Entri Terkini :

Novelis : Hasrudi Jawawi lancar novel indie

Nama Hasrudi Jawawi kini tidak asing lagi dalam dunia penulisan kreatif. Karyanya yang berjudul Cucur Bawang Kopi O terbitan Buku Prima terus mendapat sambutan hangat dan menjadikan karya tersebut adalah yang terbaik beliau hasilkan dan Insya-Allah beliau akan terus menghasilkan karya-kaya yang lebih bermutu.

"Saya tak kisah walau apa pun kritikan yang saya terima. Saya akan ambil apa yang baik dan saya akan memperbaiki apa yang lemah." katanya. Terharu mendengar cerita bagaimana beliau mula-mula menulis dahulu. Sesungguhnya penulisan ini terlalu mencabar dan dia sentiasa berkongsi kepada kita bagaimana cara untuk menulis.

Kini beliau melancarkan novel indie berjudul Gol! & LipGloss diterbitkan oleh beliau sendiri dengan label penerbitan Pink Various Enterprise.


Untuk cetakan pertama bagi novel tersebut begitu menggalakan biarpun cetakannya adalah terhad kini berliau maju setapak lagi untuk cetakan seterusnya untuk cetakan kedua dengan gaya dan reka bentuk kulit yang baru.


Bagi mereka yang hendak mendapatkan buku ini sila buat tempahan secepat mungkin kerana ia adalah TERHAD. Siapa cepat dia dapat. Semoga Hasrudi Jawawi terus sukses. Amin.

p/s : untuk ke laman blog beliau sila klik [DI SINI] untuk maklumat selanjutnya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.