi Allah
SWT berikan kita kaktus berduri. Seterusnya kita meminta kupu-kupu,
tetapi diberikan ulat. Jadi, kita pun berasa sedih dan sangat kecewa bahkan
merasa tersangat marah!!!
“Namun kemudian… kaktus itu
berbunga, ya kaktus itu berbunga dan ia nampak begitu indah sekali dan ulat
itupun menjadi kupu-kupu yang cantik saujana mata memandang.
“Itulah jalan Allah SWT, indah
pada waktu-Nya! Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Allah SWT
memberikan apa yang kita perlukan.
“Kadang kita sedih, kadang kita
kecewa dan terkadang segalanya rasa terluka serta sering berburuk sangka. Tapi
jauh di atas segalanya, Allah sedang merangkai yang terbaik dalam kehidupan
kita agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha.
“Renungkanlah dengan berlapang
dada dengan minda yang positif, senyuman terukir di bibir dan ceriakan wajah.
Insya-Allah… ada hikmah di sebalik musibah. Wallahu Alam.”
Ariff
teringat kata-kata itu daripada seseorang yang datang secara tiba-tiba
kepadanya dan memperlihatkan kepadanya satu peluang yang besar. Pada mulanya
dia seperti Manan, berfikiran negatif dan terus negatif apabila sesuatu
perniagana melibatkan modal. Lelaki itu bertanya lagi,
“Perniagaan
apa yang tidak memerlukan modal?” Tanya lelaki yang selekeh kepada Ariff yang
duduk minum di kedai Mamak.
Ariff
tidak tahu akan jawapannya maka dia terbungkam.
“Perniagaan
yang tidak memerlukan modal adalah pekerjaan dengan menipu orang lain. Mengambil
hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri semata-mata dengan melakukan
pelbagai bentuk penindasan dan menyerupai amalan iblis laknatullah. Sesungguhnya
itulah pekerjaan yang dimurkai Allah.”
Ariff
memberikan ruang pada dirinya untuk mendengar kata-kata lelaki yang berdarah
kacukan Cina itu. Jika dia tidak sabar maka dia akan berlalu. Maka dia sabarkan
dirinya. Dia memberi peluang pada lelaki tersebut memberitahunya sesuatu.
“Peluang yang besar itu datang secara
tiba-tiba. Datang tidak menentu masa. Datang di saat kita kesempitan atau
kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang
besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan
jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!” Lelaki
itu juga memetik kata-kata hikmat daripada Professor Dr. Hamka.
Ariff
telah menceritakan apa yang dia lalui itu kepada Manan. Dia menyampaikan
perkara yang sama dan seterusnya terpulang pada Manan untuk berfikir. Ya di
sinilah tempat Ariff bertemu dengan lelaki itu yang datang dan memberitahunya
peluang. Namun, lelaki itu entah ke mana perginya. Ternyata ia benar-benar
datang dengan tiba-tiba dan berlalu juga dengan tiba-tiba.
Manan
tunduk membisu. Terdiam gara-gara kesal. Kalaulah lima tahun dahulu dia
bertindak dan mendengar jelas tanpa mencelah, sudah tentu dia memahami segala-galanya.
“Aku
minta maaf, Ariff.”
“Kau
tak perlu minta maaf dekat aku. Kau perlu minta maaf pada diri kau sendiri.
Tuhan tidak akan ubah nasib seseorang itu melainkan hamba-Nya sendiri berusaha
untuk mengubah nasibnya.” Bahu Manan ditepuk perlahan oleh Ariff sebagai
suntikan semangat.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)