Entri Terkini :

mimpi berganti rindu

Dalam resahku sekian waktu mendabik rindu
harap jiwa yang satu akan terus di situ
walau tanpa relamu, dia tetap akan pergi
harap kasih dan sayang telah diberi
menjadi putaran waktu yang asli
kerana rebah tidak selamanya
kerana bangkit adalah setia
biarkanlah taburan janji terkubur
izinkan rindu berubah cinta
dalam warna hujan yang kelabu...


kalau pun janji tiada, harap kasih mekar
sungguhpun tiada mimpi, tetap ada kasih
kenangkan memori yang lalu menjadi warisan semangat
kerana jiwamu sekeras kerikil bakal hancur
yang dahulu tangis sendu, kini senyum tawa
setelah hilang berganti, dalam rindumu bermimpi...
sahabat yang tak kau kenali, tampil memanggil....
itulah ketentuan ILAHI...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.