Entri Terkini :

Al-kisah jalan-jalan di dunia maya

Sebentar tadi terbaca komen rakan blog. Rupanya beliau adalah orang yang dikenali di dalam laman facebook sebelum ini. Cikgu Diey namanya. Sudah bergelar seorang cikgu beliau sekarang. Bila terjah blognya, nampak sangat menarik dan di situ ada link ke blog Denaihati. Terfikir juga, macam pernah dengar sahaja nama blog itu. Tahu tahu oh, pernah singgah dulu. Semakin menarik blog rakan-rakan. Teringin hendak menjadi seperti mereka.

Cerita di blog Cikgu ( dzuandiey ) itu pula, terlihat new entry miliknya itu yang menarik Blog beliau domain dot com. Memang menariklah bila pakai domain dot com, ya? Tapi apa boleh buat, aku terpaksa bersabar. He he he... entry blog beliau itu menceritakan tentang sitelink. 



Blognya itu sudah ada sitelink dalam carian google. Seronok katanya. Ya, dapat diriku bayangkan betapa seronok kerana blog ini juga mendapat sitelink dari google. Bestlah rasanya walaupun ia sebenarnya tidak memberi impak yang besar kepada traffic. Namun kesungguhan untuk update dan berkongsi segala apa yang perlu kepada rakan-rakan, merupakan aspek penting untuk kita berkarya di dalam dunia blogger ini.

Apa yang penting adalah motif kewujudan itu beserta tema dan juga apa yang hendak disampaikan dalam blog masing-masing harus difikirkan. Terima kasih kepada rakan dan pengunjung yang membantu diri ini bagi  memantapkan lagi sumber dan penyampaian. Info-info yang ada itu adalah untuk dikongsikan bersama.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.