Entri Terkini :

Cerpen : Buka Mata Hati Edisi Raya!

Buka Mata Hati Raya!

Tum tum tum!!! Pekup telinga! Cepat cepat! Mereka kecoh tepi sungai itu sibuk cucuh meriam. Lawan dengan budak seberang sungai itu. Budak-budak tu memang tak ada kerja. Isy! Bulan puasa sibuk main mercun, detum sana dan detum sini. Tapi itu tak hairan sangat apabila hampir tiba Syawal apabila budak lelaki main mercun tapi ini alahai memang menggeleng orang kampung kalau tengok perempuan tak berapa nak siap sibuk cucuh meriam buluh.
“Cucuh Ezan! Cucuh!” Ryan sibuk arah Ezan cucuh meriam tu.
“Sumbu ni pendek la Ryan! Kau jangan buat pasal.” Ezan dah was-was nak cucuh. Sumbu meriam tu pendek sangat. Kreatif sungguh mereka berdua buat kerja tak berfaedah. Orang lain main meriam dengan buluh tapi dia punyalah tak reti nak potong buluh pergi bantai tin Ridsect! Ezan pulak bantai tin Shieldtox panjang sikit dari tin yang tu.
Sebenarnya mereka berdua tu baru aje tiba tepi sungai tu tatkala budak-budak lain dah sibuk cucuh lawan. Kira dah strategik la kut lokasi mereka tu bawah pokok mangga. Hati mereka terbakar dengar bunyi meriam meletup, detum detum tu.
‘Peh! Peh!’ dua das bunyinya. Ryan dah pekup telinga kononnya kuat sangat tapi bunyi macam orang kentut sahaja. Alahai geram Ryan.
“Ez! Apasal slow sangat dengar?”
“Dah limit kut.” Jawab Ezan yang sibuk mencangkung tu. Ryan tak boleh biarkan. Kalau macam ni memang tak best la main perang. Paling tidak pun biarlah bergegar satu kampung ni. Ades!!! Meriam apa yang kau pakai tu Ryan? Kalau setekat tin penyembur nyamuk tu digunakan memang tak gegarlah kampung tu.
“Wargh kah kah kah kah!” Tergolek-golek seorang makhluk yang entah dari mana datangnya. Tiba-tiba ganggu keasyikan Ryan dan Ezan yang sedang gigih bermain. Lingkaran ubat nyamuk yang digunakan untuk cucuh sumbur meriam tadi tu dah patah gara-gara Ryan terkejut lalu tertolak tangan Ezan.
“Hoi! Kau apahal?”
“Ryan, abang aku tu…” Bisik Ezan setelah melihat Ryan dah bangun sambil cekak pinggang. Tepi Ryan tu ada dua pelita, satu daripadanya tiba-tiba mati akibat aura Ryan semasa bangun tadi.
“Amboi sedapnya panggil aku hoi hoi…” Fikri si gendut abang kepada Ezan pun ikut cekak pinggang. Datang tanpa diundang tiba-tiba ketawa terbahak-bahak macam orang sewel tak cukup makan! Geram Ryan sekarang ni memang agak kurang ajar Fikri tu.
Ezan pulak tarik-tarik lengan Ryan tak nak kasi Ryan berkelahi dengan Fikri. Dia lebih tahu perangai abangnya itu daripada Ryan. Jadi kalau api bertemu api semakin marak la jadinya. Ezan tak mahu biarkan.
“Abang aku tu…” Bisik Ezan lagi.
“Abang taka bang, kalau dah kurang asam macam ni baik aku pijak je kaki dia tu.”
“Wah! Ada hati nak pijak kaki aku…” Fikri juih bibir. “Izzati! Mari balik!” Tokok Fikri lagi dalam nada tegas.
“Saya nak main meriam bang.”
“Kau tu perempuan tak payah nak sibuk main benda-benda ni.” Fikri tendang tin itu. Ryan dah angkat kening. Sakitnya hati main tendang meriam aku! Bebel Ryan dalam hati. Grrr…
Kalau Ezan tak halang kejap lagi pasti lebam biji mata Fikri tu. Ingat Ryan takut sangat ke pada si gendut tu? Isy! Harap badan je besar tapi dengan perempuan beranilah! Grrr…
“Orang tak main meriam pakai tin Ridsect! Orang pakai buluh.” Fikri dengan lagaknya menjeling.
“Tapi aku tak pakai buluh. Aku pakai besi signboard jalan raya tu.” Tiba-tiba muncul satu suara berseloroh. Ezan pula terus menoleh ke belakang. Mata Ezan dah layu lalu berkelip laju melihat jejaka tampan di matanya muncul. Oh abang Naf… hati Ezan berlagu cinta.
“Hooo!!!” Ryan angkat kening bila nampak kelibat Naflie muncul membela nasib si adik. Tapi harus diingat, Fikri tu kan kawan baik Naflie, tak mungkin la nak bertengkar.
“Nak main meriam tak?”
“Sorry… tak main meriam ni…” Jawab Naflie acuh tak acuh je. “Kau balik la Fik. Kau ajaklah Ezan ni sekali.” Tokok Naflie bernada lembut je sambil tarik tangan Ryan.
Naflie pun dekatkan bibirnya pada cuping telinga Ryan. “Balik nanti siaplah…” Ugut Naflie.
“Apa siap-siap? Persiapan raya ke?” Jawab Ryan. “Ez… aku balik dulu…” Ezan lambai-lambai tangan pada Ezan. Rosak program malam ni nak lawan bunyi meriam.

***

Dah pandai mengadu sekarang. Okey tak apa, Ryan tak kisah. Nak mengadu sejuta kali pun tak apa dan Ryan tahu Naflie memang dengki! Muncung Ryan panjang. Sakit hati la ni sebab Naflie dah sampai berita tu pada si ayah.
“Kalau Ryan nak main meriam, jom!” Eh, Encik Solehuddin mempelawa Ryan main meriam bersama-sama. Biar betul. Bestnya ada ayah macam ni. Sungguh ayah ni ada satu sahaja dalam dunia ni. Dia adalah ayah Ryan, dan memang Ryan ada seorang ayah sahaja,. Bukan dua orang. Huh!
Tiba-tiba tangan melambai di muka Ryan. Mata Ryan terus berkelip. Naflie tahu Ryan sedang berangan sekarang ni. Dah kenal sangat dengan perangai adiknya itu.
Grrr! Tak mungkin ayah ajak main meriam. Ryan berfikir. Encik Solehuddin berdiri di tepi tlevisyen tu jadi model. Dari tadi tunggu jawapan Ryan.
“Anak ayah boleh janji ke tak?” Encik Solehuddin tanya.
Ryan kena berjanji juga. Tak kira walau apa pun yang berlaku Ryan kena minta maaf dan jangan ulangi kesalahan itu.
Ryan tunduk dan bermain dnegan jari-jemari. Kena dengar nasihat ayahnya itu. Ayahnya kata bahaya main benda tu nanti tak boleh raya. Kalau apa-apa jadi macam mana? Susah kalau putus jari, putus tangan dan putus kepala atau berkecai badan. Esok lusa dah nak raya mana boleh macam tu. Itulah yang Encik Solehuddin nasihatkan. Minta tolong sangat Ryan dengar nasihat tu.
“Ya ayah… Ryan janji.” Jawab Ryan dan Naflie senyum. “Tapi…” Ryan tapi-tapi pula. Naflie pula dah berubah wajah. Ini yang Naflie kurang suka.
“Ya…” Encik Solehuddin terus duduk sebelah Ryan lalu diusap lembut ubun kepala itu. Nasib baik Ryan masih patuh mendengar arahan.
“Abang Naflie pun main meriam jugak, katanya meriam dia buat dari besi signboard.” Jujur jawab Ryan. Muka Naflie dah berubah.
“Mana ada ayah. Saya tak main benda-benda tu.” Naflie pamer muka tak bersalah. Siap kau Ryan!!! Abangmu ini tidak sesekali menjalankan aktiviti yang tidak berfeadah lagi tidak bermoral itu, bebel di hati Naflie.
Encik Solehuddin tenung muka Naflie dalam-dalam. Agak kurang asam kalau Naflie pun turut bermain meriam buluh. Ia berbahaya. Kenapa si abang ni tak tunjuk contoh yang baik? Patutlah Ryan terikut-ikut. Mesti Naflie yang ajar? Teka Encik Solehuddin di minda.
“Cakap betul-betul…”
Naflie pun tunduk kepala. Kesal sungguh setelah melaporkan pada si ayah ke mana Ryan menghilang tadi sekarang dirinya pula terperangkap. Dapat adik pulak terlalu jujur sampai apa yang dia reka pun diceritakan juga. Panas betul hati Naflie sekarang ni mengenangkan tahap bijak pandai Ryan tu untuk dibabitkan sekali.
“Saya… sa… saya…” Naflie tergagap-gagap.
“Apa saya-saya? Ayah nak dengar sekarang ni, betul ke tak?” Encik Solehuddin dah cerlung mata. Misai tu dah mula melentik secara automatik pula. Bahaya ni!
Ryan dah nampak muka Naflie dah pucat. Kalau tak kena lempar dari tingkap sebagai hukuman, mungkin kena tikam dengan keris. Kalau tak dengan keris pasti kena rotan? Ryan fikir apakah denda yang bakal ayahnya kasi.
“Saya tak pakai besi tu ayah… saya pun pakai tin Ridsect gak?” Jawab Naflie takut-takut.
“Wargh kah kah kah kah…” Tergolek-golek Ryan ketika itu juga. Agak kurang ajar Ryan ni tak menjaga hati. Mana tidak, tadi bunyinya macam hebat sangat rupanya pakai seperti apa yang Ryan guna dengan Ezan tadi.

***

“Assalamualaikum…” Leret sahaja nada suara itu. Lembut bak sutera bagaikan suara perempuan Melayu Terakhir tapi bila tengok empunya diri, nauzubillah… berpaling Naflie daripada terus melihat.
“Siapa bang?” Ryan berdiri tepi Naflie yang sedia tercegat tepi tingkap. Laa… Ezan rupanya, apasal kontrol suara ala-ala wanita sopan? Hakikatnya Ezan mahu sopankan diri kut.
Sebaik sahaja Ezan nampak Ryan, terus dihulurkan kuih. Dari jauh Ezan bawa kuih tu. Naflie pun melangkah duduk semula di sofa. Tak jemput Ezan naik pun. Penta berpuasa kut. Malam tadi Naflie diketawakan oleh Ryan dan ayahnya. Ingatkan Encik Solehuddin tu akan menangkan Naflie tapi ternyata tetap nak menangkan Ryan! Grrr… Naflie pula gumam geram.
“Eh, kuih apa ni?” Tanya Ryan selepas dihulurkan Ezan. Ryan ambil.
“Untuk berbuka nanti… eh, ayah kau ada?” Tanya Ezan sambil melabuhkan punggung di atas tangga. Tak apalah dah Naflie tak jemput nak nak buat macam mana.
“Janganlah duduk bawah tu, marilah naik…” Pelawa Ryan pada sahabat baiknya.
Ezan malu-malu tapi tak apalah, lagipun Ezna tak lama dah nak balik. “Kau tolong berikan kuih ni untuk dia, ya.” Satu lagi bekas diberikan. Ryan pun ambil lalu dibuka tudungnya.
Kedua-dua tudung akhirnya dibuka. “Mana aci! Kau bagi aku onde-onde tapi dia kau bagi karipap!” Ryan dah jeles.
“Ala Ryan… dia kan suka makan karipap…” beritahu Ezan.
“Aku pun.” Ryan saja nak uji. Ryan tak suka karipap tapi ketupat dia suka. Tak apalah, onde-onde pun onde-onde la… Eleh Ez… macamlah aku tak tahu yang kau syok dekat abang aku tu. Isy! Tak apa aku nak tengok kehebatan kau rebut cinta abang aku tu… bicara hati Ryan.
Ezan terus tengok jam. “Aku gerak dulu dah, nanti lambat pulak aku nak berbuka.” Ezan bangun.
“Ez… Lusa dah nak raya, Ramadan pun bakal nak tinggalkan kita. Kau dah tinggalkan puasa belum?” Tanya Ryan sambil tutup semula bekas tu.
Ezan berdiri sambil menarik nafas. “Sedih, kan? Ramadan sangat best dan berat badan aku pun dah turun. Syukur Alhamdulillah…” Jawab Ezan yang sayangkan bulan Ramadan. Dengan adanya Ramadan dapat menguji tahap kesabaran dan keimanan serta… perasan cinta. Perasaan cinta Ezan terhadap seseorang pun kian bertambah. “Aku harap dapat puasa penuh. Esok satu hari lagi puasa yang tinggal…” Ryan dah berwajah sedih tengok Ezan yang snagat suka pada bulan Ramadan. Ryan tahu Ezan suka bulan puasa sebab dari dulu lagi dia akan bawa kuih untuk Naflie. Tiap-tiap tahun macam itulah selalu.
“Izzati!!!” Tiba-tiba dengar suara Fikri memanggil. Laaa… datang dengan abang dia rupanya, tak perasan langsung. Ryan baru nampak. Sibuklah Fikri tu, orang tengah layan perasaan bercerita pasal Ramadan ni dia sibuk panggil adiknya.
“Ya… kejap!” Jawab Ezan.

***

Yeay!!! Hari Raya tiba juga. Seronok sungguh. Tapi kenapa Abang Norman tak balik lagi ni? Sedihnya hati kerana Abang Norman tak ada. Ryan tak sabar naks alam raya dengan ayah dan abang-abangnya. Tak sabar juga nak dapat duit raya tetapi sebenarnya… bukan duit raya yang penting tapi keakraban dan hubungan mereka dalam kekeluargaan itu yang lagi penting. Mereka dari dulu menjaga hubungan itu. Ya… hari raya menyedihkan bagi Ryan tatkala orang lain beraya bersama dengan orang tua masing-masing tapi Ryan beraya dengan ayah dan abang-abangnya.
Mak… Ryan rindu sangat pada mak… Ryan merintih dalam hati saat tunggu ayah dan Naflie bersiap nak ke masjid solat Sunat Aidilfitri.
Ibu Ryan dah lama tak ada masa Ryan masih kecil. Tak ada potret untuk ditatap. Tak ada apa-apa yang ditinggalkan untuk Ryan kenang. Ryan tak pernah rasa kasih sayang ibunya tapi dia tetap rindukan ibunya.
“Assalamualaikum…” Ryan terus bangun suara tu best didengar.
“Abang!!!” Ryan terus peluk Abang Norman. Akhirnya abang kesayangannya balik juga. Sibuk benar dengan kerja sebagai atlit sukan bola sepak tu.
“Ni…” Norman berikan kotak yang agak besar. Tak sabar Ryan nak buka. Cepat-cepat buka.
“Wah! Bola!” Ryan pun terus masuk bilik untuk simpan bola tu di atas rak. Dah bersusun bola atas rak tu. Selalu dapat hadiah bola je dari Norman. Macam dah tak ada hadiah lain lagi! Ryan pun keluar semula dan mendapati ayah dan abang duduk bersalaman di hari mulia. Di kesempatan itu Ryan memohon maaf.
Selesai solat sunat Aidilfitri, mereka kembali semula ke rumah. Tidak lama selepas itu kunjungan keluarga Pak Kassim pun tiba. Mereka bersalam-salaman di hari raya dan selepas hari raya perang bakal bermula lagi. Begitulah selalu. Perang di antara anak-anak duda kampung. (Peace)
Ezan tu tetap duk usyar Naflie entah dapat ke tidak kalau tak dapat tunggu tahun depan pula. Ryan pula tetap begitu rindukan hari raya bersama ibu namun itu tak mungkin akan kesampaian kerana yang pergi tetap pergi. Kini Ryan masih ada ayah, Abang Norman dan Abang Naflie. Merekalah yang Ryan ada sekarang.
“Assalamualaikum…” Kedengaran pula orang beri salam kunjung tiba ke rumah Ryan. Ryan cepat-cepat keluar dan mendapati Azram tiba ke situ. Tersenyum lebar Azram setelah melihat Ryan yang cantik! Huh!
“Wa`alaikumussalam…” Jawab Ryan. “Jemputlah masuk, sorang je ke?” Tokok Ryan dalam pertanyaan.
“Ramai… tak nampak ke?” Seloroh Azram si kurus hitam manis itu. “Sorang je la…” Sambung Azram lagi apabila nampak Ryan terintai-intai takut ada lagi di belakang Azram. Mana ada sesiapa dan dah memang Azram datang seorang pun.
“He he he…”

(TAMAT)

p/s : maaflah kalau BMH edisi raya ni kurang mantap, hiks. Sebenarnya saya rindu sangat pada watak-watak mereka ni, jadi saya buat sedikti kisah pasal mereka ni :-) Peace... selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.