Entri Terkini :

Novelis : Shahriah Abdullah Sangat Gembira

Novelis Buku Prima Shahriah Abdullah tersenyum gembira. Semua itu adalah mengenai karya terbarunya berjudul Kerana Sebiji Epal yang berjaya membuatkan dia mengulum senyuman manis.

"Syukur Alhamdulillah.. KERANA SEBIJI EPAL masih kekal di antara TOP TEN BUKU PRIMA." Katanya.

Menurut beliau lagi, karya tersebut adalah karya ke-8 beliau dalam dunia penulisan ini. Selain itu karya lain beliau adalah Untukmu Yuna, Kau Tercipta Untukku dan beberapa buah lagi karya popular beliau yang hangat di pasaran.


Top Ten Buku Prima:

1. Kala Cinta Menggoda - Noorfadzillah
2. Miss Pisau Cukur - Siti Nur Dhuha
3.Bicara Sebuah Diari - Zaifuzaman Ahmad
4. Kerana Sebiji Epal - Shahriah Abdullah
5. Di Hujung Ranting 2 - Indah Hairani
6. Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
7. Sepatu Milik Kasanova - Zara Amani
8. Cinta Awek & Pakwe - Hasrudi Jawawi
9. Bisik-Bisik Gelora - Fauziah Ashari
10. Cinta Kau & Aku - Siti Rosmizah

Beliau juga memiliki banyak blog dan setiap blog berbeza-beza tujuannya. Jika ingin berkongsi resipi masakan maka blog untuk perkara tersebut diterjah. Untuk penulisan pula maka blog penulisan pula diterjah kerana baginya ia sangat mudah.

"Bila dah banyak blog pening kepala nak handle, tapi kemas bila nak rujuk. Hobi untuk hobi, masak khas untuk masak, penulisan untuk penulisan dan bercuti khas cuti panjang." Beritahunya pada MAOB.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.