Entri Terkini :

Mak... esok dah raya!

Esok sudah hari raya sukanya saya awak... suka betul dalam hati ini. Awak tahu kenapa? Sebab selepas kita berpuasa sebulan, berjuang menahan lapar dan dahaga maka akan tibalah hari kemenangan untuk kita sebagai umat Islam. Tapi... inilah pertama kali juga saya sambut hari raya aidilfitri tanpa ayah. Ayah dah pergi jauh awak. Ayah saya pergi jumpa Allah.

Saya ingat lagi pesan ayah. Pesan ayah jagalah mak dan adik baik-baik. Jangan nakal-nakal. Baiklah ayah, Adam akan jaga mak dan adik-adik dengan baik. Saya berjanji dengan ayah saya awak... saya berjanji sebab saya tak mahu kecewakan ayah saya. Ayah saya hembus nafas terakhir di hospital. Ayah kena strok akibat menyakit jantung. Itulah awak saya nak pesan juga pada awak supaya nasihat pada rakan-rakan awak atau sesiapa sahaja supaya jangan merokok. Ayah saya tu degil tak nak tinggalkan rokok.. Tabiat merokok memang tak bagus awak. Awak pun janjilah dengan kita jangan hisap rokok atau jangan biarkan kawan-kawan awak atau keluarga awak dekati rokok.

Awak... saya tak tahu raya esok macam mana. Saya tengok songkok ayah atas rak. Songkok raya ayah. Ayah tak sempat sambut hari raya. Hari pergi pada puasa ke 15. Masih terasa dalam hati saya ni awak. Mak pula sayu hati teringatkan suaminya. Saya tahu mak sayang sangat pada ayah. Kalau mak tak sayang ayah, tak mungkin saya akan lahir dalam dunia ni. Saya dilahirkan atas dasar cinta dan kasih sayang mereka. Tak apalah, apa boleh buat sudah takdir Allah untuk keluarga saya. Saya pun pandang dua orang adik saya yang duduk atas kerusi. Adik saya Aman dan Amin menangis. Mereka kembar. Hehee comel adik-adik saya tu macam abangnya juga. Siapa abang dia? Sayalah abang mereka tu.

Saya dah pasang langsir, saya dan siapkan semua. Aman dan Amin bantu sekali. Budak umur 7 tahun dah boleh bantu abangnya. Kami tak nak susahkan mak. Sebentar lagi awak saya nak pergi tolong mak bakar lemang pulak. Seronoknya dapat makan lemang untuk raya esok dengan rendang sekali.

Masa pergi dekat mak, kami seronoklah kan tengok mak sibuk bakar lemang. Adik-adik pulak jerit "Mak... esok dah raya!" Padahal mak pun dah sedia tahu. Tadi pun dah tengok dan dengar pengumuman dekat kaca televisyen.

Adik seronok sangat sampai main kejar-kejar dekat situ. Saya senyum melihat kegembiraan adik-adik saya tu walaupun saya tahu mereka tidak faham erti kehilangan ayah. Mungkin mereka dapat rasa nanti. Itulah yang saya fikir awak.

Tapi Allah itu Perancang yang Terbaik. Saya tak mampu menghalang takdirnya. Saya dengar mak menjerit "Amin!!! Aman!!!" Ya Allah saya terus menoleh. Saya tak nampak mana adik saya. Saya lihat mak saya dah berlari mendapatkan adik. Ketika itu saya hanya dengar bunyi brek dan tayar yang bergesel sahaja.

Saya cepat-cepat kejar mak. "Makkk!!! mak nak pergi mana?" Saya dapatkan mak dan saya juga tercari-cari mana adik-adik saya. Rupa-rupanya dua orang adik kembar saya ada bawah perut lori. Kenapa ada lori? Kenapa? Kenapa ada lori lalu dekat sini? Ini jalan kampung dan lori itu dipandu laju!

Saya nampak kereta peronda pihak berkuasa pun sedia lalu di situ. Lori itu memang dikejar dikejar kerana melalui jalan besar. Sudah dimaklumkan kenderaan berat tidak boleh menggunakan jalan raya di musim perayaan. Pemandu lori itu degil!

"Adik... sampai hati adik pun tinggalkan abang dan mak..." Sedih awak. Dua orang adik saya tu meninggal dalam keadaan yang bukan lagi berbentuk orang. Ngeri awak... ngeri sangat... Mak dah rebah tidak dapat menahan hati yang tersayat. Mungkin adik saya tak perasan ada lori lalu di situ memandangkan lampu lori itu tidak dihidupkan. Ia seperti sengaja mematikan lampu berkenaan. Adakah itu takdir untuk adik saya? Ya awak... itu takdirnya...

Tak apalah awak.. saya tak nak buat awak rasa sedih... awak jaga diri baik-baik tau. Assalamualaikum.

p/s : certot!

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.