IZAD
dimarahi dengan teruk sekali. Rasa tidak percaya. Apakah benar semua ini dia
mesti hadapi? Berhadapan dengan gadis yang cantik jelita namun gayanya sungguh
klasik. Nampak jelas mendukung tradisi. Tetapi kenapa sikapnya begitu? Izad
kecewa.
Izad berkerut dahi sambil
sebelah tangannya memicit-micit kepala sambil sebelah tangan lagi memegang setereng kereta.
Setengah
jam sebelumnya…
“Encik!” Norisya memanggil Izad
yang dalam perjalanan ke tempat parkir kereta. Ketika itu dia mahu pulang namun
terhalang. Bergegas Norisya mendapatkan Izad.
Pintu kereta dipegang Norisya
yang tegar menghalang.
“Kenapa ni?” Tanya Encik Izad dengan
nada perlahan.
“Cepatnya nak balik? Tunggu la
dulu. Saya ada benda nak cakap.” Norisya termengah-mengah seperti berlari dalam
acara marathon.
“Ya, kenapa?” Izad melilau mata
melihat sekeliling. Ada pelajar lain yang melihat. Malu pula berhadapan dengan
keadaan itu. Dia tahu Norisya sedang menahan marah namun apa yang ditahan
sangat itu Izad sendiri tidak tahu.
“Se…semalam kalau kami ma…mati
macam mana?” Norisya tarik nafas meredakan lelah. Dia cuba bertenang. Penatnya
kejar langkah Izad tadi. Fuh!
“Mati?”
Norisya menghela nafas panjang
dan dilepaskan perlahan-lahan. Keadaannya mula relaks tapi hati macam susah
sangat nak relaks. Ditenung rapat ke dalam mata Izad. Huh! Izad dah pelik
tengok riak wajah Norisya berubah.
“Ya! Saya tak sangka Encik Izad
ni tak sayangkan kami.” Luah Norisya.
“Apa maksud awak?” Kening Izad
terangkat kehairanan.
“Memandu macam orang mabuk!”
Agak keras suara Norisya. Menggeleng Izad.
“Bila masa?” Izad mengerling
pula.
“Tak payah buat muka comel la
encik, saya fikir encik ni akan sentiasa menjaga keselamatan kami tapi ternyata
sanggup nak bunuh kami. Bawa kereta tak berhati-hati langsung! Ada lesen ke
tidak?”
Eh!
“Awak ni kenapa naik angin tak
tentu pasal?” Izad memerhati Norisya sudah bercekak pinggang. “Sepatutnya saya
yang angin dengan awak sebab awak tak beritahu awal-awal pada mak dan ayah awak
sebelum saya datang ke rumah.” Sambung Izad lagi mengingatkan Norisya hal itu.
“Saya tanya ada lesen ke tak?”
Kata-kata IZad tadi dibiarkan sahaja dan sebaliknya perkara itu ditekankan
Norisya. Perkara semalam.
“Awak fikir saya ni pemandu tak
berlesen ke?” Izad pelik dengan sikap Norisya seperti sengaja cari salah
dirinya. Seorang pelajar yangs eolah-olah telah hilang rasa hormat.
“Silap besar la pihak berkuasa
beri encik lesen memandu.” Bidas Norisya.
“Please stop it.”
“No way!”
“Saya nak balik.” Izad malas
nak layan.
“Tak payah balik! Saya nak
encik bayar ganti rugi kepada Farah sekarang jugak!” Bentak Norisya. Terkejut
Izad melihat Norisya menjegilkan biji mata. Selama ini Norisya tidak pernah
bersikap sedemikian. Kalau ada pun sekadar sindiran sahaja namun dia sedia
memaafkan setelah dinasihati Zafril.
“Saya tak langgar dia pun.”
“Memang, tapi disebabkan encik
memandu macam orang mabuk tu apa kes? Kami terkejut tahu! Lepas tu ada kereta
langgar daripada belakang.”
“Hah! Minta aje ganti rugi pada
orang yang langgar tu.”
“Tak tak tak!” Laju Norisya
meningkah. “Encik Izad jugak yang mesti bertanggungjawab.” Tokok Norisya
mengecilkan biji matanya itu dalam merenung tajam ke dalam mata Izad.
“Kalau saya kata tak nak, apa
yang awak nak buat? Nak saman saya ke? Adakah awak ni salah seorang anggota
Power Rangger berwarna pink?” Sinis
Izad tetapi sebenarnya dia berkecil hati terhadap layanan Norisya kepadanya.
Norisya sungguh berani bersikap
sedemikan terhadap seorang pensyarah. Seolah-olah hilang sikap hormat. Lenyap
sifat takut atau gerun. Semua itu bagaikan tidak memberi kesan untuk menyekat
amarah Norisya. Mudah dia menyembunyi rasa malu dengan berganti rasa marah.
Izad menarik nafas. Dalam pada
itu Farah menghampiri.
“Isya… tak baik la.”
“Shut up!” Eh?
“Kau marah aku jugak ke Isya?”
Farah cuba menarik Norisya supaya tidak menghalang Izad untuk pulang dari
kolej.
“Elok sangat la tu. Awak dengan
dia sama je.” Izad terus masuk ke dalam perut kereta. Norisya mengumam geram.
Eh? Kenapa aku pulak
dipersalahkan? Sedih hati Farah yang sedikit kecewa.
“Encik!” Pekik Norisya saat
Izad terus beredar. Izad memang dengar suara Norisya menjerit macam orang tidak
waras.
Ping...!
Kedengaran hon meleret panjang
dari belakang. Izad tersedar dari lamunan. Dia tidak perasan lampu merah sudah
bertukar hijau. Maka dengan itu dia menekan minyak meneruskan perjalanan.
Terseksa jiwanya mengenangan sikap pelajarnya itu. Baru sahaja cuba untuk jatuh
cinta tapi sudah jadi seperti itu. Nampaknya aku tidak boleh teruskan niat yang
kurang baik. Bertambah buruk jadinya nanti. Izad menggeleng sendiri dalam
kereta kemudian melepaskan keluhan resah.
***
BATU
dilontar ke laut untuk membuang rasa yang terbuku. Tidak pernah perasaan
sedemikian hadir tetapi kali ini kehadiran perasaan yang luar biasa telah membuatkan
jantungnya berdegup kencang. Di pantai rindu dia menapak perlahan menelusuri
lembah yang sepi. Mungkin tiada tempat dihatinya untuk mencintai seseorang dan
kalaulah ada sedetik waktu ingin dia kecap kebahagiaan dan mencari di mana
letakknya pintu keajaiban.
Dalam masa yang sama terdapat
seorang insan lain yang terduduk sambil termenung menebar pandangan di tengah
lautan. Lelaki itu berada tidak jauh darinya dan mungkin lelaki itu masih tidak
menyedari akan kewujudannya di situ.
“Jauh kau termenung,” dia
menyapa Izad yang berteleku di tepi pantai. Terkejut dengan sapaan itu maka
Izad terus menoleh.
“Eh Zaf.” Izad senyum kelat.
“Seandainya masalah datang
memukul jiwa, maka tepat sekali jika di sini kau hadir melapangkan dada.
Kedamaian akan meluhurkan kekusutan hati.” Ujar Zafril duduk di sebelah Izad.
Izad membujurkan kakinya manakala Zafril bersandar angin dengan menongkat
lengannya di pasir pandar.
Izad menarik nafas sedalam-dalamnya.
Zafril menoleh lalu tersenyum lagi. Izad melepaskan nafas itu perlahan-lahan
danterasa lapang. Ya benar… lapang dadanya setelah menghirup nyamannya udara
senja dibelai bayu.
“Pelajar itu telah menyakti
hati aku Zaf… aku dah tak tahu nak buat apa lagi?” Izad memulakan bicara.
“Mungkin kali ini kau
benar-benar telah jatuh cinta.”
“Mustahil.” Izad menafikan.
Zafril bangun dan berdiri
sambil mendepakan tangannya lalu dipejamkan mata menikmati udara senja di situ.
Angin yang mengembus dibiarkan terus membelai tubuh.
“Apabila kita buat begini, cuba
kita kosongkan minda. Kosongkan daripada mengingati apa sahaja.” Zafril terus
melayani perasaan.
Izad tercengang. Apa yang cuba
dilakukannya? Izad tertanya-tanya.
“Aku tak perlukan semua tu.”
“Pasti tetapi sedikit waktu
lagi kau akan berhadapan dengan masalah yang lebih rumit.” Jawab Zafril dalam
keadaan yang masih sama.
“Kau tak faham.” Izad bangun
dan berundur. Sengaja mahu beralih tempat.
“Kau nak ke mana?”
Eh?
Langkah Izad terhenti.
“Macam mana kau tahu?” Izad
kehairanan.
“Seorang sahabat dapat
merasakan kesulitan seorang sahabatnya yang lain. Cubit paha kanan, paha kiri
juga terasa.” Bicara Zafril.
“Maksud aku, macam mana kau
tahu pergerakan aku?” Izad pelik.
“Kau akan merasainya sendiri
bagaimana ditinggalkan sahabat apabila kita telah menyayanginya. Jika dalam
kesulitan pun kau masih bersembunyi dan takut terhadap bayang-bayang sendiri
maka sampai bila pun kau akan dihambat keperitan.” Zafril berkata-kata tanpa
berselindung namun Izad tetap tidak mengerti. Walhal tadi Izad terpijak buluh
reput. Halwa pendengaran Zafril menangkap bunyi itu.
“Kau sayang aku?” Izad
berdebar-debar.
“Ya, aku sayangkan kau. Sayang
aku terhadap sahabat merupakan perkara yang paling bahagia asalkan sahabat kita
tidak pernah cuba menipu kita.” Ujar Zafril lalu menoleh kepada Izad yang
menggaru leher yang sebenarnya tidak gatal.
Izad melepaskan nafas lega.
“Aku nak berhenti mengejar
cinta. Aku tak nak kecewa lagi, Zaf. Aku dah serik.” Izad meluahkan pengalaman
lalu dalam cinta.
“Jangan pernah mengalah Izad.
Jika kau benar-benar cinta maka kau mesti berusaha. Berkenaan dapat atau pun
tidak itu bukan persoalannya. Apa yang penting kau telah melakukan sedaya
mungkin. Siapa nama pelajar itu?” Diselang pertanyaan.
“Norisya…” Beritahu Izad.
“Indah nama itu. Seorang yang
selalu buat engkau marah.”
“Macam mana kau tahu?” Izad
angkat kening.
Zafril senyum.
“Kau sentiasa marah-marah apabila
bercerita hal pelajar itu kepada aku. Adakah selama ini dia menggembirakan hati
kau? Kalau ada pun cuma sedikit sahaja, bukan?” Zafril senyum lagi. Senyuman
mengejek.
Erk?
“Oh…” Izad tersengih.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)