Entri Terkini :

Bob Kuman atau Bob Lokman?

Aku pun terkejut dengan sikap sesetengah blogger yang ada. Tidak langsung berfikir sejenak mengenai berita yang diterima maka terus sahaja update blog ataupun copy and paste berita yang belum disahkan kesahihannya. Malah ia menimbulkan fitnah jika berita yang disampaikan itu adalah tidak benar.

Baru sahaja tengok dan baca beberapa kerat berita itu terus berhasrat nak update ke dalam blog masing-masing tanpa berfikir panjang. Malah sengaja nak menimbulan kontroversi. Biasalah ya, orang sukakan kontroversi ni supaya blog korang itu dikunjungi dan sekaligus menjadikan blog tersebut terkenal. Bukan begitu caranya kawan... banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan pakai. Bukannya dengan cara penyebaran seperti itu. Jangan notty-notty tahu :p

Sebagai contoh, kes Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan yang update twitternya mengenai kematian Bob Kuman. Di twitter tuan guru tu elok-elok sahaja tulis nama Bob Kuman tetapi entah mana datangnya hamba Allah ini edit nama Bob Kuman jadi Bob Lokman dan terus sebarkan. Jika mungkin terdapat kesilapan pertama kali update ataupun repost balik untuk menukar nama tersebut. Maka kita dapat agak ia adalah tidak disengajakan tetapi jika perkara itu tidak berlaku maka ia merupakan satu fitnah jahat.

Print Screen di atas bagi memaparkan kebenaran yang terdapat dalam twitter beliau dan seterusnya pula merupakan penyebaran fitnah jahat dan tuduhan yang sama sekali memburukkan lagi keadaan. Mungkin ini dinamakan perang minda. Jika seseorang yang cetek ilmu dan pengetahuan maka akan percaya bulat-bulat dan termakan fitnah itu.


 Sumber picture di bawah : KLIK Di Sini

Seperti yang aku katakan tadi, kalau terjadi repost atau tersasul sekalipun amatlah tidak wajar sesetengah pihak mengambil berat terhadap hal tersebut kerana hal yang lebih besar patut diambil kira. Jika ini caranya maka tiada kesudahannya melainkan turunnya peringatan daripada ALLAH kepada kita berbentuk bencana. Masa tu baru nak sedar... manusia tak sempurna... cuma ketinggian dan kerendahan pemikiran berserta ilmu yang membezakan kita. Setakat harta kekayaan yang dipinjamkan oleh ALLAH tidak akan ke mana kerana sampai waktunya semua itu akan diambil. Bila mati pun semua itu akan ditinggalkan...



Tonton video Mathlutfi pulak untuk korang berfikir lebih rasional. Kalau masih tak dapat berfikir juga aku pun tak tahu nak cakap apa lagi... ::: ikikikiki ::: Sekian.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.